Biasan cahaya di luar jendela,
Ku tutup mata untuk seketika,
Air mata tetap mengalir di pipi,
Tertanya sampai bilakah aku harus begini,
Sakit tidak tertahan dengan ujian demi ujian,
Ku cuba mengukir senyuman tetapi tetap hambar,
Aku penat ya Allah,
Aku perlu biarkan ia berlalu melalui masa,
Untuk seketika bertahanlah wahai hati,
Moga ada kebahagiaan dibalik tirai hati nanti.๐โค
-siput pink-
@kaktikah

Sedikit bilangan manusia yang beriman kepada Allah, kurangnya melaksanakan perintah-Nya, berasa tidak memerlukan Allah. Kenapa?
๐ "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas kerana dia melihat dirinya serba cukup."-al-'Alaq; 6-7
Mungkin kita berasa kita cukup hebat daripada Allah. Kita memiliki kekuatan yang tidak memerlukan Allah kan? K. Tikah teringat peristiwa semasa di hospital. Ingin pitam apabila melihat darah. Hanya Allah yang disebut. Peluang kedua untuk hidup ini memberi seribu makna.
Mungkin apabila kita berubah daripada senang kepada susah, daripada lapang kepada sempit, daripada aman kepada tertekan, daripada kaya kepada miskin, daripada bahagia kepada derita barulah kita memerlukan Allah kan? Allah. Allah. Allah. Betullah kekuatan itu daripada Allah. Walau susah atau senang jangan pernah meninggalkan. Allah menghancurkan hati kita agar kita kembali kepada Dia.๐โค

Pelangi impian aku kejar tanpa henti,
Bersama sebuah kenangan,
Layar minda terusik dengan keindahan dunia,
Hingga tenggelam tentang Akhirat yang memberi bahagia,
Apakah rindu dan cinta akan bersatu,
Aku ingin mendambakannya seperti Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam dengan cinta Rabbnya.
Tika ini aku masih kelam dalam hala tuju,
Mengusir minda yang celaru,
Membawa rindu kepada sebuah pertemuan,
Melerai sebuah janji,
Terpatri kukuh saat roh ditiup,
Hanya Engkau Rabbku.
Kucuba bangkit ketika aku lemah,
Kekuatanku berpadu dengan ketenangan daripada-Mu,
Engkau titipkan kasih sayang kepada diriku,
Membawa makna sebuah kehidupan.
Meratap dosa semalam,
Air mata taubat menjadi peneman,
Jika mampu kuundurkan masa,
Tetapi aku tahu Engkau Penerima Taubat,
Ikhlaskan hatiku,
Biarlah dalam cinta-Mu,
Biarlah dalam penghayatan kalam-Mu,
Biarlah tenggelam dalam munajat kepada-Mu.
Mana mungkin ku mampu putar dunia,
Aku hanya sang kerdil yang mampu berserah meminta keampunan-MU,
Akan kuteruskan perjalanan ini menuju hari esok,
Yang pasti membawa sinar bahagia dalam meraih cinta-Mu,
Dalam sendu nafas mengucap kalimah cinta-MU di saat cinta berbuah syurga๐โค

