Kita terlalu celik dalam menilai kesilapan orang lain.
Tetapi
Buta dalam menilai kesilapan diri sendiri.
Muhasabah diri. Kita kena ingat kita juga sedang dinilai oleh Allah😊❤️
-siput pink-
https://telegram.me/kaktikah

#FaedahAlQuran
|| Al-Isti'azah (الإِسْتِعَاذَةُ) dan At-Ta'awwuz (التَعَوُّذ) ||
Isti'azah bermaksud perlindungan kepada Allah subhanahu wa ta'ala dari setiap kejahatan.
Lafaz isti'azah (meminta perlindungan) disebut sebagai Al-Ta'awwuz:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Aa'uzubillahi min as-syaitanirrajim
Maksudnya:
Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
1. Allah perintahkan manusia untuk memohon perlindungan daripada Syaitan apabila terasa hasutan atau seruan kepada kejahatan. Firman Allah ta'ala:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al-A'raaf 7:200]
2. Kata Imam Ibn Kathir dalam tafsir Al-Qurannya bahawa perlindungan bukan sahaja daripada kejahatan syaitan yang kita maklumi tapi juga daripada kejahatan "syaitan manusia" dengan cara membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. Isti'azah juga digunakan untuk berlindung daripada gangguan dan godaan jin yang jahat.
3. Perkataan Syaitan berasal daripada kata (شَطَنَ) yang bermaksud jauh. Ia merujuk kepada sifat syaitan itu sendiri yang sangat jauh daripada kebaikan malah sangat dekat dengan kejahat sehingga kejahatan saling berkait rapat dengan syaitan.
4. Sebahagian ulama' kata Syaitan berasal daripada perkataan (شَاتَ) yang bermaksud terbakar. Ini merujuk kepada sifat fizikal syaitan yang diciptakan daripada api.
5. Menurut Imam Sibawaih (Imam dalam bahasa Arab) perkataan yang Syaitan yang lebih tepat ialah jauh (seperti poin no. 3). Sebab itu bangsa Arab terkadang menyebut
"تَشَيْطَنَ فُلَانٌ"
"Fulan itu seperti Syaitan" yakni jauh dari kebaikan/jahat.
Oleh kerana itu orang Arab menyebut perkataan Syaitan untuk setiap kejahatan, musuh, penderhakaan atau sesuatu yang jauh dari kebaikan baik daripada kelompok syaitan itu sendiri, jin atau manusia.
Sebagaimana firman Allah ta'ala:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
[Al-An'aam 6:112]
6. Majoriti ulama' berpendapat ta'awuz dibaca sebelum membaca Al-Quran. Ini berdasarkan firman Allah ta'ala:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
[An-Nahl 16:98]
7. Antara kelebihan lain ta'awwuz selain mengelak dari gangguan Syaitan ialah meredakan kemarahan.
Diriwayatkan daripada Sulaiman bin
"Ada dua orang yang saling mencerca/gaduh berdekatan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sementara kami duduk-duduk di samping beliau, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya kemerahan. Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ الَّذِي يَجِدُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
"Sesungguhnya daku mengetahui suatu kalimah yang mana apabila dia membacanya, nescaya kemarahannya akan hilang, iaiti sekiranya dia menyebut; "A'uzubillahi min as-syaithanir rajiim." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
wallahua'lam.
-----------------
Ad-Dien Abdul Kadir
Rabu, 28/10/2015.

