CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.34K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Saya ingin jelaskan supaya tiada yang sengaja atau tidak sengaja putar belit.

Laporan The Edge Malaysia yang tular ini BUKAN pengumuman rasmi dividen KWSP 2025. Ia adalah analisis kewangan, berdasarkan prestasi pelaburan semasa — bukan keputusan KWSP.

Angka yang disebut hanyalah jangkaan pasaran, bukan janji, bukan pengesahan, dan bukan tarikh muktamad. Pencarum jangan terperangkap dengan naratif separuh masak. Pegang fakta, rujuk sumber sahih.

Pengumuman rasmi hanya daripada KWSP, biasanya selepas audit dan kelulusan, pada suku pertama tahun berikutnya.

📌 Rujukan laporan The Edge (baca dan nilai sendiri):
👉 https://theedgemalaysia.com/node/782518

Kita perjuangkan hak pencarum berdasarkan fakta,
bukan emosi dan spekulasi.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤58🔥7😢1
FAQ RASMI PGIRM – ISU KWSP, DIVIDEN & HALA TUJU 2026

1. Betul ke PGIRM dah buat semua sejak 2021 tapi gagal?
YA.
Sejak 2021 hingga 2025, PGIRM telah:
Serah memorandum ke PMO, Parlimen & KWSP (pusat dan negeri)
Hantar surat rasmi dan e-mel berulang kali
Menggerakkan solidariti pencarum
Hakikatnya:
➡️ Tiada maklum balas rasmi
➡️ Tuntutan Akaun 1 tidak diluluskan
➡️ Diganti dengan pinjaman (FSA2) dan Akaun Fleksibel terhad
Ini bukan kegagalan PGIRM, tetapi keputusan dasar kerajaan.

2. Kenapa kerajaan berkeras tak benarkan pengeluaran Akaun 1?
Kerajaan berpandangan:
Ramai pencarum berbaki rendah (<RM10,000)
Akaun 1 dianggap simpanan hari tua
Namun PGIRM tidak setuju dasar pukul rata kerana:
Kos sara hidup menekan pencarum hari ini
Ramai pencarum sudah tidak aktif mencarum
Bantuan bersasar lebih adil daripada larangan total

3. Kalau begitu, kenapa kerajaan beri Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel ialah jalan tengah kerajaan, tetapi:
Hanya beri manfaat kepada pencarum aktif
Perlu ada baki dalam Akaun 2
Tidak bantu pencarum lama, tidak aktif, atau baki rendah
Sebab itu PGIRM tegaskan:
Akaun Fleksibel BUKAN penyelesaian menyeluruh.

4. PGIRM ni ada kuasa ke? Boleh paksa kerajaan?
TIDAK.
PGIRM bukan kerajaan, bukan pembuat dasar.
Peranan PGIRM ialah:
Tekan kerajaan melalui fakta & suara pencarum
Dedah realiti sebenar kesan dasar
Menjadi wakil suara rakyat bila wakil rakyat membisu
Keputusan akhir tetap di tangan kerajaan.

5. Kenapa wakil rakyat tak bawa isu pencarum bersungguh-sungguh?
Fakta di Dewan Rakyat:
Hanya sekitar 4 Ahli Parlimen bersuara
Blok kerajaan memilih diam
Blok pembangkang pula berpecah & tidak konsisten
Inilah sebabnya:
Suara pencarum tidak menjadi keutamaan politik.

6. Jadi apa sebenarnya pelan PGIRM untuk 2026?
PGIRM tidak ulang cara lama.
Pelan 2026:
1️⃣ Tekanan dasar berfakta (data kos sara hidup)
2️⃣ Fokus pencarum terpinggir:
Tidak aktif
Baki rendah
Hilang pekerjaan
3️⃣ Desakan dividen sebagai bantuan sementara
4️⃣ Akaun 1 bersasar & berperingkat, bukan buka total
5️⃣ Tekanan awam & kesedaran rakyat, bukan harap surat semata-mata

7. PGIRM janjikan Akaun 1 akan dibuka 2026?
TIDAK.
PGIRM tidak pernah menjanjikan apa-apa kelulusan.
Yang PGIRM janjikan hanyalah:
Perjuangan berterusan, bukan janji palsu.

8. Dividen KWSP tu untuk apa sebenarnya?
Dividen ialah:
Hak pencarum hasil pelaburan simpanan
Bukan “hadiah kerajaan”
Bukan duit kerajaan
PGIRM cadangkan:
➡️ Dividen boleh dimanfaatkan sebagai bantuan sementara,
tanpa menjejaskan prinsip simpanan jangka panjang.

9. Ada yang kata PGIRM cuma kejar nama & populariti. Betul ke?Jika kejar nama:
Tidak perlu tunggu 5 tahun tanpa hasil mudah
Tidak perlu hadap cemuhan & fitnah
Tidak perlu berdepan pencarum kecewa setiap hari
PGIRM kekal kerana tanggungjawab, bukan glamour.

10. Kalau pencarum tak setuju dengan PGIRM, apa pilihan mereka?
Itu hak pencarum.
Namun realitinya:
Tanpa tekanan kolektif, suara individu mudah tenggelam
Kerajaan lebih selesa rakyat berpecah
PGIRM wujud supaya:
Suara pencarum tidak senyap sepenuhnya.

11. Kenapa PGIRM masih teruskan walau sering “disidai”?
Kerana jika semua berhenti:
➡️ Isu pencarum akan dikuburkan senyap-senyap
➡️ Dasar dibuat tanpa bantahan
PGIRM percaya:
Diam mungkin selesa, tetapi tidak menyelesaikan apa-apa.

12. Kesimpulan ringkas untuk pencarum
PGIRM tidak menjual harapan palsu Kerajaan belum memihak kepada pencarum terdesak
Perjuangan ini panjang & tidak popular. Tetapi lebih baik bersuara daripada berdiam

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍87🔥31❤11👌2😢1
🔥 PGIRM: Dividen KWSP Masuk Akaun Fleksibel – Peringkat Pertama, Pengeluaran Akaun 1 Masih Dituntut 🔥

Pencarum KWSP semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. PGIRM tidak boleh berdiam diri.

Kami maklumkan bahawa cadangan daripada pencarum agar dividen KWSP 2025 diagihkan terus ke Akaun Fleksibel mendapat sokongan hampir 7,000 pencarum setakat ini. Ini langkah sementara bagi mereka yang benar-benar memerlukan, sementara menunggu keputusan dasar pengeluaran Akaun 1.

PGIRM tekankan:
✅ Cadangan ini tidak menggantikan tuntutan pengeluaran Akaun 1.
✅ Ia adalah pendekatan dua peringkat yang rasional, bersasar dan bertanggungjawab.
✅ Langkah ini memberi ruang bernafas kepada pencarum terdesak, tanpa mengganggu simpanan pokok mereka.

Tegas Presiden PGIRM:

“Pengeluaran Akaun 1 adalah keputusan dasar besar, perlu bersasar dan berasaskan data. Tapi pencarum tidak boleh terus diminta menunggu tanpa sebarang bentuk kelegaan sementara. Agihan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah segera, berperingkat, dan bertanggungjawab.”

PGIRM telah menghantar cadangan ini melalui e‑mail rasmi kepada MOF & KWSP dan kini menunggu maklum balas mereka.

Pencarum tidak minta keistimewaan, cuma ruang untuk bertahan.

PGIRM akan terus berdiri teguh, menuntut hak pencarum dengan prinsip.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
🔥80👍26👌9😱1
FAQ KHAS PGIRM

“BERHENTI MENUNTUT & TUNGGU TUKAR KERAJAAN?”

1. Kenapa ada yang cadang berhenti menuntut dulu?
Kerana ramai pencarum terlalu lama kecewa.
Mereka rasa desakan tidak berhasil dan memilih untuk “rehat” sambil menunggu perubahan politik.
👉 Perasaan itu difahami.
👉 Tetapi kecewa bukan strategi dasar.

