IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

LAWATAN PENANDAARASAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS BATU LINTANG SESI 2026/2027 KE IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Utama Sanggar Bitara, IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengukuhkan hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
2. ⁠Berkongsi amalan terbaik, pengalaman serta strategi pengurusan organisasi pelajar yang berkesan.
3. ⁠Menambah baik sistem pengurusan dan pelaksanaan program melalui perkongsian idea serta inovasi.
4. ⁠Memupuk budaya kepimpinan yang profesional, progresif dan berdaya saing dalam kalangan pemimpin pelajar.

IMPAK PROGRAM:
1. Program berjaya mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat antara JPP IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Kampus Batu Lintang.
2. ⁠Perkongsian amalan terbaik membuka ruang kepada peserta untuk memperoleh idea baharu dalam memperkukuhkan pengurusan organisasi.
3. ⁠Penglibatan aktif peserta sepanjang sesi perbincangan menjadikan program lebih interaktif dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
4. ⁠Program dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang dengan pengurusan masa yang baik.

Diharapkan hubungan strategik yang terjalin melalui program ini dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kolaboratif pada masa hadapan demi melahirkan barisan pemimpin pelajar yang lebih kompeten, berkualiti dan berintegriti.

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN BULANAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2026
Jabatan Pengajian Melayu dan Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menganjurkan Perhimpunan Bulan Oktober 2026 seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
🕰️ Masa: 11:00 pagi – 1:30 tengahari
🏛️ Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu
👔 Pakaian: Baju Batik
✨ Kehadiran: Wajib (Pensyarah, Pelajar dan Staf)
📗 Pautan Buku Program: https://heyzine.com/flip-book/a98940b6cf.html
👤 Tetamu Undangan: Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Hj. Abdul Karim

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

GEN-BINA IPGKBM 2026 - PROGRAM KOMPENTENSI DIGITAL PELAJAR

Tarikh: 31 Oktober - 1 November 2026 (Sabtu - Ahad)
Anjuran: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan IPGM dengan Kerjasama IPG Kampus Bahasa Melayu
Penyelaras: Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG KBM
Tempat: IPG kampus Bahasa Melayu
Peserta: Pelajar IPG KBM yang terpilih

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL WACANA & SENI BERBAHASA MELAYU 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
Salam Julang Anak Warisan.

Tirai Karnival Wacana dan Seni Berbahasa Melayu 2026 bakal dilabuhkan dengan penuh bermakna! ✨

Ayuh bersama-sama memeriahkan Majlis Penutupan Karnival Wacana dan Seni Berbahasa Melayu 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap bakat, kreativiti dan kesungguhan para peserta dalam mengangkat martabat bahasa Melayu melalui seni dan wacana.

🗓️ Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
📍Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
📌Sasaran: Semua pelajar DIWAJIBKAN hadir
🌏 Secara Langsung: https://www.youtube.com/watch?v=uNbqHINZDT4

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
Biro Akademik,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) TAHUN 2026

🗓️ Tarikh : 8–9 Oktober 2026 (Khamis–Jumaat)
🏫 Tempat: IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
📜 Anjuran: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP), IPG Kampus Bahasa Melayu

Objektif:
- Mengenal pasti amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan PTM di institusi rakan perkongsian.
- Membandingkan kaedah perancangan, penyelarasan, pengurusan peserta dan pemantauan PTM antara institusi.
- Mengenal pasti amalan yang sesuai untuk diadaptasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PTM di IPG Kampus Bahasa Melayu.

Pengisian Program:
- Sesi taklimat dan perkongsian amalan terbaik pengurusan PTM.
- Aktiviti penandaarasan (benchmarking) dan perbincangan berkaitan pengurusan serta pelaksanaan program.
- Perkongsian pengalaman dan pengenalpastian ruang penambahbaikan proses kerja urus setia.