ASMA UL HUSNA - 99 NAMA ALLAH...
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Skrip perjalanan hidup kita berbeza .namun kita hanya ingin menuju jalan yg sama iaitu syurga ... pilihlah jalan terbaik buatmu..jadikan skrip hidupmu sebagai cerita paling indah yang boleh membuatmu tersenyum kepadaNya...
@hitam_putih
@hitam_putih
Jangan pernah kita menganggap seseorang itu sempurna.
Dia juga pasti ada kelemahan.
Jika kita menganggapnya sempurna, apabila dilakukan satu kesilapan pasti beribu kebaikannya kita lupakan kan?
Inilah manusia. Suka menghukum tanpa memperbaiki.
Muhasabah diri.
Jangan disebabkan kita yang suka menghukum manusia lain takut untuk bangkit.
Jangan disebabkan kita suka menghukum manusia lain kehilangan pelangi kebahagiaan dalam hidupnya.
Jangan disebabkan kita suka menghukum manusia lain tenggelam dan lemas dalam tangisannya.
Belajarlah untuk bersangka baik dalam apa yang kita buat.
Setiap daripada kita ada kelemahan.
Sama-samalah memperbaiki.
Bukan sama-sama mengutuk atau menghukum.😊❤️

K. Tikah tengok berita di TV.
Peperangan demi peperangan berlaku.
Orang tua, wanita, kanak-kanak juga menjadi mangsa.
Allah. Allah. Allah.
Terasa kejamnya musuh Islam, langsung tiada belas.
Seorang kanak-kanak yang kepalanya berdarah langsung tidak menangis.
Kuatnya, tabahnya hati mereka.
Teringat kata-kata seseorang;
"Mereka di sana diuji dengan peperangan, kita di sini diuji dengan benda lain seperti media sosial, pemakanan, fikiran dan sebagainya. Akidah mereka kuat. Kepergantungan mereka kukuh tetapi kita di sini jauh terpesong."
Pernahkah kita berfikir sahabat.
Muhasabahlah diri.
Bangunlah untuk ummah. Jangan bermain-main lagi. Kita sudah kesuntukan masa. Bangkitlah daripada kelalaian.
Akhir kalam,
Jika tidak mampu mengangkat senjata, angkatlah tangan untuk titipan doa buat mereka dan semua yang bergelar Islam agar kuat untuk memperjuangkan agama Allah.❤️

Jika ramai tak dapat mewarnai sunyinya kita..
Maka biarkan warna memberi corak untuk keabuan ini..
Jika aroma sejuk tak bisa tenangkan suasana hati kita..
Maka biarkan sebaris senyum itu membagi ketenangan dalam kepiluan itu..
Kita tak bisa berganding dan menyatu..
Tetapi kita masih bisa menatap pada arah yang sama..
walau seiring itu tak mungkin,
tapi bercita cita tak ada yang bisa menepisnya,
kerana rasa yang sederhana ini..
Hidup dan tertanam dengan penuh makna..
Aku mencintaimu selama mana yang aku mampu sahabat..
@Kak_Sal

Nabi pernah memiliki seekor unta special bernama Al-Adhba' yang tak pernah kalah dalam perlumbaan. Akhirnya dalam suatu perlumbaan unta itu kalah dengan unta lain.
Lalu Nabi kata:
"Tidak ada apa yang ditinggikan oleh Allah melainkan dia boleh merendahkannya kembali"
Ingat, hidup ini bagai putaran roda. Yang diatas boleh jatuh kebawah dan yang dibawah pun boleh naik keatas.
#Ad-Dien Abdul Kadir

Cinta pertama?
Sukar untuk dilupakan kan? Terlalu banyak kenangan yang tercipta. Air mata mencurah-curah melalui mata saat 'perpisahan' diucapkan. Diri rebah di lantai meratap nasib kehilangan insan yang teristimewa. Ya, aku jua merasainya sahabat. Terpenjara dalam kenangan perpisahan yang diatur Allah. Tidak mampu meluah rasa hanya lakaran demi lakaran di atas kertas putih menemani jiwa.
Hati berbisik;
"Usah terpenjara dalam kenangan, waktu akan terus berlalu. Takdir Allah bukan kejam. Perpisahan itu adalah permulaan untuk sebuah kebangkitan. Burung tetap tenang terbang, laut tetap biru menenangkan, begitu jua hatimu akan tetap tenang saat Allah didahulukan."
Aturan Allah adalah yang terindah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Lepaskan kenangan itu untuk melangkah demi kebahagiaan dirimu. Percayalah semua yang berlaku ada hikmahnya. Kembalikan hatimu kepada Allah. Keluarlah dari penjara kenangan. Mulakan hidup baru dengan warna-warna pelangi keindahan😊❤️

