IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

*BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN DAN PERMATA NEGARA SIRI 2 TAHUN 2026*
Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tarikh: 02 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM

Penceramah Jemputan : Pn Nani binti Menon (Master Trainer Kurikulum PERMATA Negara)
Pelibatan :
- Semua pensyarah JPAKK
- PISMP Ambilan Ogos 2025-Julai 2029 (D6 & D7)
- ⁠PISMP Ambilan Ogos 2026-Julai 2030 (E20 & E21)
- ⁠PPISMP Ambilan Ogos 2026-Julai 2027 (A7 & A8)

*OBJEKTIF PROGRAM:*
1. Meningkatkan kefahaman kandungan dan pelaksanaan Kurikulum PERMATA dalam pendidikan awal kanak-kanak.
2. Memperkukuh keupayaan dalam merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.
3. Meningkatkan kompetensi profesional melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan berkaitan pelaksanaan Kurikulum PERMATA.

IMPAK PROGRAM:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan Kurikulum PERMATA.
2. ⁠Meningkatkan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
3. Memberi pendedahan kepada amalan terbaik dan pengalaman sebenar dalam pelaksanaan Kurikulum PERMATA di TASKA.

Sekian, terima kasih.
3 HARI LAGI! ✨

PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan bakal berlangsung pada:

📅 12 hingga 15 Oktober 2026
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
⏰ 9.00 pagi - 5.00 petang

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat pendidikan serta meraikan komitmen dan usaha warga pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

#PETAHKPM2026
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#KurikulumKita
#RPM20262035
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🌟 SYABAS & TAHNIAH 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Gemawan Gempita atas kejayaan merangkul gelaran Johan Citra Pantun MADANI 2026! 🏆✨

Kejayaan ini membuktikan semangat, bakat, kreativiti dan kerjasama erat yang telah dicurahkan oleh seluruh ahli pasukan dalam mengangkat seni pantun sebagai warisan bangsa.

Kini, perjuangan diteruskan! 🔥
Selamat maju jaya buat pasukan Gemawan Gempita yang bakal merentap ke PETAH KPM 2026. Semoga terus tampil yakin, bersemangat dan memberikan persembahan terbaik dalam membawa nama IPG Kampus Bahasa Melayu ke pentas yang lebih tinggi.
Selamat Sejahtera
Salam LESTARI
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM KOLABORASI AKADEMIK DAN PERKONGSIAN ILMIAH PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB PERINGKAT ANTARABANGSA 2026

✨ Tarikh: 12-16 Oktober 2026
✨ Tempat:
1. State Islamic Universitiy Of North Sumatra Indonesia
2. Universiti Panca Budi Sumatra Utara Indonesia, Pondok Moden al-Raudlatul Hasanah Sumatra Utara Indonesia
3. Konsulat Jeneral Tinggi Malaysia Sumatra Utara Indonesia

Objektif
1. Menjalin jaringan akademik dan perkongsian kepakaran global
2. Mendedahkan warga pensyarah kepada penguasaan berskala akademik dan kitab Turath

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAJLIS ANUGERAH GEMILANG INSTITUT BAHASA (MAGIs) SIRI 2/2026

💫Galeri Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/19hai7uJ0fMOh2wu9kn0G-D0vBTnuQ4pW

🌏YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=2UMAqwRquh0

🔖Buku Program: https://heyzine.com/flip-book/279f8c1af9.html

Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Kredit:
JK MAGIs 2/2026
Fotografi - Anis Ayub
PETAH bukan sekadar jenama, malah mencerminkan aspirasi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa secara fasih, lancar dan berkesan.

Ayuh, kenali maksud di sebalik setiap huruf PETAH!

