IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
📢 HEBAHAN RASMI PROGRAM PENGANJURAN KOKURIKULUM «XPLORASI KOKU» 2026

🎉 Jom teroka, sertai dan meriahkan Xplorasi Koku 2026🎉

Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dijemput hadir bagi memeriahkan Program Penganjuran Kokurikulum «Xplorasi Koku» 2026 yang bertemakan “Kokurikulum Membentuk Insan Seimbang”.

📅 Tarikh: 5 November 2026 (Khamis)
🕢 Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Lobi Menara IPGKBM

✨ Apa yang menanti anda?

🎁 17 reruai menarik untuk diterokai
🎯 Pelbagai aktiviti interaktif untuk dicuba
🏆 Hadiah-hadiah menarik menanti anda
🎊 Suasana karnival yang meriah dan menghiburkan

Ajak rakan-rakan singgah ke reruai, cuba aktiviti yang disediakan dan cipta kenangan bersama!

🌟 Datang, teroka dan rasai keseronokannya! 🌟

Jumpa anda di Xplorasi Koku 2026! 🎉
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL PEDAGOGI KONTEMPORARI

Anjuran: Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)
Tarikh: 11–13 November 2026 (Rabu–Jumaat)
Tempat: IPMI Zon Utara, Ipoh
Peserta: Semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PANEL PENILAI PERINGKAT ANTARABANGSA*
" Seminar Proposal Tesis Program Magister Pendidikan Bahasa Indonesia, Universitas Negeri Jakarta"

🗓️ Tarikh : 22 Oktober 2026 (Khamis)
🏫 Tempat : Pelantar ZOOM
🏫 Kerjasama: IPG Kampus Bahasa Melayu dengan Fakultas Bahasa dan Seni, bersama dengan Universitas Negeri Jakarta, Indonesia.
👩‍🦰 Panel Penilai Undangan: Dr. Teo Siew Fang

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Teo Siew Fang, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu atas pelantikan sebagai Panel Penilai Peringkat Antarabangsa bagi Seminar Proposal Tesis Program Magister Pendidikan Bahasa Indonesia, Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Jakarta.

Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran beliau serta menyumbang kepada pengukuhan jaringan kerjasama akademik antara Malaysia dengan Indonesia.

Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan perkongsian ilmu dan memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dengan Indonesia.

OBJEKTIF:
1. Menyumbang kepakaran dalam penilaian proposal tesis pada peringkat antarabangsa.
2. Memberikan ulasan dan cadangan penambahbaikan terhadap kandungan serta metodologi penyelidikan calon sarjana.
3. Memperkukuh jaringan kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.

IMPAK:
1. Membantu calon sarjana memantapkan proposal tesis melalui maklum balas panel penilai.
2. Memperluas perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan bahasa pada peringkat antarabangsa.
3. Meningkatkan keterlihatan IPG Kampus Bahasa Melayu melalui penglibatan pensyarah dalam kegiatan akademik antarabangsa.

#IPGKampusBahasaMelayu #UniversitasNegeriJakarta #PanelPenilaiAntarabangsa #KerjasamaAkademik #PendidikanBahasa
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🏆 TAHNIAH KEPADA PASUKAN PENYELIDIK IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Penyelidik IPG Kampus Bahasa Melayu atas kejayaan meraih TEMPAT PERTAMA – Kertas Penyelidikan Terbaik, Kategori Pendidik IPG dalam International Conference on Future Education 2026 (ICFE 2026) berserta ganjaran RM2,000.00.

Kejayaan ini diraih menerusi penyelidikan bertajuk “Peningkatan Kompetensi Guru dalam Pengajaran KOMSAS melalui Pembinaan Komik Cerita KOMSAS Berasaskan AI Gemini Notebook”.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada:

Ketua Pasukan/Pembentang:
Dr. Teo Siew Fang

Ahli Pasukan:
1. Nor Alya Adriana binti Ahmad
2. Amni Farzana binti Hashim
3. Chan Phei Yhee
4. Joel Yong Song Enn

Pencapaian ini membuktikan komitmen pasukan dalam memperkasa penyelidikan dan inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI), sekali gus mengharumkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

“Penyelidikan Diperkasa, Inovasi Dijulang, Kecemerlangan Dicipta.”