Impak:
- Peningkatan pengetahuan dan kefahaman tentang amalan terbaik pengurusan serta pelaksanaan PTM.
- Penambahbaikan penyelarasan tugas, pengurusan dokumentasi dan pemantauan program.
- Adaptasi amalan terbaik yang bersesuaian untuk memperkukuh kecekapan urus setia dan meningkatkan kualiti pengurusan PTM di IPG Kampus Bahasa Melayu.
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) TAHUN 2027

Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
Tempat: Dewan Za’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu
Penganjur: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP), IPG Kampus Bahasa Melayu
Bilangan Peserta: 100 orang

Bengkel Pemantapan Program Transformasi Minda (PTM) Tahun 2027 anjuran Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP), IPG Kampus Bahasa Melayu dilaksanakan di bawah Dimensi 8: Pembangunan Profesionalisme Berterusan. Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh keberkesanan pelaksanaan PTM melalui penilaian pengalaman tahun 2026 serta penyelarasan perancangan, strategi dan inisiatif penambahbaikan bagi tahun 2027.


OBJEKTIF
- Memantapkan perancangan dan pelaksanaan PTM tahun 2027 agar lebih sistematik, tersusun dan berkesan.
- Memanfaatkan pengalaman serta pencapaian pelaksanaan PTM tahun 2026 sebagai asas penambahbaikan berterusan.
- Memperkukuh kerjasama, penyelarasan dan komitmen dalam kalangan fasilitator, jawatankuasa serta pihak pengurusan.
- Menyelaraskan strategi dan hala tuju PTM tahun 2027 agar selaras dengan keperluan peserta dan aspirasi pendidikan semasa.

IMPAK
Bengkel ini menyokong pemantapan perancangan PTM tahun 2027 yang lebih terarah dan berfokus. Selain itu, bengkel ini memperkukuh kesepakatan serta kerjasama warga PTM dalam meningkatkan kualiti penyampaian, kecekapan pengurusan dan keberkesanan pelaksanaan program demi memberikan pengalaman pembelajaran yang berkualiti kepada peserta.

DAPATAN DAN PEMERHATIAN KESELURUHAN
Bengkel ini memberikan tumpuan kepada pemerkasaan pelaksanaan PTM melalui perkongsian pengalaman, analisis laporan OPR dan penelitian maklum balas peserta bagi menyokong perancangan yang lebih berkesan. Perbincangan turut memfokuskan penyelarasan strategi, tadbir urus dan kandungan program serta pengukuhan kerjasama antara fasilitator, jawatankuasa dan pihak pengurusan. Secara keseluruhannya, bengkel ini menjadi landasan penting untuk memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan, meningkatkan profesionalisme warga PTM dan menyokong pelaksanaan PTM tahun 2027 yang lebih berkualiti, sistematik dan berimpak tinggi.
BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) TAHUN 2027
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🌟 TAHNIAH & SYABAS PASUKAN SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Silat Cekak Pusaka Hanafi Institut Bahasa (SCPHIB) atas kejayaan cemerlang dalam KEJOHANAN & FESTIVAL SENI
BELADIRI PENDEKAR MADANI 2026 (KFSBPM26)🎉

🥇 PINGAT JOHAN – PERTANDINGAN KFSBPM26 PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas kepada:

✨ MUHAMMAD AMIN FIRDAUS BIN MUHAMMAD AZRI (E20)
✨ MUHAMMAD AFIF DANISH BIN MOHD RAZNOOR IDZWAN (E21)
✨ MUHAMAD ASYRAF HAKIMI BIN MOHD ANUAR (E10)
✨ TUAN MUHAMMAD AMSYAR BIN TUAN MAZLAN (E18)
✨SIDDIQ HARITH BIN MUHAMMAD RUSELLY (C5)

atas kejayaan memperoleh PINGAT JOHAN melalui Kategori Gerak Hanafi.🥇🏆

Kejayaan ini membuktikan bahawa penghayatan seni bela diri Silat Cekak Pusaka Hanafi yang berteraskan disiplin, ketangkasan dan ketepatan gerak mampu melahirkan persembahan yang berkualiti serta memperkukuh usaha memartabatkan warisan seni bela diri Melayu. Kejayaan ini turut mengharumkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu dalam KFSBPM26. 👏💛

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada Pasukan Silat Cekak Pusaka Hanafi IPGKBM untuk terus memelihara dan mengembangkan warisan seni bela diri Melayu, meningkatkan penguasaan teknik serta membentuk generasi pendidik yang berdisiplin, berjati diri dan bersemangat waja. Semoga pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada warga IPGKBM untuk terus bergiat aktif dalam seni bela diri dan mengharumkan nama institusi. 💜💛

“Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi Institut Bahasa (SCPHIB), Terus Mengukir Prestasi!” 💫📚
GEN-BINA IPGKBM 2026 - PROGRAM KOMPENTENSI DIGITAL PELAJAR

Tarikh: 31 Oktober - 1 November 2026 (Sabtu - Ahad)

Anjuran: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan IPGM dengan Kerjasama IPG Kampus Bahasa Melayu
Penyelaras: Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGKBM

Kerjasama :
JK Pembelajaran Digital &
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBM

Tempat: IPG kampus Bahasa Melayu
Peserta: Pelajar IPG KBM yang terpilih
Pautan Buku Program :
https://canva.link/i52z39k7mhcxkoa

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN KE _NATIONAL CHILD DEVELOPMENT RESEARCH CENTRE (NCDRC)_, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Anjuran: JPAKK, IPGKBM

Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: NCDRC, UPSI
Peserta: Pelajar PISMP D6 & D7 Major PAKK

1. Puan Nor Zarina binti Md Faril
2. Dr. Arulmozhi A/P Narayanasamy
3. Puan A. Hafizah binti Zaki
4. Puan Khoo Swee Ling
5. Cik Wan Nor Syukriyah binti Wan Fauzi

Objektif :
1. Meningkatkan kefahaman tentang fungsi dan peranan NCDRC sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan pembangunan PAKK.
2. ⁠Meningkatkan kompetensi pelajar dalam mengintegrasikan teknologi digital bagi mewujudkan pembelajaran bermakna.
3. ⁠Perkongsian kepakaran, amalan terbaik, penyelidikan serta pembangunan profesionalisme pendidik awal kanak-kanak.

Impak :
1. Memperoleh pengetahuan tentang peranan NCDRC UPSI dalam pembangunan dan pemerkasaan bidang PAKK.
2. Pelajar berupaya mengintegrasikan teknologi digital secara kreatif dan inovatif dalam pembelajaran kanak-kanak.
3. ⁠Terjalinnya kerjasama strategik antara IPGKBM dengan NCDRC UPSI ke arah peningkatan kualiti PAKK.

Secara keseluruhannya, program ini membuka peluang bagi memperluas jaringan serta kerjasama strategik antara IPGKBM dan NCDRC UPSI untuk meningkatkan kualiti PAKK.

Galeri Gambar : https://drive.google.com/drive/folders/10hopKvRkfZT8pqu4LvL-QEDAjcc2A1Mc?usp=sharing
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN BULANAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2026
Tema: Bahasa Melayu Wahana Ilmu, Pemacu Generasi MADANI

🗓️ Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
🏫 Anjuran: Jabatan Pengajian Melayu & Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPGKBM
⏰ Masa: 11.15 pagi - 1.30 tengah hari
🏫Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
📍 Tetamu Jemputan: Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Hj. Abdul Karim

Objektif
1. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, bahasa perpaduan dan pemangkin pembentukan generasi MADANI yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.
2. Meningkatkan kesedaran warga institut tentang isu dan cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi perkembangan teknologi serta era kecerdasan buatan.
3. Menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara melalui nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri serta aktiviti kebudayaan.
4. Mengiktiraf dedikasi dan sumbangan warga institut dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi melalui penyampaian Anugerah Dedikasi.

Impak:
1. Peningkatan kesedaran dan komitmen warga institut untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam pendidikan dan kehidupan bermasyarakat.
2. Peningkatan pengetahuan warga institut tentang isu serta cabaran bahasa Melayu dalam dunia kecerdasan buatan, sekali gus menggalakkan penggunaan bahasa Melayu secara tepat, kreatif dan beretika dalam persekitaran digital.
3. Pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan identiti kebangsaan melalui penghayatan lagu kebangsaan, lagu negeri, ikrar Rukun Negara serta persembahan kebudayaan.
4. Peningkatan motivasi dan semangat kerja warga institut melalui pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Pengukuhan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan pensyarah, staf dan pelajar bagi menyokong kecemerlangan institusi pendidikan guru.

#JPMIPGKampusBahasaMelayu
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia