IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
BENGKEL PEMBINAAN TEMPLET DAN PERANCANGAN PENULISAN LAPORAN TAHUNAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU SIRI 1/2026

Tarikh : 01 – 03 Julai 2026
Hari : Rabu – Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP)

Objektif : Meningkatkan kemahiran dalam penulisan laporan tahunan setiap jabatan.
Impak Yang Disasarkan : Pelaksanaan program ini dijangka dapat menyusun strategi yang lebih kemas untuk membina e-Buletin dan Laporan Tahunan IPGKBM 2026.
“BICARA FIQH KEWANITAAN 2026 DI IPGKBM”
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

“BICARA FIQH KEWANITAAN 2026 DI IPGKBM”

Tarikh: 3 julai 2026 (Jumaat)
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat: Dewan Za'ba, IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada para siswi guru mengenai nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam Surah Luqman, khususnya berkaitan hikmah, pengukuhan akidah, pembentukan akhlak mulia, serta tanggungjawab sebagai pendidik Muslim yang berteraskan nilai-nilai Madani.

2. Membentuk keperibadian guru yang berintegriti, berilmu, beradab dan berakhlak mulia melalui penghayatan terhadap nasihat-nasihat Surah Luqman agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dalam profesion keguruan sebagai agen pembinaan modal insan.

3. Memupuk budaya pendidikan yang berteraskan nilai spiritual dan kemanusiaan dalam kalangan warga IPGKBM dengan menggalakkan pengamalan sifat rendah hati, menghormati ibu bapa dan guru, menjaga hubungan sesama manusia serta menyampaikan ilmu dengan hikmah dan kasih sayang.

IMPAK PROGRAM:

1. Penghayatan terhadap pengajaran Surah Luqman akan meningkatkan kefahaman siswi guru tentang kepentingan membina sahsiah yang seimbang dari aspek rohani, intelek dan emosi. Nilai-nilai seperti hikmah, tauhid, kesabaran, amanah dan akhlak mulia akan menjadi panduan dalam membentuk identiti seorang pendidik yang profesional serta beretika.

2. Program ini akan melahirkan bakal guru yang lebih berkeyakinan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dan nilai Madani dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pendidikan yang berteraskan kasih sayang, kebijaksanaan dan contoh teladan akan menyumbang kepada pembentukan generasi murid yang berakhlak serta berdaya saing.

3. Melalui program ini, budaya pembelajaran yang mengutamakan pembangunan sahsiah, pengukuhan hubungan sesama warga kampus serta amalan nilai murni akan terus diperkasakan di IPGKBM. Impaknya, institusi akan melahirkan guru-guru yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu menjadi pemimpin masyarakat yang berintegriti, berjiwa pendidik dan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Diharapkan agar program ini mampu memupuk semangat saling menyokong dalam kalangan warga wanita IPGKBM, sekaligus menjadikan kampus sebagai institusi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah unggul dalam menjaga kebajikan, inklusiviti, dan kesejahteraan sesama komuniti.

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
*سيروا على بركة الله.*
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

⛺ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2026⛺️

Pelajar Kohort Cendekia akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform 2026 yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Julai 2026 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).

📅 Tarikh: 14–17 Julai 2026
📍 Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu
👥 Peserta: PISMP Ambilan Ogos 2024–2028 (Kohort Cendekia)

🏕️ Tema: Menyulam Tekad, Menjunjung Wibawa

Semoga perkhemahan ini menjadi medan untuk membina jati diri, memperkukuh semangat berpasukan, mengasah kemahiran kepimpinan serta mencipta pengalaman dan kenangan yang bermakna sepanjang program berlangsung.

IPGM PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU BERTARAF DUNIA

━━━━━━━━━━━━━━

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2026
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG INSTITUT BAHASA (MAGIs) SIRI 1/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:
✨ Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
✨ Tempat: Lobi Menara, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
✨ Masa: 9:30 pagi - 1:00 tengah hari
✨ Pakaian :
Penerima Anugerah: Seperti dalam memo
Warga IPG: Batik
✨Pautan Siaran Langsung: YouTube Rasmi IPGKBM
https://youtu.be/X-WeRHDwe9A
✨Buku Program:
https://heyzine.com/flip-book/a0bc588c39.html

✨ Semua pensyarah/staf adalah dijemput hadir. Bagi penerima anugerah diwajibkan hadir awal bagi pendaftaran. Semoga kehadiran semua memeriahkan lagi Majlis Anugerah Gemilang Institut Bahasa Siri 1/2026.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Salam L.E.S.T.A.R.I.
Salam Malaysia MADANI.
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

MAKLUMAN PERTANDINGAN INOVASI DAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (PInovKBM) 2026

Dimaklumkan bahawa Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi PInovKBM 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📍 Tarikh: 16–17 Julai 2026
📍 Tempat: Lobi, Menara IPGKBM

Sehubungan dengan pelaksanaan program tersebut, tiada interaksi kuliah akan dijalankan sepanjang 16 hingga 17 Julai 2026.

