IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

GEMA 1 (Gerakan ePdP Memperkasakan Aktiviti Pdp) : Augmented Reality (AR)

Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 4:00 petang
Tempat : Dewan Za'ba IPGKBM
Kehadiran : Bersemuka secara fizikal (WAJIB)
Penceramah :
Ts. Dr. Ibrahim Ahmad
En. Nazreen Bin Abdullasim
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Anjuran : Jawatankuasa Pendidikan Digital (JKPD) IPGKBM

Sila baca nota yang dipaparkan di atas poster.

Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Kompetensi Digital Pelajar
JKPD IPGKBM

Nota :
GEMA 1 : AR
Kohort : BIDASARI (196 orang)
Berpakaian sukan
Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa : 10:00pagi hingga 4:00petang
Emel : moe-dl.edu.my sahaja (pelajar/pensyarah ipgkbm)
Pautan GC : https://classroom.google.com/c/ODQ5Mjc5ODI2Mzcz?cjc=ztomdzyh (Wajib kehadiran dalam talian)
Pautan GM : https://classroom.google.com/c/ODQ5Mjc5ODI2Mzcz?cjc=ztomdzyh https://meet.google.com/ibf-zaye-idg
Brochures : https://canva.link/gema1ar
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

โœจ HARI TERBUKA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELINGโœจ

Unit Psikologi & Kaunseling IPGKBM menjemput semua warga IPGKBM untuk hadir ke Hari Terbuka Unit Psikologi & Kaunseling yang penuh dengan aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental.

Kadang-kadang kita penat dengan tugasan, tekanan belajar atau kerja. Apa kata ambil sedikit masa untuk rehatkan minda dan sertai aktiviti santai bersama kami.

๐Ÿง  AKTIVITI MENARIK:

๐Ÿค” Kenali Diri
๐Ÿ’ฌ Curhat & Chill
๐ŸŽฏ Dart Emotions
๐Ÿ’Œ From Me To You

๐Ÿ“… Tarikh: 16 April 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Lobi IPGKBM

โœจ Datang, luahkan perasaan, kongsi pengalaman dan jaga kesihatan mental bersama kami.

๐Ÿ‘‰ Singgah booth kami dan sertai aktiviti menarik!

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAKLUMAN JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2026 BAGI PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-peperiksaan-mei-2026-ppismp-pismp

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PEMERKASAAN ILMU MELALUI AMALAN MEMBACA! ๐Ÿ“–

Pusat Sumber Dato' Lokman Musa dengan sukacitanya ingin mempelawa seluruh warga IPGKBM untuk menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Hari Buku Sedunia secara serentak seluruh negara!

๐Ÿ“Œ INGAT TARIKH INI:
๐Ÿ“… 23 April 2026 (Khamis)
โฐ 11:00 โ€“ 11:10 Pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Di mana-mana sahaja anda berada!

CARA PENYERTAAN:
1. Baca apa sahaja bahan (Fizikal/Digital).
2. Rakam momen aktiviti membaca dalam bentuk foto atau video.
3. Kongsikan momen tersebut dengan e-mel ke ups@ipgkbm.edu.my atau imbas kod QR pada poster.
Sertakan hashtag: #JomBaca10Minit #DekadMembacaKebangsaan #IPGKBMMembaca

โœจ MEMBACA MEMBINA BANGSA โœจ
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

AKTIVITI SAHABAT BAHASA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS (STORYTELLING PERFORMANCE)

Anjuran : Siswa Guru PISMP
(B1, B4, B5, B6, B7 & B8)
Ambilan Ogos 2022/2027
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 23 April 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM
๐Ÿ• Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari

Pensyarah Pembimbing:
1. Datin Dr. Thusha Rani Rajendra
2. Pn. Kalai Selvi Tachinamutu

Objektif Program
1. Menyemarakkan aktiviti Sahabat Bahasa dan sastera melalui persembahan pelbagai cerita Bahasa Inggeris
2. Melestarikan budaya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu

Semua pelajar dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan program ini.
[PERKARA : SOLAT HAJAT]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin (KEMODI) bersama Kelab Rakan Islah (KRI) akan menganjurkan:

SOLAT HAJAT

๐Ÿ—“ Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
โฐ Masa: Selepas Solat Isyak
๐Ÿ“ Tempat: Surau At-Taqwa
๐Ÿ“Jamuan Makan Disediakan

Program ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan para pensyarah yang sedang ditimpa musibah.

Sehubungan itu, semua pelajar DIJEMPUT hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
ุณูŠุฑูˆุง ุนู„ู‰ ุจุฑูƒุฉ ุงู„ู„ู‡
[PERKARA : KEMPEN INTIMATE KAMPUS 2026 DI IPGKBM]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

JPP Biro Hal Ehwal Wanita sesi 2026/2027 dengan kerjasama pihak Intimate akan mengadakan Promosi Eksklusif Kampus โ€œExtra Slim โ€“ Ultimate Drynessโ€ khas untuk warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan penjagaan diri serta menawarkan pelbagai promosi menarik kepada siswi guru.

