CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Terima kasih atas cadangan itu.

Untuk makluman, PGIRM BUKAN baru semalam diwujudkan. PGIRM sudah bertahun menjadi saluran rasmi pencarum, menghantar memorandum ke Parlimen, PMO, Istana Negara, MOF, KWSP, malah berhubung terus dengan PAC lengkap dengan rekod dan dokumen rasmi.

Cadangan untuk “tubuh persatuan baharu” hanya akan mecah-belahkan suara pencarum dan melemahkan perjuangan yang sudah berjalan dengan teratur, sah dan terbukti.

Realitinya:
Kita tidak perlukan 10 persatuan. Kita perlukan 1 suara yang kukuh dan dihormati, dan itu sudah pun ada PGIRM.

Kami menghargai setiap pandangan, tetapi PGIRM tidak akan benarkan perjuangan pencarum terheret kepada percubaan rawak yang tidak membawa kekuatan.

Misi kami jelas:
Kekalkan tekanan, kekalkan integriti, dan pastikan suara ratusan ribu pencarum sampai ke meja pembuat dasar tanpa kompromi.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
🔥39❤9😢2
Assalamualaikum dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.

Sejak petang semalam, saya terus terima mesej:
“Jika PRN Sabah berubah, ada peluang pengeluaran ke?”
“Jika kerajaan lain naik, bolehkah masalah kami selesai?”

Shbt-shbt… sampai bila nasib keluarga kita nak digantung pada keputusan politik? Dah hampir 5 tahun pencarum menunggu.
Kerajaan bertukar, gabungan berubah… tapi kesusahan tetap sama.

Hari ini GRS membentuk kerajaan.
Sebelum ini GRS, UMNO, PH bersama.
Sekarang tidak lagi. Esok mungkin berubah lagi.
Tapi bil tetap datang, bank tetap kejar tunggakan, poket anak tetap kosong.

Jujurnya: Tidak berubah.
Sebab itu saya kena menegur:
Jika kita terus berharap keputusan pilihan raya sebagai penyelamat, kita akan terus jadi mangsa — bukan penerima hak.

Politik ada kuasa mereka.
Pencarum ada perut keluarga yang perlu diselamatkan hari ini.
Dua dunia yang jarang bertemu.

PGIRM tak tunggu PRU, tak tunggu PRN, tak tunggu siapa naik atau jatuh.
PGIRM tekan kerajaan siapa pun memerintah. Amanah saya cuma satu: membawa suara ratusan ribu pencarum yang makin terhimpit.

Kita bukan alat politik.
Kita bukan tunggul menunggu keputusan orang lain.
Kita rakyat yang menuntut hak. Politik boleh berubah setiap tahun, tapi perut anak kita tak boleh tunggu walau sehari.

Sekian,terima kasih.
👍62🔥5😢5❤1
📣 PGIRM: Memperkenalkan Akaun Khusus Pencarum (AKP)

Salam dan selamat sejahtera kepada sahabat pencarum seluruh Malaysia!

Kami terima banyak cadangan daripada pencarum tentang nama “BERSASAR” yang kadang-kadang membingungkan. Untuk itu, PGIRM ingin memaklumkan bahawa kami bercadang menukar nama BERSASAR kepada AKP (Akaun Khusus Pencarum).

Kenapa kami ingin tukar nama?

1. Lebih mudah difahami – “AKP” lebih jelas menunjukkan akaun ini khusus untuk pencarum.

2. Lebih praktikal – Nama baru ini lebih senang digunakan dalam komunikasi rasmi dan harian.

3. Lebih mesra pencarum – Pencarum boleh terus faham bahawa akaun ini adalah untuk melindungi simpanan mereka, bukan akaun kecemasan.

Apa maksud AKP?

AKP adalah akaun khas untuk pencarum yang memerlukan perhatian dan perlindungan simpanan.

Ia membantu memastikan simpanan anda selamat, telus, dan adil untuk semua pencarum.

PGIRM mahu semua pencarum faham dengan jelas: AKP bukan akaun kecemasan. Ia adalah cara untuk pastikan simpanan anda sentiasa terjaga.

👉Pesan PGIRM: Fahamkan dulu mekanisme AKP sebelum buat sebarang keputusan pengeluaran.

PGIRM – Suara Pencarum, Suara Rakyat

Sekian,harap maklum.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
🤝55❤14👍5😢1
SAKSIKAN INFO PPIM TERKINI. PANAS DARI CAMBODIA.
DISIKSA DENGAN RENJATAN ELEKTRIK DAN DIUGUT BUNUH.
BAHAYA TAWARAN KERJA “MEWAH” DARI IMPIAN KE MIMPI NGERI. LEBIH 800 ORANG MASIH TERPERANGKAP DIBELENGGU SIKSAAN MENJADI SCAMMER.
.
Saksikan Pengalaman Sebenar dari Pengadu.
JAM 1.30 PETANG INI (RABU 3 DIS.)
.
Topic: SIDANG AKHBAR PENGAKUAN MANGSA DISIKSA RENJATAN ELEKTRIK DI CAMBODIA
Time: Dec 3, 2025 01:15 PM Kuala Lumpur
Join Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/89022190808?pwd=FATHuOHM9lc2t1HiyOrAeNoTsrGsMd.1

https://us06web.zoom.us/launch/edl?muid=db78609d-ae5d-4d50-b68b-5305f8e998d7

Meeting ID: 890 2219 0808
Passcode: 812227
❤11
KENYATAAN MEDIA PGIRM

PGIRM: Istilah “Pengeluaran Bersasar” Wajar Diganti Dengan AKP Demi Kefahaman dan Keyakinan Pencarum

Tarikh: 03 Dec 2025
Kuala Lumpur

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mencadangkan supaya istilah “pengeluaran bersasar” diganti dengan penjenamaan komunikasi yang lebih jelas, iaitu Akaun Khusus Pencarum (AKP). Cadangan ini bertujuan membantu ratusan ribu pencarum memahami mekanisme pengeluaran dari Akaun 1 ke akaun fleksibel yang disasarkan hanya kepada mereka yang benar-benar terdesak, sambil mengekalkan perlindungan simpanan jangka panjang.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, menegaskan bahawa cadangan ini bukan pengumuman dasar atau perubahan sistem KWSP, tetapi satu inisiatif komunikasi untuk menjelaskan istilah yang sering mengelirukan pencarum.

“Pencarum sering keliru dengan istilah ‘pengeluaran bersasar’ yang digunakan oleh kerajaan dalam pelbagai dasar dan bantuan. Penjenamaan semula kepada AKP memperjelas bahawa pengeluaran hanya disasarkan kepada pencarum yang benar-benar memerlukan, sambil mengekalkan perlindungan simpanan,” kata beliau.

PGIRM menekankan lima kelebihan utama cadangan AKP:

1. Istilah lebih tepat dan jelas

AKP membezakan pengeluaran bagi pencarum terdesak daripada penggunaan istilah “bersasar” yang terlalu umum dalam pelbagai dasar kerajaan.

2. Fokus kepada perlindungan simpanan jangka panjang

Nama AKP menegaskan bahawa simpanan pencarum kekal terlindung dan terus berkembang.

3. Mengembalikan keyakinan pencarum

Istilah yang jelas membantu pencarum memahami kelayakan, mekanisme, dan hak mereka, mengurangkan kekeliruan dan salah faham.

4. Selari dengan realiti pencarum yang terkesan

Golongan yang tiada caruman aktif, hilang pekerjaan, atau berdepan kesukaran ekonomi mendapat panduan yang lebih mudah difahami.

5. Memudahkan penerangan dan pendidikan pencarum

Penjenamaan jelas membolehkan PGIRM memberikan penerangan dan pendidikan yang konsisten dan tepat.

PGIRM menegaskan bahawa cadangan AKP ini adalah hasil maklum balas pencarum sendiri dan pemerhatian terhadap kekeliruan istilah sedia ada.

“PGIRM komited untuk memperjuangkan hak pencarum melalui komunikasi yang jelas dan tidak mengelirukan. Kami menegaskan bahawa AKP hanyalah cadangan penjenamaan istilah bagi tujuan kefahaman, bukan dasar baharu,” kata Azmi.

PGIRM bersedia membentangkan cadangan ini kepada pihak berkaitan sekiranya diperlukan, bagi memastikan mesej sampai kepada pencarum dengan jelas, telus dan tepat.

PGIRM – Suara Pencarum, Suara Rakyat

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❤34😢7🔥3
🔥“STATISTIK CANTIK DI ATAS KERTAS, HIDUP RAKYAT MAKIN SEMPIT – PGIRM TEGUR KENYATAAN ‘SEMUA KUMPULAN NAIK PENDAPATAN"🔥

PGIRM mengambil maklum kenyataan seorang Senator pada 3 Disember 2025 yang mendakwa pendapatan B40, M40 dan T20 semuanya naik.

Tapi kami perlu jelaskan satu perkara penting:

STATISTIK naik tidak sama dengan hidup rakyat semakin senang.

Di bawah, rakyat dari ratusan ribu pencarum yang kami bantu sejak 2021 masih beritahu perkara sama— hidup makin sempit, bukan makin senang.

Berikut penjelasan mudah yang masyarakat bawahan perlu faham:

🔎 1. Statistik naik bukan bermaksud semua orang hidup lebih baik

Selalu yang naik cuma purata atau median —
bila segelintir naik gaji tinggi, statistik terus kelihatan cantik.
Tapi ribuan lagi gaji tetap, bahkan ada yang jatuh.

Contoh mudah:
9 orang gaji RM2,000, seorang naik ke RM20,000 → statistik naik.
Tapi hidup 9 orang masih sama, masih susah.

🔎 2. Ramai hilang pendapatan… tapi tidak masuk laporan

Di bawah statistik, ada rakyat yang:

hilang kerja

pendapatan tidak tetap

kerja sambilan ikut nasib

peniaga mikro yang tidak mencukupi

dan pesakit kritikal yang tidak mampu bekerja langsung

Golongan inilah yang paling sengsara.
Tapi mereka tidak termasuk sebagai ‘pendapatan isi rumah naik’.

🔎 3. Kos sara hidup naik lebih laju daripada gaji

Inilah realiti yang kami dengar setiap hari:

barang dapur naik

sewa naik

pengangkutan naik

bil naik

komitmen bank makin ketat

B40 dan M40 sekarang bukan lagi bercakap tentang “keselesaan”—
mereka cuma nak teruskan hidup hari ke hari.

🔎 4. Ratusan ribu pencarum terus terhimpit walaupun statistik nampak positif

Sejak 2021, keluhan rakyat tetap sama:

pendapatan tidak cukup

tiada simpanan kecemasan

caruman KWSP rendah atau langsung tiada

masih menanggung kesan pasca pandemik

hidup 4–5 tahun dalam tekanan tanpa perubahan dasar besar

Statistik tidak menyelamatkan mereka.
Dasar yang realistik yang selamatkan.

🔎 5. PGIRM mohon kerajaan tampil beri penjelasan rasmi

PGIRM dengan hormat menyeru kerajaan:

1.Jelaskan secara terbuka bagaimana statistik pendapatan dikira.

2.Nyatakan berapa ramai rakyat sebenarnya hilang pendapatan sejak 2020.

3.Nyatakan berapa ramai yang masih berada pada gaji statik 4–6 tahun.

4.Jelaskan kenapa statistik naik, tapi hidup rakyat menurun.

Kami menegur bukan kerana mahu politikan isu—
tapi kerana realiti hidup rakyat lebih penting daripada angka di kertas.

PGIRM akan terus bersuara demi ratusan ribu pencarum yang masih terhimpit hari ini.

Sekian,terima kasih.

Lampiran:

https://www.kosmo.com.my/2025/12/03/pendapatan-isi-rumah-b40-m40-t20-semuanya-naik/
😢25❤6🔥5😱3
Perkembangan Terkini..

Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Untuk makluman sejak Borang Tinjauan Khas PGIRM dilancarkan pd 11 Nov 2025 sehingga hari ini 04 Dec 2025 jumlah pencarum yg MENGISI seramai 7,141 masih tidak mencapai sasaran dan utk makluman shbt pencarum pertemuan PGIRM dengan PAC,MOF dan KEMENTERIAN EKONOMI semakin hampir tetapi pihak kami masih tidak dapat jumlah yg memberangsangkan utk dibentang diatas MEJA semasa sesi perjumpaan nnt. Justeru sy mohon shbt pencarum dpt war2kan link ini👇👇kpd kenalan2 yg TERDEKAT

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
😢21❤2
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Tajuk:
PGIRM Memantau ART 2025 Secara Profesional, Fokus Kepada Kepentingan Rakyat

Tarikh: 04 Dec 2025
Kuala Lumpur

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum bahawa Perjanjian Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) telah ditandatangani semasa ASEAN Summit, namun berdasarkan klausa perjanjian, ART hanya akan berkuat kuasa 60 hari selepas kedua-dua negara menyelesaikan prosedur domestik masing-masing.

