Diari Cinta Siput Pink💕
427 subscribers
227 links
❤Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❤
Download Telegram
Kucapai warkah kosong,
Pena menarikan rentaknya,
Asbab kamu wahai si bidadari,
Pendosa tanpa noktah,
Merasa terpuruk dalam sunyi,
Perlahan makin membusuk dalam sepi,
Karena dosa yang makin menggunung tinggi.

Menyeringai setan,
Menghasut perlahan-lahan,
Karena nafsu kau turutkan,
Mulut busuk manusia kau hiraukan,
Futur dalam kelemasan,
Bulat-bulat kau menelan,
Azab Allah kau abaikan,
Nikmat Syurga kau tidak hiraukan.

Lupakah kau,
Syurga itu tidak dibentang karpet merah,
Tapi penuh duri berbisa,
Mengapa biarkan setan terbahak ketawa?
Sedang kau hanyut terus terleka.

Kembalikan hati dan jiwamu kepada Dia,
Biarkan tenggelam dalam air mata pendosa,
Ingatlah kematian mendekati kejam,
Waktu menusuk tajam,
Dalam lemah bersimpuhlah di sajadah cinta,
Jika jatuh mengadulah dalam jambatan doa,
Andai takut berteduhlah dalam ketaatan kepada Dia,
Hanya Dia yang memberi kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan,
Kembalikan hatimu kepada Dia,
Tenang-tenang sahaja,
Moga-moga keikhlasan itu mengampunkan segala dosa😊❤

-siput pink-
Buatmu kecintaan hatiku,
Ingin didakap engkau beribu batu,
Mahu digenggan tanganmu tidak kesampaian,
Hanya doa aku panjatkan kepada Dia,
Moga-moga berkurangnya sakitmu di sana.

Sakit dan mati?
Itulah sebaik-baik peringatan,
Diam dan tak bergerak,
Berhenti dan tak bernafas,
Kehidupan dunia pergi menjauh,
Kampung akhirat menyapa diri.

Saat organ lelah beroperasi dan berhenti,
Darah tidak mengalir, membeku,
Tertinggal tubuh yang terbujur kaku,
Ketika helaan nafas tak terdengar,
Mata menutup rapat terpejam,
Itulah yang bakal aku dan kamu akan rasai.

Sebuah renungan kematian,
Entah Syurga atau Neraka menjadi pilihan,
Bergantung kepada amalan yang digapai,
Berusaha untuk tak takut mati,
Dalam menyongsong hari yang pasti terjadi,
Tenang-tenang sahaja diri,
Mohonlah kepada Dia kekal abadi,
Sebuah kekuatan agar mati tak menjadi momok berarti.😊❤

-siput pink-
Deburan ombak di pantai mendekati pasir terhampar,
Angin berhempus sepoi-sepoi bahasa,
Dedaunan melambai mesra,
Seolah-olah menggamit aku untuk mendekati.

Kaki kubawa menelusuri pantai biru,
Langit ku pandang penuh syahdu,
Membuktikan kekuasaan-Mu,
Walau tak bertongkat tetap utuh tanpa menghempap tubuhku.

Wahai pantai,
Ditemani angin sejuk ini,
Kedamaian mengusik hati,
Aku ingin terbang tinggi,
Menikmati karya alam semesta-Mu penuh erti,
Pilih seketika untuk mati,
Agar bisa aku membuka mata untuk berdiri.😊❤

-siput pink-
Langit biru,
Memandangmu mendamaikan jiwaku,
Aku bertanya kepadamu,
Bagaimana bisa aku memuaskan hati manusia di hadapanku?
Terkadang engkaupun berduka sayu,
Jiwamu turut membuncah dalam gundah kaku,
Aku lelah terhadapmu,
Diri ini marah saat engkau diam tanpa jawapan yang satu.

Fikiranku buyar,
Saat petir menyambar,
Membuatkan aku kembali tersadar,
Umpama pipi yang ditampar,
Jika salah memilih jalan aku yang terketar.

