Melayu (Official)
6.36K subscribers
1.42K photos
128 videos
15 files
745 links
β€œNew Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Panggilan Penyatuan UMMAH secara tidak langsung. Rakyat Malaysia boleh terus menyokong demi perpaduan Melayu Islam. Tolak yang lain.
πŸ”₯5
πŸ”₯3
Keputusan ke atas YB Syed Saddiq mungkin akan memberikan kesan kepada PRN negeri Johor. Apakah badan kehakiman kita benar-benar bebas? Apakah ada kuasa di atas politik yang bakal mempengaruhi keputusan tersebut.

Atau ia sekadar spekulatif dan propaganda yang cuba diwujudkan oleh pihak tertentu untuk memberikan persepsi buruk kepada sistem kehakiman kita bagi tujuan tertentu.

Sama-sama kita nantikan.
😱3
SURAT TERBUKA KEPADA PIHAK BERKAITAN – ISU DASAR DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Saya menulis ini bukan atas dasar politik, tetapi atas dasar realiti yang sedang berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Ada sesuatu yang semakin membimbangkan dalam cara dasar dan penguatkuasaan dilaksanakan terutama apabila ia melibatkan keperluan asas rakyat seperti bekalan elektrik. Kita bercakap tentang perkara asas: hidup harian rakyat, bukan angka dalam laporan kewangan.

Saya melihat sendiri bagaimana tindakan penguatkuasaan boleh berlaku tanpa mengambil kira keadaan sebenar di rumah-rumah rakyat ada anak kecil, ada warga emas, ada individu OKU yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan asas ini. Dalam situasi tertentu, pendekatan yang digunakan nampak terlalu mekanikal, terlalu berasaskan prosedur, dan terlalu kurang sentuhan ihsan.

Soalnya mudah: di mana letaknya pertimbangan kemanusiaan dalam keputusan seperti ini?

Saya juga ingin menegaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan dan institusi utiliti bukan sekadar entiti keuntungan. Ia memegang amanah sosial yang jauh lebih besar daripada sekadar angka prestasi suku tahunan. Bila keputusan hanya dilihat melalui lensa β€œprofit and loss”, kita berisiko mengabaikan realiti rakyat yang sedang bergelut.

Lebih membimbangkan apabila kepimpinan institusi besar dilihat terlalu jauh daripada realiti lapangan. Keputusan dibuat dari bilik mesyuarat, tetapi kesannya dirasai terus oleh rakyat di bawah.

Saya tidak menafikan keperluan pengurusan yang cekap dan disiplin kewangan. Tetapi kecekapan tanpa empati akan melahirkan sistem yang keras, dan sistem yang keras akan akhirnya memutuskan kepercayaan rakyat.

Ini bukan serangan peribadi. Ini adalah teguran terus kepada sistem yang perlu diperbetulkan.

Rakyat tidak menolak pembangunan. Rakyat hanya menuntut satu perkara asas: keadilan yang seimbang antara disiplin kewangan dan nilai kemanusiaan.

Jika perkara ini terus diabaikan, jurang antara institusi dan rakyat akan menjadi lebih besar dan itu adalah risiko yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

Saya berharap kerajaan yang zalim dan tidak berperikemanusian ini tumbang termasuk mereka yang bersengkokol sehingga menyebabkan rakyat sengsara dengan pelbagai perkara.

-Zakaria Baharum , Selangor-
😁3
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
β€œCOVID belum sembuh sepenuhnya, tetapi kerajaan sudah meminta SME menghadapi tsunami baharu. Yang lemas nanti bukan angka di atas kertas, tetapi rakyat yang mencari rezeki setiap hari.”


KERAJAAN MADANI KERAJAAN TRY & ERROR!

Kerajaan Madani perlu sedar bahawa ekonomi bukan sekadar angka di atas kertas atau slaid pembentangan. Di lapangan, ribuan SME masih bertarung untuk terus hidup selepas dihentam COVID-19, kenaikan kos operasi, kekurangan pekerja dan kelembapan ekonomi.

