IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN PENANDA ARAS PENSYARAH JPAKK KE JAPANESE KINDERGARTEN, KUALA LUMPUR

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPGKBM

Tarikh: 01 Julai 2026
Hari: Rabu
Masa: 9:00 pagi- 4:30 petang

Pensyarah yang terlibat:
1.Puan Nor Zarina binti Md Faril
2.Puan Chithra a/p Batumalai
3.Puan Nuridah binti Mohammad Isa
4.Puan A.Hafizah bitni Zaki
5.Puan Arulmozhi A/P Narayanasamy
6.Puan Nur Syaidatina binti Zulkifli (Guru MYSTEP Prasekolah)

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengenal pasti dan mempelajari amalan terbaik dalam aspek pengurusan, kurikulum, pedagogi serta persekitaran pembelajaran di Japanese Kindergarten, Kuala Lumpur.
2. Meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan profesionalisme pensyarah melalui perkongsian pengalaman, pemerhatian amalan sebenar serta perbincangan bersama warga Japanese Kindergarten.
3. Membina dan mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK), IPG Kampus Bahasa Melayu dengan Institusi luar KPM iaitu Japanese Kindergarten KL.
4. Mengadaptasi amalan terbaik yang bersesuaian ke dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan guru pendidikan awal kanak-kanak di IPG Kampus Bahasa Melayu.

IMPAK PROGRAM :
1. Peningkatan kefahaman dan pengetahuan pensyarah terhadap amalan terbaik Japannese Kindergarten, KL
2. ⁠Peningkatan profesionalisme pensyarah melalui sesi perkongsian ilmu antara dua institusi pendidikan awal kanak-kanak.
3. ⁠Membuka peluang kepada pelaksanaan program kolaboratif pada masa hadapan.
4. ⁠Memperkukuh kualiti PAKK di IPGKBM melalui adaptasi amalan terbaik yang diperolehi.

Secara keseluruhannya, lawatan penandaarasan ini dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan pensyarah pendidikan awal kanak-kanak melalui adaptasi amalan terbaik yang diperolehi dari Japanese Kindergarten, Kuala Lumpur.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 2 (KIT BUNYI)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 - 10.00 pagi
Tempat: Prasekolah Bintang,IPGKBM
Sasaran : 11 Orang Murid Prasekolah Bintang
Penglibatan : 12 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid menguasai huruf vokal melalui pelaksanaan aktiviti menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang sistematik dan menyeronokkan sesuai dengan tahap perkembangan mereka. 
2. Meningkatkan minat dan pelibatan murid secara aktif terhadap pembelajaran literasi bahasa menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. Melatih siswa guru secara praktikal melalui pelaksanaan langkah aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat menguasai bunyi huruf vokal dengan betul melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang menarik.
2. ⁠Murid menunjukkan penglibatan aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. ⁠Siswa guru mengendalikan PdP Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.A Siri 2 (Kit Bunyi) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Prasekolah Bintang, pensyarah JPAKK IPGKBM serta siswa guru yang terlibat.
HEBAHAN PELAKSANAAN PROFIL KESEJAHTERAAN & PERSONALITI PELAJAR (PKPP) 2026

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Dimaklumkan bahawa Profil Kesejahteraan dan Personaliti Pelajar (PKPP) Tahun 2026 sedang dilaksanakan kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan (IPG KPM).

Sehubungan dengan itu, semua pelajar PISMP dimohon untuk melengkapkan instrumen PKPP melalui Sistem myIPG Modul e-Pelajar sebelum atau pada 15 JULAI 2026.

📌 Pautan Sistem e-Pelajar:
pismp.moe.gov.my/e-pelajar/

Kerjasama dan komitmen semua pelajar dalam menjayakan pelaksanaan PKPP ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Makluman Penting buat semua penerima anugerah. Sila isi maklum balas kehadiran dalam RSVP selewat-lewatnya pada hari Jumaat 10 Julai 2026 pukul 4:30 ptg.

