Diari Cinta Siput PinkπŸ’•
427 subscribers
227 links
❀Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❀
Download Telegram
Tepiskan saja kegalauan dijiwa..
Parutan luka takkan lama..
Biasan torehannya akan berlalu jua..
Luruh bersama temannya air mata..

Usik buaian senyuman,
agar sentiasa terukir dibibir..
Indah dipandang..
Redup kedamaian..
Sayup sayup terpalit kebahagiaan..

-Khaulah-
Tajuk; Lukisan Hati

Lukisan hati,
Saat mulut terkunci tanpa kata,
Hati mula berbicara,
Diterjemah dengan sebuah aksara,
Untuk kau insan yang jauh di sana.

Di bawah pohon aku termenung,
Terimbau setiap kata yang engkau lontarkan,
Adakah sekadar sindiran atau satu gurauan,
Saat ini tiada yang memahami,
Hanya air mata yang menemani,
Tika ini hanya Dia yang mengerti di sebalik lukisan hati.

Kicauan burung berlagu rindu,
Seolah berbicara denganku tentang 'sesuatu',
Aku penat tentang sebuah persepsi manusia,
Yang hanya menghukum tanpa memikirkan perasaan manusia lain,
Inginku lepas, biarkan ia berlalu.

Menyayangi bukan bererti memiliki,
Karena aku, kamu dan kita semua milik Allah yang hakiki,
Jika kenangan yang engkau layarkan,
Mana mungkin aku melupakan,
Andai berjauh diri itu bukan bererti aku pergi,
Tanpa sedar engkau perlu memahami doa itu pengikat hati,
Lukisan hati ini bukan sekadar madah tetapi ia diterjemah saat aku dan Dia tika dinihari.😊❀

-siput pink-

-hitam putih-
Lidah manusia.

Coretan ini khas untuk seorang sahabat. Melalui luahan hatinya membuat k. Tikah terfikir kerana lidah, manusia lain takut nak berhijrah.

Sebelum berubah mungkin kamu mengenali dia insan biasa. Insan yang tidak solat, derhaka kepada ibu bapa, tidak menutup aurat, tidak menjaga ikhtilat. Pendek kata melanggar perintah Allah dan tidak menjaga hubungan antara manusia dan makhluk lain.

Hidayah Allah menyapa,hati dia terbuka untuk berhijrah. Saat itu dia mencuba dan terus mencuba untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Mencuba dan mencuba menjaga hubungan dengan manusia lain.

Dalam tempoh percubaan itu, kenapa perlu lidah manusia mematahkan semangatnya? Tanya diri kita, adakah kita juga tergolong orang yang suka makan daging saudaranya sendiri? Tanya diri kita adakah lidah ini pernah mencaci manusia lain yang sedang berhijrah? Allah. Allah. Allah. Jika ya, beristighfar dan mohonlah maaf sahabat. Jangan disebabkan lidah kita manusia lain takut nak berubah. Apa yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti? Tepuk dada tanya hati kita sendiri.

Kita bukan Allah untuk menghukum dan menilai manusia lain kerana kita jua sedang dihukum dan dinilai oleh Pencipta kamu, dia dan kita semua.

Saat ini hatiku berkata untuk kamu yang jatuh semangatnya kerana manusia;

"Kamu yang aku kenal atau tidak. Aku kagum saat kamu memilih jalan untuk mencari redha Allah. Aku jua pernah jatuh kerana lidah manusia. Ingat satu pesanku, bangkit dan tunjukkan bahawa mereka bukan penghalang untuk kamu berhijrah. Hanya Allah yang berhak menilai kamu. Usah fikirkan apa yang mereka cakap tetapi fikirkan apa yang Allah pandang kepada kamu. Jangan berhenti tetapi teruskan langkahan itu hingga nafasmu yang terakhir. Niatkan semuanya kerana Allah."

Jika mahu kembali jahil ingat pesan k. Tikah, fikirkan usaha yang selama ini. Penat yang ditanggung selama ini. Jangan disebabkan 'mereka', kita terus robohkan tangga yang dibina untuk sebuah 'kejayaan' di Akhirat. Senyum dan tunjuklah akhlak yang terbaik agar batu yang dilontarkan, kita kutip dan bina tangga kejayaan, jika dilontarkan balik kita yang akan rugi. Dekatkan diri dengan Allah. Tajdid niat kerana Allah. In shaa Allah, tenang-tenang saja. Moga-moga dirimu temui kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan.😊❀

-siput pink-
Dikambus dek emosi diri
di tengah kamar sendiri
sekali lagi aksi kembali
bisu langkah menjerit emosi..

-khaulah-
Tajuk; Suara Keinsafan

Aku,
Pendosa tanpa noktah,
Ketika jiwa remaja yang mentah,
Seruan nikmat Syurga-Mu tidak ku endah,
Hati dibelenggu maksiat yang indah,
Apakah cahaya-Mu masih ada untuk aku melangkah.

Aku,
Hanyalah insan biasa yang sedang mencari erti sebuah kebahagiaan yang hakiki,
Larut dalam dosa tanpa keinsafan adalah kesilapan diri,
Suatu masa hidayah-Mu menyapa untuk aku berdiri,
Itulah kegembiraan yang penuh erti,
Apakah aku masih ada waktu untuk mengejar redha-Mu ya Ilahi?
Surat cinta-Mu membuka ruang hati,
Bahawa dosa yang bertimbun dengan sebenar-benar taubat akan Engkau ampuni.

Aku,
Cuba dan terus mencuba,
Mencari satu kekuatan dalam penghijrahan keinsafan dosa,
Ketika insan lain terlena,
Bangkitlah dalam gelap malam untuk sebuah cinta,
Aku tanamkan di hati ini bahawa masa itu amat berharga,
Bersujudlah dalam tangis sendu mendambakan keampunan dengan penuh penyesalan seorang hamba.

Aku,
Lakarkan aksara ini untukmu sahabat,
Ingin ku sampaikan kepadamu wahai teman yang jauh mahupun dekat,
Bentanglah sajadah keinsafan dengan zikir, tafakur kepada Dia sahabat,
Ikhlaskan hati mengharap titisan rahmat,
Moga-moga terpadam garis-garis dosa yang terpahat.

Aku,
Mempunyai iman yang setipis helaian sutera,
Namun takkan jemu menagih ihsan-Mu wahai pemilik hati yang gantinya tiada,
Palingkan aku dari kemurkaan-Mu walaupun sesaat cuma,
Hamparkan aku dengan cahaya walau sejalur cuma,
Agar aku terselamat daripada tipu daya dunia.

Aku,
Dambakan keinsafan yang kekal,
Tidak mahu kehilangan perhatian-Mu,
Kerana hanya engkaulah yang maha pengasih dari segala yang pengasih,
Titipkanlah aku sekuntum mawaddah dari mekarnya haruman syurgawi,
Agar dapatku sisipkan di qalbu taqwa bukti agungnya cinta Al-Khalik.😊❀

-siput pink-
10 Muharam 1438H

🌿Lets zikir for Tuesday 🌱

οΊο»Ÿο» ΩŽΩ‘ο»¬Ωο»’ΩŽΩ‘ οΊ»ΩŽο»žΩΩ‘ ο»‹ΩŽο» ΩŽο»° ο»£ΩοΊ€ΩŽο»€ΩŽΩ‘οΊͺٍ ﻭَ ﺁﻟο»ͺ ο»­οΊ³ΩŽο» Ω‘Ωο»’

ORANG MUKMIN YG HEBAT ITU IALAH:

1) Dia meninggalkan dunia, sebelum meninggal dunia..
2) Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah..
3) Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah..
4) Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal
ﻭﺍﻟﻠο»ͺ ﺍﻋﻠﻒ ..
Untukmu muslimah.
Moga-moga bermanfaat.
Bacalah dengan mata hati agar kau mengerti.

