Melayu (Official)
6.36K subscribers
1.42K photos
128 videos
15 files
745 links
“New Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Berikut adalah senarai penuh kerusi dan nama calon Bersatu: (Hanya bertanding di 24 Kerusi sahaja)

N.02 PERTANG: Mohd Faizal Mohd Idrus N.03 SUNGAI LUI: Nazrulhisham Mansor N.04 KLAWANG: Muhammad Adib Musa N.05 SERTING: Muhammad Noraffendy Mohd Salleh N.06 PALONG: Rebin Birham N.07 JERAM PADANG: Datuk Seri s Sanjeevan Ramakrishnan N.09 LENGGENG: Zool Amali Hussin N.10 NILAI: Datuk v Saravanan Kumar N.12 TEMIANG: Fazlihamid N.13 SIKAMAT: Datuk Tun Faisal Ismail Aziz N.14 AMPANGAN: Noorazah Harun N.15 JUASSEH: Mohd Zuhaimi Md Yusof N.16 SERI MENANTI: Datuk Seri Megat d Shahriman Zaharuddin N.17 SENALING: Mohd Izzaffi Khan N.20 LABU: Mohamad Hanifah Abu Baker N.22 RAHANG: Yang Jay Son N.23 MAMBAU: N Sarawanan N.24 SEREMBAN JAYA: R Mahendran N.25 PAROI: Mohd Nazree Mohd Yunus Ν.28 KOTA: Akmal Noradzmi Abd Rahim N.31 BAGAN PINANG: Sheikh Junaidy Jamaludin N.32 LINGGI: Datuk Zamri Md Said N.33 SRI TANJUNG: Leevinesh Murugan N.34 GEMAS: Zolazrai Zolkapli
❤4
Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.

Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik

Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat.

Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat.

https://wa.me/60378850523


ANWAR IBRAHIM

#PMXAI
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
👎3😱1
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 103 calon yang menyerahkan kertas penamaan calon layak bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Tempoh berkempen bermula 18 Julai sehingga jam 11.59 malam, 31 Julai ini dan SPR menubuhkan 36 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.
Senarai calon mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti berikut:

N01 CHENNAH (kerusi panas)

Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP)

Siow Kong Choon (BN-MCA)

Penyandang 2023: Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP)/majoriti 2,200

N02 PERTANG (kerusi panas)

Mohd Umry Abdul Khois (PH-PKR)

Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO)

Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO)/majoriti 2,790

N03 SUNGAI LUI
Zainal Fikri Abd Kadir (PH-PKR)

Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO)

Mazrulhisham Abd Mansor (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO)/majoriti 535

N04 KLAWANG (kerusi panas)

Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah)

Danni Rais (PN-Wawasan)

Muhammad Adib Musa (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah)/majoriti 577

N05 SERTING

Yaacob Mahmood (PH-Amanah)

Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas)

Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu)

Penyandang 2023: Mohd Fairuz Mohd Isa (PN–Pas)/majoriti 843

N06 PALONG
Muhammad Zahin Zinal Abidin (PH-PKR)

Datuk Mustapha Nagoor (BN-UMNO)

Rebin Birham (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Mustapha Nagoor (BN-UMNO)/majoriti 564

N07 JERAM PADANG

G Manivannan (PH-PKR)

Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO)

Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersatu-Bersekutu)

Dayana Dal (ASLI)

Penyandang 2023: Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO)/majoriti 693

N08 BAHAU

Teo Kok Seong (PH-DAP)

Ah Chong Fui Ming (BN-MCA)

Penyandang 2023: Teo Kok Seong (PH–DAP)/majoriti 8,408

N09 LENGGENG

Zarinna Abu Zarin (PH-Amanah)

Datuk Mohd Asna Amin (BN-UMNO)

Zool Amali Hussin (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Mohd Asna Amin (BN-UMNO)/majoriti 685

N10 NILAI

J Arul Kumar (PH-DAP)

Lai Chien Kong (BN-MCA)

Datuk V Saravan Kumar (Bersatu-Bersekutu)

Omar Mohd Isa (Bebas-Kunci)

Zamani Ibrahim (Berjasa)

Penyandang 2023: J Arul Kumar (PH–DAP)/majoriti 10,889

N11 LOBAK

Chew Seh Yong (PH-DAP)

Dr P Kumar (PN-Pas/DHPP)

Penyandang 2023: Chew Seh Yong (PH–DAP)/majoriti 13,504

N12 TEMIANG

Ho Weng Wah (PH-DAP)

Datuk Leaw Kok Chan (BN-MCA)

Fazly Hamid (Bersatu)

Penyandang 2023: Ng Chin Tsai

(PH–DAP)/majoriti 3,068

N13 SIKAMAT

Nor Azman Mohamad (PH-PKR)

Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan)

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Seri Aminuddin Harun (PH–PKR)/majoriti 2,662

N14 AMPANGAN (kerusi panas)

Datuk Muhammad Nazri Kassim (PH-PKR)

Datuk Dr Rafie Abd Malek (PN-Pas)
Noor'Azah Harun (Bersatu)

Penyandang 2023: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PH–PKR)/majoriti 329

N15 JUASSEH (kerusi panas)

Mohd Aidil Abdullah (PH-PKR)

Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO)

Mohd Zuhaimi Md Yusof (Bersatu)

Penyandang 2023: Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-UMNO)/majoriti 78

N16 SERI MENANTI

Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PH-PKR)

Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO)

Datuk Seri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin (Bersatu)

Penyandang 2023: Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO)/majoriti 370 undi

N17 SENALING

Mohd Hanis Mohd Alimin (PH-Amanah)

Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-UMNO)

Mohd Izaffi Istear Khan (Bersatu)

Penyandang 2023: Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO)/majoriti 662

N18 PILAH

Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR)

S Leza Md Yassin (BN-UMNO)

Penyandang 2023: Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR)/majoriti 1,079

N19 JOHOL

Mohd Zailan Mohd Munawar (PH-Amanah)

Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO)

Penyandang 2023: Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO)/majoriti 2,117

N20 LABU (kerusi panas)

Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PH-PKR)

Siti Nur Umairah Hashim (BN-UMNO)

Mohamad Hanifah Abu Baker (Bersatu)

Penyandang 2023: Mohamad Hanifah Abu Baker (PN–Bersatu)/majoriti 1,640

N21 BUKIT KEPAYANG

NicolE Tan Lee Koon (PH-DAP)
Lee Boon Shian (PN-Gerakan)

Penyandang 2023: Nicole Tan Lee Koon (PH–DAP)/majoriti 19,684

N22 RAHANG

Siau Meow Kong (PH-DAP)

Yap Siok Moy (BN-MCA)

Tang Jay Son (Bersatu-Bersekutu)

S Tinagaran (PSM)

Penyandang 2023: Siau Meow Kong (PH–DAP)/majoriti 6,432

N23 MAMBAU

Lee Kai Yet (PH-DAP)

Eric Michael (PN-Wawasan)

Sarawanan Nagayah (Bersatu-Urimai)

Penyandang 2023: Yap Yew Weng (PH–DAP)/majoriti 14,940

N24 SEREMBAN JAYA

S Mugunthan (PH-DAP)

Datuk R Thinalan (BN-MIC)

Mahendran Ramasamy (Bersatu-Urimai)

Penyandang 2023: P Gunasekaren (PH–DAP)/majoriti 12,703

N25 PAROI

Ahmad Shahir Mohd Shah (PH-Amanah)

Kamarul Ridzuan Mohd Zin (PN-Pas)

Mohd Nazree Mohd Yunus (Bersatu)

Penyandang 2023: Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN–Pas)/majoriti 5,539

N26 CHEMBONG

Danish Nazran Murad (PH-PKR)

Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO)

Penyandang 2023: Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO)/majoriti 4,335

N27 RANTAU

Dr Azizul Hakim Mahdi (PH-PKR)

Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)

Penyandang 2023: Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)/majoriti 10,280

N28 KOTA

Muhammad Allif Ibrahim (PH-Amanah)

Suhaimi Aini (BN-UMNO)

Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu)

Penyandang 2023: Suhaimi Aini (BN-UMNO)/majoriti 135

N29 CHUAH

Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR)

Pau Juoy Chin (BN-MCA)

Penyandang 2023: Datuk Yew Boon Lye (PH–PKR)/majoriti 6,298

N30 LUKUT

Choo Ken Hwa (PH-DAP)

Sathes Kumar Nilameham (PN-MIPP)

Ah Lee (Bebas-Kuda)

Penyandang 2023: Choo Ken Hwa (PH–DAP)/majoriti 10,135

N31 BAGAN PINANG

Nasir Raman (PH-Amanah)

Abd Fatah Zakaria (PN-Pas)

Sheikh Junaidy Jamaludin (Bersatu)

Penyandang 2023: Abdul Fatah Zakaria (PN–Pas)/majoriti 3,426

N32 LINGGI (kerusi panas)
Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR)

Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO)

Datuk Zamri Md Said (Bersatu)
Penyandang 2023: Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO)/majoriti 1,461

N33 SRI TANJUNG

Datuk Dr G Rajasekaran (PH-PKR)
A Achutan (BN-MIC)

Leevineshwaraan (Bersatu-Bersekutu)

Datuk A Saravanan (Bebas-Pokok)

Islah Wahyudi Zainudin (Bebas-Perahu)

Penyandang 2023: Dr Rajasekaran Gunnasekaran (PH–PKR)/majoriti 3,996

N34 GEMAS

Siti Aishah Seman@Othman (PH-PKR)

Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan)

Azman Abdullah (Bersatu)

Penyandang 2023: Ridzuan Ahmad (PN–Bersatu)/majoriti 3,120

N35 GEMENCHEH

Datuk Abd Latif A Tambi (PH-Amanah)

Suhaimizan Bizar (BN-UMNO)

Penyandang 2023: Suhaimizan Bizar (BN-UMNO)/majoriti 2,434

N36 REPAH

S Veerapan (PH-DAP)

Koh Kim Swee (BN-MCA)

Penyandang 2023: S Veerapan (PH-DAP)/majoriti 5,950


Kredit: Sinar Harian
Sejak PH ambil alih kerajaan ini, mereka gagal mengawal keselamatan negara dengan betul. Ahli-ahli mereka tidak di tapis dan di kawal sehingga membawa pelbagai syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel. Oleh itu kerajaan perlu melakukan audit kepada semua sistem kerajaan termasuk AI yang diperkenalkan kerana dikatakan Israel telah menggunakan proxy untuk menceroboh sistem-sistem utama dalam negara.

Apabila negara di terajui oleh golongan liberal dan kapatalis maka hanya duit sahaja jadi pegangan mereka tanpa memperdulikan sensitiviti dan kedaulatan negara yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.
👍4😢2
Forwarded from Ekonomi Rakyat
The Edge melaporkan bahawa Kem. Pengangkutan menganugerahkan kontrak RM178 juta kepada Integriti Padu Sdn Bhd, bagi tujuan sistem kutipan caj jalan dan permit kemasukan kenderaan asing di sempadan M'sia-S'pura

34% pegangan Integriti Padu dimiliki oleh Datuk Nasir Baki, yang merupakan adik kepada bekas Ketua P'jaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
🤯3
Network School ditekan selepas bertahun-tahun beroperasi dalam negara. Persoalannya, adakah isu ini sengaja dijadikan sebahagian daripada strategi damage control menjelang beberapa bulan akan datang sekiranya Ringgit Malaysia terus melemah? Jika itu berlaku, adakah nanti Network School pula yang akan dipersalahkan?

Apabila ekonomi hanya digambarkan indah melalui data dan persepsi tanpa mengambil kira realiti yang dirasai rakyat, akhirnya jurang itu akan memakan diri. Rakyat tidak menilai ekonomi melalui angka semata-mata, tetapi melalui kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kuasa beli mereka.

Pemimpin politik perlu sedar bahawa rakyat hari ini mempunyai akses kepada pelbagai sumber maklumat dan teknologi. Zaman mengharapkan rakyat menerima sesuatu dasar tanpa persoalan sudah berlalu. Jika sesuatu polisi tidak munasabah atau gagal meyakinkan rakyat, maka kerajaan perlu bersedia menerima kritikan.

Pada masa yang sama, rakyat juga berhak menilai sama ada barisan kepimpinan negara benar-benar mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk memegang portfolio yang diamanahkan. Pelantikan menteri bukan sekadar soal jawatan, tetapi melibatkan tanggungjawab besar terhadap keselamatan, ekonomi dan masa depan negara.

Apabila kelompok berkepentingan mula menjauh, jangan pula rakyat dijadikan sandaran terakhir. Kepercayaan rakyat bukan boleh dituntut ketika keadaan sukar, tetapi perlu dibina melalui dasar yang telus, kompeten dan berpijak pada realiti.

-Dato’ Dr. Anwar Boleh
Pengerusi, Profesor Sains Polisi dan Kesejahteraan Awam Malaysia
❤3
👎4
👎3
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🔥1
👎1
"Jika di lihat di atas, hanya budak-budak sahaja yang bagi statement. Lepas tu budak-budak ini pula jawatannya hanyalah Penerangan bukannya Ketua. Ketua-ketua AMH penakut dan tahu menunggang anak-anak muda untuk kepentingan mereka sahaja."


ONN Iskandar,
Bendahari
Persatuan Harapan Anak Muda Melayu, Cina India Malaysia.
😁2
Sebenarnya PMX mempunyai team yang merosakkan perjuangan beliau. Terutama team anak muda mereka yang mencatur. Jadi apabila beliau menyerahkan percaturan negara dan politik kepada team anak muda beliau, mereka ini tidak membawa sifat ihsan yang dilaungkan oleh beliau, maka beliau hilang pertimbangan kerana anak muda ini tidak mengambil sifat tanggungjawab.

PMX terlepas pandang anak-anak muda tersebut di siang hari nampak seperti beriman, tetapi di malam hari ada yang berhibur dengan arak dan sebagainya. Bukti-bukti ini tidak dapat dikeluarkan kerana mereka bersengkokol dengan rakan sekutu mereka yang telah memerangkap mereka dengan gambar dan video. Semua ini mungkin akan didedahkan apabila mereka bergaduh tidak lama lagi.


PMX perjuangan ini bukan tentang kamu sahaja. Kamu perlukan pasukan yang benar. Pasukan kamu hanya berpolitik dan menyusahkan rakyat dengan bermain persepsi. Di mana keikhlasan mereka. Mereka datang hanya untuk bergambar bukan menyelesaikan masalah kami orang Melayu. Kami akan pastikan Melayu terus di angkat. Jangan tanya apa lagi Melayu mahu selepas kepercayaan kami di rompak!


Aminah Ali,
Aktivist
Persatuan Ibu Tunggal, Negeri Sembilan
❤2
Bagaimana sebuah kerajaan boleh menggunakan rekod lama, kemudian membuat pengumuman seolah-olah jumlah bantuan atau geran yang disalurkan begitu besar? Sepatutnya angka yang diumumkan mencerminkan bantuan atau geran semasa, bukannya dikumpulkan daripada rekod bertahun-tahun lalu sehingga memberi persepsi yang mengelirukan.

Itulah yang digunakan kerajaan semasa untuk mencerminkan mereka telah membantu Bumiputera. Sebab itu mereka tidak dapat langsung memenangi hati Bumiputera kerana mereka semua telah di tekan dan kehilangan sumber pendapatan yang di simpan berpuluh tahun kerana di jarah oleh kerajaan dalam masa 3 tahun mentadbir. Begitulah kezaliman yang mereka tidak sedar. Merompak rakyat kemudian berbangga dengan data-data keuntungan negara dan negeri.

Amrin Nasir,
Pengerusi,
Peniaga Bumiputera Muda Malaysia
❤3👏1