Diari Cinta Siput PinkπŸ’•
427 subscribers
227 links
❀Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❀
Download Telegram
Rahmat Kasih Sayang Allah adalah demikian agungnya hatta kalian pun dilarang untuk menilai manusia hanya berdasarkan perilaku luarnya yang nampak. Kalian dilarang pula mengkritik adab mereka yang buruk lalu memanggil mereka gila. Biarkan mereka; mereka memiliki Tuhan yang akan menghakimi diri mereka.

Amatilah dirimu sendiri; jadikanlah dirimu sendiri berperilaku mulia, dan jangan mencampuri urusan orang lain. Bukan pekerjaanmu untuk mencampuri urusan siapa pun jua. Pekerjaanmu adalah untuk mencampuri dirimu sendiri, itu saja. Perbaiki dirimu, dan biarkan setiap orang yang lain dengan Tuhan mereka.

Mawlana Syaikh Hisham Kabbani ~
Manusia sering melihat org lain spt kertas putih yg terdapat satu titik dakwat hitam. Yg dilihatnya hanyalah titik yg hitam sedangkan yg seluas putihnya sudah tidak kelihatan.

Satu kesilapan yg dilakukan itulah yg sgt dipandang sehingga dilupakan segala kebaikan yg lebih byk yg dia lakukan. Sehingga kita seolah mampu melihat kpd hatinya sdgkan pd hakikatnya malaikat pun tak mampu menilai hati manusia.

Jadilah spt mata lebah walau berada di tempat buruk dan busuk tapi masih mencari madu dan janganlah jadi mata lalat walau berada di tempat yang penuh bunga tapi masih mencari najis.

- Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi -

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΩŽΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω وَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ِؒل Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
Saat adik meluahkan perasaan kehilangan ibu dan ayah ingin k. Tikah mengatakan insan ini terlebih dahulu merasainya. Kehilangan itu memang menyakitkan, redha itu sukar untuk ditebus apabila diri kita yang menanggung. Moga sedikit luahan ini memberi dirimu semangat untuk bangkit.

K. Tikah tiada ibu ketika berumur enam tahun lagi. Menumpang kasih seorang ayah yang jua seorang ibu. Tempat k. Tikah bermanja, saat melihat insan lain dibelai kasih ibu, diri ini pernah mengungkapkan;

"Abah, ore nak ma. Ma g mana? Ma xse jupo ore doh kow? (Abah, sy nak ma. Ma pergi mana? Ma tidak mahu jumpa saya ke?)

Perit kan? Abah k. Tikah seorang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang, dia tegas tetapi amat mengambil berat. Disebabkan anak bongsu k. Tikah tetap manja dengan abah. Suatu saat, ketika umur 22 tahun Allah mengambil insan ini. K. Tikah jua sepertimu, menangis tidak berhenti, merindui jasad yang telah kaku. Sukar untuk k. Tikah melepaskan. Berasa jauh daripada Allah. Ujian ini lebih hebat daripada yang dilalui sebelum ini. K. Tikah mengambil keputusan menangguhkan sem untuk mencari ketenangan diri.

Alhamdulillah dalam pencarian ini ketika di pondok akak ingat satu kata-kata;

"Redha itu maknanya 'melepaskan'. Kehendak Allah melebihi kehendak kita. Ya, kita sayangkan ibu bapa kita tetapi jika Allah berkehendak 'mengambil' mereka, siapa kita untuk menghalang. Cintai dan letakkan harapan kepada Allah melebihi segalanya. Ingatlah Allah mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Andai kita redha dan bersabar dengan ujian ini pasti ada ganjarannya. Carilah hikmah itu."

K. Tikah cuba dan terus cuba untuk tidak larut dalam kesedihan lagi. K. Tikah kumpul kekuatan untuk teruskan hidup tanpa kedua-duanya. Saat mendekati Allah, kesedihan itu beransur pergi. Hidup perlu diteruskan. Suatu saat kita jua akan menyusul. Selagi kita hidup atas dunia ini jadilah hamba-Nya yang bertaqwa, anak yang soleh dan solehah agar kita mampu membahagiakan mereka di sana.

Ingatlah, jangan memandang ujian Allah itu besar tetapi sentiasa memberi semangat kepada diri bahawa Allah itu lebih besar. Mereka dah penat menjaga kita, biarlah mereka rehat di sana dan kita sebagai anak teruslah memberi 'kebahagiaan' dengan alirkan pahala kepada mereka. Allah itu tidak kejam. Allah mahu kita tahu bahawa pengharapan itu hanya kepada Dia. Kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita, yang penting diri kita perlu sentiasa dekat dengan Dia. Di sebalik hujan ada pelangi keindahan. Begitu jua kepayahan pasti ada kemudahan. Redha lah dengan takdir Dia😊❀

-siput pink-
Bukan semua orang yang bercakap tentang Allah, dia adalah paling baik hubungannya dengan Allah.

