CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.34K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
πŸ“ Kenyataan Presiden PGIRM – Dividen KWSP 2026

PGIRM mengambil maklum cadangan usul yang dibentangkan oleh YB Dato’ Sri Shahidan Kassim di Dewan bagi pengagihan 20–30% dividen ke Akaun Fleksibel. Usul ini mengutamakan pendekatan BERSASAR, menekankan manfaat kepada pencarum yang benar-benar terkesan, termasuk SURI RUMAH, PENCARUM HILANG PEKERJAAN, PENDAPATAN tidak seimbang dengan KOS SARA HIDUP TINGGI, serta PEKERJA RENTAN B40 dan M40, dan bukan pengagihan automatik kepada semua pencarum.

Kami juga memahami desakan ramai pencarum yang menyuarakan hasrat agar dividen diagihkan secara menyeluruh.
Sentimen ini wajar difahami, tetapi pengagihan menyeluruh tanpa pertimbangan bersasar boleh menjejaskan kestabilan dana persaraan, struktur pelaburan, dan pulangan jangka panjang.

Perlu ditegaskan bahawa dividen KWSP adalah BONUS daripada simpanan pencarum hasil pelaburan berdisiplin jangka panjang. Ia perlu diagihkan secara telus, memastikan manfaat sampai kepada pencarum yang benar-benar terkesan tanpa menjejaskan kelestarian simpanan semua pencarum.

Kelebihan pendekatan bersasar:
1️⃣ Memberi manfaat segera kepada golongan yang benar-benar terkesan, termasuk suri rumah, tiada pekerjaan, dan pekerja rentan B40 & M40.
2️⃣ Mengekalkan disiplin struktur persaraan dan kestabilan jangka panjang.
3️⃣ Memastikan keseimbangan antara keperluan semasa pencarum dan kelestarian dana.

KWSP adalah institusi persaraan nasional, bukan instrumen pengagihan tunai umum. Sebarang perubahan dasar perlu mengambil kira keseimbangan antara keperluan semasa pencarum dan tanggungjawab melindungi simpanan hari tua jutaan rakyat.

PGIRM berpandangan bahawa reform yang bertanggungjawab memerlukan keberanian untuk mempertahankan kelestarian walaupun dalam suasana tekanan sentimen.

Dasar yang baik bukan sekadar popular hari ini, tetapi mesti melindungi masa depan pencarum untuk puluhan tahun akan datang.

PGIRM kekal konsisten mempertahankan prinsip kelestarian, disiplin institusi, dan keadilan antara generasi dalam setiap pendirian yang diambil.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘36❀2🀝1
Untuk makluman sahabat pencarum seluruh Malaysia:

Tuntutan Dividen Bersasar Akaun 1 oleh PGIRM memberi keutamaan kepada pencarum yang benar-benar terkesan, termasuk:

1️⃣ Suri rumah
2️⃣ Kehilangan pekerjaan
3️⃣ Pendapatan tidak seimbang dengan kos sara hidup
4️⃣ Pekerja sendiri / usahawan mikro
5️⃣ Pekerja rentan / gig economy
6️⃣ Pekerja tetap B40 & M40 yang terjejas
7️⃣ Pesakit kritikal

πŸ“Œ Pendekatan ini bersasar dan telus, memastikan manfaat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan kelestarian simpanan semua pencarum.

πŸ’¬ Jika anda merasa tergolong dalam golongan ini dan belum diperhitungkan, boleh maklumkan secara ringkas untuk rujukan PGIRM.
πŸ‘75😒2❀1🀝1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada semua pejuang, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa juga kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini menguatkan iman, membersihkan hati, serta menambah kesabaran dan keikhlasan dalam setiap perjuangan.

Ramadhan hadir membawa cahaya,
Mengajar sabar mendidik jiwa,
Puasa bukan sekadar menahan dahaga,
Tetapi membina akhlak dan taqwa.

Semoga kita terus istiqamah dalam kebenaran, memperjuangkan keadilan dan kebaikan, serta menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah.

Salam Ramadhan penuh keberkatan.