Sekiranya tiada respon, kerusi tidak disediakan buat penerima. Link RSVP
https://script.google.com/a/macros/ipgkbm.edu.my/s/AKfycbzqzn09RFKtL8FBNhjUYU-9okR2M2jOTL4l5PSjeudXrnGwj5oB-eOpJygBW4Zc9653/exec

Mohon semua penerima anugerah untuk join group telegram ini untuk mendapatkan maklumat terkini
https://t.me/+iYeyV25u1mdlYjQ1

Sekian, harap maklum.
Setiausaha MAGIs
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

⛺PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 2026 BERBAKI LIMA HARI SAHAJA LAGI!

Pelajar Kohort Cendekia akan menjalani Perkhemahan Unit Beruniform pada 14 hingga 17 Julai 2026 bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu. Hanya berbaki 5 hari sebelum Perkhemahan Unit Beruniform IPG Kampus Bahasa Melayu membuka tirainya.

📅: 14–17 Julai 2026
🏡: IPG Kampus Bahasa Melayu
👥: PISMP Ambilan Ogos 2024/2028 – Kohort Cendekia

🏕️ Menyulam Tekad, Menjunjung Wibawa

Pastikan segala persiapan telah dilakukan termasuk kelengkapan diri, peralatan perkhemahan dan keperluan lain. Semoga kita semua bersedia untuk menimba pengalaman, mengukuhkan semangat berpasukan dan mencipta kenangan yang bermakna sepanjang perkhemahan.

5 hari lagi… Ayuh, bersiap sedia! ⛺✨

IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA

—————————————

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PERSEMBAHAN PB PANTOMIM BAGI KURSUS
PAKK1172 SENI BAHASA & SASTERA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tarikh : 07 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah 3.13 dan 3.17
Pelibatan Pelajar : PPISMP E19 dan E20

Pensyarah Kursus :
- Puan Nuridah binti Mohammad Isa
- Puan A. Hafizah binti Zaki

OBJEKTIF :
1. Memberi peluang kepada siswa guru mengaplikasikan elemen seni bahasa dan sastera melalui aktiviti pantomim berdasarkan cerita rakyat, binatang dan jenaka.
2. Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri serta kemahiran komunikasi bukan lisan.
3. Memupuk kerjasama dan penghayatan terhadap seni persembahan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran yang sesuai dalam pendidikan awal kanak-kanak.

IMPAK :
1. Siswa guru dapat meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.
2. ⁠Siswa guru dapat memahami penggunaan seni bahasa dan sastera sebagai medium pembelajaran yang menarik serta bermakna kepada kanak-kanak.
3. ⁠Memperkukuh kemahiran kerja berpasukan dalam menghasilkan persembahan yang kreatif.

Secara keseluruhannya, aktiviti persembahan pantomim bagi kursus PAKK1172 Seni Bahasa & Sastera dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri malah membantu siswa guru memahami kepentingan seni dan sastera sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 3 (KIT ABJAD)

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tarikh: 08 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 - 10.30 pagi
Tempat: Prasekolah Bintang, IPGKBM
Sasaran : 11 Orang Murid Prasekolah Bintang, IPGKBM
Penglibatan : 15 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah :
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid mengenal huruf melalui pelaksanaan aktiviti menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad) yang sesuai mengikut tahap murid.
2. Meningkatkan minat dan pelibatan murid secara aktif terhadap pembelajaran literasi bahasa.
3. Melatih siswa guru secara praktikal melalui pelaksanaan langkah aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Abjad) sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat mengenal huruf dengan sebutan yang betul menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad).
2. ⁠Murid menunjukkan pelibatan yang sangat aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad).
3. Meningkatkan keyakinan dan kemahiran pedagogi siswa guru dalam PdP PAKK.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.E Siri 3 (Kit Abjad) berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Prasekolah Bintang, pensyarah serta siswa guru yang terlibat.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Perkhemahan Unit Beruniform IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026

Berbaki 3 Hari Sahaja Lagi!

