IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

TAHNIAH KEPADA PASUKAN INOVASI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu atas kejayaan meraih Anugerah Perak menerusi inovasi SAPA KGND dalam Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd 2026), Zon Sarawak 2026 IPGM.

Kejayaan ini merupakan pencapaian yang membanggakan serta mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada:

Pensyarah Pembimbing:
Dr. Teo Siew Fang

Pelajar Embun 15:
Joel Yong Song Enn
Chan Phei Yhee

Penghargaan turut dirakamkan atas bimbingan pensyarah pembimbing serta komitmen dan kerjasama ahli pasukan dalam membangunkan serta mengetengahkan inovasi SAPA KGND.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu untuk terus menghasilkan inovasi pendidikan yang berkualiti dan meraih kecemerlangan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Inovasi Diperkasa, Kecemerlangan Terbina.”
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

📢 CERAMAH PENDIDIKAN SEKSUALITI & PENJAGAAN DIRI 🌸

Sempena Hari Citra Srikandi, Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) menjemput semua pelajar perempuan IPG Kampus Bahasa Melayu untuk menyertai ceramah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki
👮🏻‍♀️ Penceramah: DSP Zuriawati binti Zainal Abidin

✨ Jom tingkatkan kesedaran tentang pendidikan seksualiti, keselamatan dan penjagaan diri. Kehadiran anda amat dialu-alukan! 💗

Terima kasih.

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (UPsK)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KARNIVAL SEKOLAH PENGAJAR DAN SHOWCASE PEDAGOGI TAHUN 2026
Pedagogi Inovatif, Pendidikan Berkualiti

📆 Tarikh: 26 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 10:00 pagi
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
📘 Buku Program: https://bit.ly/KSPPedagogi2026
⭐ Anjuran: Jawatankuasa Sekolah Pengajar IPG Kampus Bahasa Melayu

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM BUDAYA MORAL (MINGGU 10)

Anjuran : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JaPIM)
📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 7.45 pagi - 8.45 pagi
🏢 Tempat : Dewan Za'ba,  IPG Kampus Bahasa Melayu
Penglibatan : Semua Pelajar Bukan Muslim

Tetamu jumputan:
1) Puan Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali

Pensyarah Penasihat:
1) Puan Ranjini A/P Subramaniam
2)Puan Husha A/P Ganisan

AKTIVITI :
1. Ceramah "Nak Jadi Cikgu? Jom Semak Diri"

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Membentuk sikap profesionalisme dalam kalangan bakal guru agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, beretika dan bertanggungjawab.
2. Mendorong pelajar membuat refleksi kendiri untuk mengenal pasti kekuatan dan aspek yang perlu diperbaiki bagi menjadi seorang guru yang berkualiti.
3. Melahirkan bakal guru yang berakhlak mulia serta mampu menjadi teladan yang baik kepada murid dan masyarakat.

IMPAK :
1. Membentuk sikap profesionalisme dan tanggungjawab supaya pelajar lebih memahami peranan guru sebagai pendidik, pembimbing dan teladan kepada murid.
2. Mendorong amalan refleksi kendiri secara berterusan agar pelajar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri dari aspek moral, sikap dan tingkah laku.
3. Menyumbang kepada pembentukan bakal guru yang berkualiti dan berintegriti, selaras dengan hasrat melahirkan pendidik yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu pengetahuan, malah mempunyai sahsiah yang terpuji.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KE PRASEKOLAH SK PUTRAJAYA PRESINT 18 (1)
Anjuran: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK)

Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat: SK Putrajaya Presint 18 (1), Putrajaya
Sasaran: 97 Orang Murid Prasekolah Perdana dan 4 Orang Murid PPKI Prasekolah SK Putrajaya Presint 18 (1)
Penglibatan: 51 Orang Siswa Guru PAKK (E20 & E21)

Pensyarah Pengiring:
1. ⁠Puan Nor Zarina binti Md. Faril
2. ⁠Puan A.Hafizah binti Zaki
3. ⁠Dr. Arulmozhi A/P Narayanasamy
4. ⁠Puan Khoo Swee Ling
5. ⁠Encik Lukmanulhakim bin Abd Gani

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Melaksanakan Pentaksiran Berterusan bagi kursus Sosioemosi dalam PAKK, Pengenalan Kurikulum PAKK serta Pengenalan Pengurusan Kanak-Kanak dan Persekitaran melalui aktiviti lapangan secara langsung.
2. Mengaplikasikan teori, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui pembangunan serta pengujian bahan bantu mengajar (BBM) yang menyokong pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak.
3. Menjalinkan hubungan kolaboratif antara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dengan SK Putrajaya Presint 18 (1) dalam usaha meningkatkan kualiti PAKK.

IMPAK PROGRAM:
1. Siswa guru dapat mengukuhkan penguasaan ilmu dan kemahiran ketiga-tiga kursus dalam persekitaran prasekolah sebenar.
2. Siswa guru memperoleh maklum balas secara langsung kesesuaian dan keberkesanan BBM yang dibangunkan, sekali gus meningkatkan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran PAKK.
3. Kolaborasi antara IPGKBM dengan SK Putrajaya Presint 18 (1) dapat diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam PAKK.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang baik dari SK Putrajaya Presint 18 (1), pensyarah JPAKK IPGKBM serta siswa guru yang terlibat.

Galeri gambar :
https://drive.google.com/drive/folders/1dWcaQSyYYqYq870p2f97aF8IRdij6Qcl
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🏆 PIALA PENGARAH IPGKPI 2026

🔥 6 IPG BERENTAP

- IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
- ⁠IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
- ⁠IPG KAMPUS IPOH
- ⁠IPG KAMPUS ILMU KHAS
- ⁠IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
- ⁠IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

📅 TARIKH: 25 Oktober 2026 (AHAD)
📍 TEMPAT: Gelanggang Takraw PESTAP, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pencapaian :
Tempat ke-4
PASUKAN SEPAKTAKRAW IPGKBM SEPAKRAGA IB

Pensyarah Pengiring :
Encik Mohammad Khidir Ngah
Pensyarah
JHEP IPGKBM