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#KurikulumKita
#RPM20262035
🔴 SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG: MAJLIS PERASMIAN PETAH KPM 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Saksikan siaran langsung Majlis Perasmian PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan “Seni Berbahasa Wahana Perpaduan MADANI” yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Majlis ini turut menampilkan Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Akhir Tahun 2026 bagi kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

🗓️ Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
🕣 Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Siaran langsung menerusi saluran:

Facebook Live KPM:

https://www.facebook.com/share/1CTPhx2tLy/

YouTube EduwebTV KPM:

https://www.youtube.com/live/FKsMCiqK3So?si=8S5flqnbboT4_EkQ

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#ReformasiPendidikan
#GenerasiMADANI
#KurikulumKita
#PendidikanNadiNegara
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

📣 SAMBUTAN BULAN KAUNSELING PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2026

Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan, Unit Psikologi & Kaunseling (UPsK) menjemput semua siswa siswi guru pelatih untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti melalui 2 pertandingan yang dianjurkan iaitu:

1. PERTANDINGAN REKA BENTUK INFOGRAFIK🎨
2. PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK 1 MINIT🎬

👤 Penyertaan: Secara Individu
📅 Tarikh Tutup: 22 Oktober 2026 (Khamis)
🏆 Hadiah Menarik: Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Hadiah Saguhati

📲 Sila Imbas kod QR pada poster pertandingan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut

"BERSAMA MEMBINA GENERASI SEJAHTERA”

Anjuran:
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK)
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN PENANDA ARAS GABAM IPGK DATO' RAZALI ISMAIL KE K-PUTRA IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Anjuran:
Kelab Kompang, Puisi dan Tarian (K-PUTRA), IPG Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 8 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 petang – 3.30 petang
Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu

Pelibatan:

- Kelab Kompang, Puisi dan Tarian (K-PUTRA), IPG Kampus Bahasa Melayu
- Gabungan Ahli Bahasa Melayu (GABAM), IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Meneroka amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kelab yang berteraskan seni, sastera dan kebudayaan Melayu.
2. Memperkukuh hubungan silaturahim serta jaringan kerjasama antara K-PUTRA dengan GABAM.
3. Berkongsi pengetahuan, pengalaman dan idea bagi memperkasa penglibatan siswa guru dalam usaha melestarikan bahasa, seni dan budaya Melayu.
4. Mengenal pasti peluang kolaborasi strategik bagi melaksanakan program bersama pada masa hadapan.

IMPAK PROGRAM:

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan serta pelaksanaan aktiviti kelab yang berkesan.
2. Mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara K-PUTRA dengan GABAM.
3. Menjana idea dan inisiatif baharu untuk memperkaya aktiviti kesenian, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
4. Membuka ruang kepada pelaksanaan program kolaboratif yang berterusan demi memartabatkan bahasa dan warisan Melayu dalam kalangan siswa guru.

Sekian, terima kasih.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TAHNIAH IPG KAMPUS BAHASA MELAYU - GEMAWAN GEMPITA JOHAN CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM TAHUN 2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN CITRA PANTUN MADANI PETAH KPM 2026

Anjuran:
Kementerian Pendidikan (KPM) dan IPG Kampus Bahasa Melayu

Tempat:
Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

Pelibatan:

- Bahagian Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
- Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kementerian Pendidikan, melibatkan Kolej Vokasional

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Memartabatkan seni pantun Melayu sebagai khazanah warisan bangsa melalui penganjuran pertandingan peringkat kebangsaan.
2. Mencungkil bakat dan mengembangkan potensi peserta dalam seni berpantun, kesusasteraan serta pengucapan kreatif.
3. Memupuk kesantunan berbahasa, kreativiti dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.
4. Memperkukuh usaha melestarikan bahasa dan sastera Melayu dalam kalangan warga institusi pendidikan di bawah KPM.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

1. Johan: Gemawan Gempita — IPG Kampus Bahasa Melayu
2. Naib Johan: Renjana Manikam — Kolej Matrikulasi Melaka
3. Tempat Ketiga: Kalam Katarsis — IPG Kampus Pulau Pinang

Kejayaan Gemawan Gempita merangkul gelaran johan merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat IPG Kampus Bahasa Melayu. Kejayaan ini menyerlahkan bakat dan kesungguhan siswa guru dalam seni berpantun, sekali gus menyumbang kepada usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu.

Sekian, terima kasih.