CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Ada yang nasihat saya supaya berhenti berjuang dan biar rakyat pandai-pandai selesaikan masalah.

Saya dengar. Saya faham.
Sebab itu PGIRM memilih Fasa Bertahan Rakyat (90 Hari).

Fokus sementara:
▪️ Kos sara hidup sebenar
▪️ Sewa rumah & kenderaan
▪️ Tekanan gaji sederhana
▪️ Hutang isi rumah
Ekonomi atas kertas mungkin nampak kukuh.

Tapi realiti rakyat masih terhimpit.
PGIRM tidak berdiam diri.
Kami sedang memilih medan yang betul.
Rakyat perlu bertahan hari ini,
supaya esok mereka tidak terus terperangkap.

Sekian,terima kasih

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤44🔥5
Terima kasih atas pandangan.

Isunya bukan soal tidak menghargai STR, SARA atau subsidi.

Isunya mudah:
Bantuan bersifat sementara,
kos sara hidup bersifat berterusan.
STR habis dibelanja.
SARA habis ditebus.
Subsidi tidak mengurangkan sewa rumah, ansuran kereta, atau hutang bulanan.
Dividen KWSP pula wang pencarum sendiri,
bukan hadiah kerajaan. Jika ekonomi benar-benar melegakan rakyat, kenapa hutang isi rumah terus meningkat?

Menghargai usaha kerajaan tidak bermaksud menutup mata terhadap kesempitan rakyat.

Sekian,terima kasih.
❤38👍18
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Untuk Siaran Segera
Tarikh : 03 Feb 2026

Isu: Aktiviti Pemberi Pinjaman Bawah KPKT – Ancaman Kepada Simpanan Persaraan Pencarum KWSP

Kuala Lumpur,

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menuntut penjelasan segera daripada KWSP, KPKT dan MCMC mengenai berleluasanya aktiviti pemberi pinjaman (ahlong) di bawah kawalan KPKT yang menawarkan pinjaman kepada pencarum KWSP berusia 53–55 tahun dengan skim “pinjam dulu dan bayar bila keluar KWSP” dgn kadar faedah yang tinggi.

PGIRM menegaskan bahawa tindakan ini menimbulkan risiko serius kepada maruah persaraan pencarum kerana:
Pencarum yang terdesak meminta akses kepada wang titik peluh mereka sendiri disekat daripada membuat pengeluaran sewajarnya, sedangkan wang tersebut bukan dana kerajaan tetapi hasil simpanan dan pengorbanan pencarum.

Sementara itu, aktiviti tidak bermoral oleh ahlong bawah KPKT terus berlaku, menawarkan pinjaman dengan cagaran wang titik peluh pencarum, tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.

Apabila tiba masa pengeluaran simpanan KWSP, wang pokok dan faedah 1–3 tahun akan dibayar kepada pemberi pinjaman, sehingga hak pencarum untuk bersara dengan maruah akan lenyap.

Aktiviti ini jelas bercanggah dengan objektif kerajaan untuk menjaga simpanan persaraan pencarum secara beretika dan bertanggungjawab.

PGIRM menegaskan bahawa melindungi simpanan persaraan bukan sekadar pada kertas, tetapi perlindungan sebenar termasuk memastikan pencarum tidak menjadi mangsa skim pinjaman tidak bermoral.

PGIRM menuntut:
KWSP, KPKT dan MCMC memberikan penjelasan terbuka mengenai bagaimana aktiviti ini dibenarkan berlaku.

Tindakan segera diambil untuk membasmi promosi pinjaman berisiko tinggi yang mensasarkan golongan pencarum paling terdesak.

Polisi perlindungan pencarum dikaji semula supaya maruah persaraan terjamin dan pencarum tidak lagi dipaksa memilih antara hutang berisiko tinggi atau kelangsungan hidup.

PGIRM menegaskan, sebarang kecuaian atau kelewatan dalam menangani isu ini akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara.