Butiran program adalah seperti berikut:

๐Ÿ“Œ Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ“Œ Masa: 10.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“Œ Tempat: Lobi Menara, IPGKBM

Sehubungan itu, semua siswi guru IPGKBM dijemput hadir ke reruai Intimate untuk memeriahkan program serta merebut peluang menarik yang ditawarkan.

Srikandi Helwani, Pemartabatan Citra IB

JPP IPG KBM SESI 2026/2027
"Julang Anak Warisan"
ุณูŠุฑูˆุง ุนู„ู‰ ุจุฑูƒุฉ ุงู„ู„ู‡
[JEMPUTAN RASMI: KARNIVAL SIMFONI SASTERA 2026]

โ€‹Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jabatan Persuratan Melayu dengan sukacitanya menjemput seluruh warga IPGKBM ke Karnival Simfoni Sastera 2026. Sebuah penganjuran bersepadu hasil kolaborasi strategik antara Kohort Cendekia dan Kohort Bidasari yang menggabungkan dua kursus utama:

๐Ÿ“š Kesusasteraan Kanak-Kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu (BMMB3283)
๐ŸŽจ Kreariviti Dan Estetika Pendidikan Bahasa Melayu (BMMB3262)
โ€‹
๐Ÿ“… TARIKH: 24 April 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ TEMPAT: Dewan Aminuddin Baki (DAB)
โฐ MASA: 8:00 Pagi โ€“ 4:30 Petang

โ€‹SOROTAN UTAMA:
โœ… Eksplorasi Digital (Kohort Cendekia): Pameran karya cerita kanak-kanak digital interaktif yang berinovasi.
โœ… Galeri Inovasi (Kohort Bidasari): Pameran Bahan Bantu Mengajar (BBM) kreatif yang menyokong PdP masa kini.
โœ… Simfoni Perasmian: Gimik eksklusif bertemakan misi kelestarian dan keharmonian kaum.

โ€‹Marilah hadir beramai-ramai!
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENULISAN KREATIF ANTOLOGI SAJAK โ€œMAGIC IN THE MUNDANEโ€
โ€œEnglish Poetry Anthology Creative Writing Workshop- Magic in The Mundaneโ€

Anjuran : Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Kemanusiaan, IPG Kampus Bahasa Melayu
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Simulasi 2. 01, aras 2 IPGKBM
๐Ÿ• Masa : 9.00 pagi โ€“ 4.00 petang

Fasilitator Bengkel:
1. Puan Kalai Selvi Tachinamutu
2. Cik Afifah Binti Ariffin

Objektif Program
1. Mendukung strategi MBI iaitu Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan dalam menghasilkan penerbitan dalam bidang Bahasa Inggeris.
2. Menyemarakkan aktiviti Bahasa dan Sastera melalui penulisan pelbagai genre sajak (Concrete, Haiku, Acrostic dan Dimante)
3. Melestarikan budaya penulisan sajak (poetry) dalam kalangan warga IPGKBM.
4. Menghasilkan satu dokumentasi fizikal (buku) yang mengumpulkan karya terbaik peserta bengkel.

"The scariest moment is always just before you start. After that, things can only get better." โ€” Stephen King
[PERKARA : KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIARA) MAHASISWA IPTA/IPTS 2026]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Tarikh: 18 April 2026
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Dewan Tun Canselor, Multimedia University (MMU), Cyberjaya

Karnival Integriti dan Antirasuah (KIARA) Mahasiswa IPTA/IPTS 2026 merupakan program anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertemakan "Berani Memerangi Rasuah: Mahasiswa Peneraju Perubahan". Program ini merupakan platform strategik untuk memperkasakan peranan mahasiswa dalam membanteras gejala rasuah serta menyemai budaya integriti dalam kalangan generasi muda, dengan sasaran penyertaan seramai 1,500 orang ahli daripada Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dan seramai 10 orang wakil  mahasiswa dari IPG Kampus Bahasa Melayu.

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kesedaran dan peranan mahasiswa sebagai ejen perubahan dalam usaha membanteras gejala rasuah.
2. Memupuk budaya integriti dan nilai etika yang tinggi dalam kalangan mahasiswa di peringkat IPTA/IPTS.
3. Memberi pendedahan menyeluruh mengenai jenayah rasuah dan penipuan (scam) melalui sesi libat urus bersama agensi penguatkuasa.

IMPAK:
1. Melahirkan mahasiswa yang berwibawa, cakna, dan berani untuk menolak serta melaporkan perlakuan rasuah.
2. Memperkukuh jaringan kerjasama antara mahasiswa dengan agensi penguatkuasa seperti SPRM, National Scam Response Centre (NSRC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui sesi town hall.
3. Membentuk jati diri mahasiswa yang berintegriti sebagai benteng utama dalam pembangunan negara yang bersih daripada gejala rasuah.

Sekian, Terima kasih.

"TEGAKKKAN INTEGRITI, HAPUSKAN KORUPSI"

KELAB ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH 2026/2027
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU