IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN: KESIHATAN & LATIHAN KECEMASAN IPGKBM

Semua pelajar Cendekia (Unit Beruniform), serta staf dan pensyarah IPGKBM dijemput menyertai program kesihatan dan kecemasan yang dianjurkan bersama KMI Taman Desa Medical Centre.

โœจ Apa yang disediakan?
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan Asas: Kolesterol, Glukosa, Tekanan Darah & BMI
๐Ÿš‘ Latihan Basic Life Support (BLS): CPR & kemahiran asas kecemasan

๐Ÿ“… 15 April 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan melatih warga kampus agar lebih bersedia dalam situasi kecemasan. Penyertaan anda mampu memberi impak besarโ€”ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menyelamatkan nyawa esok.

Sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž Encik Zarul (017-6477596)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU: KITAR DAN CIPTA SEMULA BERSAMA MURID PRASEKOLAH BINTANG

Anjuran : Siswa Guru PISMP (PAKK D6) Ambilan Ogos 2024/2029
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 30 Mac 2026 โ€“ 10 April 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM

Sasaran: 24 orang siswa guru PISMP (PAKK D6), murid Prasekolah Bintang dan warga IPGKBM

Pensyarah Pembimbing:
1. Dr Amir Hamzah bin Aman

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar melalui pelibatan aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
3. Membentuk nilai murni seperti kerjasama, prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan bakal guru.
4. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar dapat memperkukuh kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.
2. Pelajar memperoleh pengalaman bermakna dalam mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak secara berkesan.
3. Kanak-kanak prasekolah memperoleh kesedaran awal tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga IPGKBM yang telah memberikan sokongan serta sumbangan sepanjang tempoh program berlangsung.
GURU BITARA NADI NEGARA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dalam dunia yang semakin mencabar, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan negara.

Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala โ€œnadi negaraโ€ menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sebagai nadi negara, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menentukan arah tuju generasi melalui penerapan nilai, pemikiran kritis dan semangat patriotisme.

Terima kasih, cikgu!

Tahun Ini, Tahun Kita

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

๐Ÿ“ขHEBAHAN PROGRAM KESEDARAN: KESIHATAN & LATIHAN KECEMASAN IPGKBM

Semua pelajar Cendekia (Unit Beruniform), serta staf dan pensyarah IPGKBM dijemput menyertai program kesihatan dan kecemasan yang dianjurkan bersama KMI Taman Desa Medical Centre.

Tarikh : 15 April 2026
Hari : Rabu
โœจ Apa yang disediakan?

โฐ
Jam 9 Pagi hingga 12 tengah hari โžก๏ธ๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan Asas: Kolesterol, Glukosa, Tekanan Darah & BMI
๐Ÿ“Lobi Utama IPGKBM

โฐ*Jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang* โžก๏ธ
๐Ÿš‘ Bengkel Latihan Basic Life Support (BLS): CPR & kemahiran asas kecemasan

๐Ÿ“Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan melatih warga kampus agar lebih bersedia dalam situasi kecemasan. Penyertaan anda mampu memberi impak besarโ€”ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menyelamatkan nyawa esok.

Sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž Encik Zarul (017-6477596)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

โœจ HARI TERBUKA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELINGโœจ

Unit Psikologi & Kaunseling IPGKBM menjemput semua warga IPGKBM untuk hadir ke Hari Terbuka Unit Psikologi & Kaunseling yang penuh dengan aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental.

Kadang-kadang kita penat dengan tugasan, tekanan belajar atau kerja. Apa kata ambil sedikit masa untuk rehatkan minda dan sertai aktiviti santai bersama kami.

๐Ÿง  AKTIVITI MENARIK:

๐Ÿค” Kenali Diri
๐Ÿ’ฌ Curhat & Chill
๐ŸŽฏ Dart Emotions
๐Ÿ’Œ From Me To You

๐Ÿ“… Tarikh: 16 April 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Lobi IPGKBM

โœจ Datang, luahkan perasaan, kongsi pengalaman dan jaga kesihatan mental bersama kami.

๐Ÿ‘‰ Singgah booth kami dan sertai aktiviti menarik!

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

GEMA 1 (Gerakan ePdP Memperkasakan Aktiviti Pdp) : Augmented Reality(AR)

Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 4:00 petang
Tempat : Dewan Za'ba IPGKBM
Kehadiran : Bersemuka secara fizikal (WAJIB)
Penceramah :
Ts. Dr. Ibrahim Ahmad
En. Nazreen Bin Abdullasim
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Anjuran : Jawatankuasa Pendidikan Digital (JKPD) IPGKBM

Sila baca nota yang dipaparkan di atas poster.

Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Kompetensi Digital Pelajar
JKPD IPGKBM
[PERKARA : UJI BAKAT ORKESTRA SISWA GURU MADANI 2026 (ZON TENGAH)]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan mengadakan sesi Uji Bakat Orkestra Siswa Guru MADANI 2026 bagi IPG Zon Tengah. Butiran sesi uji bakat adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 April 2026 (Isnin)
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kampus Terlibat :
โ€ข โ IPGK Bahasa Melayu
โ€ข IPGK Bahasa Antarabangsa
โ€ข IPGK Ilmu Khas
โ€ข IPGK Pendidikan Islam
โ€ข IPGK Ipoh

Sekian, Terima kasih.
[PERKARA : KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027 IPGM KPM]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Tarikh: 2- 5 April 2026
Hari: Khamis- Ahad
Tempat: PLK Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak

Kursus ini diadakan untuk membina dan memperkasa keupayaan kepimpinan dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) agar lebih bersedia, berkeyakinan dan efektif dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar.

OBJEKTIF:
1. Membentuk sikap bertanggungjawab, berintegriti dan berdisiplin dalam melaksanakan amanah.
2. โ Mengukuhkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan organisasi.
3. โ Mewujudkan jaringan kolaboratif yang kukuh antara JPP IPG Kampus Bahasa Melayu dengan JPP IPG Zon Tengah.

IMPAK:
1. Melahirkan pemimpin pelajar yang lebih kompeten, proaktif dan berdaya saing.
2. โ Mewujudkan barisan JPP yang mampu mengurus organisasi pelajar dengan lebih sistematik dan berkesan.
3. โ Meningkatkan kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan ahli JPP.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
ุณูŠุฑูˆุง ุนู„ู‰ ุจุฑูƒุฉ ุงู„ู„ู‡
Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pada hari ini, 14 April 2026, dua pasukan inovasi iaitu MyUrus IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan iLAMS dari Institut Aminuddin Baki (IAB) telah dipilih sebagai wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempamerkan inovasi masing-masing dalam program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026.

Program ini turut menyaksikan kehadiran YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang telah sudi melawat reruai MyUrus. Kedua-dua pemimpin tertinggi tersebut menunjukkan minat yang amat menggalakkan terhadap sistem MyUrus serta menyatakan harapan agar inovasi ini dapat diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh sektor awam.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pn. Syamsiah binti Abdul Wahab, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia (SUB BKP) yang bersama-sama pasukan MyUrus di reruai KPM.

Pasukan MyUrus IPGKBM diwakili oleh:
โ€ข Dr. Masitah binti Mohamad Yusuf A.M.N (Pengarah)
โ€ข Dr. Haji Salime bin Ab Rahman (Timbalan Pengarah)
โ€ข Dr. Shamsazila binti Saรกban (Ketua Unit Khidmat Pengurusan)
โ€ข Pn. Zaliyana binti Mohd Hanafiah (Pegawai Teknologi Maklumat)
โ€ข Pn. Salmiah binti Saleh (Penolong Pengarah PDK IPGM)

Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan serta membuktikan keupayaan inovasi MyUrus sebagai sistem pengurusan digital yang efisien, sistematik dan terurus dalam menyokong agenda transformasi sektor awam.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ง TAHUN 2026

Program โ€œJom Baca Bersama 10 Minitโ€ merupakan satu inisiatif tahunan yang bakal dilaksanakan pada 23 April 2026. Matlamat utama program ini adalah untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggalakkan setiap individu meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca secara serentak.

Program anjuran Perpustakaan KPM ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 23 April 2026 (Khamis)

โฐMasa: 11:00 hingga 11:10 pagi

๐Ÿ“Tempat: Di Jabatan/ Agensi/ Sekolah / Lokasi Masing-Masing

Berhenti sejenak daripada kesibukan harian... Ambil masa hanya 10 minit untuk menghayati apa jua bahan bacaan pilihan anda.
Walaupun hanya 10 minit, ia mampu memberi impak yang besar terhadap minda dan jiwa. Ayuh kita beramai-ramai menjadi sebahagian daripada gelombang membaca kebangsaan!
โœจ HEBAHAN RASMI: MAJLIS TILAWAH, TAFSIR & HAFAZAN AL-QURAN IPGM 2026/1447H โœจ

Assalamuโ€™alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Saksikan kemuncak ukhuwah dan kemuliaan Al-Quran dalam Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MTTHQ) Peringkat Kebangsaan IPGM Tahun 2026/1447H. Mari kita bersama-sama menyokong para peserta dan menghayati bait-bait suci kalamullah secara dalam talian!

๐Ÿ“Œ MAKLUMAT LANJUT & SIARAN LANGSUNG:

๐ŸŒ Laman Rasmi (Google Site):
https://sites.google.com/view/afzanmtthq2026/home

๐Ÿ“– E-Program / Buku Program (Flipbook):
https://tinyurl.com/Buku-Program-MTTHQ1447H

๐Ÿ“บ Siaran Langsung Tilawah Lelaki (YouTube Live):
https://www.youtube.com/live/g-1dUtkm2DY?si=i6tSY3es6uluB7aj

๐ŸŽฅ Siaran Langsung Tilawah Perempuan (Facebook Live):
https://www.facebook.com/events/842338258898881/

๐Ÿ† MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENGUMUMAN KEPUTUSAN ๐Ÿ†
Jangan lepaskan detik bersejarah pengumuman pemenang MTTHQ 2026 di pautan khas ini:
๐Ÿ”—https://www.youtube.com/live/tQudcjVqEAU?si=gZhRZfmkm5kDTVCJ

Jom kongsikan hebahan ini kepada seluruh warga IPGM dan kenalan. Semoga majlis ini diberkati dan menjadi inspirasi buat kita semua dalam mendalami Al-Quran.

"Al-Quran Pembina Karakter Siswa Guru Madani"

#MTTHQIPGM2026 #AlQuranDiHati #IPGM #KPM