PGIRM menegaskan bahawa pendekatan organisasi ini adalah memantau secara profesional dan advokasi konstruktif, fokus kepada:

Pemantauan impak terhadap rakyat & pencarum — pekerjaan, kos sara hidup, sektor PKS, pertanian, dan industri sensitif.

Ketelusan & akses maklumat — teks penuh ART dan implikasi perlu jelas supaya rakyat memahami hak dan risiko mereka.

Perlindungan kedaulatan & hak rakyat — termasuk klausa yang membenarkan Malaysia menamatkan perjanjian jika perlu.

Dialog bersama masyarakat sivil — suara NGO, pekerja, pengguna, dan pihak berkepentingan lain perlu diambil kira sebelum perjanjian berkuat kuasa.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata:

“Tempoh 60 hari sebelum ART berkuat kuasa adalah peluang kritikal untuk memastikan kepentingan rakyat dan pencarum diutamakan. PGIRM akan terus memantau, memberi cadangan konstruktif, dan menyeru ketelusan penuh dalam pelaksanaan ART.”

PGIRM menegaskan bahawa kenyataan ini adalah advokasi profesional dan konstruktif, selaras dengan mandat organisasi, bagi memastikan rakyat mendapat maklumat lengkap dan perlindungan sewajarnya.

PGIRM – Suara Pencarum, Suara Rakyat

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

https://www.mediatelus.com//detail/12905
❤24😢4🔥2
Saya terima makluman bahawa LIVE PGIRM sebelum ini dikatakan tidak ada ‘aura’, tidak menarik, dan tidak ramai pencarum yang masuk.

Hari ini saya nak tanya terus, tanpa selindung:

Benarkah? Atau sebenarnya ramai pencarum sudah terlalu penat menunggu jawapan kerajaan sampai hilang semangat?

Saya baca semua keluhan yang masuk —
Ada yang hilang kerja, ada yang dah lama tak ada caruman, ada yang tertekan nak bayar keperluan asas.
Ramai yang sedang bergelut… tapi bila kita buka LIVE untuk bincang perjuangan ini, ramai diam.

Tuan/Puan, saya cakap terus terang —
Perjuangan ini bukan perjuangan saya seorang.
Ini perjuangan ratusan ribu pencarum yang sedang menunggu kelegaan hidup yang tak kunjung tiba.

Sebab itu saya mahu jawapan jujur daripada anda semua:

👉 Apa sebenarnya yang anda mahu kami perbaiki supaya LIVE PGIRM lebih hidup?
👉 Topik apa yang anda mahu saya kupas dengan lebih tegas dan terus-terang?
👉 Format macam mana yang buat pencarum rasa mereka perlu masuk LIVE, bukan sekadar tengok dari jauh?

Saya tegas nak ingatkan —
LIVE PGIRM bukan hiburan.
LIVE PGIRM adalah medan kita mendesak, membahas, dan menuntut hak pencarum yang tertangguh bertahun-tahun.

Jika ada yang kurang, beritahu.
Jika ada yang tak kena, suarakan.
Saya dengar.
Dan saya akan perbaiki.

Kerana perjuangan ini masih belum tamat.
Dan saya perlukan suara anda.

Berikan komen pendapat dan cadangan tuan/puan diruangan komen👇👇

Sekian,terima kasih.
❤42😢5
Salam Jumaat dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.

Untuk makluman saya membaca komen pencarum:

‘Berapa kali nak isi? Dulu 350 ribu dah isi guna saje la. Penat. Kenapa kena isi lagi?’

Ini jawapan dr saya - Kerajaan tidak boleh lagi guna data lama. Dasar KWSP dah berubah, Akaun Fleksibel dah wujud, keadaan rakyat makin teruk.
Data lama tidak diterima sebagai bukti semasa.

Jika kita tidak kemas kini data, jangan terkejut jika kerajaan berkata:
‘Tiada keperluan, tiada tekanan, pencarum senyap.’

Sebab itu borang tinjauan khas ini mesti diisi semula.
Bukan untuk PGIRM tetapi untuk tunjuk ratusan ribu pencarum masih tersepit hari ini.

Dan kepada kerajaan —
Lima tahun rakyat tunggu jawapan.
Jika keputusan kecil boleh dibuat setiap minggu,
mengapa nasib ratusan ribu pencarum terus digantung?

PGIRM beri peringatan tegas kepada kerajaan:
Hentikan alasan.
Hentikan kajian yang tiada penghujung.
Tunjukkan anda peduli — sekarang.

