Melayu (Official)
6.36K subscribers
1.41K photos
127 videos
15 files
744 links
β€œNew Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Pemimpin Utama DAP dan UMNO tidak hadir ke Kongres PKR? Apakah tandanya itu?
πŸ”₯1
Pemimpin utama DAP akan kekal dalam kerajaan sebab kelebihan yang mereka dapat. Akar umbi mereka tetap jadi macai. Tetapi peniaga-peniaga Cina yang lain juga ditekan dengan pelbagai cukai. Dulu semasa mereka pembangkang, bangsa cina ingat mereka boleh dapat lebih jika DAP menjadi kerajaan. Rupanya mereka juga di tipu. Yang dapat lebih adalah pemimpin mereka dan kroni sahaja.

Bangsa cina terus ditekan dengan cukai. Bangsa cina mula belajar bersyukur. Itu salah satu rahmat untuk mereka. Kalau bangsa Melayu susah mereka akan lagi susah. Kerana selama ini mereka menumpang kuasa bangsa Melayu untuk kaya. Sekarang mereka sedar bahawa idealogi DAP tidak lagi boleh menjayakan agenda mereka. Di dalam PH pun mereka bertelingkah dan perkauman di antara satu sama lain.

BN dan UMNO akan terus menjadi musuh dalam selimut untuk mereka. Dan akhirnya mereka akan terus kalah jika mereka kekal dalam kerajaan. Itu sebab mereka hendak undi keluar kerajaan. Rupanya bukan Melayu sahaja dilema. Cina juga dilema. Orang politik akan terus mencatur. Pepecahan besar akan berlaku selepas bulan September jika DAP kekal atau tidak kekal. Jadi mereka akan selamatkan diri mereka lebih awal tanpa fikirkan rakan PH yang lain.


Karim Hassan
Peguam
πŸ”₯3πŸ‘1πŸ‘Ž1
(DAP akan terus bersama PARTI yang mereka panggil SAKAU dan RASUAH sehingga habis. Tiada siapa yang sanggup hilang kuasa. Rakyat sila jalankan tanggungjawab anda!)

Perwakilan DAP memilih untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, dengan memahami realiti politik semasa yang memerlukan kerjasama antara parti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu difahami perwakilan ketika memberikan mandat kepada parti untuk kekal dalam kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/perwakilan-dap-terima-kerjasama-dengan-umno-sebagai-realiti-politik-loke
#AWANInews
😁4πŸ‘2❀1πŸ‘Ž1
πŸ‘4❀2
PKR hanya akan berjaya apabila menjauhi DAP sahaja. Bayangkan bagaimana rakyat tak pening, PKR bawa imej islam, kemudian DAP pula menentang. Jadi gabungan ini satu gabungan yang boleh merosakkan negara dan melahirkan kerisauan jangka masa panjang rakyat. Apabila PMX bertemu ajal kelak, siapakah yang mampu seperti beliau untuk mengawal DAP?

PKR hanya menguatkan DAP di dalam politik sahaja. Sebab itu orang Melayu menolak PH. Struktur DAP dan PKR sama sahaja. Jadi apabila mereka kuat, penyokong dan kepimpinan mereka akan terus menolak PKR. Jadi PKR tiada pilihan untuk mengikut telujuk mereka. Ingat DAP parti yang lebih lama dari PKR.

BN pula ada satu masalah dan semua tahu tentang masalah itu. Selesai masalah itu BN akan menang besar.

Fitri Jantan
Doktor Pakar
πŸ‘Ž6πŸ‘1πŸ”₯1🀯1
TNB apa cerita? Harga tak Madani langsung! πŸ˜‚
πŸ”₯5🀯3πŸ‘Ž2
Forwarded from Berita Harian Online
DAP gesa undang-undang khas jamin peruntukan sama rata semua Ahli Parlimen
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1603533/dap-gesa-undang-undang-khas-jamin-peruntukan-sama-rata-semua-ahli

KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi berdasarkan kecenderungan politik.
πŸ‘Ž6
DAP takut bila dia jadi pembangkang dia pun kena balik. Baik buat siap-siap! πŸ˜‚
πŸ‘Ž6😁4
Political Ego 😊
πŸ‘2πŸ”₯1
Apakah yang berlaku di Malaysia ini? Adakah kezaliman dan munafik sedang berleluasa?
πŸ‘Ž3πŸ”₯3
Apakah ada campur tangan politik?
πŸ‘Ž2πŸ”₯2
Orang politik asyik bermain politik tanpa sedar tekanan ke atas rakyat melalui reformasi semakin parah. Duduk di atas makan gaji melalui duit cukai rakyat mana faham tekanan tersebut πŸ˜‚
πŸ‘3πŸ”₯2
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ‘Ž3πŸ‘2
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯1
Presiden UMNO melalui fasa ujian sekali lagi apabila di tekan oleh rakan sekutu dari Kerajaan Perpaduan. PH kini lebih aggresif terhadap UMNO dan membuka semula kes-kes lama yang di sorok. PH kini juga mula mengerakkan jentera untuk memecahkan perpaduan dikalangan penyatuan BN-PN sebagai salah satu strategi memastikan kerusi-kerusi di kawasan Melayu terus menjadi milik mereka.

Ini bermakna hubungan Presiden UMNO dan Presiden PKR beradap di tahap yang membimbangkan dan boleh menyebabkan sokongan di tarik bila-bila masa. Ini diburukkan lagi dengan kenyataan-kenyataan balas yang lebih terbuka menunjukkan bahawa politik berada di tahap terendah di dalam negara dan bakal mempengaruhi ekonomi negara.


Prof Dr Khairul Anas Ibrahim
Penganalisa Ekonomi dan Politik serantau
πŸ”₯4