Boleh jadi ada orang tak bercakap sangat pun di depan manusia tentang Allah, tetapi dia orang yang paling baik hubungannya dengan Allah.

Penilaian amal bukan pada lisan semata-mata.
Kedengaran lagu 'Teman sejati';

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang di cari selama ini
Telah ku temui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kuukir aksara buatmu yang bergelar sahabat. Kita semua tahu di dunia ini kita bukan keseorangan, kita memerlukan sahabat lain jua dalam kehidupan. Mungkin ramai mudah mengatakan;

"Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya. Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi. Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Salah satu ciri yang sukar dijumpai adalah yang membawa kita kepada Allah. Yang menegur khilaf kita walaupun dia tahu kita akan marah. Yang memberi sokongan untuk kita berhijrah mencari cinta Allah. Andai ada, peganglah erat-erat. Jangan pernah melepaskan sahabat seperti itu. Ia umpama mutiara di dasar lautan, sangat berharga.

K. Tikah teringat satu hadis;

"Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh membesar dalam ibadah menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga menitiskan air mata, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata; Aku takut kepada Allah, dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangannya."-Al-Bukhari dan Muslim

Moga-moga kita jua bertemu dan berpisah kerana Allah. Jika ingin sahabat yang sejati ingatlah kita jua perlu 'menjadi' sahabat sejati untuk sahabat yang lain. Dan elakkan bersangka buruk dalam persahabatan. Jika ditegur kesalahan kita berlapang dadalah.😊❀

-siput pink-
Berhenti daripada membuat dosa?
Untukmu sahabat, kita ini manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa.
Jika tidak tangan, dengan kaki. Jika tidak kaki, dengan mata. Jika tidak mata, dengan mulut. Kita tahu kita akan melakukan dosa kan? Walaupun tidak mampu untuk tidak membuat dosa tetapi kita mampu untuk 'mencegahnya.' Macam mana? Dengan ingatkan diri bahawa kita ada kamera Allah yang akan menghitung setiap langkah kita di dunia ini.

Jika kamera yang kita pegang atas dunia ini untuk ambik gambar yang cantik, tenang. Untuk kita ingat sebuah kenangan yang sweet, sempurna kan? Kenapa tidak kita ingatkan diri agar kamera Allah jua nanti biarlah dipaparkan perilaku kita yang terbaik.

Sahabat, dengarlah menolog hatiku ini;

"Kita semua tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat kepada Allah. Baliklah dan dekatkan diri kepada-Nya. Walau manusia lain memandang rendah terhadapmu tetapi dengan keikhlasan percayalah pandangan Allah adalah berbeza. Sakit kan bila kita dalam dosa? Tidak tenang. Jiwa kacau. Gelisah memanjang. Dengan taubat dirimu akan temui ketenangan dan kebahagiaan. Ingatkan diri bahawa Allah, malaikat adalah kamera yang sentiasa 'menangkap' gambat detik kehidupanmu untuk dipertontonkan di Akhirat."

Ingat pesan k. Tikah rajinkan diri untuk istighfar, cuci hati, cari khusyuk dalam solat, tadabbur alam dan al-Quran, pergi majlis-majlis ilmu. In shaa Allah lama-lama kita akan faham yang 'kenikmatan' dosa dulu itu hanya 'bayangan keindahan' daripada syaitan😊❀

-siput pink-
SALAM SUBUH

Rasulullah bersabda " Telah bertanya jibril kepada Nabi, khabar olehmu kepadaku berkenaan ihsan, berkata Nabi ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatNya maka Ia ( Allah ) melihat engkau"

#salam subuh
Hari-hari boleh selfie.
Penuh gambar dalam telefon.
Berapa jam boleh depan kamera.
So, hari ini hari Jumaat kan?
Lapangkan sedikit waktu okeh untuk baca al-Kahfi.😊❀

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT 🌸

βœ” Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
βœ” Membaca Surah Al-Kahfi
βœ” Mandi sunat hari jumaat
βœ” Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
βœ” Memperbanyakkan membaca
Al-Quran
βœ” Memperbanyakkan amalan bersedekah
βœ” Memperbanyakkan amalan sunat
βœ” Memotong kuku kaki dan tangan
βœ” Memperbanyakkan zikrullah
βœ” Memakai pakaian Sunnah
βœ” Memakai wangi-wangian
βœ” Hadir awal ke Masjid

-siput pink-
Diam ku bukan menjauh.
Diam ku bukan pergi.