Sekian,terima kasih.
🔥53😢7❤5
🔥KENYATAAN RASMI PGIRM🔥

Penjelasan Mengenai Cadangan Melancarkan Petisyen Baharu

PGIRM mengambil maklum cadangan sebahagian pencarum yang mencadangkan agar satu petisyen baharu dilancarkan berhubung tekanan hidup dan kedudukan pencarum KWSP.

Setelah berbincang & meneliti situasi dan realiti semasa secara konstruktif, PGIRM ingin menjelaskan bahawa petisyen baharu tidak akan dilaksanakan, atas faktor-faktor berikut:

1. Pencarum Sudah Terlalu Lama Diberatkan Dengan Permintaan Sokongan Berulang

Sejak 2021, ratusan ribu pencarum telah menandatangani petisyen serta mengisi borang maklum balas yang pelbagai. Ramai kini berada dalam keadaan keletihan (fatigue) akibat penantian hampir lima tahun.

Menambah satu petisyen baharu hanya akan menekan emosi pencarum dan tidak menjanjikan apa-apa perubahan dasar.

2. Strategi Kini Berpindah Kepada Tekanan Parlimen dan Pengawasan PAC

Petisyen tidak mengikat kerajaan. Tindakan yang lebih berkesan perlu dilakukan melalui saluran kuasa, termasuk:

Dewan Rakyat,

Kementerian Kewangan (MOF) dan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

PGIRM kini menyiapkan dokumentasi penuh untuk dihantar kepada PAC, bagi tujuan:

Semakan terhadap bebanan hidup pencarum tanpa caruman aktif,

Semakan terhadap pencarum aktif berpendapatan rendah yang tidak menikmati bantuan bersasar,

Pemeriksaan ketelusan dasar Akaun KWSP,

Penilaian keberkesanan langkah mitigasi kerajaan terhadap tekanan kos sara hidup.

3. Mengelakkan Salah Faham Bahawa PGIRM Mengumpul Data Berulang Kali

PGIRM memahami ketidakselesaan pencarum tentang maklumat yang dikumpulkan berulang kali. Kami tidak akan melancarkan petisyen baharu untuk mengelakkan persepsi negatif atau salah faham bahawa PGIRM mengutip data tanpa henti.

Data sedia ada mencukupi dan telah disahkan untuk digunakan dalam tindakan seterusnya.

4. Fokus PGIRM Adalah Tindakan, Bukan Tandatangan

Haluan seterusnya adalah jauh lebih penting dan mempunyai kesan sebenar:

Surat rasmi kepada 221 Ahli Dewan Rakyat,

Salinan rasmi kepada PAC, MOF, KWSP, dan PMO,

Tuntutan garis masa jelas,

Tuntutan mekanisme pengeluaran bersasar untuk dua kumpulan kritikal:

pencarum tanpa caruman aktif,

pencarum aktif berpendapatan rendah.

Petisyen tidak lagi menjadi pilihan utama kerana ia tidak membuka ruang tindakan dasar.

👉 KENYATAAN PRESIDEN PGIRM

“PGIRM tidak akan meletakkan beban tambahan di bahu pencarum. Perjuangan ini tidak memerlukan mereka mengisi borang atau menandatangani petisyen berulang kali — perjuangan ini memerlukan keberanian kerajaan untuk menjawab dan bertindak. Kami akan membawa suara rakyat ke meja yang memegang kuasa, dan kami tidak akan undur walau selangkah.”

“Pencarum telah menunggu hampir lima tahun. Jika mereka masih terus diabaikan, itu bukan kegagalan rakyat — itu kegagalan pihak yang diberi amanah untuk menjaga rakyat.”

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir,
Presiden PGIRM
❤70🔥14😱2
FAQ RASMI PGIRM

Isu Cadangan Penubuhan Parti Politik oleh Sebahagian Kumpulan Pencarum

1. Adakah PGIRM terlibat dengan cadangan penubuhan parti politik ini?

Tidak.
PGIRM tidak terlibat, tidak menyokong dan tidak merancang untuk menubuhkan parti politik.
Cadangan tersebut datang daripada sebahagian kecil pencarum di luar sana, bukan daripada PGIRM.

2. Adakah parti itu mewakili pencarum secara rasmi?

Tidak.
Suara rasmi pencarum KWSP sejak 2021 ialah melalui PGIRM, iaitu badan masyarakat sivil (NGO), bukan parti politik.

