IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
🎤 SEMANTIQUE🎤

Bersedia untuk persembahan istimewa yang penuh nostalgia dan energi! 🎶✨
Saksikan kemunculan istimewa *Alumni IB Buskers* yang bakal menghidupkan suasana dengan alunan muzik yang memukau.

Rentak santai, jiwa penuh makna, dan vibe yang pasti mengimbau kenangan! 🎸🔥
Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan suasana! 🤩🙌
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datin Dr./YBrs. Ts. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan,

PROGRAM BICARA ASPIRASI REKTOR IPGM SIRI 1 TAHUN 2026
Pembugaran Budaya PLC dan 5P+

🗓️: 30 April 2026 (Khamis)
⏰: 10.00 pagi
🏢: IPG Kampus Bahasa Melayu
🧑🏻‍🏫: YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap; Rektor IPGM
📺 Siaran Langsung: https://www.youtube.com/live/QcMLbntgJSA?si=tD2Svo0kBFzDOQ1s
📲 Buku program : https://heyzine.com/flip-book/7968979599.html

Program julung kali ini merupakan platform rasmi kepimpinan tertinggi IPGM untuk menyampaikan aspirasi, hala tuju strategik serta penegasan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan guru.

Perkongsian ini turut menekankan kepentingan pembugaran budaya Professional Learning Community (PLC) dan pengukuhan amalan 5P+ sebagai pemacu transformasi warga IPG ke arah prestasi berimpak tinggi.

Sehubungan itu, semua warga IPG KPM dijemput mengikuti siaran langsung ini mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Kehadiran dan penyertaan penuh amatlah dihargai.
PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA

Anjuran : Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JNWPKL) bersama JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan IPGK Bahasa Melayu (Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Siswa Guru PISMP PAKK Ambilan Ogos 2024/2027 )

Sekolah terlibat :
🏫 SK Sentul Utama - 29 April 2026
🏫 SK Putrajaya Precint 11 (2) - 30 April 2026

Masa :
8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Turut hadir :
YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGKBM

Pensyarah:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. Pn Nuridah binti Mohamad Isa
3. Pn Khoo Swee Ling
4. Pn A.Hafizah binti Zaki
5. Pn Arulmozhi a/p Narayanasamy

Objektif Program :
1. Memberi pendedahan dan memperkukuh kefahaman warga pendidikan berkaitan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 dan Model Pendidikan Prasekolah Malaysia.
2. ⁠Menggalakkan pelibatan dan interaksi antara Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah serta Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran bersama murid prasekolah.

Impak Program :
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru prasekolah serta warga pendidikan terhadap pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 secara lebih berkesan.
2. ⁠Meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah (JPAKK) dan siswa guru melalui kolaborasi strategik serta interaksi langsung dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan.
3. ⁠Mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti di Malaysia.
BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPG Kampus Bahasa Melayu

Tarikh : 22-24 April 2026
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Anggerik, IPGKBM
Penceramah : Pn Normasura binti Haji Jani (Pensyarah Cemerlang DG54), IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Sasaran :
Semua pensyarah JPAKK dan Siswa guru major PAKK (B9, D6, D7, E19, E20)

Objektif Program :
1. Meningkatkan kefahaman pensyarah dan siswa guru terhadap Kurikulum PERMATA Negara selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Memantapkan pengetahuan pedagogi peserta dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan perkembangan (developmentally appropriate practices) bagi kanak-kanak 0–4 tahun.
3. ⁠Menyokong keperluan Malaysian Qualifications Agency dengan memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam PdP (merancang, melaksana dan menilai).

Impak Program :
1. Dapat mengaplikasikan prinsip dan kandungan kurikulum PERMATA Negara secara lebih tepat dan selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Pensyarah dan siswa guru lebih bersedia menghadapi keperluan praktikum yang berkualiti, pelaksanaan PdP autentik serta pentaksiran berasaskan perkembangan.
3. P⁠rogram ini dapat menambah baik amalan PdP pensyarah dan siswa guru melalui hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional).

Bengkel Pemantapan Kurikulum Asuhan dan PERMATA Negara berjaya memperkukuh kefahaman, pengetahuan pedagogi serta kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam melaksanakan PdP pendidikan awal kanak-kanak secara holistik dan berkesan. Di samping itu, pelaksanaan program ini turut menyokong keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency khususnya dalam pembangunan kompetensi profesional dan kesediaan praktikum.