2. Kalau kita diam sekarang, apa kesannya?
Isu pencarum akan senyap dari radar kerajaan.
Tiada tekanan, tiada rekod, tiada keutamaan.
Apabila isu senyap:
➡️ Dasar dibuat tanpa mengambil kira pencarum terdesak
➡️ Kerajaan boleh berkata “isu ini sudah reda”

3. Bukankah kerajaan baru nanti boleh buka semula isu ini?
Kerajaan baru tidak bermula dari kekosongan politik,
mereka bergantung pada rekod, data dan tekanan sedia ada.
Jika hari ini tiada rekod tuntutan:
➡️ Isu pencarum tidak akan diwarisi
➡️ Perjuangan perlu bermula semula dari sifar

4. Adakah PGIRM bergantung kepada kerajaan tertentu?
TIDAK.
PGIRM kekal sebagai penuntut, bukan alat politik.
Peranan PGIRM ialah:
✔️ Simpan rekod tuntutan
✔️ Kekalkan isu hidup
✔️ Pastikan suara pencarum tidak dipadam oleh masa

5. Jadi, adakah PGIRM menolak idea tukar kerajaan?
Tidak.
Itu hak rakyat dan pencarum.
Namun PGIRM percaya:
👉 Menunggu tanpa menuntut = membiarkan isu mati
👉 Menuntut tanpa janji = menjaga nyawa isu

6. Kenapa perlu teruskan tuntutan walau tak yakin lulus?
Kerana perjuangan bukan hanya tentang menang hari ini.
Ia tentang tidak membenarkan isu ini dikuburkan senyap-senyap.
Sejarah membuktikan:
➡️ Banyak dasar berubah bukan kerana simpati
➡️ Tetapi kerana tekanan yang konsisten dan direkodkan

7. PGIRM janji tuntutan ini akan berjaya?
TIDAK.
PGIRM tidak menjual harapan palsu.
Yang PGIRM janjikan hanyalah:
➡️ Suara pencarum tidak akan dipadam
➡️ Rekod tuntutan akan terus wujud
➡️ Isu ini tidak ditutup dengan alasan “tiada bantahan”

8. Kesimpulan ringkas untuk pencarum
✔️ Diam itu pilihan, tapi bukan penyelesaian
✔️ Menunggu kerajaan tanpa tuntutan ialah risiko
✔️ Bersara suara hari ini memudahkan isu dilupakan esok

PGIRM memilih untuk tidak diam.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤60🔥12👌4👍1
Memandangkan ada yang mendesak supaya tuntutan ini dihentikan kerana kononnya “takkan ke mana”,

saya tertanya-tanya…
jika semua berhenti bersuara, siapa yang sebenarnya untung?

Diam mungkin selesa.
Tapi sejarah tak pernah berubah kerana orang yang diam.
🔥73👍25👌5
Assalamualaikum dan salam sejahtera

PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut. 

Sila tekan link di bawah. Terima kasih
👇👇👇👇👇

https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1
👏35❤8😢5😱3👍1
Reformasi yang diumumkan PMX memang besar di atas kertas.
Jika pencarum terus dihimpit kos sara hidup dan simpanan makin susut, reformasi ini tidak bermakna.

Reformasi ini tidak memberi jawapan bagaimana pencarum hendak hidup hari ini.

Kos sara hidup naik tanpa henti.
Gaji tidak bergerak.
Simpanan makin menyusut.
Bantuan tunai hanya menampal masalah sementara.

Jualan murah cuma mengurangkan beban sesaat. Selepas itu, pencarum kembali berhadapan realiti yang sama.

Bagaimana dengan pencarum KWSP yang sudah lama tidak mencarum?
Bagaimana dengan Akaun 1 yang semakin menyusut tetapi tidak boleh diakses?
Mereka bukan angka.
Mereka manusia yang sedang bergelut untuk hidup.

KWSP Akaun 1 bukan isu politik.
Ini isu kelangsungan hidup pencarum.


Jika reformasi hanya cantik di atas kertas, tetapi senyap bila menyentuh simpanan dan periuk nasi rakyat,
maka reformasi itu belum lengkap.

Kerajaan perlu sedar: pencarum memerlukan tindakan yang jelas, berperingkat, dan bersasar, bukan janji kosong atau bantuan sementara yang hilang sekelip mata.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍88🔥10❤5😱1
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA pinned «Assalamualaikum dan salam sejahtera PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut.  Sila tekan link di bawah. Terima kasih 👇👇👇👇👇…»
KENYATAAN MEDIA

PERUTUSAN PMX 2026: REFORMASI DIPUJI, NAMUN ISU SIMPANAN RAKYAT MASIH TIDAK DISENTUH

Kuala Lumpur | 6 Januari 2026

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YAB Perdana Menteri yang menggariskan beberapa komitmen reformasi institusi termasuk pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, Akta Kebebasan Maklumat serta had tempoh jawatan Perdana Menteri.

PGIRM mengakui langkah-langkah ini penting dari sudut tadbir urus dan demokrasi. Namun begitu, perutusan ini masih gagal menyentuh secara jelas isu paling dekat dengan denyut nadi rakyat hari ini — tekanan kos sara hidup dan kemerosotan simpanan kewangan rakyat, khususnya simpanan persaraan dalam KWSP Akaun 1.

Bantuan seperti STR, SARA dan Jualan Rahmah memang memberi kelegaan sementara, tetapi realitinya ia tidak menyelesaikan masalah sebenar yang sedang dihadapi rakyat, iaitu gaji yang tidak sepadan dengan kos hidup, hutang isi rumah yang meningkat, serta ribuan pencarum yang tidak lagi aktif mencarum dan kini terperangkap tanpa simpanan boleh diakses.

PGIRM ingin menegaskan bahawa isu KWSP Akaun 1 bukan isu sensasi atau politik, tetapi isu kelangsungan hidup golongan pencarum terpinggir yang semakin terhimpit. Malangnya, tiada sebarang penjelasan, pelan pemulihan atau hala tuju jelas berkaitan simpanan persaraan rakyat disentuh dalam perutusan ini.

Reformasi institusi dan bantuan tunai tidak seharusnya dilihat sebagai pengganti kepada keperluan mendesak untuk memperkukuh daya tahan kewangan rakyat. Kerajaan perlu berani tampil dengan pendekatan yang lebih realistik, bersasar dan berperingkat bagi menangani isu simpanan rakyat, tanpa menjejaskan prinsip tadbir urus KWSP.

PGIRM akan terus konsisten menyuarakan perkara ini secara berfakta dan berprinsip, demi memastikan suara pencarum dan rakyat yang terpinggir tidak terus diketepikan dalam wacana dasar negara.


— TAMAT —


Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
👏61🔥8👍5❤4😱1😢1
Izinkan sy beri pencerahan..

Betul, mereka memang beli masa.
Dan bila pencarum menyerah, isu ini mati tanpa perlu ditolak.
Tapi saman bukan jalan mudah.
Undang-undang KWSP beri kuasa mutlak pada kerajaan — bukan pencarum.
Jika kalah di mahkamah, kerajaan akan guna keputusan itu untuk tutup isu selama-lamanya.
Sebab itu tekanan awam, data kos sara hidup dan desakan berperingkat lebih selamat untuk pencarum, bukan tindakan gopoh yang akhirnya makan diri.
Menyerah bukan solusi.
Diam hanya memudahkan mereka.
Isu ini hidup selagi ada yang berani bersuara.

Sekian,terima kasih.
❤62
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia..

GERAKKAN PERTAMA TEKANAN AWAM 2026

Saya tak janji kelulusan.
Saya tak jual harapan palsu.
Saya cuma rekod & suarakan suara pencarum walaupun tak popular.

Sekarang saya nak jawapan JUJUR dari pencarum, bukan maki, bukan sindir.
Jawab 3 soalan ni 👇

1️⃣ Tekanan kewangan paling berat yang anda hadapi sekarang apa?
(sewa, hutang, anak, kerja, kesihatan?)

2️⃣ Jika kerajaan belum buka Akaun 1, langkah minimum apa yang ANDA rasa wajar dibuat sekarang?
(dividen, fleksibel, bersasar, atau apa?)

3️⃣ Pada pandangan anda, adakah tuntutan ini perlu:
diteruskan sekarang, ATAU
dihentikan dan tunggu pertukaran kerajaan?

➡️ Sila jawab secara jujur.
➡️ Jawapan anda akan dibaca & direkod sebagai pandangan pencarum.
Saya mungkin tak reply semua, tapi semua komen akan dibaca & DIREKOD.

Jika kita diam hari ini, isu ini bukan selesai tapi dikuburkan.

Jawab. Biar jelas pendirian.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤59🔥8👌7
Assalamualaikum dan salam sejahtera

PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut. 

Sila tekan link di bawah. Terima kasih
👇👇👇👇👇

https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1
😢11
FAQ – Gerakan Tekanan Awam PGIRM 2026.

Salam dan selamat sejahtera sahabat pencarum seluruh Malaysia.

Untuk makluman, saya menerima banyak pertanyaan daripada sahabat pencarum berhubung Gerakan Tekanan Awam PGIRM 2026.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, berikut ialah penjelasan rasmi dalam bentuk Soalan Lazim (FAQ).

Soalan 1: Apa maksud “Tekanan dasar berfakta” yang PGIRM sebut?
Jawapan:
Tekanan dasar berfakta bermaksud PGIRM tidak bercakap ikut emosi, sentimen atau viral semata-mata.
Setiap tuntutan disandarkan kepada data sebenar, antaranya:
Kos sara hidup semasa
Statistik hutang isi rumah
Bilangan pencarum tidak aktif yang mempunyai baki Akaun 1 melebihi RM20,000 tetapi tidak boleh diakses
Tekanan ini dibuat supaya kerajaan tidak boleh menolak tuntutan pencarum dengan alasan “tiada data”, “tiada asas” atau “tidak mendesak”.

Soalan 2: Siapa yang dimaksudkan dengan “pencarum terpinggir”?
Jawapan:
Pencarum terpinggir ialah kumpulan yang sering tercicir daripada pertimbangan dasar, termasuk:
Pencarum tidak aktif
Pencarum yang mempunyai baki simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 tetapi tidak boleh diakses
Pencarum hilang pekerjaan atau pendapatan tidak menentu
Mereka ini mempunyai simpanan atas kertas, tetapi tidak mempunyai akses ketika paling memerlukan, sedangkan kos sara hidup terus meningkat.

Soalan 3: Kenapa PGIRM mendesak dividen sebagai bantuan sementara?
Jawapan:
Kerana Dividen ialah hasil simpanan pencarum sendiri, bukan dana kerajaan
Ia tidak menjejaskan prinsipal Akaun 1
Ia boleh memberi kelegaan sementara kepada pencarum yang terhimpit
Dividen dilihat sebagai langkah interim, bukan penyelesaian jangka panjang kepada masalah struktur kos sara hidup.

Soalan 4: Apa maksud “Akaun 1 bersasar & berperingkat”?
Jawapan:
PGIRM tidak menuntut pembukaan Akaun 1 secara menyeluruh.
Sebaliknya, yang dituntut ialah:
Bersasar → hanya kepada pencarum benar-benar terdesak
Beringkat → amaun terkawal, berdasarkan keperluan sebenar
Tujuannya adalah untuk:
Melindungi simpanan persaraan jangka panjang
Mengelakkan risiko kepada kestabilan KWSP
Membantu pencarum tanpa merosakkan sistem simpanan.

Soalan 5: Kenapa PGIRM tekankan tekanan awam & kesedaran rakyat, bukan surat rasmi semata-mata?
Jawapan:
Kerana realiti semasa menunjukkan:
Surat rasmi telah dihantar berulang kali
Maklum balas rasmi perlahan atau tiada
Tanpa tekanan awam, suara pencarum mudah dipinggirkan.

Tekanan awam yang diperjuangkan PGIRM ialah tekanan yang:
Berfakta
Berdisiplin
Berterusan
Bukan emosi, bukan provokasi, dan bukan huru-hara.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍40🔥4❤1😢1
REALITI PENCARUM VS NARATIF RM1 JUTA.

Saya melihat kenyataan seorang “pakar” yang menyebut rakyat Malaysia perlu sekurang-kurangnya RM1.3 juta untuk bersara dengan selesa.
Kemudian disusuli pula cadangan supaya pencarum melaburkan simpanan KWSP ke dalam unit trust untuk mencukupkan angka tersebut.

Izinkan saya bercakap berdasarkan realiti pencarum, bukan teori seminar. Persoalan utama bukan sama ada RM1 juta atau RM1.3 juta itu angka yang betul di atas kertas.
Persoalan sebenar ialah:
Berapa peratus pencarum yang realistik mampu mencapainya dengan gaji semasa, pekerjaan tidak tetap, dan caruman yang putus-putus?

Hakikatnya:
Majoriti pencarum bergaji rendah dan sederhana
Ramai tidak aktif, sektor gig, atau hilang pekerjaan
Sebahagian besar tidak mungkin capai RM500,000 pun, apatah lagi RM1 juta.

Apabila angka besar ini diulang tanpa konteks, ia secara tidak langsung:
Menyalahkan pencarum atas kegagalan sistem
Menormalisasikan dasar yang tidak melindungi majoriti
Dan membuka ruang eksploitasi apabila simpanan KWSP dilihat sebagai bahan jualan pelaburan. KWSP bukan dana untuk “dipusing” demi komisen.
Ia ialah simpanan terakhir pencarum untuk hidup selepas tenaga sudah tiada.

