Melayu (Official)
6.35K subscribers
1.41K photos
127 videos
15 files
744 links
โ€œNew Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Bil Elektrik akan meningkat mendadak akibat dari kenaikan bahan api. Kerajaan sekali lagi gagal memastikan rakyat terus mendapat pembelaan. Dalam keadaan ekonomi yang di dumping oleh Syarikat luar dan Kapatalis menyebabkan semua dalam keadaan terkejut. Sesiapa yang mendekati kerajaan hari ini sudah pasti akan kalah dalam PRU.
1๐Ÿ‘Ž4๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ฑ3๐Ÿ˜1
Siapa salah dakwa. Biar ramai-ramai bekas PM masuk dalam. Lepas ni ada XPM pula ikut sekali. Negara nak hancur sudah sebab percaturan politik tua. Setiap hari orang meninggal sebab stress dan serangan jantung. Padan muka pengundi kata mereka ๐Ÿ˜…
๐Ÿ‘4๐Ÿ”ฅ2
KCJ Engineering tak kena tangkap ke?
Forwarded from Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya terlalu selesa dan bertolak ansur dengan kelemahan boleh menyebabkan sesebuah agensi, syarikat mahupun negara gagal mencapai kemajuan.

Beliau berkata, sikap menganggap kerugian berbilion ringgit sebagai perkara biasa tidak boleh diterima kerana ia mencerminkan kegagalan untuk bertindak terhadap kerosakan yang berlaku.

โ€œAda agensi dan syarikat rugi RM10 bilion, RM12 bilion, tetapi kita masih kata, โ€˜Okey, tidak ada apa-apa, biasa. Biasa apa? Biasa lingkup? Tidak boleh begitu. Ini budaya yang akan menyebabkan kita terus selesa dan rugi,โ€ katanya.

Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rugi-berbilion-masih-kata-tiada-apa-apa-tak-boleh--pm-anwar
#AWANInews
๐Ÿ‘2๐Ÿ˜1
๐Ÿ‘4๐Ÿ‘2
Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan kesal dengan tuduhan tidak berasas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaitkan dirinya dengan isu proses pengambilan pekerja asing.

Bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, beliau tidak pernah terlibat secara peribadi dalam pengambilan pekerja asing mahupun melibatkan mana-mana ahli keluarganya sepanjang memegang jawatan terbabit.

Beliau memaklumkan, nota Jemaah Menteri pada 13 April 2022 turut menjelaskan bahawa Menteri Sumber Manusia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pengambilan pekerja asing, selain pusat sehenti khas (OSC) membabitkan pelbagai kementerian akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing

Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saravanan-utus-surat-kepada-pmx-kesal-tuduhan-tidak-berasas-sprm
#AWANInews
๐Ÿ˜3
Tekanan ke atas BN dan UMNO diteruskan. Ia menunjukkan keretakan hubungan dan tikam menikam dikalangan pemimpin dari kerajaan semasa. Persepsi terus dimainkan.

Selagi belum didapati bersalah selagi itu kita tidak boleh menjatuhkan hukum. Cuma mereka yang di dakwa perlu berehat sebentar kemudian diberikan jawatan semula jika dapat membersihkan nama.
๐Ÿ‘6โค2
PMX panggil semua ulama untuk menasihati beliau dan meluahkan apa yang terpendam. Harap ada yang bagitau, jika kita hendak reform jangan sampai menzalimi orang.

Di atas ketika berkuasa tidak semua perkara yang kamu tahu apa berlaku di bawah. Apabila kamu hilang kuasa kamu akan sedar betapa jahil dan zalimnya kamu ketika ada kuasa
๐Ÿ˜5๐Ÿ‘Ž2๐Ÿ‘1
Bila orang gila bercakap tentang gaji tanpa memikirkan kos dan inflasi yang menekan. Mereka yang berkuasa ni elok p buat business sendiri baru dia ada akai!
๐Ÿ‘Ž5โค1
Forwarded from Ekonomi Rakyat
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya gaji minimum dinaikkan kepada RM3,100 sebagai keterlaluan dan tidak seimbang dengan keadaan ekonomi semasa.