3. Mengapa PGIRM tidak terlibat dalam penubuhan parti?

Kerana perjuangan KWSP bukan agenda pilihan raya.
PGIRM ditubuhkan untuk:

memperjuangkan dasar,

berunding dengan kerajaan dan KWSP,

menyelesaikan isu melalui saluran institusi,
bukan untuk bertanding pilihan raya.

PGIRM mesti kekal neutral dan profesional.

4. Adakah PGIRM anti kepada kumpulan yang mahu tubuh parti?

Tidak.
Itu hak mereka sebagai rakyat.
Tetapi PGIRM tidak akan menyertai, mengiktiraf atau dikaitkan dengan mana-mana platform politik.

5. Mengapa sekarang wujud kumpulan mahu tubuh parti?

Biasanya perkara ini muncul apabila:

pencarum kecewa,

suara tidak didengari,

dan ada pihak cuba “mengisi kekosongan” naratif.

Sebab itu PGIRM perlu kukuhkan suara rasmi, supaya pencarum tidak berpecah dan tidak keliru.

6. Adakah pencarum perlu ikut parti tersebut?

Itu pilihan masing-masing.
Namun PGIRM ingin ingatkan bahawa:

perjuangan KWSP perlukan diplomasi dasar,

bukan retorik politik,

dan bukan bergantung kepada keputusan pilihan raya.

7. Siapa suara rasmi pencarum dalam isu KWSP?

PGIRM.
Hanya PGIRM yang:

berhubung dengan MOF, KWSP, PAC dan Parlimen,

mengeluarkan kenyataan rasmi,

menghantar surat rasmi,

terlibat dalam sesi libat urus,

dan kekal konsisten sejak 2021.

8. Adakah PGIRM akan kekal sebagai NGO?

Ya.
PGIRM tidak akan berubah menjadi parti politik dan tidak akan diseret ke dalam agenda politik sesiapa.

9. Adakah penubuhan parti oleh kumpulan luar ini akan ganggu perjuangan PGIRM?

Jika tidak ditangani, boleh menyebabkan:

pencarum keliru,

suara bercabang,

dan wujud persepsi PGIRM “pecah dua”.

Sebab itulah PGIRM menegaskan:
Suara tunggal pencarum ialah PGIRM, bukan mana-mana parti baharu.

10. Apa tindakan PGIRM selepas ini?

PGIRM akan:

terus berjumpa PAC/MOF / KWSP,

mendesak dalam saluran rasmi,

memperkemas tuntutan,

dan memastikan suara pencarum kekal satu, jelas dan kuat.

PGIRM fokus pada penyelesaian, bukan politik.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍52🔥9❤4😢2
PERKEMBANGAN TERKINI (8 Disember 2025, 10.00 pagi)

PEMBERITAHUAN RASMI PGIRM KEPADA PARA PENCARUM SELURUH MALAYSIA

PGIRM ingin memaklumkan dua perkembangan penting berkaitan usaha mendesak penyelesaian isu kemaslahatan pencarum KWSP:

1. Penerimaan Disahkan oleh Pejabat Speaker Dewan Rakyat

Pada 8 Disember 2025, jam 10.00 pagi, Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengemukakan pengesahan rasmi bahawa surat permohonan sesi libat urus PGIRM telah diterima melalui e-mel rasmi Parlimen Malaysia.

PGIRM hanya mengumumkan perkara yang telah benar-benar disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi.

2. Surat Rasmi kepada 221 Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)

PGIRM juga mengesahkan bahawa surat rasmi telah dihantar secara serentak kepada 221 Ahli Dewan Rakyat melalui alamat e-mel Parlimen masing-masing.

Surat tersebut mengandungi:

Ringkasan isu mendesak yang membelenggu jutaan pencarum,

Permohonan agar perkara ini diangkat secara bipartisan dalam Dewan Rakyat,

Harapan agar wakil rakyat memantau dan mendesak ketelusan dasar berkaitan simpanan rakyat.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh, bukan partisan, demi memastikan suara pencarum didengari dalam institusi tertinggi negara.

Apa Langkah Seterusnya?

PGIRM kini menunggu:

1. Maklum balas cadangan tarikh sesi libat urus daripada Pejabat Speaker, dan

2. Tindakan lanjut Ahli Parlimen yang telah menerima surat rasmi tersebut.

PGIRM akan terus memaklumkan perkembangan kepada para pencarum secara telus dan berkala.

Sekian,harap maklum.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤100🔥17👍9🤝4😢2