Diari Cinta Siput PinkπŸ’•
427 subscribers
227 links
❀Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❀
Download Telegram
"Tolong.. Tolong.. Tolong keluarkan aku dari kurungan penyeksaan ni.. "

Itu sahaja hati dia mampu meraung..
Berpeluk tubuh, menahan keringat kesakitan..
Mampu tersenyum di luar, padahal nafasnya hanya tinggal beberapa helaan..

Mata perlahan lahan terpejam.. Dada berombak kencang.. Helaan nafas yang semakin mendiam.. Akhirnya dia berkata..
"Terima kasih Tuhan, kerana memberi keizinan untuk aku berehat "..

@kaksal
Nafas yang semakin tersekat sekat akibat luka semalam..
Pedih, perit sebuah persinggahan..
Hinaan demi hinaan..
Cemuh demi cemuhan..

Sampai bila mahu bertahan..?
Sampai bila mahu berharap..?
Diam diam hati menahan..
Baru aku sedar.. Akhirnya bermula sebuah dendam..
Aku tidak mahu semua ini terjadi, tetapi kau yang mendesak hati..

@KakSal
Nangis Nangis pastu tertido.. Sapa mcm ni angkat tagn..πŸ™‹

Majoriti yang terjadi adalah kaum wanita.. Kdg kdg lepas solat kalau ada masalah kaa.. Selalu pencilkan diri.. Kdg tu, ada yang duduk di atas sejadah dalam keadaan nangis teresak.. Selepas dah reda skit tangisan tu, mesti terasa sangat penatkan, kita pon cuba baring.. Akhirnya dalam keadaan tak sedar, kita tertido atas sejadah kerana penat menangis tadi..

Dengar sini duhai kesayangan..
Saat hati dipaut rasa terhiris, gundah, sakit, terseksa, menderita, tersisih..
Menangis lah.. Lepaskan apa yang menyesakkan dadamu.. Sekalipon mahu menangis seperti anak kecil.. Menangis lah.. Jangan memendam dalam perasaan sendiri sehingga menjadi sebuah kepulan awan yang kelabu dan penuh terbeban.. Lebih baik lepas kan sebelum menjadi bah yang lebih besar lagi..

Tetapi,
Seusai sahaja menangis.. Lap lah air mata itu dgn tangan yang masih lagi mampu mengenggam.. Pandang langit dan lihat sekeliling.. Pandang dengan keindahan alam.. Lihat keadaan sekeliling.. Pandang diri sendiri.. Lihat, kita masih bernafas bukan..? Bersyukur kerana masih bernafas agar kita mampu terus bertahan.. Tarik nafas, bayangkan keadaan yang kita ada sknrg dgn keadaan yang kita masih lagi mampu berjalan, berlari, bergelak, tersenyum.. Saat bayangan itu datang, hembuslah nafas secara perlahan-lahan.. Buka mata, bertenang dan cuba tersenyum.. Insyaallah jiwa kita akan tenang..

Dan sesudah itu, pergi laa cari Allah.. Berlari laa utk terus berada naungaNya.. Peluklah Allah, bersembang laa dgn Dia.. Merayu laa padaNya.. Insyaallah pasti jiwa akan lebih terasa selamat dan senantiasa berasa ada dalam pelukan rahmatNya.. :')

@kaksal
Sesakit mana pon kepedihan kita..
Selemah mana pon keupayaan kita..
Sekuat mana pon kita kecewa..
Percayalah....
Dalam hidup ni, ada satu yang senantiasa setia saat kita kecewa.. Setia saat kita hilang arah.. Setia saat kita menyerah..

Satu itu adalah..
"Allah".. Ya.... Allah...
Allah yang Maha Esa.. Adakah kamu rindu mahu berada dalam dakapan Allah? Carilah.. Dia ada dimana mana dan Dia sangat dekat dengan kita..
Trust me, you're gonna be happy.. ☺

@kaksal
Kamu pernah menanam benih sebuah janji ,
lalu bercambah sejuta rasa,
kasih sayang ; cinta
dan kebahagiaan..
aku merasakan penuh keikhlasan dalam sebuah pertemuan, yang kukuh berakarkan kepercayaan..

Namun..
segalanya musnah,
janji dihancurkan,
bicara manismu meninggalkan luka,
kata setia penuh dusta, mudah melafaskan kata, namun payah menunjukkan rasa, semua musnah begitu saja..

Masih dalam
ingatan, kau biarkan
aku terseksa ; terkulai tua menanti detik menyembah bumi..

Cukuplah bayang semalam menjadi saksi, kisah silam menjadi bukti,
jangan muncul lagi memetik namaku untuk sebuah janji yang tidak mungkin terjadi..

#hitam_putih
Aku pendosa,
bergetar tubuhku,
menggigil memikirkan itu,
dosa dosa laluku,
pernah, aku terlena dengan
nikmat duniaku,
hingga, dosa
terasa biasa bagiku.

Hatiku berkecamuk,
memikirkan titik
hitamku,
dosa merajai hidupku,
perit ; pedih jalanku,
andai nyawaku
diambil saat itu,
musnahlah hidupku,
neraka menjadi temanku.

Tuhan,
terima kasih,
kau memilih aku untuk dekat denganMu,
saat aku kelalaian, kau hadiahkan
aku satu tamparan ujian,
hingga aku rebah
tiada daya untuk bertahan,
lalu, kau memberikan
aku jalan pulang,
dari terusan
tersasar jalan.

Pesan buatku juga kamu, jangan persiakan kehidupan, dengan kemaksiatan,
merugikan...

@kakzahra91

Satu : duapuluh
21 | ogos | 17
Lelaki ini berusia 24 tahun. Belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka.

Kita namakan dia sebagai "Ali". Sudah tentu bukan nama sebenar.

Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.

Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.

Pulang ke rumah petang itu, Ali rasa badannya hangat. Seperti nak demam.

"Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya", getus hati Ali.

Keesokan harinya, Ali demam suam-suam kuku. Mula batuk juga. Tapi Ali bekerja seperti biasa.

Hampir dua minggu demam Ali tidak kebah-kebah. Selera makannya mula berkurang, dan beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.

"Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!"

Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.

Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangka MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.

"Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!" Ujar ibu Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap pun. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.

Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya 37.5 cuma. Namun berpeluh. Basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.

Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah. 75% cuma. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.

Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil.

Keputusan xray dilampirkan didalam gambar. Gambar yang saya lampirkan ini gambar dari carian Google.

Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk "menebuk" paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.

Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan.

Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan...teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah. Ya, nanah.

Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari "Ali".

Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis. Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.

Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.

Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Bermaksud, dua minggu Ali perlu berada di wad.

Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.

Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis.

Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau j
uga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV

Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya.

Oh ya, beliau cuma merokok. Sekotak tiga hari. Sejak umur 17. Itu sahaja.

Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital. 2 minggu.

Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad dua minggu ke sebulan.

Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.

Rawatan untuk empyema ini agak sukar. 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia. Atas pelbagai faktor.

Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.

Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak.

Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).

Dalam masa beberapa minit, Ali pengsan. Pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada. CPR.

Beberapa jam. Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage. Pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.

Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?

Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Tolonglah beringat.. Merokok bleh membawa padah.. 😭😭
*Diari Siput Pink*

Part 1

Siapakah gerangan wanita ini? Dia dikenali dengan nama Atikah. Hidup dalam keluarga yang sederhana. Dia tidak didedahkan dengan agama sejak kecil. Kehidupan dalam lorong kegelapan. Dikelilingi kawan-kawan yang kurang baik akhlaknya.

Walaupun dirinya jahil, kelibat muslimah yang bertudung labuh, wajah berseri dengan wudhuk membuat dia juga tenang. Hati siapa yang tidak ingin kepada kebaikan kan? Begitu juga Atikah tetapi nafsu menghalang untuknya berubah. Al-Quran dibiarkan berhabuk. Solat tunggang langgang. Zikir tidak membasahi bibir. Itulah kejahilan yang membuat jiwanya tidak tenang.

Ibunya telah meninggal sejak dia berumur 6 tahun. Ayahnya menjaga penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh tetapi tidak pernah terucap kata sayang itu. Dia merasai kasih sayang itu melalui perbuatan ayahnya.

