Melayu (Official)
6.35K subscribers
1.41K photos
127 videos
15 files
744 links
“New Face, New Ideology, New Unity: Melayu Abad Baharu Dengan Peradaban Islam" BERSATULAH demi UMMAH! BERPRINSIP! BENAR!
Download Telegram
Masyarakat Sabah Sarawak di ajar untuk membenci kerajaan di persekutuan. Keadaan ini kerana mereka merasakan bahawa persekutuan menyebabkan rakyat mereka miskin. Mereka terlupa bagaimana pemimpin mereka telah merompak mereka dan mengambil jalan mudah menyalahkan persekutuan dalam banyak perkara.

Apabila tentera AS membina lapangan dan kemudahan tentera mereka di Balbac Filipina berhampiran Sabah, Kepimpinan politik Sabah Sarawak seharusnya menurunkan ego dan menjauhi apa-apa promosi politik negeri kerana untuk mereka di jajah dan di tekan oleh negara luar lebih tinggi. Ini kerana Sabah Sarawak masih memerlukan kekuatan tentera dan hubungan diplomasi Persekutuan yang sudah di bina berpuluh tahun.

Orang politik jika nak main politik, perlu melihat dalam skala yang besar iaitu ancaman luar berbanding melihat dari ancaman sesama kita. Ancaman luar lebih berbahaya dan kita harus bersatu dalam perkara ini. Kisah politik dalam bincanglah dalam keadaan kekeluargaan. Bersama menghadapi ancaman luar.


Zaul Basal
Pemerhati Politik dan Keamanan Asian
❤3👎1
Forwarded from Ekonomi Rakyat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pandangan Orang Miskin Malas Tidak Betul?

"Ini khurafat.... Dulu 3/4 daripada orang Melayu miskin. Kalau mereka tidak mahu berubah, sampai sekarang ini pun 3/4 daripada mereka miskin"

Video ini dirakam pada 1 Jun 2025
👍4
Di Parlimen Menteri KDN, ada elektrik orang kampung sampai 6 tahun tak bayar. Nak dekat PRU ni barulah nak mai bayarkan. Ini satu rumah yang mereka pilih. Mereka tidak tahu berapa ramai orang kampung dan rakyat kena potong tanpa ihsan. Berpolitik tak habis. Harap mereka ini semua hilang kuasa biar mereka sedar bahawa kuasa itu bukan hak milik mutlak. Ia adalah tanggungjawab dan amanah.

TNB untung banyak-banyak, naikkan nombor hanya nak milleage politik tunjuk dekat rakyat anda berjaya tadbir negara. Tetapi anda lupa kezaliman yang berlaku ke atas mereka yang di tindas. Mereka ini sudah tua mengerja kuasa sehingga mereka tidak mampu menjaga rakyat. Mereka sebenarnya penyakau sebenar!

Ahmad Kedah
Bekas Ahli Politik
👍1👎1👏1
Pengerusi sebuah GLC kerajaan di bawah KUSKOP iaitu UDA HOLDINGS adalah Pengerusi kepada 7 Eleven Malaysia di bawah BERJAYA GROUP.

Sebelum PMX naik sebagai PM, Farhash telah di lantik ke atas jawatan tersebut. Apakah BERJAYA GROUP sedang menyambut ketibaan YDPA dari negeri Perak lebih awal? Dikatakan bahawa beliau juga merupakan penasihat kepada Sultan Perak selain memegang jawatan YDP Majlis Agama Islam Perak.

Selain dari 7 Eleven, Berjaya GROUP juga adalah pemilik kepada Starbucks Malaysia dan juga Sports Toto Malaysia. Mohon ada ulama-ulama di Perak boleh menasihati YDP atau mengeluarkan fatwa berkenaan menerima pendapatan dari Syarikat begini. Terima kasih



Rahim Ahmad
Pesara Tentera Laut
❤4
👍2
Forwarded from Dr Ahmad Zahid Hamidi
#𝐏𝐀𝐔𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

Istimewanya Rumah Bangsa ini, ia bukan hanya dihuni oleh mereka yang telah lama menggalas perjuangan, tetapi turut mempunyai ruang buat generasi muda yang suatu hari nanti akan mewarisi amanah ini.

Saya sempat meluangkan masa bersama perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dan UMNO Siswa sebentar tadi. Seronok dapat berbual dan mendengar sendiri pandangan anak-anak muda yang sedang menimba ilmu serta membina pengalaman di dalam dan luar negara.

Pesan saya mudah.. teruskan menuntut ilmu, luaskan pengalaman dan jangan pernah putus hubungan dengan akar. Ke mana pun kalian pergi, bawalah pulang ilmu, pengalaman dan keyakinan itu untuk memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, parti dan negara.

Rumah Bangsa ini juga rumah kalian. Datanglah dengan idea, pulanglah dengan tekad dan suatu hari nanti sambunglah perjuangan ini dengan cara generasi kalian sendiri.

#PAU2026
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat

📱FB: https://www.facebook.com/share/1MFNCJKNig/?mibextid=wwXIfr

📱IG: https://www.instagram.com/p/DdGrdFqnwUR/?img_index=5&stkn=am0wbm95ems3ZHpx

📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2098004303810363803?s=46

📱Threads: https://www.threads.com/share/_s3s8Ceqp/

📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31

📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
👎4
Form over substance. Profit rate 1.5% sebulan lebih mahal dari riba. Kerajaan tidak kawal kah? Sebab itu islamic finance perlu kaji semula terma-terma agar ia selari dengan maksud Al Quran dan Hadis.

Pemimpin-pemimpin di atas itu mereka tidak faham masalah ummah di bawah. Mereka hanya tahu sebut sakau dan berebut kuasa. Sebab itu Al Quran ada menyebut, "Dan jika orang yang berhutang itu berada dalam kesusahan, maka berilah tempoh sehingga dia berada dalam kelapangan.”

Islam itu adil. Allah juga berfirman: “Kamu tidak menzalimi dan kamu tidak dizalimi" untuk menunjukkan bahawa konsep keadilan sebenar.

Berhenti ambil kapatalis atau banker sebagai penasihat kepada kepimpinan negara hanya kerana kamu ingin berkuasa.
👍2👎1
Bangsa India apabila ada Melayu panggil mereka Keling mereka akan marah walaupun orang lama-lama dulu panggil keling disebabkan kawasan bernama kalinga yang mempunyai hubungan perdagangan dan kebudayaan luas dengan kepulauan Melayu. Mereka marah kerana mereka tidak tahu kisah Keling tetapi menganggap Keling itu sebagai kasta atau penghinaan. Ada yang sampai bergaduh dan nak saman.

Tetapi Bangsa Melayu pula kadang-kadang di gelar Belacan oleh mereka. Masalahnya bangsa Melayu tidak sedikit pun melenting kerana belacan tiada maksud apa-apa kepada bangsa kecuali makanan kegemaran orang Melayu. Cuma apabila mereka meletakkan busuk itulah menyebabkan bangsa Melayu marah kerana busuk itu seperti menghina dan mempunyai niat jahat.

Oleh itu pentingnya kita mempunyai ilmu pengetahuan dan sejarah asal usul sesuatu bahasa atau bangsa sebelum kita berkata sesuatu. Sebab itu, ketika zaman dahulu orang-orang asing sangat suka datang ke tanah Melayu kerana adat dan adab serta layanan mereka ke atas tetamu. Ia menjadi teruk kerana apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan tamak apabila duduk di tanah Melayu ini kerana melihat rahmat, keamanan dan kekayaan yang Allah swt anugerahkan kepada mereka. Orang Melayu menjaga dan mentadbir tanah ini dengan baik. Disebabkan itu, mereka mula ingin menjajah dan apabila generasi ke generasi tidak faham sejarah, mereka melihat bahawa kekayaan yang mereka ada sekarang adalah kerana usaha mereka sendiri sedangkan mereka terlupa bahawa kekayaan itu adalah di atas toleransi dan kesempatan yang di ambil ke atas bangsa Melayu.

Raja-raja Melayu juga harus sedar tanpa orang Melayu mereka tidak mungkin menjadi raja. Jadi mereka harus menjadi benteng utama dan menghormati bangsa Melayu kerana bangsa Melayu sahaja yang masih menjunjung institusi tersebut walaupun mereka kini sudah berilmu dan berpelajaran. Jangan terlalu alpa di jajah mereka atau di layan dengan kemewahan dunia oleh mereka. Itu semua tiket untuk mereka menghancurkan dan menawan orang Melayu dari dalam. Hati-hati semua pemimpin ketika menzalimi bangsa Melayu kerana apabila mereka bangkit segala kuasa kalian juga akan hilang dan tinggal sejarah.

Usahlah terpengaruh dengan pelbagai label ke atas bangsa Melayu sedangkan anda harus bersyukur kerana dna bangsa Melayu sangat istimewa apabila mereka mempunyai agama.


Ahmad Basri
Melayu kampung
❤9👎1
👏5👎3
Forwarded from Ekonomi Rakyat
Kerajaan bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak ditambah, sekali gus meningkatkan nisbah perwakilan kedua-dua negeri berbanding jumlah ketika ini dan ketika ini, Sabah mempunyai 25 kerusi, manakala Sarawak 31 daripada 222 kerusi Parlimen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penambahan kerusi itu akan ditentukan oleh SPR dan tidak boleh menjejaskan prinsip nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi.
👍2👎2❤1
Dengan peningkatan kerusi kepada Sabah Sarawak, maka PH dijangka boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan PN dan BN selepas PRU 16 jika mereka mampu menawan kembali semua kerusi yang telah dimenangi sebelum ini. Sabah dan Sarawak dijangka menjadi penentu dan akan terus menuntut MA63 dilaksanakan di mana jika dilaksanakan sepenuhnya akan memberi impak kepada kewangan negara selain perubahan dan tekanan kuasa di pusat.
👍3👎2
Media-media pro Madani semakin aktif mengerakkan propaganda dan strategi untuk memecahkan hubungan BN-PN dengan pelbagai tuduhan diberikan. Mereka tahu gabungan ini bakal menghilangkan mereka banyak kerusi dan swing sokongan bangsa Cina dan India juga membolehkan gabungan ini mendapat majoriti besar pada PRU 16. Tetapi adakah kepimpinan UMNO berani dalam membuat langkah ini selepas melihat tekanan undang-undang kepada pemimpin mereka?

Kita tunggu selepas PAU ini...
👏4👎1
Menteri Luar Negeri tidak di jemput di BRICS? Tanda hubungan semakin retak!

Ali Hassan
Bekas Kementerian Luar
👍5🔥2
PMX harus belajar mengingati jasa UMNO yang memberikan laluan kepada beliau menjadi PM ke 10. Jika sudah bagi peluang jangan la menikam dalam senyap. Mungkin bukan beliau yang menikam, tetapi anak-anak buah mereka perlu di jaga tingkah lakunya. Mereka melakukan kerosakkan tetapi PMX pula sanggup menjadi pertahanan kepada mereka.

Dunia hari ini berbeza. Maklumat di hujung jari. Orang dikalangan kamu itu kebanyakkan tidak berpengalaman. Mereka bercakap di luar, mereka menunjukkan kekayaan mereka kepada semua. Mereka dulu tiada apa-apa tetapi sejak berpangkat ini mereka luar biasa. Kemudian mereka menggunakan PMX untuk menjadi perisai mereka.

Ajar mereka adab dahulu. Mereka merasakan apabila berkuasa semua yang ada di bawah ini bodoh. Mereka katakan kami ini termakan dengan sentimen dan naratif. Tetapi agak pelik yang mereka gelar bodoh ini hanya Orang Melayu sahaja. Sebab itu carilah ceplos yang bijak. Bukan ceplos yang seperti copy paste cubertrooper di zaman UMNO lupa diri. Kini terbalik, UMNO sudah menginsafi tetapi mereka pula yang mengambil perangai UMNO lama.

UMNO perlu akui kelemahan dan mereka belajar serta telah di hukum. Rakyat tidak bodoh. Orang Melayu islam tidak bodoh. Mereka lebih bijak dari orang politik. Cuma mereka tidak pilih jalan itu dalam kehidupan mereka. Jadi nasihatkan ceplos kamu jangan melampau dalam berpropaganda. Mereka tidak faham kesan kepada bangsa dan negara. Mereka hanya tahu, kuasa ini menyeronokkan.

Rakyat semakin matang dalam politik. Terutama orang Melayu. Kamu lihat sahaja cara mereka, apabila bangsa lain mengaut kekayaan negara mereka tenang dan memerhati. Apabila mereka bangkit hati-hati dengan apa yang mereka pendam. Bangsa lain pula, apabila mereka tidak puas hati, mereka akan berarak di jalanan, mereka akan bercakap bukan-bukan, menggunakan apa sahaja hubungan luar untuk tumbangkan kerajaan.

Tetapi itu dulu. Mungkin rakyat terpengaruh sedikit sebanyak. Tetapi kini rakyat lebih matang. Rakyat tidak bodoh. Jadi berhentilah membodohkan rakyat. Muhasabah diri. Jangan sombong. Nasihatkan ceplos dan pemuda kalian, negara ini milik orang melayu. Kemudian cina, kemudian india.

Kita boleh berkongsi kemakmuran dan kebahagian. Tetapi jangan sekali-sekali menjolok sarang tebuan. Jangan pula kejutkan harimau yang sedang tidur. Rakyat suka apabila kamu membuat membersihkan dan bawa negara ke arah betul. Tapi rakyat benci apabila kamu menekan dan membohongi rakyat. Bertambah benci apabila ceplos kamu berpolitik sehingga tidak selari dengan cara yang kamu bawa.

Berhenti menunjukkan sifat-sifat munafik. Rakyat tidak bodoh. Orang Melayu ada kitab untuk di rujuk. Orang cina ada jaringan untuk di rujuk. Orang India juga ada mata-mata untuk melihat. Jadi rakyat tidak bodoh. Mereka tahu siapa yang mereka akan undi nanti.


Fitri Mohd
Jiwa yang merdeka
👍6👎2
Tahniah di atas konsistensi Malaysia yang membuat keputusan untuk melawan kezaliman terutama di Palestin dengan bersuara secara konsisten di BRICS. Walaupun ada perbezaan politik di tanah air, kita tidak boleh nafikan kematangan kita memuji usaha Malaysia yang diterajui oleh PMX di luar negara.

Itu yang menyebabkan anda masih lagi menjadi PM. Next term kami tak pasti lagi. 🫡 Slay...

Harris John
Gen Z.
😁3👍1👎1