K. Tikah akan mengimbau sebuah peristiwa untuk pedoman kita semua. Semalam k. Tikah bertolak naik KTM, dekat Maghrib sampai di destinasi bersama kakak angkat. Kami berjalan untuk pulang ke rumah, dalam perjalanan walaupun dah tutup aurat tetap diusik oleh sekumpulan lelaki yang berada di sebelah jalan. K. Tikah pasang ayat al-Quran untuk hilangkan ketakutan. Walaupun berbeza cara usikan dengan perkataan 'assalamualaikum' , membuatkan k. Tikah berfikir sekarang ini adalah zaman fitnah. Yang tutup aurat diganggu apatah lagi yang tidak tutup aurat kan? Menggoda pandangan mereka. Untukmu muslimah, k. Tikah mohon dan mohon pakailah pakaian yang menutup aurat. Ini perintah Allah bukan manusia. Moga-moga Allah melindungi kita apabila kita menjaga aurat, perintah-Nya.

Ingin k. Tikah bagi analogi untuk kita sama-sama berfikir;

Jika dijatuhkan gula-gula yang tertutup dan tidak, mana satu menjadi pilihan kita? Mesti yang tertutup kn? Itu lebih 'selamat.'

Jam yang di dalam kaca dengan yang luar, mana satu yang menjadi pilihan kita untuk dipakai? Mesti yang di dalam kaca kan? Sebab ia tidak mudah 'disentuh' dan 'mahal', amat berharga.

Ada yang bertanya bagaimana untuk lelaki hormat kita. Pengalaman k. Tikah daripada jahil selepas berhijrah hanya dua benda k. Tikah lihat;

Pertamanya apabila kita menutup aurat.

Kedua apabila kita menjaga pergaulan.

Muslimah, percayalah dirimu cantik dengan menutup aurat. Jadilah mutiara di lautan, hanya penyelam yang hebat mampu memilikimu. Jadilah matahari yang silauan cahayanya mampu menundukkan pandangan. Jadilah pelangi yang indah tetapi tidak mudah disentuh. Kejarlah redha Allah untuk kebahagiaan hakiki. Doakan k. Tikah jua agar istiqamah dalam 'perjalanan' menuju kematian yang sementara ini😊❀

-siput pink-
Untuk soalan-soalan yang bertanya kenapa akak berniqab? K. Tikah bukanlah pandai nak merungkai semua ini tetapi k. Tikah menulis dengan apa yang k. Tikah rasai dan pengalaman ya. Moga-moga bermanfaat.

Permulaan k. Tikah tanamkan niat nak berniqab ketika berada di pondok. K. Tikah imbau satu peristiwa, ketika di sana k. Tikah tidak bawa niqab tetapi saat itu kami terpaksa pakai sebab perlu ke masjid. Seorang kakak hulurkan 'sehelai kain' itu sambil tersenyum dan bersuara;

"Pakailah. Kita dah lambat sayang."

Saat k. Tikah pakai di hadapan cermin berasa seperti bukan diri sendiri. K. Tikah berasa tenang. Sukar nak diungkap dengan perkataan perasaan itu. K. Tikah tekad mahu pakai niqab tetapi arwah abah tidak izinkan. Bagi k. Tikah hormat ibu bapa itu wajib dan berniqab ini sunat. So, yang wajib lebih perlu ditaati. K. Tikah positifkan diri, Allah mahu k. Tikah timba ilmu lagi, baiki ibadah dan akhlak agar tidak mengundang fitnah apabila memakainya. Dalam proses 'penggalian' itu, k. Tikah tidak putus asa untuk berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati arwah abah. Alhamdulillah dalam kesabaran itu Allah makbulkan doa anak ini. Percayalah dengan kuasa doa.

Kenapa berniqab?

Pertamanya buat diri ini berasa dekat dengan Allah. Berasa ketenangan. Berasa mahu mencari redha Allah. Ini yang k. Tikah rasai apabila 'kain' itu menjadi 'pelengkap' untuk pakaian k. Tikah.

Kedua akan menambahkan ilmu. Orang akan banyak bertanya kerana bagi mereka apabila berniqab kita ada ilmu. So, jika ada soalan yang ditanya tidak dapat dijawab, bila diajukan kepada ustaz atau ustazah alhamdulillah kita jua akan dapat ilmunya.

Ketiga, membuat k. Tikah berasa lebih selamat daripada gangguan ajnabi. Pernah beberapa situasi yang dialami membuatkan k. Tikah melihat mereka lebih menghormati diri ini. Menghormati orang yang berniqab.