Hatinya kadang-kadang terusik apabila melihat orang lain yang bersama ibu. Dia hanya memendam rasa itu kerana dia tahu Allah lebih sayangkan ibunya. Ayahnya mengisi tanggungjawab seorang ibu dengan baik. Dia bersyukur dikurniakan seorang bapa yang bernama Muhammad😊❀

_Seorang ayah kadang-kadang tidak mengucapkan kata sayang tetapi ditunjukkan melalui perbuatan. Walau ayah garang umpama harimau itulah ajarannya untuk kita lebih berdikari_

_Sejahil mana pun seorang insan, pasti hatinya ingin kepada kebaikan. Jangan pernah menidakkan rasa itu kerana ia sebuah hidayah_

-siput pink
Allah itu Maha Pengasih dan penyayang. Saat dirimu melangkah ke arah kebaikan, ditinggal atau dikeji orang sekeliling. Bertabahlah. Detikkan di hati Allah tidak akan tinggalkan diriku keseorangan😊❀

-siput pink-
*Diari Siput Pink*

Part 2

Pagi itu dia dikejutkan ayahnya untuk pergi ke sekolah. Badannya panas dalam keadaan berselimut. Ayahnya berkata;

"Panasnya. Che su demam ni. Nanti abah beli ubat"

Bukan sahaja ubat tetapi asam dan air kelapa turut dibelikan. Keprihatinan seorang ayah yang sangat menyayangi anaknya. Apabila Atikah meningkat dewasa, bersekolah menengah, dia terasa ingin kebebasan. Keluar dengan kawan-kawan. Dilarang oleh ayahnya tetapi tetap juga tidak diendahkan. Pernahkah kalian melihat rama-rama terbang? Itulah yang gadis ini ingin lakukan terbang bebas seperti rama-rama. Islam benarkan kita terbang tetapi ada landasannya agar tidak terjunam.

Ketika dia pulang ke rumah dengan kawannya. Ayahnya menegur dengan baik;

"Che su pergi mana? Abah tunggu. Takut terjadi apa-apa. Che su kan perempuan. Kena lebih berhati-hati. Abah tak marah, abah cuma ingatkan."

Anak yang agak degil menjawab;

"Ya. Tikah tahu abah. Dah la membebelnya. Keluar dengan kawan-kawan je"

Terus dia masuk ke bilik sambil menutup pintu.

Dia suka menulis diari. Bagi Atikah diari tempat dia meluahkan segala rasa. Menulis, berpuisi itu adalah aktiviti yang dia gemari.

Setiap kali dia berasa ayahnya marah, air mata pasti menitis dan kerinduan kepada ibu membuak-buak.

Ayahnya yang mendengar tangisan mengetuk pintu meminta anaknya bukakan pintu. Atikah hanya buat tak tahu. Ayahnya hanya berbicara di balik pintu;

"Abah tak marah che su. Abah hanya nasihatkan."

Atikah tetap diam membisu. Dalam hatinya berasa ayahnya tidak sayangkan dia. ❀

_Buatmu adik-adik kesayangan, bebelan seorang ayah bukan tanda benci tetapi tanda sayang. Jangan pernah melawan setiap patah katanya yang inginkan kebaikan buatmu_

_Kebebasan itu milik kita tetapi ikutlah al-Quran dan sunnah. Kebebasan itu yang akan membawa kita ke Syurga._

-siput pink-
Sahabatku,
Andai Dia meredhai ukhuwah aku bersamamu,
Genggamlah karena Dia Yang Satu,
Melalui cinta yang ikhlas daripada hatimu.

Sahabatku,
Terima kasih untuk kehadiranmu,
Tatkala air jernih laju membasahi pipiku,
Kau hadir meminjamkan bahumu,
Kau tatap wajahku,
Senyuman terindah kau ukir buatku,
Hati terus tenang tanpa sendu.

Sahabatku,
Dunia melekakan diriku,
Kau lembut menegur; membisikkan kalimah syahdu,
Cinta dunia tidak ke mana sayangku,
Kejarlah Allah; Syurga itu yang mampu kau tuju.

Sahabatku,
Bukan kata sayang dibibirmu,
Bukan pula bara api merindu,
Kaulah seuntai benang sutera; mengikat ukhuwah penuh padu,
Moga-moga Allah kekalkan hingga ke Syurga idaman yang indah itu😊❀

-siput pink-
πŸ”΄Assalamualaikum kak tikah.😊maaf menganggu😌.
Adik nak tanya,,bagaimana nk buang sifat suka kpd ajnabi ni?😣

βœ…waalaikummussalam wbt

Soalan daripada seorang adik di mesengger FB. Terima kasih kerana percaya dan memilih k. Tikah untuk menjawab persoalan ini.