Redha Allah diutamakan,
Pandangan manusia diambil beratkan,
Muhasabah diri untuk kebaikan,
Sifat mazmumah dilemparkan,
Moga-moga dirimu menjadi pilihan,
Untuk Syurga di hari perhitungan😊❤

-siput pink-
👑 SALE : Back2Basic 👑

Jomm imbauu kenangan sekolah dedulu 😍😍 Haura Haseena pernah keluarkan tudung tudung ni tau dulu. Ada sesiapa pernah beli tak ? 🙈🙈

Kiniii berita baikk kami nak keluarkan semula Tudung Labuh Koshibo + Purdah TAPI HANYA PADA BULAN DISEMBER INI SAHAJA 😫

📜 Nota :
👉 Tudung dijual set beserta purdah bertali
👉 Jahitan tepi biasa
👉 Jahitan tengah tangan

📲 WHATSAPP AGEN / STOKIS OFFICIAL KAMI SEGERA 📲

📅 Order Bermula 25 NOV - 25 DIS

📮 POSTAGE 3 JANUARI 2017

💰 HARGA (exc pos)
RM35 untuk 1 helai
RM68 untuk 2 helai
RM100 untuk 3 helai
(+RM8sem +RM12ss)

🎁 FREEGIFT Al-Kahfi booklet

=====================
Jika berminat PM k. Tikah 014 8468227
Pelangi impian aku kejar tanpa henti,
Bersama sebuah kenangan,
Layar minda terusik dengan keindahan dunia,
Hingga tenggelam tentang Akhirat yang memberi bahagia,
Apakah rindu dan cinta akan bersatu,
Aku ingin mendambakannya seperti Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam dengan cinta Rabbnya.

Tika ini aku masih kelam dalam hala tuju,
Mengusir minda yang celaru,
Membawa rindu kepada sebuah pertemuan,
Melerai sebuah janji,
Terpatri kukuh saat roh ditiup,
Hanya Engkau Rabbku.

Kucuba bangkit ketika aku lemah,
Kekuatanku berpadu dengan ketenangan daripada-Mu,
Engkau titipkan kasih sayang kepada diriku,
Membawa makna sebuah kehidupan.

Meratap dosa semalam,
Air mata taubat menjadi peneman,
Jika mampu kuundurkan masa,
Tetapi aku tahu Engkau Penerima Taubat,
Ikhlaskan hatiku,
Biarlah dalam cinta-Mu,
Biarlah dalam penghayatan kalam-Mu,
Biarlah tenggelam dalam munajat kepada-Mu.

Mana mungkin ku mampu putar dunia,
Aku hanya sang kerdil yang mampu berserah meminta keampunan-MU,
Akan kuteruskan perjalanan ini menuju hari esok,
Yang pasti membawa sinar bahagia dalam meraih cinta-Mu,
Dalam sendu nafas mengucap kalimah cinta-MU di saat cinta berbuah syurga😊❤

-siput pink-

#Sila follow IG baru k. Tikah.
#@_siput_pink
#Akan ada puisi-puisi dakwah dan penghijrahan siput pink
#Jom follow reramai😂
Syukran.
Maafkan aku Lukai hatimu,
Maafkan aku Sakiti dirimu,
Bukan niatku lakukan begitu,
Namun ini jalan terbaikku,
Jalan terbaik untukku dan kamu.

Kuharapkan tiada dendam,
Andai sakit jangan diam,
Luahkan agar ku faham,
Apa saja yang kau pendam.

Ku memilih jalan menjauhi,
Bukan kerana aku membenci,
Bukan juga kerana disakiti,
Jauh sekali kerana dikhianati,
Tapi ini untuk kau mengerti,
Daripada terus menangis lagi.

Ku redha segalanya
Walaupun berat untuk ku terima,
Kenangan kita tinggal nama,
Yang selalu ku selit dalam doa,
Walau kita tak lagi bersama,
Namun kuharap kita dapat bersua,
Dalam syurga.