Bahagia yang dicari itu adakala mudah utk didekati..
Ada ketika sukar utk diperoleh..
Jangan give up,
Tak selamanya kita akan sedih..
Tak selamanya kita di bawah..
Ada nikmat yang Allah akan beri...
Ada ketika sukar utk diperoleh..
Jangan give up,
Tak selamanya kita akan sedih..
Tak selamanya kita di bawah..
Ada nikmat yang Allah akan beri...
Diri terkapai dalam aturan Allah. Berasa tidak ingin hidup lagi. Umpama hati yang telah rapuh tidak bisa bercantum kerana lelahnya ujian.
Allah itu Maha Mengetahui isi hati hambanya sayang. Pagi tadi terasa tidak ingin bangkit daripada tidur kerana arwah abah hadir dalam dakapan. Diusap kepala anaknya ini, dia tersenyum dan meniup semangat untuk lebih kuat di atas kepala. Indah sangat. Dan inilah yang k. Tikah doakan dalam sujud. Alhamdulillah Allah makbulkan. Kakak menghantar ke UPSI sambil mengenggam satu harapan untuk k. Tikah berjaya. Allah, air mata ingin mengalir tetapi ditahan untuk kuatkan hati.
Benarlah, Allah itu Maha Mendengar. Saat kita jatuh, kita kembali kepada Dia. Pasti dan pasti Dia ada. Biarlah manusia meninggalkan kita tetapi jangan Allah. Jangan biar diri terus lemah tetapi bangkitlah kerana Allah. Kenangan simpanlah di dalam album, dilihat untuk sebuah pengajaran bukan ingatan yang melemahkan diri.
Ingat pesan k. Tikah apa pun ujian yang datang, hadapi dengan sabar dan solat yakni berdoa. Allah sentiasa ada dengan kita. Okeh. Chayokkk๐โค

Pergi ...
Pergilah wahai hati..pergilah dengan sgala pertanyaan bersama kesakitan. agar suatu hari nanti kau akn temui jawapan...saat itu kembalilah...
kembalilah bersama hati yg kosong tanpa kesakitan.. ciptakan sesuatu yg baru..
ciptakan skrip hidupmu yg indah.seolah seperti bayi yg baru dilahirkan...
Aku tahu.kadang hidup ni tidak kuat untuk terima ujian..namun aku juga thu tak akan ade ujian Allah melaikan kau mampu tempuhinya..
"Demi allah aku xkuat" tapi kerana Allah aku harus kuat" ..
@hitam_putih

CINTAKU HANYA UNTUK MU. YA ALLAH
Cinta memang bukan segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala -galanya.
Benar. Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Bersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kamu mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kamu mencintai Allah pasti diterima. Jika kamu mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan ada yang merebut Allah yang kamu cintai itu dari hatimu. Tak akan ada yang merampas Allah. Jika kamu bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kamu tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."

Perubahan ke arah lebih baik memerlukan kawan yang membuat kita dekat dengan Allah. Jemaah yang mengenalkan kita dengan Allah. Carilah persekitaran itu agar kita mampu melangkah. Jika pernah terpalit dosa ingatlah Allah Maha Pengampun. Gantikan hati yang mengandungi titik-titik hitam itu dengan hati yang lebih bersih. Senyumlah kerana Allah memilih kita untuk mendapat hidayah. Melangkahlah dengan gagah menuju cinta Allah.
Saat solat berjemaah, membaca al-Mathurat berjemaah hati ini menemui ketenangan. Mengucap syukur untuk kekuatan ini. Mereka mengingatkan diri ini tentang cinta Allah, cinta kepada dakwah. Umat sudah tenat, jika kita tidak bangkit di mana akan munculnya kegemilangan Islam. Aku menggenggam erat apa yang dilafaz, apa yang didoakan dalam akhir al-Mathurat.
"Ya Allah , kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang mantap, selamat daripada segala bahaya. Kami memohon, ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain.
Berikanlah kami ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi merasa takut, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar, penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan yang hakiki, jika Engkau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu."
Ingatlah Allah adalah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong๐โค