Ada risalah belenggu menguasai diri.
Kegersangan taman menguji keindahan hati..
Satu sudut lain..
Daun daun itu ku lihat berguguran,
Melepaskan kesakitan semalm..
Mungkin nanti akan terubat oleh pil Pertemuan..

-khaulah-
Orang yang pandai bercakap mampu meluah kata.
Manusia yang suka menulis boleh melakar kata.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh 
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Kadang-kadang apa yang dikatakan hanya sekadar kata.
Berselindung di sebalik kata untuk tidak menterjemahkan perasaan di alam realiti.
Inilah manusia yang suka memendam.😊❀

-siput pink-
Bukan mudah kau nak dapat peluang,
Tapi bila kau punya kesempatan,
Tolong sungguh-sungguh.

Pegang erat.
Jangan lepas.
Buat betul-betul..
Kalam Ulama':
"Perempuan di zaman ini sudah ramai yang berniqab. Bagus tak jadi masalah. Itu boleh elak fitnah. Datang duduk majlis ilmu, tutup semua diri mereka yang boleh mendatangkan fitnah. Yang menjadi penyakit di zaman ini adalah perempuan itu sendiri yang membuka fitnah kepada khalayak ramai."

"Sebagai contohnya berniqab tutup habis, tapi bila ke majlis ilmu atau pasar ke apa, mengambil gambar selfie dan tunjuk mata kepada semua. Bukan ini prinsip untuk elak fitnah, malah mereka ini sendiri yang membawa diri mereka untuk difitnah."

-Syeikh Abdullah Al Jahaf حفظه Ψ§Ω„Ω„Ω‡ 🌹
Pertemuan dan perpisahan.
Ketawa dan menangis.
Bersuka ria dan berduka.
Itu lumrah dalam sebuah persahabatan.

Menyayangi seseorang itu pilihan daripada Allah. Meninggalkan seseorang pilihan kita tetapi ia aturan Allah. Usah berduka saat kaki melangkah pergi. Jangan berpaling ketika keputusan mulai dibuat. Biarkan kenangan meninggalkan jejaknya, teruskan doa mengiringi perjalanan hidup sahabat. Ikatan hati melalui doa lebih lagi kuasanya melalui kata-kata yang meniti di bibir.

Aku mengaku, akan ada air mata yang mengalir. Saat mulut tidak mampu berbicara bahasa perasaan itu adalah melalui air mata. Menangislah, ia bukan menandakan dirimu lemah tetapi itulah salah satu ketenangan yang engkau inginkan.

Teringat pesan seorang kawan;

"Tikah, kita tidak boleh mencintai atau menyayangi makhluk melebihi Allah. Memang perlu menyayangi manusia lain tetapi cukup sekadarnya sahaja kerana kekecewaan dan kehilangan akan menyakitkan."

Saat itu hati bermonolog;

"Datang dan pergi, itu fitrah dalam kehidupan manusia. Menyayangi dirimu sahabat tidak membebankan tetapi saat kehilangan itu menyakitkan. Pertemuan ini bukan kesalahan tetapi satu pengajaran untuk aku memahami apa itu 'bahagia'. Kenangan tidak aku pinggirkan, terakam dalam album kehidupanku. Terbuai dalam sebuah aksara. Aku bahagia memiliki dirimu tetapi aku harus sedar engkau hanya 'pinjaman' daripada Dia bukan untuk aku miliki selamanya."

-siput pink-

#sayang k. Zara, Husna dan Aisyah. Terima kasih untuk setiap lakaran kenangan. Sungguh aku menyayangi kalian❀
Tiada yang lebih membahagiakan,
Saat menulis hati turut menarikan rentaknya,
Mengingati sang Pencipta dalam kanvas kesedaran,
Dengan tinta air mata kepasrahan.

Kadang kala kita berasa bahagia apabila impian menjadi kenyataan,
Hingga lupa untuk miliki hati yang kaya dengan harapan,
Terlalai untuk menemui doa dalam keheningan malam.

Ikhlaskan segalanya,
Pasti hatimu lapang,
Ketika kenyataan menjadi badai,
Memusnahkan apa yang dirancang,
Mencuri apa yang kita genggam,
Ingatlah kesabaran yang kita petik daripada pengalaman,
Itulah hasilnya dan rencana Allah adalah yang terindah,
Lapangkan hatimu pasti engkau menemui 'sesuatu' yang tidak dapat diungkap dengan kata😊❀

-siput pink-
Jangan berasa megah dengan ilmu yang dimiliki.
Ia semua daripada Allah.
Jika ingin ditarik-Nya hanya sekelip mata.
Terimalah pandangan manusia lain juga untuk membaiki apa yang kurang.
Jangan pernah 'ego',
kerana melalui keegoan itu akan membuatkan manusia lain menjauh daripadamu.
Jadilah manusia yang rendah diri dan hati.
Memahami semuanya milik Allah.😊❀

-siput pink-
Cuba kita muhasabah diri.
Pejam mata sekejap.
Fikirkan apa yang telah kita perbuat.
Jadikan semalam sebagai pengajaran.
Untuk hari ini sebuah kayuhan langkah.
Dan esok hari sebagai harapan sebuah kebaikan.