Untuk kamu yang aku kenali,
Namun kini sudah pergi,
Meninggalkan sebuah memori,
Dalam ingatan sampai mati,
Kerana kamu insan kusayangi.
Walau tidak pernah ku temui,
Tetap terselit namamu dihati.


#hitam_putih
Dirimu adalah wanita yang hebat saat Allah memilih untuk memeluk hidayah-Nya. Permulaan dulu, diri ini jua insan biasa. Tidak pernah mengenali usrah, makan bertalam, salam berpeluk. Hanya sekadar bersahabat biasa. Hanya sekadar menjadi wanita yang ingin bebas umpama rama-rama hingga terlupa bebas manusia dalam aturan-Nya.

Saat Allah memberi hidayah, k. Tikah pergi ke pondok. Di sanalah permulaan solat berjamaah, makan bertalam, salam berpeluk. Hanya Allah yang mengetahui rasa sebak di hati. Inilah jalan hidayah. Saat kita nak berubah, melangkahlah. Dalam langkahan, yakinlah Allah pasti menemukan kita dengan orang yang baik-baik. Allah itu merancang yang terbaik, jika terdetik hati, kita abaikan, takut nanti Allah tarik nikmat itu. Untukmu sahabat, ingin k. Tikah meniupkan kata semangat kerana kata-kata ini yang k. Tikah pegang hingga sekarang;

"Jika nak berhijrah, aku perlu yakin dengan Allah. Jika nak berhijrah, aku perlu pasakkan di hati Allah akan menolong hamba-Nya. Aku perlu mujahadah dan istiqamah. Bukan hanya memberi alasan beribu tanpa bergerak walau selangkah."

Kenalilah usrah, makan bertalam, solat berjamaah. In shaa Allah ukhuwah itu mampu memberi dirimu kedamaian dan ketenangan. Moga-moga sahabat yang baik Allah hadirkan untuk membantu kita. Siapa pun dirimu, kamu layak untuk Syurga Allah😊❤

-siput pink-
Untukmu adik-adik yang k. Tikah sayangi.
Saat ini k. Tikah hanya ingin bicarakan, tidak salah untuk adik ingin perhatian tetapi ada batas yang perlu dijaga.
Jika mahu diri dihormati belajarlah untuk menghormati.
Andai mahu diri difahami belajarlah untuk memahami.

K. Tikah mempunyai pengalaman juga dengan kanak-kanak. Memang mereka akan berbuat "sesuatu" untuk menarik perhatian. Mereka akan berbuat "sesuatu" untuk dimanja. K. Tikah juga anak bongsu, memang manja dengan arwah abah.

Ketika meningkat dewasa sering kali arwah berpesan;

"Abah tahu che su manja, tidak berdikari tetapi satu pesan abah andai abah tiada belajarlah untuk hidup dengan lebih matang."

Manusia mempunyai bermacam perangai, k. Tikah tidak nafikan tetapi bermanjalah sekadarnya sahaja. Wanita itu manja, lembut tetapi jangan sampai perangai kita membuat manusia lain bersangka buruk dan beranggapan negatif. Jom berubah kesayangan k. Tikah. Belajarlah untuk menjadi lebih matang dalam sesuatu situasi😊❤

-siput pink-
💕Bicara Hati Usrah Halawatul Ukhuwah💕

Khas untuk anak-anak Usrah Halawatul Ukhuwah.

Umi tahu kalian masih remaja. Jiwa yang sedang mencari identiti diri. Jiwa yang sedang memberontak. Ingin umi tiupkan sedikit kata-kata untuk kalian hayati.

Apa pun pesanan umi jika kalian tidak mahu berubah, ia umpama mencurah air ke daun keladi. Umi tahu dalam menasihati itu Allah yang membuka hatimu bukan umi. Umi hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kalian. Umi cuba masuk dalam situasi seumpama umi bersama dengan kanak-kanak. Saat ingin rapat dengan mereka kita akan berubah watak menjadi kanak-kanak, bermain, menyanyi dan sebagainya. Apabila rapat bila dinasihati mereka akan menerima. Begitu juga kalian.

Ingatlah, Islam sekarang sedang ditindas. Kita sebagai pemuda dan pemudi perlu bangkit. Berfikirlah secara matang. Berubahlah untuk agama. Keluarkan idea kreatifmu untuk Islam. Jangan larut dengan dunia dan benda yang sia-sia lagi.

Umi tahu kalian mampu. Umi juga pernah menjadi diri kalian. Memberontak dalam diam. Bila abah nasihat mula tarik muka tapi suatu saat umi faham nasihat itu amat-amat penting. Umi tidak mahu kalian menjadi seperti umi yang dulu.

Kesabaran dalam menasihati dan kesabaran dalam perubahan itulah "hikmah" yang indah. Umpama pelangi selepas turunnya hujan😊❤

-siput pink-
💕Bicara Hati Halawatul Ukhuwah💕

Perempuan.
Walaupun sibuk dengan dakwah, berjiwa kental, tiada buayafriend, pelajaran tinggi melangit tetap hatinya lembut. Lembut saat dipikat oleh lelaki. Cair saat dipuji lelaki. Sebab itu hati itu perlu dijaga betul-betul.

K. Tikah tidak nafikan perasaan itu kerana k. Tikah sendiri fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi tetapi ingatlah jangan sampai kita kecewa kerana ajnabi. Dahulukan cinta Allah. Yakin dengan aturan-Nya. Jangan gadaikan maruahmu semata-mata ingin mendapatkan cinta lelaki. Jaga hati itu untuk Ilahi dan yang halal dimiliki.

Jika suka jangan terlalu suka.
Jika benci jangan terlalu benci.
Cukuplah dalam kesederhanaan.
Saat hati kecewa kamu mencari Allah tetapi bila Allah cantumkan kembali, kamu beri kepada yang tidak sepatutnya, saat retak cari Allah kembali. Tidak malukah kita? Sama-sama muhasabah diri.

Wanita solehah hatinya lembut tetapi bukan diserahkan kepada yang tidak halal untuk dipermainkan. Andai dipuji balikkan pujian kepada Allah. Mulut ajnabi (ayat ajnabi) lebih manis daripada madu. Jika tidak mahu kencing manis kena lebih berhati-hati. Jaga hati itu baik-baik. Cari cinta Allah dan Rasulullah.😊❤

-siput pink-
💕Bicara Hati Usrah Halawatul Ukhuwah💕

Malam ini umi nak share sesuatu dengan anak umi. Sebagai ingatan kepada diri umi sendiri. Disebabkan ada soalan yang bertanya "boleh ke kita copy paste tapi padam nama orang yang menulisnya?"

Masing-masing mempunyai pandangan dan umi turut mengintai sebenarnya. Contohnya penulisan Kak Hassanah, Aiman Banna, Faiz Ibrahim dan sebagainya. Ada segelintir yang membuang nama pena mereka. Dan umi sendiri terkena. Tidak salah, bukan populariti yang dikejar tetapi bagaimana adab kita dengan mereka?

Adab itu perlu diutamakan. Bukan mudah untuk seseorang memerah otak memikirkan idea atau ayat. Tidak semudah copy paste. Bukan dengan cara yang macam tu kita inginkan nama. Jadi diri sendiri. Itu lebih baik. Jangan bertopengkan diri orang lain.

Untuk anak-anak umi, ingat pesan umi. Adab perlu dijaga. Jangan mudah copy paste penulisan orang lain dan membuang nama mereka😊❤

-siput pink-
Channel name was changed to «🌹Usrah Halawatul Ukhuwah🌹»
💕Usrah Halawatul Ukhuwah💕

Teringat masa k. Tikah di tempat pengajian dulu. Kami tengah check bacaan al-Quran dalam majlis ilmu. Hadir seseorang yang amat k. Tikah kagumi. Hanya budak yang berumur 9 tahun.

