Diari Cinta Siput PinkπŸ’•
427 subscribers
227 links
❀Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❀
Download Telegram
Airmata--
adalah kekuatan, saat kesakitan mula berteman dalam taman perjalanan, bukan mudah melalui kesakitan dengan senyuman, jika tiada airmata yang menemani pasti bertambah kesakitan dihati.

Moga terhapuslah setiap titis airmata yang menjadi peneman tika ini.

Buat semua--
kuatlah dalam setiap apa yang berlaku, tabahlah dalam semua hal duniamu.

#kakzahra
130417
04:05pm
Wanita,
Dirimu istimewa,
Tidak mampu aku lakar dengan kata,
Sukar bibir meluah bicara,
Hanya hati yang terus mengukir cinta.

Wanita istimewa,
Kau umpama pelangi; selepas hujan tiba,
Hadirmu ibarat bulan purnama,
Bidadari kecil ayah bonda,
Permata yang siang malam dijaga keduanya,
Pejuang kiri suami tercinta,
Tiang untuk sebuah negara.

Kehadiran wanita penuh erti,
Jagalah maruah yang kau miliki,
Wanita solehah itu sukar dicari,
Aurat ditutup rapi,
Ikhtilat dipagari duri,
Ibu bapa ditaati,
Solat tidak dibiarkan pergi,
Al-Quran tidak berlagu sepi,
Terus mengejar redha Ilahi.

Wanita solehah,
Tidak merungut lelah,
Jangan kau lupa,
Kau masih ada Dia,
Yang siap menanggung segala derita,
Hanya secebis sabar cuma,
Ada Allah dalam harimu, 
Sumber kekuatan yang padu,
Ada Allah dalam hatimu,
Jika kau serahkan pada-Nya segala sesuatu,
Ia akan menjaganya hingga utuh buatmu.

Dalam tiap gerimis kesedihanmu,
Hanyutkan dengan dzikir panjang malammu,
Dalam tiap kerikil tajam di jalanan,
Benamkan wajahmu dalam sujud kepasrahan,
Dalam tiap duka yang menyapa,
Hanyutkan air matamu dalam sungai kasih Dia,
Dalam tiap nestapa,
Larutkan pahit air matamu dalam manis cinta Dia,
Dan dalam tiap kelabu langitmu,
Panggillah nama-Nya; Allahku, Allahku, Allahku,
Dan sabar menunggu,
Hingga ia merubah mendungmu menjadi pelangi warna-warni kehidupanmu😊❀

-siput pink-
Tips untuk cantik luar,dalam dan lebih berseri muka, in shaa Allah dgn izin Allah;

πŸ’•jaga qiamullail.
πŸ’•jaga wudhuk kita(sentiasa dlm keadaan berwudhuk)
πŸ’•lps isyak ambik air sedikit(baca al-Fatihah, ayat kursi, surah al-Waqiah ayt 35-38 sebanyak 7x, hembus dan minum dgn 3x teguk sahaja)
πŸ’•baca doa bila tengok cermin.
πŸ’•amalkan istighfar, selawat, zikir(100x sehari)
πŸ’•masa nak pakai bedak, selawat dulu.
πŸ’•masa ambik wudhuk utk basuh muka, baca(ya Allah, ya Quddus, ya Nuur, ya Badii' serikan wajahku dgn cahaya-Mu)😊

-siput pink-
Kelas yang hingaq tiba tiba terdiam bila dengaq teacher dah mula buka suara..

"Kamu semua boleh bising tak!!! "
Dengan yakin nyaa aku bercakap.. Pastu terpikiaq sendiqi.. Baru ku sadaq..
Allah.. silap sebut dah.. πŸ˜…πŸ˜…

Mau terbahak satu kelas.. πŸ˜‚πŸ˜‚
Terkebil kebil mataku.. πŸ˜…

Akibat banyk memikir.. Inilah jadinya..
Jadi,
Kurangkan kecaman, sebarkan kebaikan.. πŸ˜…πŸ˜…

-khaulah-
Analogi yang k. Tikah nak bagi malam ini adalah, andaikan seorang lelaki dengan niat dan keinginannya ingin mencuri. Apakah dia akan mengetuk pintu rumah orang kaya yang didatanginya dan mengatakan "Assalamualaikum. Bukalah pintu ini. Saya mahu mencuri". Tidak bukan?

Andaikan seorang lelaki lain dengan niat dan keinginannya untuk menziarahi saudara. Semestinya mengetahui adab sebagai seorang tetamu yang memberi salam dan masuk ke dalam rumah melalui pintu depan setelah dipelawa.

Apakah yang membezakan antara kedua situasi? Ya sahabat. Pembezanya adalah niat.

Niat yang benar akan memandu diri melakukan perkara kebenaran. Sebaliknya yang berlaku apabila niat terpesong dari landasan asal.

Untuk adik-adik yang PM k. Tikah share tentang hijrah,
Andai kalian terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian. Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat. Allah sentiasa bersama kalian.😊❀

-siput pink-
Kalam Ulama':
"Jangan pandang berapa banyak ibadahnya, namun pandanglah sejauh dan sekuat apa dia bertahan untuk meninggalkan maksiat. Sebagaimana dikatakan oleh Imam Al-Ghazali, semua orang itu mampu melakukan ibadah, namun tidak semuanya mampu dan kuat meninggalkan maksiat."

- Sayyidil Habib Ahmad bin Novel bin Salim bin Jindan

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΩŽΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω وَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ِؒل Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
Tajuk; Seorang Gadis

Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink

Seorang gadis,
Berdiri di balik sebuah jendela,
Merenung melihat langit yang gelap,
Tiada kerlipan bintang, suram suasana umpama dirinya sekarang,
Di sisinya tiada lagi ibu dan ayah yang menemani,
Hanya keseorangan menempuh liku kehidupan.

Seorang gadis,
Yang cuba bertahan dengan mehnah dan ibtila' di dunia,
Cuba qowiy dengan umpatan dan cacian manusia,
Cuba bangkit dengan kekangan keluarga,
Kerana dia tahu mujahadah itu bukan bersenang-senang,
Kerana dia tahu Syurga Allah itu perlu dibayar dengan mahar yang mahal.

Seorang gadis,
Dia cuba tersenyum walaupun hati menangis,
Dia cuba ketawa walaupun itu hanya sebuah kepalsuan membalut duka,
Dia cuba melangkah walaupun derap itu kadang-kadang melemah,
Dia cuba menyunting semangat, ketenangan dan kebahagiaan kepada insan lain,
Walaupun dirinya menggunung masalah menghempap,
Kerana dia tahu Allah akan membalas setimpal dengan apa yang dia berikan.

Seorang gadis,
Yang dulunya jahil cuba mencari sinar Ilahi,
Dalam langkah dia jua terjatuh,
Tetapi itu bukan penghalang untuk dia bangkit,
Sejarah silam itu dibiarkan sepi dalam album kehidupan,
Diselak apabila untuk mengingatkan diri agar tidak terjatuh lagi,
Kerana persimpangan menuju cinta Allah lah yang dicari selama ini,
Penuh ketenangan, kebahagiaan dan kekuatan.😊❀️

-siput pink-

@kaktikah
Kamu ini aneh,kamu bilang menyukai hujan, tetapi selalu berlindung di balik payung, dicaci hujan kerana baju basah. Hanya sekadar mulut yang berbicara, tindakannya tidak. Cintanya hanya sebatas kata, sayangnya hanya sebatas kalimat yang terukir dengan pena. Di mana kejujuran itu? Hanya empunya diri yang tahu. Walaupun begitu, aku ingin menjadi pelangi indah. Agar kau tetap bisa tersenyum walaupun engkau membenci hujan. Aku akan tetap menunggu dalam takdir cinta-Nya andai kau tercipta untukku.😊❀

-siput pink-
Bicara tentang cinta. Mulut terkunci tanpa kata. Hanya pena menari rancak mengalunkan rentaknya. Untukmu yang hadir dan pergi dalam hidupku. Jangan pernah bermain dengan satu perasaan. Jika dunia tergoncang, kau di dalamnya, aku ingin terus bersamamu. Tidak ingin kau tersakiti dan hanyut. Dunia ini hanya mainan belaka. Kau tahu caranya datang dan pergi. Tetapi kenapa tidak mengajar aku untuk ikhlaskan langkah kepergianmu? Aku ingin kau tahu aku akan tetap menanti. Walau bulan dan bintang silih berganti. Walau panas dan hujan saling bertukar. Adakah ini satu kebodohan? Tidak. Karena aku ingin menuntunmu dan diriku ke Syurga Allah. Cinta pasti menggerakkan jasadmu dan hatiku untuk datang kepadaku. Aku tetap menjadi penunggumu sahabatku😊❀

-siput pink-
Kau dan aku,
Mempunyai kisah silam yang lalu,
Pernah terjerat dalam lorong kelabu,
Merangkak mencari Dia Yang Satu,
Saat hidayah menyapa kalbu.

Hati mula terusik tertunduk sayu,
Menkoreksi tentang diri pada DIA yang satu,
Apakah dia masih mahu mengampuniku?
Dengan dosa yang menyelubungi hidupku.

Diselak helaian warkah cinta-Nya,
Ditatap setiap bait-bait kata milik-Nya,
Aku tersenyum saat membacanya,
Penuh pengharapan untuk seorang pendosa kembali kepada-Nya,
Karena pengampunan seorang hamba adalah milik-Nya.

Aku seolah mendapat harapan baru,
Dengan janji yang terakam dilembaran surat cinta-NYA,
Betapa kasih-NYA Dia kepada hamba-NYA,
walau dosa sebesar 7 petala langit dan bumi akan tetap diampun-Nya,
Hanya buat hamba-NYA yang mahu kembali kepada-NYA,
Mengait hamparan taubat dengan sesungguhnya,
Dikala hamba-hamba-Nya lena diulik mimpi yang indah,
Taubat nasuha ku kirimkan buat-Nya.

Doaku buat-Mu pemilik keindahan,
Ampunkan dosa hamba-Mu yang penuh kehitaman,
Alirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan,
Izinkan aku memperoleh sebuah keampunan,
Jalani takdir hidupku penuh kedamaian,
Hanya ingin Kau sebagai kecintaan,
Al-Quran dan sunnah sebagai pedoman,
Jauhi azab-Mu yang penuh kesakitan,
Biarkan aku merasai Syurga yang penuh kenikmatan,
Bukan Akhirat yang penuh keseksaan.😊❀

@siput pink
@pena ungu
Untukmu,
Sekeping hati yang pernah terjatuh kaku,
Dipenuhi titik noda penuh kelabu,
Tiada cahaya yang menyinari hidupku,
Azan berkumandang; terduduk bisu,
Adakah ini hidayah-Mu?
Aku ingin terus berada dalam dakapan cahaya-Mu.

Duhai hati,
Tetaplah kau pada dasar semula jadi,
Kembalilah kau pada ketenangan ilahi,
Andai aku hilang menemui jasad diri ,
Dek kerana alpa duniawi,
Maka jangan biarkan aku tenggelam pada dosa insani,
Yang kian memakan jiwa diri.

Ku gambarkanmu dengan indahnya ciptaan ,
Dipertanggungjawab buatku menjaga penuh kecintaan,
Walau terkadang aku sendiri yang melukakan dan menyakitkan,
Tetapi aku percaya fitrah manusia yang ingin kebaikan.

Hatiku; kau tempat dipandang Allah,
Aku yang dahulunya pernah kalah,
Penuh dosa yang bersarang tanpa lelah,
Suatu masa Kau membuka pintu hidayah,
Aku kembali bangkit tanpa mengalah,
Untuk meraih Syurga-Mu; ya Allah.

Allahku,
Izinkan aku kembali kepada-Mu,
Aku adalah penulis buku amalanku,
Andai tidak mampu melakar warna-warni pahalaku,
Izinkan aku membisu tanpa terpalit dosa beribu,
Aku dambakan keampunan-Mu,
Bersihkan hatiku,
Sinarilah dengan cahaya-Mu,
Moga-moga kutemui cinta-Mu yang satu.😊❀

@siputpink
@sikecilhamba
Andai bahasa minda tidak mampu menyatukan emosi kita, aku masih percaya ada kata hati yang meyakinkan kita untuk terus meniti liku kehidupan ini sebagai sahabat.

Mungkin saja kamu melangkah pergi untuk seketika. Aku akan setia menanti. Andai ada angin rindu menyapa telinga, akan kupandang langit, karena kau jua memandangnya. Tika ini ku berlari ke hutan, teriak. Ku melangkah ke pantai, berlari. Bukan membenci tetapi hati ingin menari dalam ombak ujian. Tenang-tenang saja. Jika kerana Allah pasti kita bersatu.

Andai aku mampu berbaik dengan kamu dan andai air yang keruh kembali jernih, mungkin jernihnya tidak seperti dulu. Tapi, aku mengharapkan akan ada satu keajaiban dan semoga ianya seperti itu.

Jangan pernah bertanya jika aku bahagia dengan perpisahan. Aku cuba untuk berdiri dalam kenangan. Kehidupan harus diteruskan. Bahagia itu dengan melepaskan. Melepaskan hanya untuk zahirnya tetapi hati akan bersatu dalam jambangan doa kepada Dia Yang Satu.

Aku bukan pujangga yang petah berbicara cinta. Biar pena merakam segala rasa di atas kertas yang bersih. Untukmu sahabat, jika aku adalah sebatang pen, kau adalah dakwatnya. Saling melengkapi untuk melakar aksara menjadi puisi cinta.😊❀

@siputpink
@Wardatul_syauqah
Terkurung ku sendiri,
Mencari identiti diri,
Apakah yang aku ingini?
Ya Ilahi; kenapa perlunya rasa ini?
Ku penat menanti,
Ku bawa diri menelusuri,
Pantai yang membuat tenangnya hati,
Bintang di langit cantik menghiasi,
Di sudut hati aku ingin kembali.

Hijrah yang hakiki,
Itu yang aku damba kini,
Patutkah aku bergerak sendiri?
Menuju jalan yang Engkau redhai?
Tidak; aku tidak pasti.
Namun; di segenap hati,
Ingin ku ajak kamu sekali,
Bersatu bak ikatan tali,
Bersama mengangkat janji,
Azam nan tinggi, bakal kita tunai nanti.

Walau ianya perit, itulah lumrah yang hanya secalit,
Pasti akan terasa himpit,
Jua dimaki 'hangit'.
Andai kita jatuh tersepit,
Usah gentar meskipun sakit,
Ayuh, teruslah bangkit,
Jangan biar duniawi terus menggigit.

Ku ambil botol kaca hempas ke meja,
Berkecai serpihan ia,
Kucuba cantum semula namun tidak berjaya,
Inilah hijrah seorang pendosa,
Penuh liku membaiki hati yang penuh dosa,
Berkecai ibarat kaca,
Dicantum tapi berkecai semula,
Air mata sentiasa ada,
Di mana detiknya gembira?
Rupanya ku lupa,
Ia tidak semudah bicara,
Bila kaki menjejak ke Syurga,
Itulah kejayaan seorang pendosa tika di dunia.

Sabarlah; solatlah wahai diri,
Itu ketenangan hakiki,
Hijrah tidak semudah niat di hati,
Perlu anggota untuk merealisasi,
Di balik kesusahan pasti ada kesenangan menanti,
Usah bersedih hati,
Di balik hujan ada pelangi,
Terus bergerak jangan sakadar menggigit jari,
Ingatlah janji Ilahi,
Walaupun kau pendosa tanpa henti,
Allah Pengampun terus menanti,
Baliklah kepada Dia,
Hijrahmu pasti penuh bererti,
Dengan Dia di hati; cinta Ilahi.😊❀

@siputpink
@adikdiary
πŸ”΄k.tiqah,bagaiman pendapat k.tiqah sndiri kalau seseorang tu berubah menjadi lebih baik sebab dia nak jodoh dia pun org2 yg baik. Adakah niat tu salah ?

βœ…cantik soalan ini. Ini hanya pendapat k. Tikah. Mungkin adik atau orang lain ada pendapat lain. K. Tikah raikan😊

Berubah menjadi lebih baik sebab nak jodoh yang baik? Ini berkaitan niat. Dan berkaitan dengan manusia.
K. Tikah mahu adik faham dan bayangkan, jika kita berubah sebab nak jodoh yang baik akan kekal ke perubahan itu? Andai manusia tinggalkan kita atau kita dapat jodoh yang tidak baik. Bagaimana? Boleh terima ke? Jika niat kerana manusia. Jawapannya, tidak.

Ia tidak salah tetapi biarlah niat perubahan itu kerana Allah. Jika kerana Allah, manusia tinggalkan kita atau dapat jodoh yang sebaliknya kita akan anggap ini ujian. Sebab kita tahu Allah bersama kita. Kita tidak akan kecewa. Kita akan gembira dengan janji Allah, berfikiran positif dan akan faham semua ini ada hikmahnya.

Pegang satu je. Jodoh adalah cerminan diri. Ingat janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Berusaha menjadi bukan mencari. Niatkan kerana Allah agar bergelar ibadah. Jika kerana Allah ia akan kekal, jika kerana manusia ia tidak kekal. Andai kerana Allah semua yang berlaku tidak akan kecewa tetapi andai kerana manusia pasti kita akan kecewa. So, tajdid niat kembali. Biarlah semuanya kerana Allah. Percaya dengan janji Allah😊❀

-siput pink-
πŸ”΄Ouh..oky..tapi en..sian andai yg pasngan yg xbaik tu..diye nk brubah..tapi dpt pn yg xbaik n yg jenis xnk berubah..contoh mcm..pmpuan ni xbaik..tapi diye nk berubah..tapi dpt laki yg mulaΒ² baik..tapi bila dh nikah..xbaik plk..cane pndngan..ye laa.septotnya laki ni laa kne didik en..tapi jadi centu..ad kataΒ² semngat x sis😌

βœ…alhamdulillah. Allah membuka pintu hidayah bagi siapa yang Dia kehendaki. Hidup ini tidak seperti yang kita impikan. Allah memberi mengikut keperluan bukan kehendak kita. Kita nak berubah perlukan bimbingan dan yang paling penting adalah diri kita sendiri. Jangan mencipta alasan untuk berubah menjadi lebih baik.

K. Tikah belum berkahwin. Tidak tahu bagaimana pasangan yang akan k. Tikah layari bahtera bersamanya. Doakan moga-moga Allah memberi yang terbaik.

Ini hanya pendapat k. Tikah. Perkahwinan umpama kita nak pergi ke pulau idaman. Kapal yang macam mana kita bawa untuk ke sana, jika lengkap in shaa Allah kita selamat untuk hadapi ujian "ombak" itu. Jika penuh dengan lubang takut karam tengah lautan. Ini yang k. Tikah tekankan sebagai wanita kamu adalah madrasah untuk anak-anak. Perkahwinan bukan manis seperti yang kita tengok manusia lain pamerkan. Tapi penuh dengan ujian. Kamu perlu lengkapi diri dengan ilmu, ibadah,aqidah dan akhlak yang baik. Jangan hanya bergantung kepada suami.

Andai kamu telah berubah menjadi yang terbaik, Allah hadirkan yang kurang baik. Itu adalah ujian. Baca, faham dan ambillah iktibar daripada Asiah isteri Firaun. Jangan menyerah. Andai sayangkan pasangan cubalah bawa dia ke jalan yang benar.

Bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun sama. Kamu adalah ketua keluarga. Bukan bukan hanya untuk " bersawit" tapi akan ada pelbagai duri ujian. Isteri adalah tanggungjawabmu. Anak-anak adalah amanahmu. Semua akan dipertanggungjawabkan. Lengkapilah diri dengan ilmu, akhlak, ibadah dan aqidah yang sahih.

Istikharah dan istisyarahlah sebelum menerima pasangan kita. Mohon petunjuk dengan Allah. Yakinlah wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Andai Allah memberi yang sebaliknya, itu ujian untuk mengangkat martabatmu andai engkau bersabar. Dalam solat sentiasalah berdoa agar Allah memberi kita pasangan yang baik dan anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kembali kepada Dia😊❀

-siput pink-
Malam ini jiwaku sunyi,
Hanya angin yang menemani,
Kupandang langit tinggi,
Bintang juga bersembunyi,
Apakah semua mahu lari?
Berteriakku dalam sepi,
Tiada siapa yang dengari,
Kosongnya hati,
Diulit beribu ujian yang buatku berlari.

Aku ingin pergi,
Tidak;untuk selamanya pergi,
Hanya ingin tenangkan hati,
Membawa diri pada Ilahi,
Ceritakan segala yang terjadi,
Duka dan lara menyelimuti hati,
Lika-liku perjalanan duniawi,
Silih berganti datang tanpa henti,
Terus dan terus menguji diri ini.

Di sepertiga malam yang sunyi,
Terasa ada yang memanggil diri,
Kupandang langit lagi,
Air mata menitis tanpa henti,
Ujian demi ujian aku hadapi,
Sudah tidak larat lagi.

Di hadapan Ilahi,
Ku luahkan segala isi hati,
Kesedihan diriku ini,
Biar hanya DIA yang mengetahui,
Ujian yang terus mendatangi,
Tidak akan membuatku lemah lagi,
Segala ujian adalah kasih sayang Ilahi,
Bersyukur atas cobaan ini,
Membuatku bangkit seperti cahaya mentari,
Biar selalu bersinar menerangi,
Selamanya karna Ilahi😊❀

@siputpink
@catatanpenahati
Bulan Ramadhan makin meninggalkan diri. Ku buka helaian diari. Ku lihat cantuman aksara yang penuh erti. Bulan ini adalah bulah hijrahku. Bait-bait kata pernah terukir di halaman diari itu. Jiwa yang tandus dengan taqwa membuat aku tidak tenang. Dosa yang larut membuat diri makin murung, inilah fitrah seorang pendosa yang hilang kebahagiaan. Malam itu hidayah-Mu menyapa aku. Ku sujud menghambakan diri, mengenangkan dosa, kotornya dengan maksiat, lemahnya jiwa berdepan dengan dunia, lalai daripada mengingati-Nya. Masihkah Kau ingin menerimaku? Ya Allah, aku lalai daripada-Mu, aku jauh dengan peribadi kekasih-Mu. Dia insan yang suci daripada dosa tetapi solat malam tidak pernah di lupa. Ujian yang ditempuhi membuat dia makin dekat dengan-Mu. Pengharapannya tinggi melangit kepada-Mu. Aku? Aku hamba yang bukan suci daripada dosa. Masih lagi terjerat dalam kepekatan malam, solat diabaikan, lidah kotor dengan kata-kata dusta, al-Quran dibiarkan di hadapan mata. Terimalah diri ini untuk kembali kepada-Mu. Hadirkanlah sinaran cinta-Mu. Tuntunlah langkahku. Jadikan aku anak solehah mendamaikan umi dan abi. Moga-moga aku istiqamah untuk meraih redha-Mu. 😊❀

-siput pink-
Mendengar setiap luahan memberi erti kepadaku. Terdapat ibrah di dalamnya. Aku sangkakan ujian yang aku tanggung ini berat tetapi di luar sana ada lagi yang lebih berat. Benarlah, Allah menguji mengikut kemampuan kita. Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Berdoalah kepada Dia agar hatimu lebih tenang. Kuatlah kerana Allah. Positifkan fikiranmu. Andai saat ini ada sahabatku yang sedang sakit moga Allah sembuhkan. Andai saat ini ada sahabatku yang sedang sedih moga Allah gembirakan. Andai saat ini ada sahabatku yang sedang dalam kesulitan moga Allah permudahkan. Jalan takdir hidupmu, Allah sudah tetapkan. Jalanilah dengan redha. Tetapi jangan lupa usaha dan berdoa moga Allah kembalikan hati yang suci untuk nampak jalan menuju Akhirat yang hakiki. In shaa Allah, saat kembali kepada Dia. Langkah kita pasti dituntun-Nya😊❀

-siput pink-
Pandai menasihati tapi tak gemar dinasihati. Pandai menyuruh tapi amalnya kosong. Sama-sama muhasabah diri.

Dalam kita menyampaikan kebaikan tidak kira alam maya atau realiti, kita perlu tahu bahawa kita hanya menyampaikan. Yang memberi hidayah adalah Allah. Yang menjentik dan membuka hati adalah Dia bukan kita.

Ada yang PM bertanya;

"Akak, saya dah cuba bagi nasihat dekat kawan tapi dia sumpah saya macam-macam."

"Saya penat la akak dengan semua ni, dia kata saya bajet alim."

Jangan pernah berputus asa. Jangan guna perkataan yang menyakitkan untuk orang yang kita ingin dakwah. Kita niatkan kerana Allah bukan untuk publisiti. Nabi Nuh berdakwah sehingga beratus tahun. Tapi tidak pernah Baginda berputus asa. Nabi Muhammad pernah dibaling najis, dicaci, dikata gila tetapi Baginda tetap bersabar. Andai dibanding dengan ujian yang kita hadapi, hanya secebis sahaja. Dalam dakwah titikberatkan akhlak, jangan bila kita dicemuh, dilempar kata nista, kita membalas yang sama.

Kenapa bila kita dakwah orang, orang yang didakwah (mad'u) tak terima cara kita, lalu kita nak memutuskan ukhwah dan tak ingin lagi pedulikan keadaan dia? Ini bukan sifat daie. Daie sangat sayangkan orang sekelilingnya dan apabila dia lihat orang buat mungkar, dia akan bersungguh-sungguh tarik mad'u tu kembali ke jalan yang benar. Bukan membiarkan terus dalam kejahilan. Tembaklah dengan doa, ini yang selalu kita abaikan.

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala seperti pahala yang mengikutinya tanpa sama sekali mengurangi pahala orang yang mengerjakannya dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mengerjakannya"

(HR Muslim)

Kita tak boleh fikir sekali kita ajak orang terus ingin ikut. Kita yang berubah, tahu hukum pun jatuh ke lembah dosa jugak kan? So, bagilah ruang dan masa untuk mad'u kita. Bersabarlah. In shaa Allah moga dengan kesabaran dan doa Allah membuka hati untuk orang yang kita dakwah itu😊❀

-siput pink-
Langit bersinar dengan kilauan bintang. Ku tatap dengan penuh teruja karena ingin mencari yang paling menyinar. Tanpa sedar ada kolam air mata yang pecah membasahi pipi. Tersenyum untuk sebuah kekuatan. Teringat seorang sahabat yang menangis di sisi, air matanya yang tumpah penuh sesalan di bulan Ramadhan ini. Masih segar kata-katanya;

"Tikah, Allah masih menerima diri ini? Jauh daripada Allah, tidak merasai Dia dekat dengan diri. Larut dengan kelekaan dunia. Ramadhan makin pergi, apakah sisa yang berbaki ini sempat untuk bertaubat?"

Aku mendoakan dirimu temui cahaya umpama bintang di balik bintang. Ramadhan yang berbaki gunalah sebaik mungkin. Allah itu Maha Pengampun.

Apa yang dirasakan dalam hati sendiri lebih penting daripada mengharapkan penghargaan orang lain. 

Di samping Allah tahu siapa kita yang sebenar, diri kita sendiri juga tahu siapa kita yang sebenar.

Berpura-pura menjadi orang lain akan menyebabkan kita lebih menderita. Jadilah diri sendiri. Berubahlah kerana Dia. Jangan lepaskan hidayah Allah ini😊❀

-siput pink-

#siapa yang PM boleh PM k. Tikah balik sebab k. Tikah uninstall whatsApp. Baru install balik. Maaf sebab tak balas.🌹