Hari kita menjadi suram disebabkan kurang memberi, jadi serikan semula ia dengan lebihkan memberi.

Berilah kata-kata yang baik.
Tunjukkan tulisan yang bermanfaat.
Hiasilah senyuman yang ikhlas.
Akhlak yang persis Rasulullah SAW.
Dan doa yang tersembunyi untuk saudara seislam yang lain.

Moga-moga kita mampu menenangkan manusia lain, menyebarkan kebahagiaan kerana Allah. In shaa Allah tangan yang 'menghulur bunga mawar' pasti berbau harum😊❀

-siput pink-
Petang tadi pergi ambil angin petang di padang, melihat awan dan langit yang putih kebiruan, burung berkicauan dengan sinaran matahari yang makin tenggelam. Subhanallah. Tenang rasa hati.

Terfikir tentang perbualan dengan sahabat;

"Manusia kadang-kadang melihat kita sempurna kan? Hingga mereka terlupa kita manusia biasa yang juga tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mereka hanya melihat fizikal kita, membaca bait-bait kata kita tanpa mengetahui bagaimana karat di hati kita. Kita perlu sentiasa betulkan niat dalam berdakwah. Jangan biarkan diri mengejar populariti hingga terlupa membuat mereka mengenal Allah yang hakiki."

Aku terkedu tanpa patah kata. Hati bermonolog;

"Mereka pendosa yang tidak mengenal 'sesuatu' itu dosa tetapi malangnya kita yang tahu itu dosa tetap melakukan dosa. Kitalah yang lebih rugi. Jika kita buta mata hanya tertutup untuk jalan dunia tetapi jika buta hati kita takut tertutup untuk jalan Akhirat. Ikhlaskan hati dalam sesuatu perkara hanya kerana Allah bukan habuan dunia."😊❀

-siput pink-
Menasihati jangan sampai menyakiti.
Memarahi jangan sampai membuat sahabat sakit hati.
Jangan jadi golongan yang menasihati tetapi tidak sedia untuk dinasihati.
Bila bicara dengan 'cinta' in shaa Allah pasti tiada yang terluka.
Sebarkan nasihat dengan kasih sayang agar tertaut hati-hati itu kerana Allah.😊❀

-siput pink-
Muslimah, saat dirimu menjadi rebutan hanya dengan dua keadaan;

Sebagai patung yang hanya mengisi ruang masa lapang atau sebagai madrasah untuk perkembangan Islam.

Barang yang mudah dimiliki akan senang dibuang tetapi barang yang susah dimiliki mereka akan belajar erti 'menghargai'. Pilihan di tanganmu. Kisah yang berlalu biarkan berlalu. Binalah buku baru untuk masa hadapan. Jaga betul-betul hati itu hanya untuk yang 'layak'.

Ingatlah pesan k. Tikah lelaki yang betul-betul ingin memilikimu akan menemui walimu bukan meng'ayat' untuk memiliki hatimu. Jangan mudah tergoda dengan hasutan nafsu. Jangan mendekati zina. Ingatan untuk diri ini jua😊❀

-siput pink-
Sahabat,
Tahukah kamu orang yang selalu menasihati kamu, bergelak ketawa tanpa kamu melihat sedikitpun riak kesedihan pada wajah dia, pandangan mata yang redup tanpa titisan air mata merupakan orang yang banyak memendam perasaan.

Mereka memilih untuk menasihati agar mengingatkan empunya diri jua.
Mereka bergelak ketawa untuk menyembunyikan gundah agar tidak membebankan kamu.
Mereka redupkan pandangan mata agar dapat menyembunyikan resah di hati tanpa titisan air mata.

Suatu masa apabila tidak tertahan dengan suatu bebanan, dimuntahkan segala resah melalui kata hanya satu pintaku;

"Teruslah memeluk erat tubuhku. Kadang kala pelukan itu mendamaikan jiwa tanpa patah kata. Ia merupakan sumber semangat umpama angin yang lembut mendamaikan. Sapulah titisan air mataku dengan jemari dan lafazlah "Allah sentiasa bersamamu". Moga-moga dengan lafaz itu aku akan kembali bangkit untuk ingatkan diri bahawa Allah sentiasa bersama aku."😊❀

-siput pink-