Galeri gambar : https://drive.google.com/drive/folders/1jamZc3nD83F0GVIuH-lnY8DZJ1uOTy71
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
FIESTA SUKANEKA PRASEKOLAH BINTANG, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

FIESTA SUKANEKA PRASEKOLAH BINTANG, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2026

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPGKBM dengan kerjasama Siswa Guru D6 & D7)

Tarikh: 28 April 2026
Masa: 8:30 pagi- 12:30 tengahari
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM

Sasaran: 21 Orang murid Prasekolah Bintang, IPGKBM

Perasmian Penutupan Oleh :
YBrs. Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman

Pensyarah Kursus :
1. Encik Lukmanulhakim Bin Abd Gani (PAKK3424 Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak)

Turut hadir :
1. Pn Nuridah binti Mohamad Isa
2. ⁠Pn Khoo Swee Ling
3. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki
4. ⁠Pn Arulmozhi a/p Narayanasamy⁠

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat mereka ke tahap yang optimum.
2. ⁠Melahirkan murid yang aktif, berkeyakinan tinggi, bersikap tidak putus asa melalui aktiviti permainan fizikal.
3. ⁠Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara warga IPGKBM dengan komuniti prasekolah Bintang.

IMPAK PROGRAM:
1. Membentuk sikap positif seperti disiplin dan tidak mudah berputus asa.
2. ⁠Meningkatkan keyakinan diri murid melalui pelibatan aktif dalam aktiviti permainan fizikal.
3. ⁠Memupuk semangat kerjasama dan hubungan sosial yang harmoni.

Fiesta Sukaneka Prasekolah ini berjaya memperkukuh perkembangan fizikal, sosial dan emosi murid melalui pelibatan aktif dalam aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna sekali gus mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak.

Galeri Program :
https://drive.google.com/drive/folders/1MbdTJltw2Yc4-33iZEprjGIMsKH1D3Wi
BENGKEL PENULISAN KREATIF ANTOLOGI SAJAK “MAGIC IN THE MUNDANE”
“English Poetry Anthology Creative Writing Workshop- Magic in The Mundane”
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENULISAN KREATIF ANTOLOGI SAJAK “MAGIC IN THE MUNDANE”
“English Poetry Anthology Creative Writing Workshop- Magic in The Mundane”


Anjuran : Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Kemanusiaan, IPG Kampus Bahasa Melayu

🗓️ Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Makmal Komputer 3.02 Aras 4, IPGKBM
🕐 Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Fasilitator Bengkel:
1. Puan Kalai Selvi Tachinamutu
2. Cik Afifah Binti Ariffin

Objektif Program
1. Mendukung strategi MBI iaitu Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan dalam menghasilkan penerbitan dalam bidang Bahasa Inggeris.
2. Menyemarakkan aktiviti Bahasa dan Sastera melalui penulisan pelbagai genre sajak (Concrete, Haiku, Acrostic dan Dimante)
3. Melestarikan budaya penulisan sajak (poetry) dalam kalangan warga IPGKBM.
4. Menghasilkan satu dokumentasi fizikal (buku) yang mengumpulkan karya terbaik peserta begkel.

" The scariest moment is always just before you start. After that, things can only get better."-Stephen King

#sahabatbahasambmmbi
#semarakmbmmbi
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Salam Julang Anak Warisan

RENTAK KAMPUS 2026

Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 8.45 malam - 10.30 malam
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu

PENGANJUR: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Kebudayaan Dan Kesenian
PENGLIBATAN: Pelajar-pelajar IPGK Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat muzik siswa guru.

2. Memberi peluang menyerlahkan potensi dan meningkatkan keyakinan diri.

3. Memupuk apresiasi seni muzik dalam pembangunan sahsiah.

IMPAK PROGRAM

1. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi siswa guru.

2. Bakat seni berjaya dikenal pasti dan dikembangkan.

3. Membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, pelajar-pelajar IPGK Bahasa Melayu dapat mempelajari dan memperolehi ilmu baharu serta mengasah bakat mereka sehingga ke peringkat yang lebih cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR DHARMA MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK