Isma Iskandar Puteri-Rasmi
109 subscribers
1.39K photos
113 videos
395 links
Channel Telegram Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Iskandar Puteri


Facebook: isma iskandar puteri
Instagram: isma iskandar puteri
Lama Web: www.ismajohor.org.my
Download Telegram
✨Alhamdulillah, program Qurban & Quran Kids Day yang berlangsung pada hari Sabtu lalu telah selesai dengan jayanya🀍

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan antaranya story telling kisah Nabi Ibrahim A.S.,tadabbur ayat Al-Quran,games serta aktiviti teamwork yang menceriakan suasanaπŸ˜„

Semoga program ini memberi manfaat buat anak-anak dan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih meriah✨

#programkomuniti
#ismaiskandarputeri
Di hari ini,jutaan manusia berkumpul, berdoa, menangis, dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Tidak ada hari di mana Allah lebih banyak membebaskan hamba dari neraka selain hari Arafah."
(HR. Muslim)

#hariArafah
#ismaiskandarputeri
Salam Aidiladha 1447H✨

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan,ketenangan dan menguatkan lagi rasa syukur serta pengorbanan dalam diri kita.

Semoga setiap amal ibadah diterima Allah SWT dan setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi jalan mendekatkan diri kepada-Nya🀍

#ismaiskandarputeri
πŸŒ™ Salam Awal Muharam 1448H

Tahun baru Hijrah bukan sekadar pertukaran angka,tetapi peluang untuk memperbaharui niat,memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Allah.

Hijrah yang paling besar bukanlah berpindah tempat,tetapi berpindah daripada kelalaian kepada ketaatan, daripada maksiat kepada taubat,dan daripada kelemahan kepada kekuatan iman.

Semoga tahun ini membawa keberkatan,ketenangan jiwa dan rezeki yang melimpah buat kita semua.

✨ Selamat Menyambut Awal Muharam.

#ismaiskandarputeri
JEMPUTAN ❀️

🌹Usrah wanita:
Tilawah dan Tadabbur Quran
Menghayati kisah Maryam

🌸Jom kita duduk sejenak untuk mengisi hati dengan iman melalui tadabbur Al-Quran
sambil mengeratkan ukhuwah sesama muslimah ❀️

Info :
πŸ“… 28 Jun 2026
⏰ 1000 pagi
πŸ“ Pulai Perdana
Potluck dialu-alukan
Boleh bawa sedikit juadah untuk dikongsi 😊

βœ…Sila isi borang di bawah untuk kehadiran:
https://forms.gle/UYKEDUg61u2QVVkM7

πŸ“ž Hubungi: Puan Raja (013-7789787)
✨ Salam Jumaat yang penuh barakah.
Jadikan hari penghulu segala hari ini sebagai peluang memperbanyakkan doa, selawat, zikir dan amal soleh. Semoga Allah menerima setiap amalan kita. 🀲

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
Selagi Allah masih memberi nafas, pintu taubat dan peluang untuk berubah masih terbuka.

Separuh kedua tahun ini adalah peluang untuk memperbaiki diri, menambah amal,memperkemaskan urusan, dan meninggalkan dosa yang masih dilakukan.

Semoga baki tahun 2026 menjadi saksi bahawa kita tidak hanya mengejar kejayaan dunia, tetapi juga berusaha mengumpul bekalan menuju akhirat.

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#muhasabahdiri
Ingatlah bagaimana Allah SWT membuatkan kita membaca ayat ini setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali dalam sehari.

Ini adalah kerana ayat ini adalah satu pernyataan dan doa yang amat hebat.

Kerana atas sifat rahmat Allah SWT lah yang menyuruh dan memberi peluang kepada kita untuk membaca ayat ini berkali-kali sebagai peringatan untuk kita.

Sumber rujukan:Celik Tafsir

#tadabburalquran
#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#alfatihah
Untuk sempurna taqwa,ada 2 perkara kena ada & 2 perkara kena tiada:
1.Jangan ada sifat sombong.Kalau ada,taqwa tidak akan masuk.Jangan ada sifat sombong untuk terima kebenaran.
2.Jangan ikut orang lain membuta tuli.Jangan taqlid kepada orang tanpa usul periksa.Kena ada usaha cari kebenaran.Jangan serah sahaja kepada orang.
3.Kena takut kepada balasan daripada Allah SWT.Takut ancaman kalau buat salah.
4.Kena jaga diri.Kawal nafsu daripada derhaka kepada suruhan dan larangan Allah SWT.

Sumber rujukan:Celik Tafsir

#tadabburalquran
#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#albaqarah
πŸŒ™RAMADAN, 180 HARI LAGI…

180 hari mungkin terasa masih panjang.

Tapi bukankah Ramadan akan tiba juga,sama ada kita sudah bersedia atau belum?

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga,ia adalah madrasah untuk membentuk hati,memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan.

Jangan tunggu Ramadan untuk berubah.Mulakan persiapan sebelum Ramadan tiba.

Semoga Allah panjangkan umur kita,sampaikan kita ke Ramadan 1448H dan izinkan kita bertemu Ramadan dalam keadaan hati yang lebih baik. 🀍

β€œYa Allah,sampaikan kami kepada Ramadan.” πŸŒ™

#MenujuRamadan #Ramadan1448H #Ramadan180HariLagi #PersiapanRamadan #RamadanKareem #ismaiskandarputeri