Suka membenihkan rasa cinta. Suka itu fitrah tetapi apabila salah mengalirkan ia akan mengundang fitnah. Fitrah itu telah Allah berikan jalan untuk kita realisasikan dengan perkahwinan. Jangan sesekali mendekati zina.

_Cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa. Lihat mereka yang sedang asyik bercinta, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling. Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan._

Bagaimana nak uruskan perasaan cinta?

Jika suka itu sekadar saja-saja. Bertemu orang ni suka. Bertemu orang tu suka. Itu hanyalah cinta monyet. Mudah sangat jatuh suka itu menjerumuskan dirimu ke dalam perangkap syaitan. Belajarlah untuk melupakan perasaan tu. Jangan sesekali stalk atau follow si dia. Jarakkan diri itu lebih baik.

Kedua sibukkan diri kita. Join program-program yang mendekatkan kita kepada Allah. Dunia ini hanya sedikit sekejap sahaja dik. Jadi, penuhilah waktu itu untuk mencari cinta dan redha Allah.

Ketiga berpuasa dan amalan sunat Kekang nafsu kita. Jangan diikutkan hawa nafsu tu. Alirkan rasa itu dengan berdoa kepada Allah. Jangan biar syaitan hias kemaksiatan dengan keindahan. Banyakkan istighfar, zikir dan baca quran agar hati lebih terjaga.

Dunia makin nazak dik. Kejarlah mana yang utama. Bila mana kita cuba jadi yang terbaik, in shaa Allah akan dihadirkan pasangan yang terbaik juga.

*Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.*

Semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.
☺❀

-siput pink-
πŸ”΄K. Tikah? Macam mana nak bagi rezeki kita masuk seperti air sungai mengalir?

βœ…rezeki itu daripada Allah. Mohonlah dengan-Nya. Disamping kita sendiri kena berusaha. Jika tidak berusaha, ia tak turun daripada langit.

Jangan hanya dimohon dimurahkan rezeki tapi mohonlah agar Allah memberi keberkatan dalam rezeki. Banyakkan bersyukur kepada Allah. Jangan sampai rezeki itu menjadi istidraj untuk kita pulak.

Antara amalan yang seseorang ajar k. Tikah;

*buat solat sunat dhuha*

*jangan tinggal solat yang wajib*

*banyakkan berzikir kepada Allah*

*bangun sepertiga malam*

*baca surah ar-Rahman waktu pagi*

*baca al-waqiah waktu malam*

*banyakkan bersedekah*

*apa-apa yang kita buat misalnya mencari rezeki dalam bisnes carilah ilmu*

Moga Allah murahkan rezeki kita semua dalam keberkatan☺❀

-siput pink-
πŸ”΄ Assalamualaikum kak

contoh kita pakai purdah,, kita nk makan gpo2 kei contohnya nasi kena buka purdah,, org lelaki blh tengok ke

Contoh kalu org lelaki tengok,, ke kita nk mkn tu nusuk2 *mkn kedai*

βœ…waalaikummussalam wbt

Memang tak salah jika nak makan kita bukak purdah, tak mendatangkan dosa pun tetapi kalau boleh elakkanlah sebab takut mendatangkan fitnah pulak.

Masa first k. Tikah pakai purdah pun k. Tikah tak makan kat luar sebab tak biasa. K. Tikah berlatih dulu kat rumah supaya nanti tak kaget atau rasa susah nak makan.

Kedua jika nak bukak purdah time makan;

*pilihlah tempat yang agak tersorok*

*duduk di bahagian yang tidak berhadapan orang ramai*

*bawak mahram sekali supaya tak jadi apa-apa atau diganggu*

Jika nak makan sambil pakai purdah, tangan kiri angkat sedikit purdah, tangan kanan suap makanan. Nanti bawaklah purdah lebih letak dalam kereta. In shaa Allah jika terkena atau melekat bau makanan purdah boleh ditukar

K. Tikah syorkan niqab QE sebab sangat-sangat selesa. Kain pun tak jarang. Sangat berkualiti. Jika nak beli boleh PM k. Tikah ya. Selamat berniqab dan moga Allah mudahkan urusan☺❀

-siput pink-
"Jika kerana kebaikan seseorang membuat kita jatuh cinta kepadanya, mengapa kita tidak lebih jatuh cinta kepada Allah yang setiap detik memberikan kurnia yang tiada terhingga"

Habib Quraisy Baharun

Assalamualaikum 😍
πŸ”΄Assalamualaikum.. Akak,, saya ad satu masalah..
Saya berkawan dengan sorang tuu.. Memang kami rapat darii sekolahh laa.. Apa2 aktiviti kami buat bersama..
Lepas habis sekolah, kami renggang kak.. Dia masuk belajar tak bagitahu sepatah pom kat saya. Saya sedih laa. Sapa sekarang dia tak ada contact saya pom..

Ada takk ayat yangg boleh support kat saya?

βœ…waalaikummussalam wbt

Terima kasih adik untuk soalan ini. K. Tikah rasa bukan adik je yang ada masalah macam ni, ramai lagi di luar sana ada masalah macam ni. Permulaan bersahabat karib, last-last renggang, belajar atau berkahwin tak bagitahu.

Inilah fitrahnya dalam persahabatan. Tak perlulah nak simpan dalam hati. Bersangka baik. Jika rasa semakin menjauh, cubalah adik mulakan perhubungan itu kembali. Tanya khabar sahabat tu. Cuba berbaik balik. Mungkin dia sibuk atau sesuatu salah faham yang kita tak tahu. Jangan mudah untuk kita menghukum seseorang.

Selalu k. Tikah pesan, manusia tak selamanya bersama dengan kita. Sahabat tak selalunya ada masa dengan kita. Masing-masing ada jalan kehidupan sendiri. Kita perlu faham benda tu. Mereka bebas untuk bersama atau tinggalkan kita. K. Tikah sendiri selalu cakap;

"K. Tikah takde masa untuk semua. Kalau whatsApp k. Tikah lambat balas, tolong faham. K. Tikah sibuk dengan bisnes, suami dan tanggungjawab lain. Jika nak bersama k. Tikah, teruskan. Jika tak nak, k. Tikah takkan menghalang kerana masing-masing ada hak."

Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada adik. Manusia tak selamanya dengan kita. Jika sahabat tak bertanya khabar, tak salah untuk kita memulakan tanya khabar mereka☺❀

-siput pink-
πŸ”΄Assalamualaikum kak tikah .. maaf mengganggu .. nk tnye kak tikah nii..
.
Beberapa hari yg lps , ade seorang lelaki nii follow ig sy . Sy mmg tak knl dia . Tak knl batang hidung dia pom . Then sy pom stalk laa . Stalk punya stalk . Tetiba hati sy melt sgt sbb dia punya dakwah tiptop . Dia bagus berdakwah . Dia org bijok . Bagus akhlak dia . Semua org suka kwn ngn dia .
.
Pastu kann .. sy rase minat kat dia laa kak tikah😭 .
.
Dia lelaki idaman sy 😭
.
Tp sy cuba utk tahan nafsu sy . Sy slalu jgk doa kat Allah supaya terhindar drpd maksiat sperti zina mata atau zina hati ..
.
Kak tikah rse ape yg perlu sy buat . Kena unfollow dia ke ? Tp ig dia byk perkara manfaat . So , camne ehh . Hmm .
.
Harap kak tikah dpt mmbntu .
.
Terima kasih n sorry kak tikah ..

βœ…waalaikummussalam wbt

☺

Ok. Ini hanyalah pendapat k. Tikah ya. Dan juga sedikit teguran kepada adik dan insan yang membaca. Termasuk peringatan untuk k. Tikah sendiri yang sedang menaip.

Suka itu satu fitrah. Apatah lagi kita perempuan memang cairlah bila tengok lelaki berserban, wajah jernih atau yang tip top agama dan dakwahnya. Begitu juga lelaki, mereka selalunya terpukau dengan perempuan bertudung labuh, berniqab, ada cahaya di muka dan juga tinggi ilmu agamanya.

