Ismaweb.my
7.25K subscribers
16.7K photos
978 videos
2 files
69.9K links
Download Telegram
Briged Al-Qassam, sayap tentera kumpulan Hamas pada Ahad menyiarkan video yang merakamkan detik mereka menyerahkan tiga tawanan wanita Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di sini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Video itu menunjukkan proses penyerahan dilakukan di al-Saraya Square di tengah Bandaraya Gaza yang dihadiri ratusan penduduk Palestin bersama beberapa anggota Briged Al-Qassam bertopeng.

Semasa penyerahan itu, anggota Briged Al-Qassam kelihatan bersenjata, dikelilingi oleh ribuan rakyat Palestin yang melaungkan slogan meraikan berakhirnya genosid Israel dan menyatakan sokongan kepada pejuang itu.

Tawanan Israel kelihatan dalam keadaan baik, berbeza sekali dengan tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebelum ini yang menunjukkan tanda-tanda penyeksaan, penganiayaan dan kebuluran, malah ada yang mengalami gangguan mental.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘6❀2πŸ₯±1
Wajah-wajah ceria selepas berakhirnya penderitaan 14 bulan

Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terlalu gembira dan mengharapkan penderitaan yang telah berlarutan selama 14 bulan akibat serangan Israel akan berakhir selepas gencatan senjata, semalam.

Serangan Israel sepanjang tempoh tersebut telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa, menjadikan ia sebagai salah satu konflik yang paling merosakkan dalam sejarah Gaza.

Kehancuran yang berlaku menyebabkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan harian penduduk Gaza, dan menambah beban kepada usaha pemulihan dan pembinaan semula yang dijangka mengambil masa yang lama.


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
❀13πŸ‘2😭2πŸ”₯1🀝1
Hamas menegaskan, Gaza bersama rakyatnya akan 'kembali bangkit' dan membina semula wilayah itu yang musnah akibat serangan berterusan Israel sepanjang tempoh peperangan lebih 15 bulan sejak Oktober 2023.

"Gaza, dengan rakyatnya yang hebat dan tabah, akan kembali bangkit membina semula apa yang telah pihak pendudukan musnahkan, serta terus cekal sehingga pihak pendudukan berjaya ditewaskan.

"Sepanjang tempoh 471 hari lalu, jenayah sistematik dilakukan pihak pendudukan telah gagal memesongkan rakyat kami, termasuk perjuangan berani mereka untuk terus mempertahankan tanah air dan menentang pencerobohan," katanya, semalam.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
❀19πŸ”₯4πŸ₯±1🀝1
Empat individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh tayar lori tangki minyak yang tercabut di Kilometer 199 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, Sitiawan, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataannya berkata berkata, kejadian 8.40 malam itu membabitkan tiga kenderaan, iaitu Toyota Yaris, Honda Civic, dan Mercedes.

Katanya, kemalangan berlaku selepas tiga kenderaan terbabit merempuh tayar kiri lori tangki minyak yang tercabut di laluan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengesahkan bahawa kumpulan kedua pertukaran tahanan akan berlangsung pada tarikh yang dijadualkan Sabtu depan, bersamaan dengan 25 Januari 2025.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘1
Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang dihadapi mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi semasa sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datin Surita Budin memaklumkan representasi diterima melibatkan Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 22, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 21, dan Muhammad Fawzun Azim Ismail, 21.

Rasyidah berkata representasi tersebut telah diteliti di peringkat tertinggi dan pihak pendakwaan telah menerima untuk menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Sekumpulan rakyat Afrika Selatan mengadakan protes di luar cawangan McDonald's di Rosebank, Johannesburg, sebagai bantahan terhadap dakwaan syarikat makanan segera itu yang terlibat dalam genosid di Israel.

Penunjuk perasaan mendakwa McDonald's telah memberikan hidangan percuma kepada tentera Israel yang terlibat dalam penjajahan dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Demonstrasi ini bertujuan untuk mengecam tindakan McDonald's yang dianggap menyokong kekejaman yang berlaku di Palestin, dan menyeru syarikat tersebut untuk bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang dianggap menyumbang kepada penindasan dan kekejaman tersebut.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘8πŸ”₯2πŸ₯±1
Lebih 900 trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin, melebihi sasaran harian yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Pejabat Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, bantuan kemanusiaan terus bergerak ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian lonjakan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terselamat.

