https://www.facebook.com/share/p/1J98FKU2hT/?mibextid=wwXIfr
Surat rasmi parti BERSATU memperlihatkan pendirian sebenar mereka terhadap Perikatan Nasional (PN).
Pendirian ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan BERSATU untuk mempertahankan PN, khususnya apabila mereka dilihat bersedia membiarkan PN diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Keadaan ini turut menimbulkan persoalan tentang sebab sebenar laporan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.
Adakah laporan tersebut semata-mata berpunca daripada isu tidak dijemput menghadiri mesyuarat, atau terdapat perkara lain yang mendorong tindakan berkenaan?
Sebagai rakan gabungan dalam PN, kami berhak mendapatkan penjelasan yang jelas dan terbuka daripada parti BERSATU.
Jika mereka benar-benar bersedia membiarkan PN diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya, mereka wajar menyatakan pendirian itu secara terus terang tanpa berselindung.
Kami juga berhak mempersoalkan sama ada pendirian tersebut didorong oleh arahan atau janji daripada pihak tertentu.
MOHAMAD SHAFIQ BIN ABDUL HALIM

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
👏1
https://www.facebook.com/share/p/19oSHt8r33/?mibextid=wwXIfr
Alhamdulillah, semalam saya bersama-sama Timbalan Ketua Bahagian Gombak memenuhi jemputan ke Majlis Maulidur Rasul anjuran masyarakat Acheh-Melayu di Gombak.
Setibanya di sana, beberapa orang warga Acheh menyapa saya. Alhamdulillah, ramai yang masih mengenali saya, malah ada yang mengimbau kembali kerjasama kita dahulu dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Manek Urai dan Yan, Kedah.
Saya amat terharu apabila ada dalam kalangan mereka menggelar saya sebagai “Pejuang Nasionalis Melayu Abad Ini”. Gelaran ini membawa makna yang amat besar dan merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai buat saya. Namun, gelaran ini juga hadir bersama tanggungjawab besar yang perlu digalas.
Saya berharap agar warga Acheh-Melayu yang merupakan warganegara Malaysia terus bersama-sama dengan saya dalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu. Bagi mereka yang belum memperoleh kewarganegaraan Malaysia, kita berharap agar usaha ke arah itu dapat dipermudah supaya kita dapat terus membina sebuah keluarga besar sebagai rakyat Malaysia.
Kita satu rumpun, satu agama, satu adat dan satu budaya.