Organisasi kami berdiri teguh menuntut ketelusan, keadilan dan perlindungan penuh kepada pencarum KWSP.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
🔥34❤4
Salam dan selamat ptg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Utk makluman sy perlukan 3 org yg telah mendapatkan pinjaman atau sedang berurusan dgn Sykt Komuniti dgn tawaran "Pakai Dulu Bayar Semasa KWSP Keluar" untuk ditemuramah media supaya suara pencarum akn dibawa ketengah..

Mohon DM saya ASAP..

Kerjasama shbt yg telah terjebak dgn pinjaman ini dpt membantu kpd nasib pencarum lain🙏🙏

Sekian,terima kasih

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍55❤5👌1
Respon dr Datuk Wan Saiful
❤37👍8😢6🔥1
Salam dan selamat pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Untuk perkongsian sy terima beberapa cadangan yg hampir serupa dari shbt pencarum dptkan khidmat peguam,

Sy jawab dgn jujur,

Isu tuntutan KWSP tidak boleh diselesaikan hanya dengan lantik peguam, walaupun peguam terbaik negara.

Kenapa?
Akta KWSP ialah undang-undang Parlimen
– Mahkamah tidak boleh ubah akta
– Mahkamah hanya mentafsir, bukan menggubal dasar

Selagi akta menyatakan pengeluaran tertakluk kepada polisi & umur,
peguam tak boleh paksa KWSP benarkan pengeluaran hanya atas alasan kesempitan hidup.

Cabaran mahkamah hanya boleh berjaya jika:
ada pelanggaran prosedur undang-undang
ada salah guna kuasa yang jelas atau bercanggah dengan Perlembagaan
➜ Setakat ini, kerajaan berlindung di sebalik “dasar & budi bicara”.

Ubah Akta KWSP hanya boleh dibuat oleh Parlimen,
bukan oleh mahkamah, bukan oleh peguam.

Realitinya: Perjuangan KWSP ialah perjuangan dasar & politik, bukan semata-mata undang-undang.

Sebab itu:
Tekanan awam
Rekod tuntutan rasmi
Sokongan pencarum
Pendedahan ketidakadilan dasar lebih berkesan daripada saman individu.

PGIRM tidak jual mimpi.
Jika jalan mahkamah itu mudah, isu ini sudah selesai bertahun dulu.

Yang berat bukan cari peguam,
yang berat memaksa kerajaan ubah dasar.
Itu realiti pahit, tapi jujur.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
🔥28❤5👍3
🕵️‍♂️ Dari Penyelidikan PGIRM:

Kisah sebenar pencarum KWSP terjerat pinjaman berlesen! Tekanan kewangan, ugutan & beban hutang menguji kehidupan seharian.

PGIRM menegaskan:
✔️ Pengeluaran KWSP bersasar dapat ringankan beban pencarum
✔️ Hak pokok Akaun 1 tetap terpelihara
✔️ Bantu banteras ah long & pinjaman berlesen

🔑 “Pengeluaran bersasar bukan soal ambil simpanan, tetapi ruang bernafas untuk hidup bermaruah.”

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia
❤39😢10👍8🔥2
Bantu sy viralkan poster ini keseluruh galaxi! Terima kasih..
👍70❤15🔥5😱1
Salam dan selamat ptg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Untuk elak salah faham, penjelasan ini dibuat.

Beberapa komen menyatakan seolah-olah tuntutan pengeluaran KWSP ini berpunca daripada sikap pencarum yang tidak matang atau tidak mahu menabung.
Ada tanggapan bahawa pencarum sepatutnya hanya menunggu umur persaraan tanpa mengambil kira tekanan hidup semasa.

Hakikatnya, isu yang dibangkitkan bukan galakan berbelanja atau menghabiskan simpanan KWSP, dan bukan juga menyalahkan sistem simpanan persaraan.

Sebaliknya, ia menyentuh realiti sebahagian pencarum yang kini tertekan akibat kos sara hidup, hutang berfaedah tinggi dan ketiadaan bantuan mencukupi.

PGIRM tidak menuntut pengeluaran besar-besaran, tetapi pengeluaran Akaun 1 secara bersasar, sementara dan terkawal, supaya pencarum tidak terus terjerumus ke pinjaman berisiko.

Matlamatnya ialah memastikan simpanan hari tua terus dilindungi, sambil membantu pencarum bertahan pada masa kini.

Perbincangan ini bukan soal menyalahkan pencarum atau menolak simpanan persaraan, tetapi mencari jalan seimbang supaya pencarum terdesak tidak terus terperangkap dalam hutang berisiko.

Sekian,Terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤57🤝8🔥1😢1
Usul dividen KWSP ke Akaun Fleksibel sudah dibangkitkan di Parlimen.

Speaker sahkan Menteri diminta menjawab, sama ada lisan atau bertulis.

Isunya bukan boleh atau tidak.
Isunya sekarang: bila kerajaan mahu beri jawapan?


Sekian,terima kasih

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍101🔥9❤4🙏2😢1
Perkembangan Terkini..

Selamat pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Utk makluman semua awal pagi ini jam 3.22pg Pengerusi PAC YB Datuk Mas Ermiyati wasap sy memaklumkan perkara ini,in sha allah Timb.Presiden PGIRM akn hubungi PA PAC utk aturkan pertemuan.

Sekian,harap maklum.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
👍59❤7😢3🔥1😱1
Salam shbt pencarum seluruh Malaysia..

Mohon kerjasama shbt pencarum masuk page ini👇👇 dan komen luahkan segala permasalahan dgn cara bermaruah bkn dgn emosi extream dan maki hamun tanpa sempadan

https://www.facebook.com/share/1HiWUKNxMJ/?mibextid=wwXIfr

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤22🔥3😢2
TAMPAK SANGAT SIAPA YANG BETUL-BETUL TERDESAK, SIAPA YANG CUMA MENUNGGU TUAH

Saya viralkan artikel Malaysiakini tentang mangsa skim “pinjam dulu, bayar masa keluar KWSP”.

Saya minta pencarum yang terdesak masuk komen.
Saya minta yang terlibat ahlong, pinjaman haram, hutang menekan — bersuara.
Hasilnya? 42 komen sahaja.
Sedangkan yang mengikuti page FB PGIRM ini ratusan ribu orang.

Jadi saya tanya terus, tanpa berlapik:
👉 Adakah kamu benar-benar terdesak, atau sebenarnya selesa berdiam diri?
👉 Adakah kamu benar-benar susah, atau sekadar menunggu hari lulus untuk keluarkan duit dan bergembira?

Jika benar kamu:
– Terhimpit hutang
– Dikejar ahlong
– Pinjam RM2,000 tetapi bayar RM7,000
– Hidup tidak lena kerana KWSP terkunci

Mengapa kamu senyap apabila diminta bersuara?
Perjuangan ini bukan magik.

Ia tidak bergerak dengan like, share senyap, atau doa dalam hati sahaja.

Jika apabila diminta komen pun kamu tidak berani,
bagaimana kerajaan mahu percaya ini masalah besar dan mendesak?

Jangan marah apabila orang berkata:
“Yang bising cuma segelintir.”
Kerana bukti hari ini memang menunjukkan begitu.

Ini bukan soal saya.
Ini soal kamu sendiri masa depan simpanan, maruah, dan kehidupan kamu.

Jika kamu masih memilih menunggu orang lain bersuara bagi pihak kamu,
jangan salahkan sesiapa apabila akhirnya kamu yang tertinggal.

Saya sudah buat bahagian saya.
Sekarang, tanya diri sendiri: kamu buat apa?

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
😢22❤3🔥3🤝2