Keempat, akan menjaga akhlak dan ibadah. Kenapa? Kerana kita takut kita akan mencemarkan pakaian sunnah ini dengan sikap kita. Dugaan demi dugaan ketika berniqab ini akan membuatkan kita lebih lagi nak beribadah kepada Allah untuk dapatkan ketenangan dan kekuatan.

Ini yang k. Tikah rasai. Sebenarnya 'lebih lagi' apabila merasai sendiri. Yang penting jaga niat kerana Allah, baiki yang wajib dan teruslah melangkah. Hadapi segalanya kerana Allah. Ingat satu benda sahaja;

"Berniqab bukan makna dia solehah tetapi jika pandai 'memanfaatkan' sehelai kain itu in shaa Allah boleh menjadi solehah. Berniqab bukan makna sempurna, akan ada jua khilaf yang dilakukan. Jika terbuka aib itu nasihatlah dengan berhikmah."😊❀

-siput pink-
*Tazkirah Hari Ini (12.10.2016)*

Ketahuilah bahawa syaitan (manusia dan jin), menyerang hati manusia dengan menggunakan dua senjata. Pertama, senjata syahwat untuk merosakkan akhlaknya kemudian diperdayakan. Kedua, senjata syubhah (keraguan) untuk merosakkan pemikirannya kemudian disesatkan.

Maka orang Mukmin hendaklah menghadapi dan melawan serangan para musuh tersebut dengan menggunakan dua senjata yang lebih kuat dan kukuh iaitu: Pertama, senjata sabar, untuk melawan hawa nafsu dan syahwat. Kedua, senjata keyakinan untuk melawan keraguan dan syubhah. Dengan kedua-duanya senjata ini, dia akan memenang perlawanan di dalam diri melawan nafsu haiwan dan syaitan.

(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Dahsyatnya Sabar Satu Prinsip Gerakan Islam)
Dalam lelah menanti titik pengakhiran,
Aku tersungkur dalam barisan ujian,
Hati sering kali berbolak balik tanpa tujuan,
Apakah yang kau mahukan?
Bersedih atau gembira di atas cubaan yang Dia berikan?
Berbalik kepada diri kenapa aku perlu persoalankan?
Inilah suratan takdir yang Dia tetapkan.

Aku bisikkan di hati yang paling dalam,
Aku genggam tangan ini untuk semangat hati yang kelam,
Wahai diri, bertabahlah untuk seketika cuma,
Percayalah dengan empunya kalam,
Pasti ada khabar gembira di atas tarbiyah yang Dia tujukan kepadamu saat sabar dan solat menghiasi jiwamu.

Tidak ku akui,
Persoalan-persoalan di fikiran itu pasti,
Kenapa aku yang diuji?
Kenapa tidak diberikan rasa ini kepada mereka yang lalai?
Ingatlah hati,
Allah sayang sebab itu Dia uji,
Allah mahu menghapuskan dosa sebab itu ujian diberi,
Tidakkah kau mengerti,
Dia akan menguji sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya untuk kita kembali berlari.

Bersabarlah wahai diri atas segala ujian yang telah menimpa,
Kerana setiap ujian itu pasti ada hikmahnya,
Allah sedang mengaturkan yang terbaik untuk dirimu yang empunya,
Maka bersabarlah atas segala ujiannya,
Tazkiyatun nafsi wa taqarrub ila Allah,
Kunci ketenangan hati insani tatkala dahi mencecah sejadah
Terasa betapa kerdilnya diri ini,
Di kala itu hati merindui-Mu,
Saat tangan diangkat hati ingin mencintai-Mu,
Ya Allah hadirkan cahaya kekuatan, kebahagiaan dan ketenangan itu.😊❀

-siput pink-
Hubungan 'jarak jauh'?
Itu lebih baik, apabila kamu sendiri di sini dan dia sendiri di sana.

Walaupun berpecah dua benua jika dia jodohmu pasti bersatu jua.