#ICFE2026 #IPGKampusBahasaMelayu #KertasPenyelidikanTerbaik #TempatPertama
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🏆 TAHNIAH KEPADA PASUKAN PENYELIDIK IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik IPG Kampus Bahasa Melayu atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA bagi Poster Penyelidikan Terbaik, Kategori Pelajar dalam International Conference on Future Education 2026 (ICFE 2026).

Kejayaan ini diraih menerusi penyelidikan bertajuk “Keberkesanan Penggunaan Virtual Reality (VR) dalam Meningkatkan Penguasaan Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Empat” serta membawa pulang ganjaran RM500.00.

Pensyarah Pembimbing:
Dr. Teo Siew Fang

Ketua Pasukan/Pembentang:
1) Nor Alya Adriana binti Ahmad

Ahli Pasukan:
1)Amni Farzana binti Hashim

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi pendidikan.

Tahniah dan syabas!

#ICFE2026 #IPGKampusBahasaMelayu #PosterPenyelidikanTerbaik #TempatKetiga
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🏆 TAHNIAH KEPADA PASUKAN INOVASI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu atas kejayaan meraih PLATINUM AWARD serta TEMPAT KETIGA bagi Inovasi Terbaik, Kategori Pelajar dalam International Conference on Future Education 2026 (ICFE 2026).

Kejayaan ini diraih menerusi inovasi bertajuk “KIT METRO-KHAS” serta membawa pulang ganjaran RM500.00.

Pensyarah Pembimbing:
Dr. Azman bin Rahmat

Ketua Pasukan/Pembentang:
1) Nur Anis Nadhirah binti Joenaidi

Ahli Pasukan:
1) Muhammad Hasif bin Muda
2) Amani Tasnim binti Rosfazilahata

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi pendidikan.

Tahniah dan syabas!

#ICFE2026 #IPGKampusBahasaMelayu #InovasiTerbaik
#TempatKetiga
✨ TEATER BANGSAWAN : MELAKA, TUN MUTAKHIR DAN SULTAN PERAK ✨

Pementasan Teater Bangsawan Lakonan Pelajar IPGK Bahasa Melayu. Persembahan hebat mengisahkan Sejarah Kesultanan Tanah Melayu Kerajaan Melaka (1450–1460).

Anjuran Kelab Seni Seri Kenchana dan IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara.
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pertandingan Baca Naskhah Sulalatus Salatin
Peringkat: Institusi Pengajian Tinggi (Akhir) Bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2026
Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
Masa :8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat :Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP

Objektif Penyertaan
1. Memupuk minat dan budaya membaca karya agung kesusasteraan Melayu klasik dalam kalangan pelajar.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap warisan bahasa, sastera dan sejarah bangsa Melayu.
3. Memantapkan kemahiran membaca secara ekspresif, penghayatan watak serta penyampaian teks sastera klasik.
4. Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk menyertai pertandingan kesusasteraan pada peringkat institusi pengajian tinggi.

Pelajar
1. Muhammad Aizam Hakimi bin Mohd Amri
2. Wan Ahmad Aqil Zakwan bin Wan Mohd Faidzal
3. Muhammad Aminuddin bin Rahim

Pensyarah Pembimbing dan Jurulatih
En. Muhammad Zulhelmi bin Roslan
Pensyarah Akademik
Jabatan Pengajian Melayu

Pencapaian
TEMPAT KELIMA

Impak Penyertaan
Penyertaan dalam pertandingan ini memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dalam menghayati dan mempersembahkan karya agung Sulalatus Salatin. Kejayaan memperoleh tempat kelima pada peringkat akhir institusi pengajian tinggi membuktikan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan peserta serta bimbingan pensyarah dalam memartabatkan warisan kesusasteraan Melayu.

#JabatanIPengajianMelayuKampusBahasaMelayu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DINAMIKA ILMU : EKOSISTEM SEKOLAH KOHOT CENDEKIA

Tarikh: 11.11.2026 hingga 20.11.2026
Masa : 7:30 pagi -4:30 petang
Kehadiran : Wajib bagi Kohot Cendekia

Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik & JK Ekosistem Sekolah IPGKBM

Tempat: Dewan Za'aba IPG kampus Bahasa Melayu
Peserta: Pelajar IPG KBM Kohot Cendekia
Pautan Buku Program :
https://online.fliphtml5.com/yctzl/dynamics-of-science-program-2026/

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia