Melayu (Official)
6.36K subscribers
1.41K photos
127 videos
15 files
744 links
β€œNew Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Forwarded from Ekonomi Rakyat
Bekas Timb. Gabenor Bank Negara, Sukhdave Singh berkata beliau tidak boleh menerima alasan yang menyatakan laporan RCI Tabung Haji tidak didedahkan dahulu kerana ingin menjaga keyakinan terhadap institusi berkenaan

Beliau berpendapat bahawa orang akan hilang keyakinan apabila salahlaku disembunyikan, bukannya apabila salahlaku dan individu yang b'jawab tidak dibawa ke muka pengadilan
πŸ”₯2
Melayu (Official)
Bekas Isteri kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan bahawa bekas suami menerima wang haram dan memohon siasatan dilakukan. Walaubagaimanapun posting tersebut sudah di padam semula. Netizen sempat mengambil gambar sebelum di padamkan. Adakah kisah duit…
Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan BN Didakwa Disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menerima satu laporan yang mengaitkan seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan BN. Laporan tersebut didakwa berpunca daripada beberapa gambar yang memaparkan individu berkenaan bersama sejumlah wang tunai di dalam beg bersaiz besar, yang dikatakan telah dimuat naik oleh bekas isterinya susulan perselisihan antara mereka.

Individu tersebut juga didakwa mempunyai hubungan yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada SPRM mahupun mana-mana pihak berhubung kesahihan dakwaan tersebut atau sama ada siasatan telah dimulakan.

Orang ramai kini menantikan penjelasan rasmi daripada pihak berkuasa dan menggesa agar sebarang siasatan, sekiranya dijalankan, dilaksanakan secara telus serta sebarang penemuan didedahkan mengikut lunas undang-undang. Dakwaan mengenai kekayaan luar biasa pasangan berkenaan dan sumber pendapatan mereka juga masih belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
πŸ”₯3
Di Sebalik Kesibukan Politik, Jangan Lupa Derita Mangsa Banjir

Ketika perhatian masyarakat banyak tertumpu kepada perkembangan politik negara, kita tidak seharusnya melupakan saudara-saudara kita yang sedang berdepan ujian banjir di beberapa negeri, termasuk Melaka, Tawau di Sabah dan kawasan-kawasan lain yang turut terjejas. Laporan terkini menunjukkan ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, manakala Tawau turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan hujan lebat berterusan.

Di sebalik perdebatan politik, kempen dan pelbagai isu semasa yang memenuhi ruang media sosial, masih ada keluarga yang kehilangan harta benda, anak-anak yang terpaksa berlindung di pusat pemindahan, serta petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.

Bencana tidak mengenal fahaman politik, bangsa atau agama. Ketika rakyat diuji dengan musibah, keutamaan kita seharusnya adalah menghulurkan bantuan, mendoakan kesejahteraan mereka dan memberikan sokongan kepada semua agensi serta sukarelawan yang bertugas tanpa mengira waktu.

Semoga semua mangsa banjir diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga mereka yang kehilangan harta digantikan dengan rezeki yang lebih baik, dan mereka yang masih berada di kawasan berisiko sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Marilah kita sama-sama mengingati bahawa dalam apa jua keadaan politik negara, nilai kemanusiaan perlu sentiasa didahulukan. Kerana apabila musibah melanda, yang paling penting bukanlah perbezaan pendapat, tetapi bagaimana kita bersatu sebagai rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan.
πŸ”₯2❀1
Kisah Farhash dan PMX bukan kisah biasa. Ia telah diakui oleh anak kedua Raja Thailand. Apakah kisah selama ini yang dinafikan adalah benar. Jika kerajaan ini tumbang maka Farhash akan menjadi entiti pertama yang bakal di siasat.

Vacharaesorn Vivacharawongse, atau dikenali media Thailand sebagai Than Oun, ialah peguam Thai-Amerika yang menetap di New York. Dia merupakan anak kedua Raja Thailand iaitu Raja Vajiralongkorn (Rama X) bersama Sujarinee Vivacharawongse.

Pada 1996, dia dihalau keluar dari Thailand bersama ibu serta adik-beradiknya dan dilucutkan daripada status sebagai anggota keluarga diraja.

Oleh sebab itu, beliau tidak mempunyai kedudukan rasmi dalam susunan pewarisan takhta dan tidak boleh menjadi Raja Thailand.

Pada Jun 2025, dia dilaporkan ditahan di sebuah kuil Buddha di Thailand sebelum dihantar pulang dari Thaland ke Amerika Syarikat secara paksa oleh kerajaan Thailand.
πŸ”₯2❀1
❀2😱2
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘1
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😁3
KWAP Perlu Dinilai Secara Adil dalam Isu eFishery

Dalam menilai kontroversi yang melibatkan eFishery, kita perlu berlaku adil kepada semua pihak termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Sekiranya benar berlaku penipuan dari sudut penyata kewangan, dokumen syarikat atau representasi yang mengelirukan kepada pelabur, maka KWAP juga boleh dianggap sebagai pihak yang turut menjadi mangsa, sama seperti pelabur-pelabur lain.

Situasi ini mengingatkan kepada kes Serba Dinamik, di mana timbul persoalan sama ada maklumat yang dikemukakan kepada pelabur benar-benar menggambarkan keadaan sebenar syarikat. Namun begitu, satu persoalan penting yang wajar disiasat ialah sama ada proses due diligence yang dilakukan oleh KWAP sebelum membuat pelaburan adalah mencukupi dan memenuhi piawaian tadbir urus yang sepatutnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti sama ada keputusan pelaburan tersebut dibuat berdasarkan penilaian bebas dan menyeluruh, atau sekadar bergantung kepada penyertaan pelabur institusi lain seperti Temasek dengan andaian bahawa semua semakan telah dilakukan secara komprehensif. Dalam dunia pelaburan, setiap institusi mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk menjalankan penilaian risiko sendiri dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada keputusan pihak lain.

Pada masa yang sama, siasatan juga perlu melihat kemungkinan sekiranya wujud unsur penyalahgunaan kuasa, kecuaian atau salah laku di mana-mana institusi pelaburan yang terlibat. Jika terdapat bukti bahawa mana-mana pihak sengaja mengabaikan amaran, menyembunyikan maklumat atau meluluskan pelaburan tanpa proses tadbir urus yang sewajarnya, tindakan undang-undang perlu diambil tanpa mengira kedudukan mereka.

Akhirnya, siasatan yang telus dan menyeluruh amat penting bagi memastikan keyakinan terhadap institusi pelaburan negara terus terpelihara. Matlamat utama bukan sekadar mencari pihak yang bersalah, tetapi memastikan kelemahan sistem dikenal pasti supaya kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.
πŸ‘3
Page Media Sosial PMX dan Tuanku Agong sedang berlawan untuk mendapatkan milleage membawa F1 kembali ke Malaysia. Siapa sebenarnya yang ada hubungan dengan Bahrain?
😱2
🀯2
Selamat Mengundi kepada Tentera, Polis dan sewaktunya. Kalian lebih tahu apa yang berlaku di dalam negara. Mengundilah dengan tenang dan rasional demi masa depan negeri yang lebih makmur!
πŸ”₯3❀1
πŸ‘Ž6πŸ‘3
Forwarded from Ekonomi Rakyat
Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi antara 23 hingga 25 daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan, sekali gus memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.
 
Terdahulu dalam PRN Johor, beliau turut meramalkan BN akan memenangi antara 45 hingga 50 kerusi sebelum gabungan itu akhirnya memenangi 48 kerusi, lapor The Edge.
πŸ‘3πŸ”₯2πŸ‘Ž1😱1
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀1
Kekecawaan di Peringkat Nasional, di bawa ke peringkat Negeri. Undi awal di negeri 9 di tutup petang tadi dengan pengundian melepasi 91%.

BN-PN dikatakan mendapat tempat di hati tentera dan polis di mana, Sabtu ini akan berlaku satu tsunami Melayu dan sedikit swing kaum cina di Negeri 9. Ini memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan bahawa kemungkinan ini adalah tempoh terakhir mereka di peringkat Nasional.

Walaubagaimanapun, hubungan BN-PN belum berjaya diterjemahkan secara rasmi tetapi tidak mustahil bahawa kedua parti orang Melayu yang besar ini bakal menerajui kepimpinan negara selepas ini. Kerajaan hari ini di anggap mengelirukan bukan sahaja dikalangan orang Melayu Islam tetapi juga bangsa bukan Melayu. Ini memberikan tamparan kerana mereka yang berada di dalam tampuk kepimpinan hari ini, tidak mempunyai pengalaman dan menjadikan proses kerajaan seperti sebuah syarikat.

Semoga ia membuka mata kepimpinan pada akan datang betapa pentingnya memastikan polisi yang di bawa lebih mesra dan meningkatkan ekonomi tempatan.

Dr. Basir Rahman,
Pemerhati Politik dan Pembelajaran Polisi Malaysia
πŸ‘6❀3πŸ‘1