Jika hari ini majoriti pencarum mustahil capai RM1 juta, maka masalahnya bukan disiplin pencarum.
Masalahnya ialah:
Struktur gaji
Kos sara hidup
Dan dasar simpanan yang terputus daripada realiti rakyat biasa.

PGIRM akan terus menyuarakan perkara ini secara berfakta, berdisiplin dan berterusan.

Bukan untuk menjual harapan palsu,tetapi untuk memastikan realiti pencarum tidak disapu ke bawah karpet teori elit.

Pencarum bukan gagal.
Sistem yang gagal melindungi pencarum.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍63🔥9❤1😢1
Salam Jumaat sahabat pencarum seluruh Malaysia. Saya ingin kumpul data asas untuk rekod dan kefahaman realiti pencarum, bukan janji kelulusan atau pengumuman dasar.

Siapakah yang akan berusia 55 tahun pada tahun 2026?
Anonymous Poll
5%
SAYA
1%
PASANGAN
94%
TIADA
❤12😢7
📢 Kenyataan Rasmi PGIRM

Untuk makluman sahabat pencarum seluruh Malaysia dan pihak media:

Berdasarkan data rasmi KWSP & Kementerian Kewangan, majoriti pencarum KWSP yang menghampiri usia 55 tahun menghadapi cabaran serius:

1️⃣ Simpanan persaraan tidak mencukupi
💰 Majoriti pencarum 50–55 tahun masih jauh daripada sasaran RM1.3 juta walaupun menabung sepanjang hayat kerja
📌 KWSP, Laporan Tahunan 2025: https://www.kwsp.gov.my/en/w/epf-sustains-solid-performance-with-5-50-percent-dividend-for-simpanan-konvensional-and-5-40-percent-for-simpanan-shariah-fn

2️⃣ Akses Akaun 1 terhad
🔒 Ramai pencarum mempunyai baki Akaun 1 tetapi tidak boleh diakses ketika memerlukan untuk kos hidup harian dan tanggungan keluarga
📌 MoF, Statistik Simpanan Pencarum 2025: https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-citations/over-200-000-epf-contributors-have-sufficient-basic-savings-before-age-55-mof

3️⃣ Jurang pendapatan vs kos sara hidup tinggi
📉 Terutama pencarum suri rumah, hilang pekerjaan, bekerja dalam sektor gig, pesakit kritikal atau mempunyai tanggungan keluarga besar. Simpanan atas kertas tidak mencukupi untuk keperluan asas.

Cadangan PGIRM:
✅ Pengeluaran Akaun 1 bersasar maksimum RM50,000 ke Akaun Fleksibel bagi pencarum benar-benar terdesak

✅ Tujuan sementara untuk menampung kos hidup asas, pinjaman rumah, dan tanggungan keluarga

✅ Pelaksanaan bersasar & berperingkat, bukan pembukaan penuh semua Akaun 1

Langkah ini bukan janji kelulusan, tetapi usaha PGIRM menyuarakan fakta dan realiti pencarum berdasarkan data rasmi.

Azmi menegaskan:
Suara pencarum adalah realiti kehidupan rakyat, bukan sentimen atau provokasi. Tekanan berdisiplin dan kesedaran awam diperlukan supaya dasar KWSP lebih adil dan realistik.

Sekian, terima kasih

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤53👍23🔥13😢2🙏2
Salam dan selamat pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Utk makluman sy terima byk msg kerisauan dr shbt pencarum justeru sy x mampu menjawab semua. Sehubungan itu sy sediakan FAQ bg menjawab semua persoalan👇👇

FAQ: Akta KWSP — Fakta vs Persepsi

❌ Persepsi:
“Tak boleh buat apa-apa sebab semua terikat dengan Akta KWSP.”

✅ Fakta:
Akta KWSP bukan undang-undang beku.
Ia memberi kuasa kepada kerajaan & Lembaga KWSP untuk membuat pengecualian, peraturan khas dan pelarasan dasar mengikut keadaan semasa.

📣 Soalan 1:
Jika Akta KWSP ketat, macam mana pengeluaran khas sebelum ini boleh berlaku?