Tapak perkhemahan boleh bertukar. Namun tekad dan kerjasama kitalah yang akan menentukan kejayaan. Teruskan membuat persiapan sebaik mungkin kerana setiap usaha pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.

Ayuh buktikan bahawa cabaran bukan penghalang tetapi peluang untuk kita menyerlah.

#3HariLagi #ub_cendekia26
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

JADUAL PEPERIKSAAN JULAI 2026 BAGI PROGRAM PDPP KDC

https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-peperiksaan-julai-2026-pdpp-kdc

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Tuan Hj. Mustapa Kamal bin Mohammed Zahid

📅Tarikh : 17 Julai 2026
🎯Hari : Jumaat
⏰Masa : 3.00 petang
🏠Tempat : Lobi Menara IPG KBM

Semua warga IPG KBM dijemput hadir.

Sekian, Terima Kasih
BENGKEL PEMBINAAN TEMPLET DAN PERANCANGAN PENULISAN LAPORAN TAHUNAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU SIRI 1/2026

Tarikh : 01 – 03 Julai 2026
Hari : Rabu – Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP)

Objektif : Meningkatkan kemahiran dalam penulisan laporan tahunan setiap jabatan.
Impak Yang Disasarkan : Pelaksanaan program ini dijangka dapat menyusun strategi yang lebih kemas untuk membina e-Buletin dan Laporan Tahunan IPGKBM 2026.
“BICARA FIQH KEWANITAAN 2026 DI IPGKBM”
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

“BICARA FIQH KEWANITAAN 2026 DI IPGKBM”

Tarikh: 3 julai 2026 (Jumaat)
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat: Dewan Za'ba, IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada para siswi guru mengenai nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam Surah Luqman, khususnya berkaitan hikmah, pengukuhan akidah, pembentukan akhlak mulia, serta tanggungjawab sebagai pendidik Muslim yang berteraskan nilai-nilai Madani.

2. Membentuk keperibadian guru yang berintegriti, berilmu, beradab dan berakhlak mulia melalui penghayatan terhadap nasihat-nasihat Surah Luqman agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dalam profesion keguruan sebagai agen pembinaan modal insan.

3. Memupuk budaya pendidikan yang berteraskan nilai spiritual dan kemanusiaan dalam kalangan warga IPGKBM dengan menggalakkan pengamalan sifat rendah hati, menghormati ibu bapa dan guru, menjaga hubungan sesama manusia serta menyampaikan ilmu dengan hikmah dan kasih sayang.

IMPAK PROGRAM:

1. Penghayatan terhadap pengajaran Surah Luqman akan meningkatkan kefahaman siswi guru tentang kepentingan membina sahsiah yang seimbang dari aspek rohani, intelek dan emosi. Nilai-nilai seperti hikmah, tauhid, kesabaran, amanah dan akhlak mulia akan menjadi panduan dalam membentuk identiti seorang pendidik yang profesional serta beretika.

2. Program ini akan melahirkan bakal guru yang lebih berkeyakinan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dan nilai Madani dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pendidikan yang berteraskan kasih sayang, kebijaksanaan dan contoh teladan akan menyumbang kepada pembentukan generasi murid yang berakhlak serta berdaya saing.

3. Melalui program ini, budaya pembelajaran yang mengutamakan pembangunan sahsiah, pengukuhan hubungan sesama warga kampus serta amalan nilai murni akan terus diperkasakan di IPGKBM. Impaknya, institusi akan melahirkan guru-guru yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu menjadi pemimpin masyarakat yang berintegriti, berjiwa pendidik dan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Diharapkan agar program ini mampu memupuk semangat saling menyokong dalam kalangan warga wanita IPGKBM, sekaligus menjadikan kampus sebagai institusi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah unggul dalam menjaga kebajikan, inklusiviti, dan kesejahteraan sesama komuniti.

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
*سيروا على بركة الله.*