IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA

Anjuran : Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JNWPKL) bersama JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan IPGK Bahasa Melayu (Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Siswa Guru PISMP PAKK Ambilan Ogos 2024/2027 )

Sekolah terlibat :
🏫 SK Sentul Utama - 29 April 2026
🏫 SK Putrajaya Precint 11 (2) - 30 April 2026

Masa :
8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Turut hadir :
YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGKBM

Pensyarah:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. Pn Nuridah binti Mohamad Isa
3. Pn Khoo Swee Ling
4. Pn A.Hafizah binti Zaki
5. Pn Arulmozhi a/p Narayanasamy

Objektif Program :
1. Memberi pendedahan dan memperkukuh kefahaman warga pendidikan berkaitan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 dan Model Pendidikan Prasekolah Malaysia.
2. ⁠Menggalakkan pelibatan dan interaksi antara Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah serta Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran bersama murid prasekolah.

Impak Program :
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru prasekolah serta warga pendidikan terhadap pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 secara lebih berkesan.
2. ⁠Meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah (JPAKK) dan siswa guru melalui kolaborasi strategik serta interaksi langsung dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan.
3. ⁠Mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti di Malaysia.
BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPG Kampus Bahasa Melayu

Tarikh : 22-24 April 2026
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Anggerik, IPGKBM
Penceramah : Pn Normasura binti Haji Jani (Pensyarah Cemerlang DG54), IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Sasaran :
Semua pensyarah JPAKK dan Siswa guru major PAKK (B9, D6, D7, E19, E20)

Objektif Program :
1. Meningkatkan kefahaman pensyarah dan siswa guru terhadap Kurikulum PERMATA Negara selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Memantapkan pengetahuan pedagogi peserta dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan perkembangan (developmentally appropriate practices) bagi kanak-kanak 0–4 tahun.
3. ⁠Menyokong keperluan Malaysian Qualifications Agency dengan memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam PdP (merancang, melaksana dan menilai).

Impak Program :
1. Dapat mengaplikasikan prinsip dan kandungan kurikulum PERMATA Negara secara lebih tepat dan selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Pensyarah dan siswa guru lebih bersedia menghadapi keperluan praktikum yang berkualiti, pelaksanaan PdP autentik serta pentaksiran berasaskan perkembangan.
3. P⁠rogram ini dapat menambah baik amalan PdP pensyarah dan siswa guru melalui hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional).

Bengkel Pemantapan Kurikulum Asuhan dan PERMATA Negara berjaya memperkukuh kefahaman, pengetahuan pedagogi serta kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam melaksanakan PdP pendidikan awal kanak-kanak secara holistik dan berkesan. Di samping itu, pelaksanaan program ini turut menyokong keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency khususnya dalam pembangunan kompetensi profesional dan kesediaan praktikum.

Galeri gambar : https://drive.google.com/drive/folders/1jamZc3nD83F0GVIuH-lnY8DZJ1uOTy71
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
FIESTA SUKANEKA PRASEKOLAH BINTANG, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

FIESTA SUKANEKA PRASEKOLAH BINTANG, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2026

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPGKBM dengan kerjasama Siswa Guru D6 & D7)

Tarikh: 28 April 2026
Masa: 8:30 pagi- 12:30 tengahari
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM

Sasaran: 21 Orang murid Prasekolah Bintang, IPGKBM

Perasmian Penutupan Oleh :
YBrs. Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman

Pensyarah Kursus :
1. Encik Lukmanulhakim Bin Abd Gani (PAKK3424 Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak)

Turut hadir :
1. Pn Nuridah binti Mohamad Isa
2. ⁠Pn Khoo Swee Ling
3. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki
4. ⁠Pn Arulmozhi a/p Narayanasamy⁠

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat mereka ke tahap yang optimum.
2. ⁠Melahirkan murid yang aktif, berkeyakinan tinggi, bersikap tidak putus asa melalui aktiviti permainan fizikal.
3. ⁠Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara warga IPGKBM dengan komuniti prasekolah Bintang.

IMPAK PROGRAM:
1. Membentuk sikap positif seperti disiplin dan tidak mudah berputus asa.
2. ⁠Meningkatkan keyakinan diri murid melalui pelibatan aktif dalam aktiviti permainan fizikal.
3. ⁠Memupuk semangat kerjasama dan hubungan sosial yang harmoni.

Fiesta Sukaneka Prasekolah ini berjaya memperkukuh perkembangan fizikal, sosial dan emosi murid melalui pelibatan aktif dalam aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna sekali gus mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak.