"Sebanyak 915 trak menyeberang ke Gaza, menurut maklumat yang diterima melalui penglibatan pihak berkuasa Israel dan penjamin untuk perjanjian gencatan senjata," menurutnya.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
❀10πŸ”₯1πŸ₯°1
Tentera Israel membunuh seorang kanak-kanak dan mencederakan seorang lagi pada petang Isnin di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, walaupun perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada pagi Ahad.

Memetik laporan agensi berita Wafa, sumber tempatan mengesahkan bahawa Zakariya Hameed Yahya Barbakh terbunuh berhampiran bulatan Al-Awda di tengah Rafah selepas ditembak oleh penembak tepat Israel.

Seorang lagi kanak-kanak cedera ketika cuba melindungi mayat Barbakh.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😑22😒3πŸ₯±1😈1
Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀣14πŸ‘1
Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 secara berperingkat mulai esok kepada sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2.3 bilion tahun ini, berbanding RM2.1 bilion tahun lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bantuan itu bakal dimanfaatkan 60 peratus penduduk dewasa dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,600 tahun ini, iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara ini mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat bertambah baik, meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😁3πŸ‘2
Lelaki cedera, tersepit dalam kenderaannya selepas terbabit kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Cherating di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan laporan tujuh kenderaan itu membabitkan sebuah treler, lori, kenderaan pacuan empat roda dan empat kereta dalam kejadian pada 10 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi kemalangan untuk operasi menyelamat.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Malaysia, Belgium dan Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik gencatan senjata di Gaza dan berharap Israel dapat mengekalkan keamanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.

"Maknanya (gencatan senjata) dapat menghentikan serangan ganas, zalim Israel keatas Gaza. Bagi kita, itu kesan dia," katanya pada sidang media pada akhir lawatan dua hari beliau ke Belgium.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi amaran keras kepada calon Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang yang cuba mengkhianati parti dengan menukar sokongan kepada pihak lain.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau adalah orang pertama yang akan ke hadapan mengecam tindakan wakil rakyat yang bertindak menukar sokongan kepada pihak lain.

"Saya nak bagi amaran juga kepada pemimpin-pemimpin kita yang lepas ini yang menjadi calon dan menang. Kamu lompat saya akan cari kamu sampai ke lubang cacing untuk gantikan maruah kita.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀣11πŸ₯±1
Peneroka haram Israel menyerang beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dengan membakar rumah, kedai, dan kenderaan, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyuarakan keraguan gencatan senjata di Gaza dapat bertahan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau yakin ketiga-tiga fasa perjanjian yang dipersetujui itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval ketika menandatangani perintah eksekutif, Trump berkata kawasan Palestin yang padat penduduk itu kelihatan seperti 'tapak pembersihan' dan perlu dibangunkan semula dengan cara yang berbeza.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬7πŸ‘Ž1
Hina Islam: Polis terima 3 laporan terhadap Harith Iskander, Cecelia Yap

Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pelawak, Harith Iskander dan pemilik akaun Facebook, Cecelia Yap Song KL.

Tiga laporan itu diterima di Balai Polis Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara (JBU) dan Kluang.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat melakukan perasaan agama seseorang.

Pada masa sama, kes juga disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😑12πŸ‘2🀬1😈1
Kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) yang terpalit kontroversi kerana menjual sandwic 'ham & cheese' disimbah cat merah, tengah malam tadi.

Berdasarkan pemantauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua individu menunggang motosikal disyaki terbabit membaling cat berkenaan.

Difahamkan, pihak polis sudah mengambil rakaman CCTV itu bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘7πŸ”₯1πŸ₯±1
Biarpun perjanjian gencatan senjata antara Hamas dengan Israel sudah berkuat kuasa, Ahad lalu, belum ada jangka masa khusus ditetapkan bagi urusan penghantaran pulang 41 rakyat Palestin yang dirawat di Malaysia bersama 86 waris mereka.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, berkata ini kerana pihak kedutaan masih menunggu maklum balas Kementerian Pertahanan (MINDEF) selepas nota diplomatik dikemukakan, baru-baru ini.

"Kita berharap akan mendapat penjelasan mengenai tindakan seterusnya, namun setakat ini, tiada maklumat konkrit mengenai bila rakyat Palestin berkenaan akan dapat pulang ke tanah air mereka," katanya.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘1πŸ”₯1