IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
GEN-BINA IPGKBM 2026 - PROGRAM KOMPENTENSI DIGITAL PELAJAR

Tarikh: 31 Oktober - 1 November 2026 (Sabtu - Ahad)

Anjuran: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan IPGM dengan Kerjasama IPG Kampus Bahasa Melayu
Penyelaras: Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGKBM

Kerjasama :
JK Pembelajaran Digital &
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBM

Tempat: IPG kampus Bahasa Melayu
Peserta: Pelajar IPG KBM yang terpilih
Pautan Buku Program :
https://canva.link/i52z39k7mhcxkoa

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN KE _NATIONAL CHILD DEVELOPMENT RESEARCH CENTRE (NCDRC)_, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Anjuran: JPAKK, IPGKBM

Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: NCDRC, UPSI
Peserta: Pelajar PISMP D6 & D7 Major PAKK

1. Puan Nor Zarina binti Md Faril
2. Dr. Arulmozhi A/P Narayanasamy
3. Puan A. Hafizah binti Zaki
4. Puan Khoo Swee Ling
5. Cik Wan Nor Syukriyah binti Wan Fauzi

Objektif :
1. Meningkatkan kefahaman tentang fungsi dan peranan NCDRC sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan pembangunan PAKK.
2. ⁠Meningkatkan kompetensi pelajar dalam mengintegrasikan teknologi digital bagi mewujudkan pembelajaran bermakna.
3. ⁠Perkongsian kepakaran, amalan terbaik, penyelidikan serta pembangunan profesionalisme pendidik awal kanak-kanak.

Impak :
1. Memperoleh pengetahuan tentang peranan NCDRC UPSI dalam pembangunan dan pemerkasaan bidang PAKK.
2. Pelajar berupaya mengintegrasikan teknologi digital secara kreatif dan inovatif dalam pembelajaran kanak-kanak.
3. ⁠Terjalinnya kerjasama strategik antara IPGKBM dengan NCDRC UPSI ke arah peningkatan kualiti PAKK.

Secara keseluruhannya, program ini membuka peluang bagi memperluas jaringan serta kerjasama strategik antara IPGKBM dan NCDRC UPSI untuk meningkatkan kualiti PAKK.

Galeri Gambar : https://drive.google.com/drive/folders/10hopKvRkfZT8pqu4LvL-QEDAjcc2A1Mc?usp=sharing
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN BULANAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2026
Tema: Bahasa Melayu Wahana Ilmu, Pemacu Generasi MADANI

🗓️ Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
🏫 Anjuran: Jabatan Pengajian Melayu & Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPGKBM
⏰ Masa: 11.15 pagi - 1.30 tengah hari
🏫Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
📍 Tetamu Jemputan: Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Hj. Abdul Karim

Objektif
1. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, bahasa perpaduan dan pemangkin pembentukan generasi MADANI yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.
2. Meningkatkan kesedaran warga institut tentang isu dan cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi perkembangan teknologi serta era kecerdasan buatan.
3. Menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara melalui nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri serta aktiviti kebudayaan.
4. Mengiktiraf dedikasi dan sumbangan warga institut dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi melalui penyampaian Anugerah Dedikasi.

Impak:
1. Peningkatan kesedaran dan komitmen warga institut untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam pendidikan dan kehidupan bermasyarakat.
2. Peningkatan pengetahuan warga institut tentang isu serta cabaran bahasa Melayu dalam dunia kecerdasan buatan, sekali gus menggalakkan penggunaan bahasa Melayu secara tepat, kreatif dan beretika dalam persekitaran digital.
3. Pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan identiti kebangsaan melalui penghayatan lagu kebangsaan, lagu negeri, ikrar Rukun Negara serta persembahan kebudayaan.
4. Peningkatan motivasi dan semangat kerja warga institut melalui pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Pengukuhan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan pensyarah, staf dan pelajar bagi menyokong kecemerlangan institusi pendidikan guru.

#JPMIPGKampusBahasaMelayu
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia