CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.2K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Audio
Audio from Azmie aka πŸ†ŽοΈ
πŸ‘375❀35πŸ‘29
Salam dan slmt pg shbt Pencarum seluruh Malaysia,sy terima byk msg bertanyakan ttg isu "Penjualan Aset KWSP adakah utk Pengeluaran KWSP?"

Utk makluman Penjualan Aset KWSP yg menjadi VIRAL xde kena mengena dgn Tuntutan Pengeluaran Kecemasan KWSP! Penjualan Pegangan Aset (saham) tersebut adalah kerana PULANGANNYA tidak MEMUASKAN dan juga mengurangkan pelaburan Equity kerana ekonomi skg TIDAK STABIL dan berisiko tinggi!..

Justeru jika Tuntutan Pengeluaran Kecemasan KWSP 2.0 Bersasar DILULUSKAN Pihak KWSP xperlu MENJUALKAN ASETNYA utk tujuan Pengeluaran Kecemasan,KWSP mempunyai cukup CASH FLOW berbillion2 LEMONπŸ‹πŸ‹πŸ‹

"KURANGKAN KONTROVESI TINGKATKAN DESAKKAN"🀭🀭

Sekian, harap maklum

#bantahkwspbercagar
#pengelurankecemasan
#kwspbersasar
πŸ‘514❀28πŸ‘20πŸ”₯9πŸ‘Œ7πŸ•Š1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Inilah yg dinyatakan oleh YB Dato Mas Ermiyatie ttg rakyat jual kasut utk dptkan RM200 bg persekolahan ank!..
😒423πŸ‘44❀15πŸ‘7😱4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TL6QatV2Z6apDP1XPFhqiJPtDB4kjudysfcFYZK14SdKwUyMVc8fyJjDGT1Yszcbl&id=1294943213864342&mibextid=Nif5ozπŸ‘‡πŸ‘‡

Fb sifu fit...
Gurau senda memperlekehkan pencarum nak menuntut pengeluaran ...mana pergi empathy mereka ni semua yer,nak letak sepatah Dua kata silakan..
❀‍πŸ”₯83πŸ”₯59🀨21πŸ‘11😒5❀2😱2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan putus2 doa kita semua ingin minta sesuatu dari Allah
πŸ‘387❀106πŸ₯°10😒8πŸ‘1
Kenyataan sgt biadap dr seorg PM! Angkuh dan sombong dan lupa rkyt yg miskin inilah yg angkat kamu (sy tidak maaf) Jgn la fitnah dan hina rkyt miskin spt bangsat kerana sggp ambil upah buat kucar kacir utk jatuhkan kamu!..

Xpe kamu tggu kebangkitan rakyat LANGKAH ISTANA,bkn nk jatuhkan kamu tp rkyt mahu tuntut hak mrk demi kelangsungan hidup!!πŸ€¬πŸ€¬πŸ’£πŸ’£πŸ’₯πŸ’₯
πŸ”₯702πŸ‘176😒66❀‍πŸ”₯23❀8πŸ‘4😱1πŸ₯΄1🀣1
Sy perhatikan ada segelintir pencarum yg terdesak bersetuju wang kwsp dicagarkan bg menyelesaikan mslh yg dihadapi. Ada di antara mrk sggp ke bank bertanya utk memohon!

Persoalan sy adakah segelintir mrk ini bersih dr senarai hitam bank?

P/S Pesanan sy buat shbt pencarum,terdesak mcm mana sekali pun jgn sesekali meminjam dgn Ah Long kerana ia akn menjerat dan memberi byk mslh yg kita sendiri x sedar..
😒387πŸ‘159πŸ’―23😱13❀7πŸ™7🀨4πŸ₯΄3⚑2πŸ”₯1
Saya boleh popular dan benarkan pengeluaran KWSP, tetapi...

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi memastikan dana pelaburan negara tidak terjejas.

"Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?

"Sebab itu kita cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan…semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan buat julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Anwar, berkata tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur oleh KWSP.

Katanya, pemberian RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.

"Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai RM10,000 ke bawah… ia akan memberi manafat, walaupun bukan hari ini, tapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.

"Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar," katanya.

Sementara itu, pada sesi soal jawab berkenaan, Anwar berkata Monopoli Touch 'n Go mungkin akan ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Katanya, Touch 'n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.

Menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk membongkar Touch 'n Go, Anwar berkata: "saya rasa anda betul."

"Kita akan menimbangkannya semula," katanya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang untuk bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pemerkasaan belia.

Sebaik saja program itu bermula, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.

Katanya, kerajaan memberi jaminan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecah belahkan masyarakat.

"Untuk anak-anak muda, kita anjurkan permikiran terbuka dan kritis, bukan nak latih orang nak jadi pentaksub.

"Negara boleh rosak kalau kita jadi pengikut bebal yang tidak boleh berfikir, hanya tunduk kepada arahan," katanya.

Terdahulu, program yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson turut menampilkan Kumpulan rock Bunkface yang mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani.
- BH
πŸ”₯271πŸ‘61πŸ₯΄41πŸ’”20🀣18πŸ€”13🀨8❀3😁1😱1πŸ‘Œ1
❀145πŸ‘62