Hai anakku! Duduk bergaullah bersama-sama dengan golongan yang menyebutkan nama Allah (mengingati-Nya). Kerana sekiranya engkau seorang yang berilmu, maka ilmu itu akan memberikan manfaat kepadamu dan sekiranya engkau seorang yang jahil, maka mereka akan mengajarmu. Bahkan, sekiranya rahmat atau rezeki dilimpahkan ke atas mereka, pastinya engkau juga akan berkongsi bersama-sama mereka.
- Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
#kalam ulama
https://telegram.me/kaktikah
- Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
#kalam ulama
https://telegram.me/kaktikah
Jika hatimu terasa gundah,
Berbaringlah dalam kesunyianmu..
Jika hatimu tak lekas cerah,
Pejamkan matamu dan tidurlah..
Bawa dirimu terbang dan melayang dalam indah dunia mimpi..
Jika hatimu telah riang,
Buka mata dan bangkitlah dari mimpimu..
Kerana ada orang-orang yang menantimu..

In shaa Allah petang ini k. Tikah nak share sedikit beberapa amalan yang kita boleh lakukan ketika datang haid. Ada dua tiga soalan yang bertanya macam mana nak kawal emosi dan sebagainya ketika haid. Selamat membaca😊
K. Tikah tidak nafikan tentang emosi yang tidak stabil itu kerana k. Tikah sendiri pun seperti itu. Ketidakstabilan hormon membuatkan kita mudah marah, sedih, terasa hati, semua tidak kena kan? Tambah-tambah jika tidak boleh solat dan baca al-Quran untuk ketenangan diri. Syaitan pun mudah menjalankan 'misi' apabila emosi kita tidak stabil. Sebab itu bagi k. Tikah walaupun kita datang haid kita tetap perlu uruskan masa agar bergelar ibadah dan mengawal emosi melalui cara yang lain. Ini amat-amat penting.
Apa yang kita boleh lakukan;
🍂Sentiasa berdoa kepada Allah.
🍂Hati, perkataan, perbuatan kita perlu mengingati Allah. Ia boleh dengan beristighfar, berzikir, berselawat kerana amalan-amalan ini akan membuat kita dekat dengan Allah.
🍂Walaupun tidak boleh baca ayat suci al-Quran, kita boleh baca tafsirannya untuk mengambil ibrah.
🍂Jangan tinggalkan al-Mathurat pagi dan petang.
🍂Bacalah buku-buku motivasi atau bahan ilmiah lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita.
🍂Emosi boleh dikawal dengan kita mendengar ayat-ayat al-Quran yang buat kita mengingati Allah bukan mengikut jejak syaitan.
🍂Kita juga boleh mendengar ceramah dan boleh mentadabbur alam untuk ketenangan diri dan mengembalikan emosi ke arah yang lebih baik.
🍂Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah agar kita tidak berfikir ke arah lain. Apabila rapat dengan orang yang dekat kepada Allah, kita juga akan berasa dekat dengan Allah.
Akhir kalam daripada k. Tikah;
📖 “Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr; Ayat 1-3)
Jangan kita menjadi orang yang rugi itu. Moga masa itu bergelar ibadah hingga ke akhir nafas kita😉❤️

Kadang kala kita kenal seseorang,
Tetapi dia bukan jodoh kita,
Pengenalan itu bukan untuk zalimi diri kita,
Tetapi Allah ingin kita mengenali sebuah erti kehidupan,
Iaitu manusia boleh hadir dan pergi begitu sahaja,
Semua ini bukan milik kita,
Yang abadi hanyalah Allah,
Kuatlah kerana Allah,
Tidak semestinya dalam genggaman akan tetap ada dalam genggaman,
Akan terlepas jua jika itu takdir Allah😊❤️