Galeri Program :
https://drive.google.com/drive/folders/1MbdTJltw2Yc4-33iZEprjGIMsKH1D3Wi
BENGKEL PENULISAN KREATIF ANTOLOGI SAJAK “MAGIC IN THE MUNDANE”
“English Poetry Anthology Creative Writing Workshop- Magic in The Mundane”
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENULISAN KREATIF ANTOLOGI SAJAK “MAGIC IN THE MUNDANE”
“English Poetry Anthology Creative Writing Workshop- Magic in The Mundane”


Anjuran : Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Kemanusiaan, IPG Kampus Bahasa Melayu

🗓️ Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Makmal Komputer 3.02 Aras 4, IPGKBM
🕐 Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Fasilitator Bengkel:
1. Puan Kalai Selvi Tachinamutu
2. Cik Afifah Binti Ariffin

Objektif Program
1. Mendukung strategi MBI iaitu Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan dalam menghasilkan penerbitan dalam bidang Bahasa Inggeris.
2. Menyemarakkan aktiviti Bahasa dan Sastera melalui penulisan pelbagai genre sajak (Concrete, Haiku, Acrostic dan Dimante)
3. Melestarikan budaya penulisan sajak (poetry) dalam kalangan warga IPGKBM.
4. Menghasilkan satu dokumentasi fizikal (buku) yang mengumpulkan karya terbaik peserta begkel.

" The scariest moment is always just before you start. After that, things can only get better."-Stephen King

#sahabatbahasambmmbi
#semarakmbmmbi
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Salam Julang Anak Warisan

RENTAK KAMPUS 2026

Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 8.45 malam - 10.30 malam
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu

PENGANJUR: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Kebudayaan Dan Kesenian
PENGLIBATAN: Pelajar-pelajar IPGK Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat muzik siswa guru.

2. Memberi peluang menyerlahkan potensi dan meningkatkan keyakinan diri.

3. Memupuk apresiasi seni muzik dalam pembangunan sahsiah.

IMPAK PROGRAM

1. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi siswa guru.

2. Bakat seni berjaya dikenal pasti dan dikembangkan.

3. Membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, pelajar-pelajar IPGK Bahasa Melayu dapat mempelajari dan memperolehi ilmu baharu serta mengasah bakat mereka sehingga ke peringkat yang lebih cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR DHARMA MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR DHARMA MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Anjuran: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPG Kampus Bahasa Melayu

Aktiviti: Mewarna Batik, Mewarna Seramik, Lawatan Muzium Kraf, Perkampungan Kraf, Membuat Gelang Batik.

Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi – 3.30 petang
Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Pelibatan : 48 orang siswa guru PISMP (PAKK) Ambilan Ogos 2025/Julai 2029 (D6 & D7), IPGKBM

Pensyarah Pengiring:
1. Puan Nuridah binti Mohammad Isa (PAKK3553 Kreativiti dalam PAKK)

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi pendedahan secara langsung kepada siswa guru mengenai teknik-teknik seni visual seperti mencanting batik dan penghasilan seramik sebagai elemen kreativiti dalam pendidikan.
2. Meningkatkan kemahiran psikomotor dan apresiasi seni warisan budaya dalam kalangan siswa guru untuk diintegrasikan dalam PdP prasekolah.
3. Memahami hubung kait antara aktiviti seni visual dengan perkembangan kognitif, emosi dan kreativiti kanak-kanak selaras dengan kursus PAKK3553.
4. Memperkaya pengetahuan siswa guru mengenai sejarah dan khazanah kraf negara melalui lawatan ke Muzium Kraf dan Perkampungan Kraf.

IMPAK PROGRAM:
1. Dapat memperoleh kemahiran praktikal dalam teknik mewarna yang boleh diaplikasikan sebagai aktiviti pembelajaran menarik di bilik darjah.
2. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi siswa guru dalam merancang bahan bantu mengajar yang berasaskan elemen seni tradisional dan budaya.
3. Dapat menghargai nilai estetika dan warisan kebangsaan sekaligus mampu memupuk semangat patriotisme melalui aktiviti seni.
4. Dapat meningkatka tahap kompetensi dan profesionalisme siswa guru sebagai pendidik yang kreatif dalam bidang pembelajaran kreativiti dan estetika.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu serta penglibatan aktif siswa guru major Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
PENGANJURAN PROGRAM AWALAN KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA MURID-MURID PRASEKOLAH BINTANG, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN PROGRAM AWALAN KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA MURID-MURID PRASEKOLAH BINTANG, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Kampus Bahasa Melayu
🗓 Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
📍 Tempat: Prasekolah Bintang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu

Sasaran: 21 Orang murid Prasekolah Bintang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu

Pensyarah Pembimbing:
1. Puan Nuridah Binti Mohammad Isa

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Meningkatkan pengetahuan murid prasekolah tentang asas keselamatan diri.
2. Memberi pendedahan awal kepada langkah pencegahan dan tindakan dalam situasi kecemasan secara praktikal.
3. Membentuk kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dalam kehidupan harian.

IMPAK PROGRAM:
1. Murid lebih memahami bahaya persekitaran dan dapat mengenal pasti risiko.
2. Murid lebih yakin bertindak dalam situasi kecemasan.
3. Murid lebih peka dan berhati-hati terhadap keselamatan diri.

Sehubungan itu, pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sentul, Prasekolah Bintang dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPGKBM atas kerjasama dan sokongan sepanjang program ini berlangsung.