Malangnya, polisi yang kerap berubah-ubah memberi gambaran seolah-olah kerajaan sedang mentadbir secara β€œtry and error”. Setiap pengumuman baharu membawa kos baharu. Setiap perubahan dasar membawa ketidakpastian baharu. Yang menanggung kesannya bukan golongan elit korporat, tetapi usahawan tempatan yang bergelut memastikan perniagaan terus bernafas.

Siapa yang paling ramai dalam sektor SME, kontraktor kecil, peruncitan dan perkhidmatan tempatan? Orang Melayu. Mereka yang masih cuba bangkit daripada kesan pandemik kini terpaksa berdepan pula dengan gelombang tekanan ekonomi yang semakin besar.

Ramai belum sempat pulih, tetapi kerajaan seolah-olah mahu mereka berenang dalam tsunami yang lebih besar tanpa pelampung dan tanpa persediaan.

Kerajaan bercakap tentang pelaburan asing, tetapi bagaimana dengan pelabur tempatan? Kerajaan bercakap tentang pertumbuhan ekonomi, tetapi bagaimana dengan peniaga kecil yang menanggung beban dasar setiap hari?

Jika SME tumbang, pekerja kehilangan pekerjaan. Jika pekerja kehilangan pekerjaan, keluarga kehilangan pendapatan. Jika keluarga kehilangan pendapatan, ekonomi negara turut menerima kesannya.

SME bukan musuh negara. SME adalah nadi ekonomi negara.

Jangan sampai dasar yang kononnya mahu memodenkan ekonomi akhirnya menjadi dasar yang mematikan peluang golongan yang paling banyak mencipta pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
πŸ”₯2❀1
Ini bukan sekadar komen dari cybertrooper atau ceplos. Ini adalah suara rakyat kampung dan kurang kemampuan yang makan pagi kais pagi. Bila naikkan semua orang yang pandai di bandar dalam polisi negara, maka orang-orang yang hidupnya serderhana terkesan kerana polisi yang pukul rata. Jawapannya satu, untuk mengejar nombor kapatalis sahaja. Tetapi hutang negara tetap meningkat!
😒5
Kerajaan perlu tukar mekanisma diesel seperti Ron 95. Iaitu dengan membuat proses melalui kad pengenalan di mana semua rakyat Malaysia layak tanpa terlalu ketat sehingga link kan dengan JPJ.

Mekanisma menghidupkan cukai jalan adalah:

1) Insurans
2) Cukai Jalan

Insurans jalan sekarang sudah mempunyai kenaikan harga yang membebankan pengguna seperti motosikal atau kurang kemampuan akibat inflasi dan kos operasi. Ia belum di kira dengan cukai jalan untuk kereta lama yang menggunakan diesel. Kerajaan madani adalah kerajaan yang mengamalkan polisi pukul rata. Apakah adil untuk orang miskin di tekan seperti orang kaya?

Senario ketirisan, Jika ada yang mengumpul kad pengenalan untuk jualan diesel secara tidak sah itu adalah masalah penguatkuasa dan ia hanyalah perkara segelintir. Undang-undang jumlah pemilikan individu memiliki diesel sudah ada tetapi tidak dikuatkuasakan.

Benarlah kata orang melayu dulu, kerana marahkan nyamuk habis dibakarnya kelambu. Begitulah kerajaan Madani. Kerana dendam politik dan kesilapan segelintir pihak, habis dihukumnya satu Malaysia.

Malaysia sudah hilang pemimpin yang empathy. Pemimpin yang ada, adalah pemimpin yang bodoh sombong sahaja.
❀4πŸ”₯2
𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—§π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—£π—˜π— π—œπ— π—£π—œπ—‘ 𝗣𝗔π—₯π—§π—œ, π—£π—˜π—‘π—¬π—’π—žπ—’π—‘π—š π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—žπ—˜π—¦π—˜π— π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—‘π——π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨

Dalam Pilihan Raya Umum terutama orang Melayu akan dihadapkan dengan pilihan calon. Kesan pilihan amat berat, iaitu sama ada Tanah Melayu akan terus jadi Tanah Melayu atau jadi tanah bukan Melayu.

Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.

Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU.

Kesetiaan orang Melayu ialah kepada bangsa Melayu. Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu.

Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini.

Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 JUN 2026
❀8
Kerajaan hari ini boleh di anggap kerajaan publisiti tetapi substance tiada. Mereka hanya hendak nampak cantik sahaja tetapi realitii di bawah mereka tidak faham.

Mereka menggunakan mekanisma yang salah untuk melaksanakan subsidi. Nampak indah tetapi sebenarnya yang mereka tidak cerita kepada rakyat adalah yang terpilih sahaja. Yang terpilih juga adalah mereka yang lengkap dan berkemampuan. Orang miskin tidak akan dapat subsidi. Mengelirukan!
πŸ‘7
β€œSaya Jual Semua 4x4 Saya” – Apabila Peniaga Hilang Keyakinan Terhadap Hala Tuju Diesel Negara

β€œSaya bukan bankrap. Saya bukan tiada kerja. Saya bukan tiada pelanggan. Tetapi saya sudah hilang keyakinan.”

Itulah luahan seorang pengusaha pengangkutan yang mengambil keputusan drastik menjual kesemua kenderaan pacuan empat roda (4x4) miliknya selepas tidak lagi sanggup menanggung ketidakpastian yang berpunca daripada pelbagai kenyataan kerajaan mengenai diesel.

Menurut beliau, yang paling menakutkan bukanlah harga diesel itu sendiri, tetapi ketidakjelasan hala tuju kerajaan yang menyebabkan pemain industri tidak tahu apa yang bakal berlaku esok.

β€œHari ini cakap lain. Esok cakap lain. Minggu depan keluar pula cadangan baru. Kami berniaga bukan berdasarkan teka-teki. Kami perlukan kepastian.”

Katanya, setiap 4x4 yang dibeli melibatkan komitmen besar. Pinjaman bank, insurans, penyelenggaraan, gaji pekerja dan kontrak pelanggan semuanya memerlukan perancangan bertahun-tahun. Namun apabila kerajaan sendiri dilihat sering mengubah pendekatan dan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, peniaga menjadi mangsa ketakutan yang berpanjangan.

β€œSaya rasa lebih selamat menjual aset daripada terus menunggu kejutan demi kejutan.”

Lebih menyedihkan, beliau percaya ramai peniaga kini tidak lagi membuat keputusan berdasarkan peluang perniagaan, tetapi berdasarkan ketakutan terhadap polisi baharu yang mungkin muncul pada bila-bila masa.

Inilah masalah sebenar yang gagal difahami oleh sesetengah pembuat dasar. Ekonomi tidak bergerak dengan slogan. Ekonomi bergerak dengan keyakinan. Apabila keyakinan hilang, pelaburan berhenti. Apabila pelaburan berhenti, perniagaan mula mengecil. Apabila perniagaan mengecil, pekerja dan rakyat akhirnya menerima kesannya.

Ramai peniaga kecil dan sederhana hari ini merasakan mereka sedang dihukum oleh ketidakpastian. Mereka bukan meminta subsidi percuma. Mereka bukan meminta layanan istimewa. Mereka hanya mahukan satu perkara yang asas dalam dunia perniagaan kepastian.

Apa yang berlaku kepada pengusaha ini mungkin kelihatan kecil di atas kertas. Hanya beberapa buah 4x4 dijual. Tetapi hakikatnya, setiap aset yang dijual adalah simbol keyakinan yang hilang. Setiap pelaburan yang dibatalkan adalah peluang ekonomi yang terkubur.

Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan bukanlah berapa banyak diesel yang berjaya dijimatkan.

Persoalannya ialah berapa ramai peniaga yang telah hilang keberanian untuk melabur kerana tidak lagi percaya kepada kestabilan dasar yang diumumkan.