Penyertaan dan penglibatan pensyarah serta pelajar dalam program ini dianggap sebagai interaksi kuliah rasmi, selaras dengan pelaksanaan aktiviti akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, semua pensyarah dan pelajar dimohon mengambil maklum serta memberikan kerjasama dan komitmen bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PERTANDINGAN INOVASI (PInovKBM) DAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Sukacita dimaklumkan bahawa program akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📆Tarikh : 16 - 17 Julai 2026 (Khamis - Jumaat)
🏫Tempat : IPG Kampus Bahasa Melayu

Pautan Buku Program:
🔗https://heyzine.com/flip-book/a0cd201a36.html

Selamat bersidang dan selamat bertanding!

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera,
Salam LESTARI,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

KUNJUNGAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA FAKULTAS BAHASA DAN SENI (UNJ FBS) KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU (IPGKBM)

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:
✨ Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
✨ Tempat: Bilik Mesyuarat Melati Aras 5, IPGKBM
✨ Masa: 8:30 pagi - 11:00 pagi
✨ Pakaian : Baju Batik (Biru)

Objektif
1. Menjalin jaringan akademik dan perkongsian kepakaran global
2. Mendedahkan warga akademik kepada inovasi latihan guru interaktif digital

Impak
1. Pensyarah dan pelajar dapat menguasai teknik penghasilan bahan pengajaran gamifikasi
2. Hubungan profesional dan perkongsian silang budaya antara Malaysia dan Indonesia
3. Membuka ruang penyelidikan secara global.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 4 (KIT ABJAD)

Anjuran Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 - 10.30 pagi
Tempat: Prasekolah Bintang IPGKBM
Sasaran : 11 Orang Murid Prasekolah Bintang, IPGKBM
Penglibatan : 15 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid mengenal huruf melalui pelaksanaan aktiviti menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad) yang menyeronokkan dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.
2. Meningkatkan minat dan pelibatan murid secara aktif terhadap pembelajaran literasi bahasa menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad).
3. Melatih siswa guru secara praktikal melalui pelaksanaan langkah aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Abjad) sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat mengenal huruf dengan sebutan yang betul melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Abjad) yang menarik dan interaktif.
2. ⁠Murid menunjukkan pelibatan yang sangat aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Abjad).
3. ⁠Siswa guru mengendalikan PdP Kit B.A.C.E (Kit Abjad) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam PAKK.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.A Siri 4 (Kit Abjad) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat.
PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 4 (KIT ABJAD)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN INOVASI (PInovKBM) DAN SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Inovasi (PInovKBM) dan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 16–17 Julai 2026 (Khamis–Jumaat)
📍 Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu

📖 Buku Program
🔗 https://heyzine.com/flip-book/a0cd201a36.html

📋 Senarai Tugas Pelajar
🔗 https://docs.google.com/document/d/1MpEdZo3Hjet0id-F3BCn5Oz846TN4Mjs/edit?usp=sharing&ouid=106281407291980071373&rtpof=true&sd=true

Semoga program ini berjalan dengan lancar serta mencapai segala objektif yang telah dirancang.

Selamat bersidang kepada para pembentang dan selamat bertanding kepada semua peserta. Semoga berjaya dan memperoleh pengalaman yang bermakna.

Terima kasih.
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pertandingan Inovasi KBM (PInov KBM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 hingga 17 Julai 2026. Program ini menjadi wadah untuk mengetengahkan idea kreatif serta inovasi pendidikan yang berpotensi memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang telah memenangi Anugerah Inovasi Terbaik bagi semua kategori!

Pencapaian ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan para peserta dalam menghasilkan inovasi yang bermakna, praktikal dan berkualiti.

Terima kasih turut diucapkan kepada semua peserta, barisan juri, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan PInov KBM dan Seminar Penyelidikan 2026.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk melihat keputusan penuh.
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Program Nssantara MADANI: Khazanah Melayu dan Pesona Digital (BMMB1144-Kursus Kesantunan Berbahasa)

Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
Tempat: Lobi IPGKBM
Masa: 8:00 - 12.00 tengah hari

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar kumpulan Embun akan menganjurkan pameran bagi memenuhi Pentaksiran Berterusan (PB3).
i. EBM1, EBM2 dan EBM3 - Pameran Buku
ii. EBM4, EBM5 dan EBM6 - Pameran Busana Tradisional
iii. EBM7, EBM8, EBM9 - Galeri Bahasa dan Budi

Warga IPGKBM diundang untuk turut serta menyaksikan pameran tersebut. Terima kasih