Sendirian itu bukan bermakna dirimu dan dia berlagu 'sepi' bahkan itulah kebahagiaan apabila saling 'mendoakan' tanpa 'memandang' yang lainnya.😊❀

-siput pink-
Jika dirimu melihat mataku memandang yang haram,
Jika dirimu melihat telingaku mendengar benda yang lagha,
Jika dirimu melihat kakiku melangkah ke tempat maksiat,
Jika dirimu melihat tanganku melakukan kemungkaran,
Jika dirimu melihat lidahku menuturkan perkataan yang tidak elok,
Tidak kira apa jenama atau capnya,
Tegurlah dengan berhikmah,
Aku memerlukannya sebelum hatiku kabur.

Kalau kau melihat aku banyak bercakap daripada 'melakukan',
Pandai berhujah hanya sekadar di lidah,
Lancar menaip di alam maya tapi realiti ilmunya kosong,
Tegurlah, sebelum imanku gugur,
Ingatkan aku tentang kebencian Allah kepada mereka yang hanya mengatakan tetapi tidak mengerjakan.

Andai kau melihat solat jemaahku entah ke mana,
Ikhtilatku jauh melencong ke Banjaran Titiwangsa,
Al-Quran terbiar sepi tanpa bacaan dan tadabbur,
Bangun malam terbenam di Laut China Selatan,
Zikir, doa, istighfar, selawat sedikit daripada percakapan yang sia-sia,
Tegurlah, kerana aku takut titik-titik hitam makin bertambah.

Untukmu,
Andai kau melihat aku kembali kepada jahiliyah,
Dari hidayah Allah yang pernah singgah,
Dari sentuhan Rabbani yang aku dambakan,
Dari suara perjuangan yang kian malap,
Tegurlah, jangan biarkan imanku menurun tanpa tarbiyah kembali.

Aku insan mudah lupa,
Kerana ia fitrah bagi manusia,
Aku insan pendosa tanpa noktah,
Perlukan teguran untuk kembali kepada Allah pengampun tanpa henti,
Tegurlah tapi jangan menghukum,
Tegurlah tapi jangan menghina,
Moga-moga pengakhiran hidup aku, kamu dan kita semua dalam redha Allah😊❀

-siput pink-
UNTUK BAHAGIA DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan de
mi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aa
uzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Kredit : Dr Hamid Arshat
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia datang dalam hidupnya tanpa Akhirat. Detik waktu kelahiran bayi, dihiasi tangisan nyaring berkumandang. Menyapa telinga seorang ibu, lalu melonjak hati pnawar sakit saat lesu. Lalu, bermulalah sebuah kehidupan yang bakal mewarnai bumi, berdakwatkan air mata. Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan, dicelahi oleh tangisan, diakhiri dengan tangisan. Air mata manusia sentiasa dalam dua iaitu yang menguntungkan dan merugikan.

Bagaimana dengan tangisan kita?

Adakah kerana putus cinta?
Adakah kerana harta yang hilang?
Adakah kerana wajah yang tidak cantik?
Adakah kerana ketidaksempurnaan diri?
Adakah kerana masih membujang?

Atau

Kerana teringat dosa yang dilakukan?
Berasa bersalah mengabaikan al-Quran?
Derhaka kepada ibu bapa?
Tidak menjumpai khusyuk dalam solat?
Mengingati tentang sebuah kematian?

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut jika tidak diterima sedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada. Allah. Masih leka dalam mengejar keindahan dunia. Ingatan untuk diri k. Tikah jua;

"Buangkanlah segala benda yang lagha. Persiapkan diri untuk sebuah kematian. Air mata itu bukan pembaziran untuk dunia tetapi ia adalah pemadam api Neraka di Akhirat nanti. Menangislah, menangislah wahai diri, agar senyummu banyak di kemudian hari kerana nasibmu belum pasti. Di sana menanti lembaran sejarahmu dibuka satu persatu. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, 

"Kalau semua manusia masuk syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.."❀

-siput pink-
Dengan berterusan hela nafas berombak
Ke segenap nadi aliran darah..
Membawa kesempurnaan hayat..

Segala rahsia kehidupan tersembunyi..
Segala renung tenung..
Segala rasa cicipan..
Segala peristiwa rangsangan..
Fajar subuh terus mesra mempamerkan aurora yakin..