Presiden FMM, Datuk Jacob Lee Chor Kok berkata, kenaikan sebanyak RM1,400 itu tidak boleh dilihat secara berasingan daripada pertumbuhan produktiviti, kemampuan perniagaan, inflasi, peluang pekerjaan dan kesannya terhadap keseluruhan struktur gaji.
๐Ÿ‘Ž5
Kedai-kedai kereta yang duduk di tanah di Wilayah Kuala Lumpur tiada siapa ke siasat pemilikannya? Rasuah di pejabat tanah sudah tentu lebih hebat.

Ahmad Pintu
Pemilik Tanah yang di rampas
๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ‘Ž2
Siapalah syarikat proxy yang diberikan untuk menguruskan MAHA 2026? Sangat teruk pengurusan logistik dan tidak mesra OKU. Itu belum sentuh bab kawasan solat yang tidak banyak dan jauh dari kawasan tumpuan. Pemimpin Amanah tak pantau ke?

Nampaknya kerajaan hari ni sudah merasakan bahang mereka dalam tempoh yang terakhir. Selamat bersara!


Jihan Kaya
Pengunjung tegar MAHA
๐Ÿ‘8๐Ÿ‘Ž3
Kerajaan Madani di thread banyak orang jual projek kerajaan. Tak kawal ke? Dapat projek besar lepas tu cari siapa boleh ambil. Lain mcm cara mereka award ๐Ÿ˜‚ Ni semua budak2 PH penyokong tegar ke baru belajar main projek?


Ismail Ceplos
Persatuan Kontraktor Tambun
๐Ÿ‘3๐Ÿ‘Ž2
Forwarded from Dr Ahmad Zahid Hamidi
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ—

Generasi terdahulu berjuang untuk memerdekakan tanah air. Generasi kita pula memikul amanah untuk mengisi kemerdekaan dan membawa Malaysia terus melangkah ke hadapan.

69 tahun lalu, kemerdekaan telah membuka lembaran baharu buat sebuah negara yang mahu menentukan sendiri masa depannya. Ia dibina dengan pengorbanan, keberanian dan kesatuan hati para pejuang terdahulu. Hari ini, amanah itu berada di tangan kita untuk memastikan Malaysia yang mereka perjuangkan terus aman dan makmur.

Dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian, kekuatan kita sentiasa terletak pada kemampuan untuk hidup bersama, saling menghormati dan meletakkan kepentingan tanah air mengatasi segala perbezaan. Kita mungkin berbeza bangsa, agama, budaya mahupun pandangan, tetapi kita terus berkongsi sebuah tanah air dan masa depan yang sama.

Justeru, marilah kita mengisi kemerdekaan ini dengan memperkukuh perpaduan serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera untuk diwariskan kepada anak cucu kita. Kemerdekaan yang diwarisi mesti terus dipelihara, kemajuan yang dikecapi mesti dinikmati dan masa depan negara perlu kita bina bersama.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

#HariKebangsaan2026
#HKHM2026
#KesejahteraanDinikmati

๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/18VBHsMuVA/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/Dcqv0MJyYBy/?igsi=MW14OGlpNWg4NzBmeA==

๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2094198572778758265?s=46

๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/share/_oit7OeOu/

๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ‘1
Forwarded from Najib Razak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
๐Ÿ”ฅ1
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
Hampir tujuh dasawarsa lalu, pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, fajar baharu menyingsing dari ufuk tanah air. Rakyat pelbagai kaum dan agama bergerak sederap dengan satu tekad untuk membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat, adil dan aman.

Pesan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:

โ€œMerdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan dikehendaki untuk mendapatkannya itu pengorbanan yang sebesar-besar pengorbanan.โ€

Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi pula mengungkapkan:

โ€œDi atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.โ€

Inilah amanat yang harus kita junjung. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi membina jiwa yang merdeka, menolak perkauman, rasuah, penindasan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

Kini giliran generasi kita menggalas amanah sejarah. Rapatkan saf, teguhkan muafakat dan satukan seluruh tenaga serta ikhtiar.

Kita punyai satu tanah air, kita warisi satu sejarah dan kita bertanggungjawab menjamin satu masa depan, Malaysia yang lebih tangkas, lebih gagah dan dihormati dunia.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
๐Ÿ‘4