Sahabat,
Kehidupan ini tidak lain hanya perhiasan,
Untuk kita menanam benih bagi sebuah pohon di Akhirat,
Luasnya laut sama-sama kita renangi,
Mencari mutiara yang bermakna untuk sebuah persahabatan kerana Allah.
Sahabat,
Jalan hidup kita mungkin berbeza,
Takdir yang Allah tetapkan jua berbeza,
Tetapi ingatlah Allah adalah Tuhan yang tiada beza antara kita,
Kita mengharungi susah dan senang bersama-sama,
Saat aku jatuh engkau menguatkan,
Saat aku lemah engkau menghembus semangat,
Saat aku leka engkau mengingatkan,
Saat aku sedih engkau menggembirakan,
Bahumu tempat aku bersandar dalam lelah ujian,
Tetapi engkau tidak pernah biarkan aku lupa bahawa Allah tempat yang terbaik saat aku memerlukan.
Sahabat,
Pandanglah mataku untuk kali terakhir,
Dengarlah suaraku mendendangkan lagu rindu buatmu,
Bacalah taipan ini untuk merasai sayangku,
Pertemuan dan perpisahan adat di dunia,
Tetapi aku tetap mengharapkan ukhuwah kerana Allah ini hingga ke Syurga-Nya.
Sahabat,
Engkau umpama sayap yang membuat aku terbang mengenal Allah,
Ukhuwah ini tidak pernah dilupakan walau perpisahan terjadi,
Engkau umpama pelangi yang menceriakan hidupku,
Ukhuwah ini tidak pernah aku hindari walau ada perselisihan faham kerana cintaku kepadamu adalah kerana Allah,
Moga engkau dan aku bersatu di Syurga-Nya,
Perpisahan sementara untuk Akhirat yang abadi,
Kenanglah aku dalam doamu๐โค

Seperti cahaya yang menerangi kehidupan,
Begitu juga kau beri sinaran,
Mengait senyuman untuk aku melalui ranjau-ranjau kehidupan,
Kaulah sahabat,kaulah teman..

Ketaatan kepada Allah?
Pasti akan membuahkan perasaan takut kepada Allah.
Allah memberi kita nikmat kan?
Pernah tidak kita mohon supaya kita bersyukur dan menggunakannya ke arah kebaikan bukan kemaksiatan?
Tepuk dada tanya iman, berdoalah selalu. Yang berlalu biar berlalu. Dosa semalam adalah permulaan untuk bangun semula. Untuk mula mencari hati baru dalam ketaatan kepada Rabb.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu."-al-Hujurat; 13
Jauh atau dekat diri kita dengan Allah bergantung kepada ketakwaan yang ada dalam diri kita sahabat bahkan kemuncaknya adalah bertambah ketakwaan itu.
Ketaatan itu bukan hanya terbatas pada amalan tetapi hati kita juga. Kehadiran hati itu akan memberi kesan yang lebih sempurna. Ia membuat kita lebih mudah membimbing diri untuk tunduk kepada perintah Allah.
Tenggelamnya kita dalam cinta Allah akan membuat hati bersangka baik. Membuat hati lebih tenang. Membuat hati lebih bahagia. Dan membuat hati lebih kuat. Tidak percaya? Cubalah dan rasainya sendiri๐โค

Tentatif Program Sentapan Rohani
Tarikh : 14 September 2016
Masa : 10pagi-12tengah hari
Tempat : Masjid Muhammadi 3,Pasir Mas Kelantan
9.45 ; kehadiran jemaah
10.00 ; kehadiran penceramah Jemputan(Akhi Jibrail Fitrah penulis buku Si Kosong dibawah Tarbiah Sentap)
; Ceramah bermula(tajuk Kasih dan sayang benarkah kerana Tuhan?)
11.45 ; Ceramah berakhir dan sesi QA
12.00 ; bersurai
Akan ada juga pengambilan ahli Usrah Hikmah. Dimana dibawah usrah ini kita akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti hiking, rehat minda, sukan, dan lain-lain. Yuran Rm5 seminggu bagi membantu dana program. In shaa Allah.
Kami mengutamakan yang berumur 13tahun-18tahun. Tapi jika ada peringkat umur lain yang ingin turut serta,tiada masalah. Silakan. ๐ Sebarang soalan sila berhubung terus dengan :
0163500364 -Husna(WNAH)
0179441527 - zahra