Kesilapan kita adalah tidak menguruskan rasa itu. Bila tengok orang yang berserban, terbaik tulisan alam maya, terus stalk. Terus cair. Stalk tu bukan sebab tertarik dengan dakwah tetapi penampilan penulisnya. Itulah satu kesilapan. Ini akan membibitkan zina terutama zina hati. Dah stalk, PM pulak, jumpa kat luar, pergaulan tak terjaga. Itulah yang kita takuti. Mohon Allah jauhkan.

K. Tikah sendiri bila ada yang add, hanya sekali bukak. Jika rasa iman tak terjaga k. Tikah akan blok. Atau ada yang mengganggu k. Tikah akan blok. Ini untuk menjaga hati kita dan dia. Ramai lagi yang sama jantina kita boleh dan follow dakwahnya. Jangan jadikan benda itu satu alasan.

Di alam maya kadang kala tak sama realiti. Ingatlah muslimah k. Tikah sayang. Dah ramai yang k. Tikah jumpa buaya darat, menggunakan ilmu agama untuk memikat perempuan. Lengkapilah diri dengan sifat malu dan ketegasan. Jangan mudah-mudah menyerahkan sekeping hati itu☺❀

-siput pink-
*PERGI KERANA TUGAS PULANG DEMI CINTA*

Apa yang k. Tikah nak bebelkan pagi ni ya? Aiwahhh tajuk bukan main lagi. Ni k. Tikah dapat ilham daripada cerita "Jangan benci cintaku". Tak layan sebenarnya tapi bila asyik kat wall FB lalu nama Husna, k. Tikah pun bukaklah youtube, hehehe, lepas tu terlayanlah dengan ibrah sekali sebab suami kan tentera, berpisah tu memang kewajipan.

Bila berjauhan dengan pasangan banyak ujiannya;

_Tak banyak aktiviti yang kita dapat lakukan bersama_

_Bila ada masalah kena hadap sorang-sorang_

_Hari istimewa kalau suami dalam tugasan tak dapat nak sambut_

_Rasa ketidakadilan bila pasangan tak pedulikan_

_Terdetik rasa kurang percaya_

Betul kan? Kerana itu juga yang k. Tikah rasakan. Suami selalu pesan; "bila awk kahwin dengan saya, awak akan kahwin dengan tugas sekali. Jadi, kena faham untuk semua situasi. Tak selalu kita bersama. Awak kena pandai berdikari. Berpisah 2 3 bulan itu satu kewajipan dalam setahun. Kalau masuk hutan line tak de kita takkan berhubung. Kesetiaan kita pasti diuji"

Yess. K. Tikah anak bongsu, mak ayah dah meninggal. Bila suami pun selalu xde kesunyian akan menghuni hati. Ada ketika orang melihat kita kuat tetapi orang tak tahu kita manusia biasa yang kadang-kadang turut lemah. Ujian manusia itu berbeza-beza kan? Kuatlah, kerana Allah sentiasa bersama kita.

K. Tikah nak share tips untuk percintaan jarak jauh suami isteri ni;

🌸Komunikasi;

_Selalu berhubung andai berjauhan. Sekali sehari pun takpe supaya kita tak rasa berjauhan. Boleh bercakap melalui fon atau buat video call_

🌸Berdoa kepada Allah;

_Jangan pernah tinggalkan untuk berdoa kepada Allah agar disatukan hati walau berjauhan. Kenapa? Kerana hati pasangan Allah yang pegang bukan kita._

🌸Jangan bermesra dengan ajnabi(jaga pandangan);

_Jangan biarkan mata asyik melilau di alam realiti atau alam maya. Jangan sesekali berhubung dengan ajnabi tanpa keperluan. Jaga hati hanya untuk suami atau isteri. Walaupun berjauhan jangan biarkan syaitan memusnahkan kesetiaan itu_

🌸Saling mempercayai;

_Ini merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percayalah pada diri anda sendiri bahawa anda boleh mengatasi masalah keluarga sendirian dan percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya.Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur.Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang di sana.Berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda pun mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. Kalau anda sentiasa berfikiran negatif dan buruk sangka,ini akan merugikan diri sendiri dan menjadikan anda tertekan._

K. Tikah akhiri dengan satu doa❀

* "Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami,rahmatilah kami,Engkaulah Pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang2 yang tidak beriman"*

☺❀

-siput pink-

Jemput follow k. Tikah;

FB; kak tikah (siput pink)-Jangan lupa follow dan set see first

Telegram;
https://t.me/kaktikah