PDRMsia_Official
11K subscribers
57.8K photos
3.31K videos
2 files
21.3K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM INSPEKTOR SYAH LOKMAN LUDZA RAMLI

Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Seri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli.

Allahyarham, berusia 50 tahun, merupakan Pegawai Cawangan Pelesenan, Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan Pahang. Allahyarham dilaporkan terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Felcra Paloh Hinai, Pekan.

Semoga roh Allahyarham Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28052026

https://www.facebook.com/share/p/1DeeELSmoi/
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 28 Mei 2026 (Khamis).

Sebanyak 1,497 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 17 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 272 kes kemalangan dan penurunan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1410889484404601&id=100064506887551
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] TEMBAKAN DI PATTANI: KAWALAN SEMPADAN NEGARA DIPERKETAT

Kota Bharu, 29 Mei 2026 - Kawalan keselamatan di sempadan negara dipertingkatkan susulan insiden tembakan di Pattani, Thailand sehingga mengorbankan isteri seorang anggota polis negara itu, Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian tersebut disifatkan sebagai kes terpencil dan setakat ini, tiada sebarang maklumat menunjukkan wujud ancaman terhadap keselamatan di Kelantan.

"Kawalan sempadan seperti biasa, kami sentiasa berkawal dan berwaspada 24 jam," katanya ketika ditemui sempena Majlis Ibadah Korban Jama'ie anjuran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di Panji di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Media Thailand melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, empat lelaki bersenjata memakai pakaian wanita dan bertudung melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta milik Police Senior Sergeant Major Adul Hayeesulong, 38 tahun, bersama keluarganya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1410961151064101&id=100064506887551
KERATAN AKHBAR PILIHAN: UJIAN KESIHATAN SYARAT WARGA EMAS PERBAHARUI LESEN MEMANDU WAJAR

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 - Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan pembaharuan lesen kepada memandu bermula pada usia 70 tahun, dilihat mempunyai justifikasi munasabah dan wajar dipertimbangkan di negara ini, khususnya dalam konteks meningkatkan keselamatan jalan raya.

Pakar keselamatan jalan raya dan kesihatan berpandangan peningkatan jangka hayat serta pertumbuhan populasi warga emas di negara ini mendorong lebih ramai orang terus memandu pada usia lanjut, sekali gus menuntut pendekatan lebih sistematik dalam menilai tahap kecergasan pemandu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Law Teik Huan mengakui faktor kesihatan boleh memberi kesan langsung terhadap keupayaan seseorang mengendalikan kenderaan dengan selamat.

"Meskipun ramai individu berusia 70 tahun ke atas masih aktif, sihat dan mempunyai rekod pemanduan yang baik, pendekatan terbaik ialah saringan berdasarkan tahap fungsi kesihatan dan risiko individu, bukannya umur semata-mata.

"Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengenal pasti masalah yang mungkin menjejaskan pemanduan sebelum berlaku kemalangan serius," katanya kepada Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1411008597726023&id=100064506887551
LIVE: MAJLIS KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Kini sedang berlangsungnya Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraaan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat” disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Turut hadir, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1411054071054809&id=100064506887551
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1411104301049786&id=100064506887551
BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIRI KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengimarahkan Masjid Negara tengah hari tadi bagi Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kepimpinan Pasukan yang diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendengar khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat” yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Antara inti pati khutbah termasuk penekanan terhadap kepentingan perpaduan, kepercayaan serta hubungan erat antara rakyat dan kepimpinan dalam memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

Umat Islam juga diseru agar memperkukuh ketakwaan kepada Allah SWT, memelihara adab terhadap kepimpinan serta menghargai institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung agama dan simbol perpaduan rakyat di negara ini.

Majlis berlangsung dalam suasana tertib dan penuh penghayatan, selaras dengan objektif penganjuran bagi menyemarakkan rasa syukur serta kecintaan kepada institusi diraja dan negara.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

https://www.facebook.com/share/p/17yENhKSFE/
IBADAH KORBAN PERKUKUH UKHUWAH PDRM DAN MASYARAKAT

Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – Semangat kebersamaan dan nilai keprihatinan terus diperkasa menerusi penganjuran Majlis Ibadah Korban oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, di sini, petang tadi.

Program tahunan tersebut bukan sahaja mengimarahkan syiar Islam, malah menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat melalui penglibatan aktif warga IPD Dang Wangi bersama ahli keluarga serta penduduk sekitar.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail yang telah disambut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur (KL), CP Dato' Fadil Hj. Marsus bersama-sama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Hj. Adam.

Sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan, Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid turut menyampaikan sumbangan serta mengagihkan daging korban kepada pelajar tahfiz dari Pusat Quran Darul Ittifaqiyah Dato Keramat serta tetamu yang diraikan.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, Pengarah SMS Deen Jewellers, Datuk Hj. Mohamed Sirajudeen Mohamed Salahuden, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan dan penceramah jemputan, Ustaz Sabran Jamil Abd. Razak.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

https://www.facebook.com/share/p/18gopEfR3K/?mibextid=wwXIfr
VIDEO PILIHAN: MAJLIS KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia menghadiri Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat” yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman menekankan kepentingan perpaduan, kepercayaan dan hubungan erat antara rakyat serta kepimpinan dalam memelihara kesejahteraan negara.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxp4Nuav/

Sumber TikTok: PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1411376924355857&id=100064506887551
VIDEO PILIHAN: KPN SERIKAN MAJLIS IBADAH KORBAN IPD DANG WANGI

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir menyerikan Majlis Ibadah Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Program anjuran IPD itu sendiri berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu menjadi platform dalam memperkukuh ukhuwah serta hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia dan masyarakat setempat.

Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid turut menyampaikan sumbangan serta mengagihkan daging korban kepada pelajar tahfiz dari Pusat Quran Darul Ittifaqiyah Dato Keramat dan para tetamu yang diraikan sebagai tanda keprihatinan serta semangat kebersamaan.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSxpquoQ2/

Sumber TikTok: PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1411390534354496&id=100064506887551