Jatuh,
Adakalanya kita melakukan pelbagai perkara,
Di pertengahan jalan kita berputus asa dengan apa yang kita kehendaki,
Masing-masing mempunyai tuah yang berbeza,
Jangan berasakan diri tidak bertuah kerana itu jalan kehancuran.
Jatuh,
Itu bukan penamat dalam hidup,
Bersyukurlah Allah memberi kita cara itu untuk merasai kebangkitan diri,
Perjuangan hidup yang berbeza-beza,
Tetapi matlamat kita sama iaitu mendapat keredhaan Allah.
Jatuh,
Usah ditangisi kejatuhan itu,
Usah merasai kekecewaan itu,
Kerana Allah sentiasa bersamamu,
Selagi engkau mencari-Nya dalam sabar dan solat,
Jangan merajuk terlalu lama,
Nanti dirimu yang akan rugi.
Jatuh,
Jangan dekati kecewa itu kerana Allah,
Lihatlah nikmat yang diberikan,
Lebih daripada ujianmu yang menggunung,
Mencari putih dalam hitam,
Mencari cahaya dalam kegelapan,
Mencari solehah dalam kejahilan,
Mencari kejayaan dalam cubaan,
Itu pasti ada selagi engkau berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.
Jatuh,
Jangan sesekali putus harapan lagi,
Sama-sama kita berjuang,
Untuk Akhirat yang kekal abadi,
Untuk nikmat Syurga yang hakiki,
Untuk redha Allah yang abadi,
Gerakkan langkahmu seiring dengan perkataanmu.๐โค

Di petang yang sunyi,
Aku memandang ke langit,
Burung-burung terbang bebas..
Aku tertanya,
Apakah rasanya terbang bebas?
Adakah segala masalah selesai?
Hati aku jemu beteka-teki,
Hingga aku putuskan,
Untuk setia mengharungi,
Biar diri sakit berkali..
Diri, hati dan akal,
Tolong kuat..!!
Aku memandang ke langit,
Burung-burung terbang bebas..
Aku tertanya,
Apakah rasanya terbang bebas?
Adakah segala masalah selesai?
Hati aku jemu beteka-teki,
Hingga aku putuskan,
Untuk setia mengharungi,
Biar diri sakit berkali..
Diri, hati dan akal,
Tolong kuat..!!
Dari sisi mata.
Gelora jiwa.
Rindu bertandang di hati.
Tanpa diminta lalu ia pergi...
Gelora jiwa.
Rindu bertandang di hati.
Tanpa diminta lalu ia pergi...
Bisik hati kata rindu..
Kerana jauh dimata..
Moga dalam lindungan Allah selalu..
Tiap hari ku panjatkan doa pada DIA..
Kerana jauh dimata..
Moga dalam lindungan Allah selalu..
Tiap hari ku panjatkan doa pada DIA..
Tazkirah sebelum tidur.
Syaitan dapat mempengaruhi mimpi manusia. Syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:
ุงูุฑููุคูููุง ุงูุตููุงููุญูุฉู ู ููู ุงูููููู ููุงููุญูููู ู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ููุฅูุฐูุง ุญูููู ู ุฃูุญูุฏูููู ู ุญูููู ูุง ููุฎูุงูููู
ููููููุจูุตููู ุนููู ููุณูุงุฑููู ููููููุชูุนููููุฐู ุจูุงูููููู ู ููู ุดูุฑููููุง ููุฅููููููุง ูุงู ุชูุถูุฑูููู.
"Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan."
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari]
Berwudhu'lah sebelum tidur. Orang yang berwudhu' sebelum tidur, akan didoakan malaikat.
Dari Abdullah bin Umar radliyallaahu โanhu, bahawa Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam bersabda,
ู ููู ุจูุงุชู ุทูุงููุฑูุงุ ุจูุงุชู ููู ุดูุนูุงุฑููู ู ูููููุ ููููู ู ููุณูุชูููููุธู ุฅููููุง ููุงูู ุงููู ููููู: ุงููููููู ูู ุงุบูููุฑู ููุนูุจูุฏููู ููููุงููุ ููุฅูููููู ุจูุงุชู ุทูุงููุฑูุง
โBarangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa โYa Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci.'โ (HR. Ibn Hibban 3/329. Syuaib Al-Arnauth mengatakan, perawi hadis ini termasuk perawi kitab saahih. Hadis ini juga dinilai saahih oleh Al-Albani dalam Saahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Berbual bersama sahabat.
Dilihat air mata ini menitis.
Dirangkul tubuhku dalam pelukannya. Dia tidak bertanya tetapi diusap kepalaku penuh kasih sayang.
Katanya;
"Allah akan menguji kita hamba-Nya sesuai dengan kemampuan kita. Mana bisa Dia tidak mengetahui sedangkan Dia yang menciptakan. Hati itu rapuh dan sifatnya berbolak balik. Sentiasalah berdoa agar Allah menetapkan hati kita di atas jalan-Nya."
Aku bertanya;
"Bisakah aku menjadi persis Rabiatul Adawiyah?"
Dia tersenyum, mengangguk dan meneruskan kata;
"Sudah tentu. Jika tidak mampu sekurang-kurangnya kita berusaha. Biarlah air mata itu menitis dalam keheningan malam untuk sebuah dosa dan ummah. Biarlah kita takut untuk berpisah dengan Dia walau seketika. Bagi Rabiatul Adawiyah, cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Jika Dia memandang kita indah itu sudah cukup. Jika Dia memandang kita dengan pandangan terbaik itu suatu kebaikan. Jaga hubungan dengan Dia in shaa Allah Dia jaga hubungan kita dengan manusia lain."
Aku menunduk memandang sajadah. Allah. Inilah sebenarnya yang aku cari. Janganlah lagi kita menjauh untuk mencari 'sesuatu' kerana 'sesuatu' yang tidak kita temui itu sebenarnya adalah Dia๐โค