K. Tikah bertanya;

"Adik mahu belajar al-Quran"

Dia tersenyum dan mengangguk sambil membalas;

"Nak,nak,nak"

K. Tikah tersenyum. Menyuruh membaca salah satu surah dari juzu' Amma. Subhanallah begitu merdu dan fasih bacaan, tajwidnya. Cuba test lagi dengan surah al-Waqiah. Subhanallah dia boleh ingat. K. Tikah terpegun. K. Tikah bertanya;

"Adik menghafaz al-Quran"

Dia mengangguk. Sambil ditujukan tangan kepada seseorang. Lalu bersuara;

"Itu umi adik."

K. Tikah terpandang wanita itu. Hanya biasa-biasa tetapi mampu mendidik anak-anak menghafaz al-Quran. Dia menarik tangan untuk pergi ke tempat uminya. Rasa segan ketika itu tetapi digagahkan juga. Bila berhadapan terasa ingin bertanya bagaimana didikan itu. Dan jawapannya amat bermakna untuk diri ini.

Daripada kandungan lagi, walaupun sarat dia tidak meninggalkan al-Quran. Sentiasa dibaca. Bila anaknya mula bercakap diajar bacaan surah-surah biasa. Meningkat sedikit umur dilatih untuk menghafaz bersama abang dan kakak. Dia mengajar anak-anaknya berlumba dalam hafalan. Misalnya siapa dapat hafal boleh tentukan makanan apa nak dimakan. Siapa cepat hafal dapat beritahu ke mana nak pergi bersiar.

Allah. Allah. Allah. Sama-sama muhasabah diri kita. Bagaimana al-Quran kita? Dan pesanan yang k. Tikah pegang sampai sekarang;

"Akhlak adik, perbuatan adik sekarang boleh menentukan bagaimana anak-anak nanti. Biarlah kita orang biasa tetapi menjadi luar biasa dalam mendidik anak-anak nanti."😊❤

-siput pink-

Jemput follow IG "Halawatul Ukhuwah"

Jemput join channel "Halawatul Ukhuwah"

IG- @usrah.halawatulukhuwah

Telegram-
https://telegram.me/kaktikah
Channel photo updated
💕Soal Jawab Usrah Halawatul Ukhuwah💕

assalamualaikum saye ade satu soalan tentang ikhtilat . mcm mne kita nak bagi tahu si pihak lelaki soal ikhtilat sebab die kurang tahu bab ni lgipun dri awal kire mmg salah diri kita yang tak terus terang . sekarang nak perbetulkan semula mcm mane supaya dia faham konsep ikhtilat ? sesiape boleh bantu

✅waalaikummussalam wbt. Bagi umi jika kita tidak mampu berterus terang boleh gunakan orang ketiga supaya menerangkan kepada dia. Di samping itu adik boleh post atau share kepada dia tentang artikel ikhtilat untuk dia fahami.

Misalnya ikhtilat itu pergaulan antara lelaki dan wanita. Ada batasan yan perlu dijaga. Haram. Menjadi harus jika dharurat atau keperluan. Itu pun ada batasan yang perlu dijaga. Contohnya tutup aurat, tidak lunakkan suara, bukan berduaan, terus kepada point yang ingin disampaikan. Sama juga alam maya.

In shaa Allah andai dia faham, dia terima jarak itu untuk kebaikan. Jika ada jodoh tetap akan bersatu😊❤

@admin Halawatul Ukhuwah
💕Soal Jawab Usrah Halawatul Ukhuwah💕

Nak tanya surah apa yg perlu d baca utk hilangkan kesedihan bila sedih memikirkn ada org yg cuba nak menganiaya diri kita or mnzalimi kita ?