Apabila peniaga mula menjual aset bukan kerana rugi, tetapi kerana takut kepada ketidaktentuan dasar, itu bukan lagi isu diesel semata-mata.

Itu adalah krisis keyakinan.


Haji Amran
Setia Alam, Selangor
😒5❀3
πŸ”₯2πŸ‘2❀1
πŸ”₯2πŸ‘2
Warkah terbaru Tuanku ke atas DAP menunjukkan kemurkaan Tuanku tidak berselindung lagi. Nama seperti Tony Pua dan Lim Guang Ng akan di kenang dalam sejarah. Sebenarnya banyak lagi nama-nama pemimpin PH yang terlalu liberal dan menyentuh isu-isu kepentingan orang islam. Negara ini ada tuannya. Usah merasakan kalian boleh berbuat sesuka hati.

Kebencian rakyat terutama orang Melayu terhadap PH semakin meningkat. Wahai orang Melayu Islam, peliharalah agama dan bangsa kalian. Usah merasakan kalian mudah digula-gulakan.

Raja-raja Melayu usahlah terpedaya dengan suara lembut dan harta yang sebenarnya milik orang Melayu yang dirampas oleh mereka kerana kebaikan orang Melayu yang berpegang teguh kepada agama. Sudah lama mereka di jajah dan dizalimi.
😒8❀2
Apabila kerajaan memperkenalkan E-Invoice, ramai mula mengeluh kerana perkenalan tersebut secara mengejut dan menyusahkan fikiran rakyat. Adakah anda setuju?
Anonymous Poll
41%
Ya
11%
Tidak
14%
Tidak memahami tetapi yakin kerajaan Zalim.
61%
Faham. Tetapi Kerajaan terlalu memaksa. Kami ingin pastikan kerajaan ini tumbang sahaja.
❀2
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀1
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀1
Privasi Digital: Rakyat Tidak Boleh Lagi Berdiam

Isu privasi digital bukan lagi perkara kecil. Dalam dunia yang semakin bergantung kepada telefon pintar, data peribadi, komunikasi, dan aktiviti dalam talian menjadi aset paling sensitif milik rakyat.

Apabila timbul kebimbangan mengenai tahap pemantauan komunikasi digital, perkara paling penting bukan sekadar menafikan atau mengiyakan, tetapi menjawab satu persoalan asas: sejauh mana kuasa itu dibenarkan, dan siapa yang benar-benar mengawalnya?

Kerajaan sering berhujah bahawa pemantauan diperlukan atas nama keselamatan negara dan pencegahan jenayah. Namun tanpa sempadan yang jelas, tanpa pengawasan bebas yang kuat, dan tanpa ketelusan yang boleh diaudit oleh rakyat, kuasa ini mudah menimbulkan persepsi berlebihan bahawa ruang peribadi rakyat semakin mengecil dari hari ke hari.

Dalam sistem demokrasi moden, isu bukan hanya tentang β€œboleh atau tidak boleh mengakses data”, tetapi tentang proses, batasan, dan akauntabiliti. Siapa yang meluluskan akses? Dalam keadaan apa ia dibenarkan? Berapa kerap ia diaudit? Dan apa hukuman jika berlaku penyalahgunaan?

Soalan-soalan ini tidak boleh dijawab dengan retorik keselamatan semata-mata. Ia memerlukan sistem semak dan imbang yang benar-benar berfungsi, bukan sekadar wujud di atas kertas.

Rakyat tidak menolak keselamatan negara. Tetapi rakyat juga tidak boleh diminta menyerahkan privasi tanpa jaminan bahawa ia tidak disalahgunakan.

Akhirnya, kekuatan sesebuah kerajaan bukan terletak pada sejauh mana ia mampu mengumpul data, tetapi sejauh mana ia mampu menjaga amanah terhadap data tersebut.

Dan di situlah ujian sebenar kepercayaan bermula
πŸ‘5❀2