Isma Iskandar Puteri-Rasmi
109 subscribers
1.39K photos
113 videos
395 links
Channel Telegram Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Iskandar Puteri


Facebook: isma iskandar puteri
Instagram: isma iskandar puteri
Lama Web: www.ismajohor.org.my
Download Telegram
“Tahun baharu bukan sekadar angka.Ia peluang untuk muhasabah,memperbaharui niat,dan kembali kepada Allah dengan taubat.”

Taubat menuntut seseorang memperbaharui dirinya, menyusun kembali jalan hidupnya,memulai hubungan baru dengan Tuhannya dengan amal kebaikan,dan berikrar melaksanakan isi doa:

"Ya Allah, Engkau Tuhanku.Tiada Tuhan selain Engkau.Engkau menciptakanku dan aku hamba-Mu. Aku terikat oleh janji dan sumpahku kepada-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang telah kuperbuat. Aku mengakui seluruh nikmat-Mu kepadaku dan mengakui seluruh dosaku kepada-Mu. Ampunilah aku,kerana tiada yang mampu memberi ampunan selain Engkau." (Riwayat al-Bukhari)

Rujukan buku:Hiduplah Untuk Hari Ini (Muhammad Al-Ghazali)

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#tahunbaharu
Lagi beberapa hari akan masuk tahun baharu,jom cuba pilih 1 sahaja dahulu azam dan cuba konsisten.

Contohnya adalah berdisiplin.

“Aku dah penat ulang azam yang sama.Tahun baharu aku memilih untuk lebih berdisiplin.Disiplin bangun awal.Disiplin kerja walaupun penat.Disiplin terus jalan walaupun perlahan”.

Tidak perlu sempurna.
Asalkan tidak berhenti.

Rasulullah SAW bersabda:
"Amalan yang paling Allah cintai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (HR. Bukhari & Muslim)

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #tahunbaru
Antara tips praktikal, realistik & mesra keluarga supaya cuti anak jadi lebih tenang dan bermakna.

Semoga dipermudah urusan ibu & ayah mengurus anak-anak semasa cuti sekolah.

Doa untuk anak soleh: "Dan orang-orang yang berkata: 'Wahai Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.'" (Surah Al-Furqan: 74).

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#cutisekolah
PERSEDIAAN RAMADAN PERLU BERMULA SEKARANG

Rejab & Syaaban adalah bulan memperbaiki diri & melatih amal.Ramadan pula bulan menuai ketaqwaan.

Ramadan bukan datang untuk dikejar di saat akhir.Ia datang untuk disambut dengan hati yang sudah bersedia.


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
(Riwayat Ahmad & al-Baihaqi)

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #rejab #persediaanramadan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026

Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka, tetapi ruang untuk muhasabah, memperbaharui niat dan memperkukuh peranan kita sebagai individu, keluarga dan ummah.

Semoga 2026 menjadi tahun pembinaan karakter, penyatuan ummah dan istiqamah dalam kebaikan.
Al Quran adalah kalamullah yang mampu melembutkan dan menyembuhkan hati.

5 Hak Al Quran Yang Perlu Ditunaikan:
1.Tilawah (membacanya)
2.Tadabbur
3.Amal (pengamalan)
4.Hifzi (menghafal)
5.Tabligh (disampaikan)

Sumber: Buku Bawa Anak ke Syurga dengan Al-Quran) oleh Nazifatunnisa Salim

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#alquran
Baju raya sudah mula keluar.
Cantik,tetapi tidak semuanya menutup aurat & mengikut syariat.

Sebagai Muslimah, kita bukan dilarang bergaya,cuma perlu pandai memilih.

Biarlah cantik kita selari dengan iman.

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #wanitaisma #bajuraya
Lagi 44 hari lagi kita akan bertemu Ramadan.

“Jangan biarkan Ramadan berlalu seperti biasa.Andai ini Ramadan yang terakhir,biarlah ia paling bermakna di sisi Allah SWT”.

Lakukan persediaan bermula daripada sekarang & semoga kita dapat bertemu bulan yang mulia ini.

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#ramadan
Jangan jadikan platform media sosial sebagai tempat penyebaran gambar/video tidak senonoh, tarian tidak sopan, dan pendedahan aurat secara terang-terangan.

Rasa malu kepada Allah dan manusia sepatutnya menghalang kita daripada melakukan dosa dan merasa tidak selesa dengan keburukan.

Kita semua tidak sempurna.
Ada silap dan dosa yang pernah kita lakukan.Namun jangan biasakan maksiat,dan jangan pula berbangga & menormalisasikannya.

Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk hati yang menyesal dan ingin kembali.

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #jangannormalisasimaksiat
DUDUKLAH SEBENTAR…

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'”

Surah az-Zumar: 53)

Marilah kita duduk sebentar untuk refleksi semua gangguan dalam hidup.Kita masih berada di awal tahun 2026,duduklah sebentar untuk kita mempersiapkan diri pada masa akan datang.

(Rujukan buku: Duduk Sebentar oleh Fakhrul Islam)

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#alquran