✅umi mulakan menjawab dengan satu ayat al-Quran buat dirimu tersenyum;

📖 “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)

📖 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali ‘Imran:139)

Umi selalunya rawat kesedihan itu dengan membaca Yasin atau surah Yusuf.

Banyakkan beristighfar, berzikir dan sentiasa detikkan di hati;

"Jatuh kerana manusia, bangkit kerana Allah. Allah adalah sebaik-baik penolong. Aku tidak boleh lemah. Hanya mengingati Allah hati menjadi tenang."

Baca al-Quran dan sirah-sirah Nabi untuk kita ambik ibrah. Kita hanyq secebis ujian daripada Nabi. Manusia tidak datangkan mudharat andai Allah tidak izinkan. So, banyakkan berdoa kepada Allah terutama saat sepertiga malam.

In shaa Allah, kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan akan dirasai saat hati terisi oleh Dia bukan manusia. Kita tidak takut, tidak sedih kerana kita tahu semuanya daripada Dia😊❤

@admin Halawatul Ukhuwah
✳ *KEMUSYKILAN* ✳

[10-12 7:47 PG] Kak Fazilah:
.............................................................

BACA NI‼
CALIT AIR LIUR LETAK DIMUKE ORANG..
ORANGMARAH DOK ?
Ustaz Azhar Idrus Kata :
Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air liur, pastudia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Ce mung jilat jari mung pastu calit ke muke orang. Die maroh dop? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana bolehkenakan benda yang kotor pada Quran.Nanti ada orang kata, "Habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macam mana ustaz?".Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelahmung. Dh tahu doh mu nk bace banyok mlm ni ambik dua baldi letok tepi mung, apa susoh!"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa." Dah dop tahu la sebab tak mari dengor org ngajar. Dop mari ngaji. Dah tau ni, istighfarlah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.
Wallahua’lam...
sharing is jariah 😉
.............................................................

Salam ustaz ...apakah bnar knyataan dri ustaz azhar idrus tu ...👆

•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•

┏👳🏼📖🕌 ━━━━━━━━━━━┓
© *_PENCERAHAN_* ®
┗━━━━━━━━━━━👳🏼📖🕌 ┛

*وعليكم السلام ورحمة الله*

~ _Walaupun keterangan drpd Ustaz Azhar Idrus, tetap kak Fazilah inginkan pengesahan. Semoga Allah memberkati kak dan sekalian umat Islam._

🔴 *UCAPAN ASY-SYAIKH MUHAMMAD AL-MUKHTAR ASY-SYANQITHIY*:

🔹Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar asy-Syanqithiy (1381H.) ulama' Arab Sa'udi berkata, ayahnya berkata: "Apa pendapat kamu jika dicalit air liur ke muka kamu, adakah kamu marah?" *Jadi perkataan Ustaz Azhar adalah petikan dri kata² asy-Syanqithiy.*
🔸Larangan guna air liur ini drpd mazhab Maliki.

🔴 *GUNA AIR LIUR UTK BUKA MUKASURAT ALQURAN, TIDAK HARAM*!!!

🔹Air liur yg sedikit, yg bersih tidaklah najis, tidaklah kotor, *sedangkan Rasulullah pernah suruh seorang sahabat utk berludah sedikit ketika Shalat utk menghalau gangguan Syaitan.* Jika kotor dan biadab, Rasulullah tidak akan suruh berbuat begitu, sdgkn ketika itu munajat hamba dgn Rabbnya sdg berlaku.