Jawapan:
Pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra & Pengeluaran Khas dibuat di bawah Akta KWSP yang sama melalui:
Kuasa Menteri Kewangan
Peraturan khas & pengecualian sementara
👉 Ini bukti Akta membenarkan fleksibiliti dasar.

📣 Soalan 2:
Jadi apa sebenarnya yang menghalang pengeluaran Akaun 1 sekarang?

Jawapan:
Bukan Akta.
👉 Ia keputusan dasar (policy decision) kerajaan semasa — sama ada mahu atau tidak.

📣 Soalan 3:
Adakah menekan kerajaan ini melanggar undang-undang?
Jawapan:
Tidak.
👉 Menyuarakan desakan berasaskan fakta adalah hak rakyat & pencarum, bukan kesalahan undang-undang.

📣 Soalan 4:
Kenapa pencarum masih perlu bersuara kalau kerajaan boleh kata “tak boleh”?
Jawapan:
Kerana setiap dasar KWSP sebelum ini lahir daripada tekanan realiti rakyat, bukan diam dan menunggu.

🧾 Kesimpulan Rasmi PGIRM:
Akta KWSP bukan penghalang mutlak.
Isu sebenar ialah keberanian dasar & keutamaan kerajaan terhadap pencarum terdesak.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍54😢14❤7🔥3
FAQ

“KWSP: Sampai Bila Pencarum Disuruh Diam & Tunggu?”

FAQ ini disediakan untuk menjawab persepsi yang diulang-ulang, bukan untuk pujuk, tetapi untuk jelaskan realiti.

❓ “Selagi PM ni memerintah, memang takkan lulus. Jadi tak guna tekan kerajaan.”

Jawapan: Dasar KWSP bukan milik individu, tetapi keputusan kerajaan dan Lembaga KWSP.
Sejarah pengeluaran khas berlaku di bawah akta yang sama, melalui keputusan dasar.
Kalau pencarum diam, tiada apa yang akan berubah.
👉 Diam bukan strategi. Diam hanya memudahkan dasar menolak realiti pencarum.

❓ “Dah dapat STR, SARA, bantuan sekolah — KWSP memang tak perlu.”

Jawapan: Bantuan tunai bersifat sementara.
KWSP ialah wang pencarum sendiri, bukan bantuan kerajaan.
Bantuan tak menyelesaikan sewa rumah, hutang, atau kos hidup berpanjangan.
👉 Bantuan bukan penyelesaian struktur kos sara hidup.

❓ “Akta KWSP ketat. Tekan pun tak boleh buat apa.”

Jawapan: Ini persepsi salah.
Pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra & Pengeluaran Khas berlaku di bawah Akta KWSP yang sama melalui:
Kuasa Menteri
Peraturan khas
Pengecualian sementara
👉 Masalah hari ini bukan Akta, tetapi keputusan dasar.

❓ “Sudah-sudahlah. Dari 2021 sampai sekarang tak jadi apa.”

Jawapan: Kalau tekanan awam tiada kesan, pengeluaran khas sebelum ini takkan berlaku langsung.
Setiap dasar besar lahir daripada tekanan realiti rakyat, bukan kerana rakyat diam dan berharap.
👉 Berhenti bersuara = serah kalah.

❓ “Move on sajalah. Terima hakikat.”

Jawapan: Move on tanpa jalan keluar bukan matang itu putus asa.
Pencarum bukan minta percuma. Pencarum minta akses kepada wang sendiri ketika terdesak.
👉 Hak tidak hilang hanya kerana disuruh senyap.

🧾 Kesimpulan Rasmi PGIRM
Pencarum marah bukan kerana keliru.

Pencarum marah kerana realiti hidup semakin sempit, tetapi dasar kekal kaku.
Akta bukan penghalang.
Isunya keberanian dasar dan keutamaan kerajaan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍49❤3🔥1😱1
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia..

📌 Polisi Komen Rasmi PGIRM

Untuk Makluman:
Ruang ini dibuka untuk perbincangan berfakta mengenai isu KWSP dan realiti pencarum.

Komen berunsur provokasi, perkauman, fitnah, serangan peribadi atau sindiran melampau tidak akan dilayan dan akan disembunyikan atau disekat.

PGIRM kekal fokus menyuarakan hak & fakta pencarum, bukan melayan emosi atau perpecahan spt ini👆👆.

Terima kasih kepada pencarum yang terus berdiskusi secara matang.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤56👌7