Jangan diajar diri lemas dalam pujian. Tatkala ada Yang mengagumi, lafazkan Alhamdulillah. Segala puji hanyalah kepada Allah.
Kita hanya hamba. Ana bagi contoh, Mata. Hakikatnya,mata hanyalah alat. Yang melihat adalah roh. Roh pula adalah daripada Allah. Maka,apa yang kita punya? Tiada apa-apa. Kembalikan semua hanya kepada Allah.
Hamba adalah hamba. Jangan berlagak seolah-olah raja.
#thearjuna

👑LUQMAN HAKIM YANG BIJAK
Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kembing itu dan berpesan,
“Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”
Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.
Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.
Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, "Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”
Luqman menjawab,
"Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”
Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.
Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.💚
❣Sharing
🎋bintu Ustaz Awang🎋

Assalamualaikum 😃
Semua yg tngah join channel ✌
Acik2x dan akak2x abng2x pakcik2x
Mari-mari cuci mata 👀 dgn mutiara sabah 😉🙉
Ada bermcm mcm barang dan periasan 👌😘
JOM RAMAI RAMAI JOIN CHANNEL MUTIARA SABAH SHOP 👜💃
Telegrem.me/mutiaraumairah
Macam macam ada 💍💎👍
🎁ada rantai mutiara
🎁ada gelang mutiara dan gelang suasa tak pandai luntur
🎁Ada gelang kaki ada
🎁ada Butang baju Melayu
🎁Ada tasbi panjang dan pendik
💗Dan sebagainya💃
And soal POST📮barang🚚jgn risau kita bole runding 👌😉
Jika anda nak lihat lebi lanjut jom ramai ramai 💃join channel kami klik di bawa 👇
Telegram.me/mutiaraumairah
Telegram.me/mutiaraumairah
Dan klw nak no whatspp ada kat bawa👇
PM @Ukhtynisa
☎0128305399
☎0146995615

📖 "Iman memiliki lebih daripada 70 atau 60 cabang. Cabang yang tertinggi ialah syahadah bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang daripada iman."-Riwayat Muslim, Kitab al-Iman no. 153
Banyaknya pintu-pintu Syurga memberi isyarat kepada kita bahawa banyaknya pintu-pintu kebaikan yang kita boleh lakukan.
Setiap daripada kita perlulah mengambil salah satu daripada amalan kebaikan untuk istiqamah kerana istiqamah itu disukai Allah. Pilihlah amalan yang paling mudah untuk kita jaga. Janganlah dibiarkan pintu kebaikan itu ditutup tanpa kita mengetuk, membukanya dan terus berada di dalamnya. Nanti kita menjadi hamba-Nya yang rugi 😊❤️

Forwarded from NinaShahrilIffat
Assalamualaikum
Di sini kami menyajikan pelbagai brand 📱 secondhand dengan harga yang berpatutan..
Sebarang pertanyaan boleh contact @Thoughtblock
Support us and we will serve u the best
In Sha Allah https://telegram.me/gadgetonline

Forwarded from Deleted Account [SCAM]
Danial Aiman:
💥Mohon VIRALKAN💥
💦Tawaran di buka untuk Pencarian #Admin #IQ yang baru seramai yang mungkin.
💦Untuk bersama dengan channel IQ #kita BANGKIT DEMI ILAHI dalam MENGGAPAI CINTANYA ALLAH sehingga ke #JANNAH.
💥PM @DanialAimann💥
Telegram.me/ImanQowiyy
🍃Semoga Allah REDHA🍃

Telegram
Iman💕Qowiyy
🌴TARBIAH HATIMU BANGKIT DEMI ILAHI🌴
Semakin Kita Sabar, Semakin Allah Sayang. Husnuzon...
Creator : @TeratakIman
Since💕6 May 2016