Taman sering mengumpul bunga-bunga musala terhampar terang
Lega insaf berani puncak
Di waktu waktu
Saat pertemuan
Membahagikan kita..

-khaulah-
Typo.. Membahagiakan πŸ˜…
Seketika membawa diri ke hospital, pelbagai anggapan bermain di fikiran, teringat arwah abah, kesakitan yang ditanggung lebih lagi daripada diri ini.

Di dalam bilik doktor diceritakan segalanya, walaupun hati berasa sangat takut tetapi tetap dikuatkan semangat. Seorang diri tanpa ditemani sesiapa membuat aku ingin menitiskan air mata. Aku genggam tangan sambil bisikkan di hati "belajarlah untuk berdikari wahai hati." Aku mendengar apa yang doktor beritahu, ditahan air mata;

"Hanya dua kemungkinan sama ada migrain atau 'sebaliknya'. Jika awak batuk berdarah, pening melampau, mata berpinar awak perlu ke hospital untuk CT Scan. "

Aku terdiam tanpa kata. Hati memberontak kenapa aku yang dipilih? Adakah cerita "Tasbih Cinta" rekaan aku akan menjadi sebuah kenyataan.

Setelah solat, dibuka lembaran kalam-Nya, satu tafsiran membuat aku sedar sesuatu. Dia memujuk aku untuk lebih bersabar;

"Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar."-al-Baqarah; 153

Air mata biarkan ia mengalir untuk kekuatan. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Andai doktor seluruh dunia meramal tarikh kematianmu jika Dia tidak mengizinkan ia tidak akan terjadi. Semua dalam kehendak-Nya. Moga-moga semuanya menjadi baik.

Walau apa pun dugaan, bersabar dan solatlah. Manusia lain tidak akan memahami dirimu tetapi Dia yang menciptakanmu begitu memahami. Luahlah kepada Dia segala bebanan. Allah kan bersama dengan orang yang sabar, walaupun mudah diucap untuk direalisasikan itu susah tetapi tidak mustahil kan.😊❀

-siput pink-
Untukmu ibu,
Daripada segumpal darah aku berada di rahimmu,
Sampai terbentuk makhluk ini hingga lahir ke dunia,
Engkau menjaga dan merawat aku di dalam perutmu,
Walau dengan penuh ketidaknyamanan langkahmu.

Untukmu ibu,
Nyawa engkau pertaruhkan untuk anakmu yang lemah tidak berdaya,
Dengan seluruh kemampuan nurani,
Sakit perih tidak terhingga engkau rasai,
Kau perjuangkan aku untuk hidup di dunia ini,
Tanpa sedikit pun keluhan engkau mengasihani aku.

Untukmu ibu,
Maaf bila tangis yang kuhadiahkan untukmu,
Saat pertama kali engkau melihat aku di dunia,
Tidak marah bahkan engkau tersenyum bahagia,
Maaf ibu,
Bila kau terpaksa bangun di tengah malam kerana anakmu yang kehausan,
Engkau tidak membenci tetapi terus didodoi dengan selawat di ubun-ubun kepalaku,
Sungguh, kasih sayangmu ibu tiada ganti walau sedalam samudra.

Untukmu ibu,
Ketika aku mulai dewasa,
Aku menatap wajahmu yang semakin sayu dimamah usia,
Kadang aku memarahi bebelanmu,
Kadang aku melawan butir bicaramu,
Kadang hati ada benci kepadamu saat impian tidak dipenuhi,
Tetapi engkau tetap bersabar,
Air matamu hanya menitis saat sepertiga malam di tikar sajadah.

Untukmu ibu,
Izinkan aku menjadi anakmu yang solehah,
Membuai engkau dengan cinta yang sempurna seorang anak,
Mengucup lembut kepalamu saat engkau bersedih,
Menggenggam erat tanganmu saat engkau memerlukan semangat,
Kerana aku tahu saat itu engkau akan pergi,
Pergimu tidak kembali lagi,
Hanya bayangan tanpa jasad,
Dan aku akan tetap merindui dan menyayangimu hingga ke Syurga❀

-siput pink-