💥 *Lagi Dalil Air Liur Tidak Kotor*:
🔹Drpd Saiyiduna Ali, sabda Rasulullah (maksudnya): " _Sesungguhnya seorg hamba apabila bersiwak kemudian berdiri shalat, lalu berdirilah Malaikat di belakangnya sambil mendengar bacaannya, Malaikat tersebut menghampirinya sehingga *meletakkan mulutnya ke mulut hamba tersebut, maka tidaklah yang KELUAR drpd mulutnya suatu darpada alQuran melainkan MASUK ke mulut Malaikat...*_"
📚 Hadits *HASAN*, _riwayat Al-Bazzar dlm Al-Bahruz-Zakhkhar 2/214; Al-Mundziri dlm At-Targhib 1/135._

🔸Air liur juga turut keluar sedikit sewaktu membaca alQuran. *Jika air liur kotor, tidak mungkin Malaikat akan bertemu mulut dgn pembaca alQuran.*

🔴✅ *KESIMPULANNYA*:

🔹Sebelum membaca alQuran bersihkan mulut, bersiwak adalah cara terbaik.

🔹Gunakan sesuatu alat utk membuka muka² lembaran alQuran. Jika terpaksa menggunakn sedikit lembapan di bibir, silakan. Hukumnya harus.

🔹 *Menggunakan air liur dgn NIAT MENGHINA alQuran, hukumnya haram.*

_Wallahua'lam_

👳🏼 # _Ustaz Ismail al-Bakabi_
📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋
✴ *KEMUSYKILAN* ✴

[10-12 12:18 PTG] Kak NurAnisya Ahmad:
Assalamualaikum ustaz,nk penjelasan dri ustz..apakh hkum mmotong rambut ngn org bkn islam?.

•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•

┏👳🏼📖🕌 ━━━━━━━━━━━┓
© *_PENCERAHAN_* ®
┗━━━━━━━━━━━👳🏼📖🕌 ┛

*وعليكم السلام ورحمة الله*
🔴 *ANTARA LELAKI MUSLIM DGN LELAKI KAFIR*:
🔹Tidak ada ada masalah, krn kepala bukannya aurat antara mereka. *Hanya rambut yg dipotong kemungkinan besar TIDAK DITANAM oleh mereka, sdgkan sunat menanam rambut setelah dipotong*.

🔴 *AURAT SEORANG MUSLIMAH DI HADAPAN WANITA KAFIR*

🔹Batasan aurat wanita Islam di harapan wanita kafir atau non muslim adalah sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi, *kecuali* bahagian yg zahir ketika bekerja atau berkhidmat utk menunaikan hajatnya. Inilah pndpt mazhab Asy-Syafi'ie dan mazhab Abu Hanafah.
📙 *Lihat perbahasan dlm kitab*: _Al-Fiqhul-Islami waAdillayuhu 1/750._

🔴 *BAHAGIAN YG BOLEH KELIHATAN SEWAKTU BEKERJA DI HADAPAN WANITA KAFIR*

🔹 *Kepala*: (Muka, rambut, leher, tengkuk). *Tangan*: (Hujung jari hingga ke siku). *Kaki*: (Hujung kaki hingga buku lali). *Inilah bahagian aurat apabila seorg muslimah itu berhadapan WANITA KAFIR ATAU WANITA YG RENDAH AKHLAQNYA*.

💥 " *_Maka yg Rajih (jawapan sebenar lagi mu'tamad) bhw wanita kafir tidak boleh melihat keseluruhan tubuh wanita muslimah kecuali muka dan pergelangan tangan shj, alasan larangan ini adalah krn takut dan bimbang mereka menceritakan rupa tubuh wanita muslimah kpd suami² mereka. Inilah MAZHAB MALIKIYYAH, HANAFIYYAH, SYAFI'IYYAH DAN SATU RIWAYAT DARIPADA HANABILAH.._*
📗 _Idaratud-Da'wati wal-'Irsyaadid-Diiniy, no. Fatwa 45279._

🔴✅ *KESIMPULANNYA*:

🔹Jika yakin bahawa wanita kafir itu tidak membocor atau mendedahkan auratnya kpd suami mereka, mk mendedahkan kepala apatah lagi utk memotong rambutnya, hukumnya HARUS. *Memotong rambut dgn sesama muslimah adalah cara terbaik.*

_Wallahua'lam_

👳🏼 # _Ustaz Ismail al-Bakabi_
📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋✍🏼📋