Menangis lah...
Menangislah, Andai tangisan itu bisa meluahkan segala yang terbuku dihatimu....
Menangislah,andai tangisan itu mampu membuatkan dirimu tenang saat itu....
Tapi...
Jangan...
Tolong, Jangan biarkan tangisan itu berterusan...
Sehingga membuatkn kakimu lemah untuk
melangkah kehadapan.
Kuatlah...
Kuatkanlah hati dan dirimu untuk terus bangun melangkah menuju cahaya..
Teruskan perjalanan di dunia seperti biasa..
Bangkitlah dari resah dan gelisah...
Lapangkanlah dada mu..
Carilah ketenangan di balik ujian mu...
Ingat...
kita masih ada Allah...
Jangan takut untuk meluah..
Ceritakan semua pada Allah..
Agar hati lapang..
Agar hati tenang..
Serahkan hati pada Allah..
Lupakan segala kesakitan..
Buang segala kebencian...
Bangunlah..
Bangkitlah..
Kerana bahagia sedang menantimu dihadapan...
Coretan by
-hitam_putih-
-perindu tanpa noktah-

Petang ini damai dengan kicauan burung. Aku tersenyum, benarlah kita perlu terima kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi. Dunia tempat menyemai, di Akhirat nanti kita mendapat hasil.
Jalan menuju Allah adalah jalan menuju Syurga. Syurga itu tidak ternilai harganya. Umpama kaca dan permata. Kaca murah dan senang didapati tetapi permata itu mahal dan sukar mendapatkannya.
Akan ada ujian demi ujian. Adakah kita menempah susah? Tidak sahabat. Kita rela menerima kesusahan sementara untuk kesenangan abadi. Jangan berputus asa. Jadilah orang yang 'bijaksana' bukan 'bijaksini'. Orang yang 'bijaksini' rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana inginkan kesenangan di sini (dunia.)
Pilihlah sama ada ingin menjadi orang yang 'bijaksana' atau 'bijaksini'. Semua di tangan kita.๐โค