PGIRM
❀66
🀝27❀4πŸ‘Œ2
Kenyataan Media Rasmi PGIRM

Untuk Siaran

RESET PERSEPSI: Dividen Bersasar KWSP Untuk Pencarum Terdesak

PGIRM mengambil maklum laporan media Kosmo bertarikh 20 Februari 2026 [https://www.kosmo.com.my/2026/02/20/pencarum-harap-dividen-kwsp-masuk-akaun-3-buat-belanja-raya/οΏ½] yang menyebut sebahagian pencarum berharap dividen KWSP dimasukkan ke Akaun 3 untuk kegunaan semasa, termasuk perbelanjaan perayaan.

Kami ingin menegaskan bahawa tuntutan dividen dan pengeluaran bersasar oleh pencarum bukan semata-mata untuk perayaan.

Ia adalah tindak balas kepada tekanan kewangan sebenar yang dihadapi ramai pencarum, termasuk:
πŸ”ΉοΈ Hilang pekerjaan atau pendapatan tidak menentu
πŸ”ΉοΈ Beban hutang rumah, kenderaan, dan keluarga
πŸ”ΉοΈ Kos sara hidup yang meningkat melebihi pendapatan
πŸ”ΉοΈ Keperluan asas untuk kelangsungan hidup dan menampung keluarga
πŸ”ΉοΈ Dividen KWSP adalah hasil simpanan dan pelaburan pencarum sendiri, dan pengagihan bersasar bertujuan membantu mereka yang benar-benar terdesak tanpa menjejaskan kelestarian simpanan hari tua jutaan rakyat.

PGIRM juga ingin menyatakan bahawa laporan media yang menekankan penggunaan dividen untuk perayaan mungkin boleh menimbulkan persepsi kurang tepat tentang tujuan tuntutan pencarum.

Kami menyeru semua pihak termasuk media untuk menyampaikan fakta dan konteks penuh supaya rakyat memahami bahawa dividen bersasar adalah untuk keperluan mendesak dan tekanan ekonomi sebenar, bukan semata-mata kegunaan sementara.

PGIRM akan terus berjuang demi kepentingan pencarum, menekankan keadilan, kelestarian dana persaraan, dan bantuan bersasar yang tepat untuk mereka yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀72😒5
Untuk makluman semua shbt pencarum seluruh Malaysia
πŸ‘Œ34πŸ‘20❀9πŸ™4😒1
Perkembangan Terkini.

Salam 4 Ramadhan..
Untuk makluman kpd Pencarum seluruh Malaysia..

Sy dah sampaikan Nota Sokongan kpd YB2 yg membawa isu KWSP AGIHAN DIVIDEN SECARA BERSASAR untuk pertimbangan dan dibawa didewan;

πŸ“Œ Nota Sokongan – KWSP Akaun Fleksibel & Dividen Bersasar

YB, untuk pertimbangan:

➑️ Akaun Fleksibel (Akaun 3)
16 juta pencarum, ~8 juta aktif boleh akses bila-bila masa.
➑️ Dividen Bersasar untuk golongan terdesak
πŸ”ΉοΈSuri rumah/Ibu Tunggal tanpa pendapatan tetap
πŸ”ΉοΈPekerja kehilangan pekerjaan
πŸ”ΉοΈPeniaga mikro / bekerja sendiri
πŸ”ΉοΈPekerja gig / rentan B40 & M40
πŸ”ΉοΈPekerja tetap B40 & M40 berpendapatan rendah (<RM4,000)
πŸ”ΉοΈPesakit kritikal

βœ’οΈ Tujuan
Imbangi keperluan semasa dengan kelestarian simpanan persaraan.

Nota ini hanya bahan sokongan untuk pertimbangan YB di Dewan.

Azmi Mohd Tahir,
Presiden PGIRM
❀76πŸ‘28πŸ”₯2😒1
FAQ – Dividen Bersasar & Akaun Fleksibel KWSP

MENJAWAB KETIDAK PUASAAN HATI PENCARUM

1️⃣ Kenapa dividen diagih secara bersasar, bukan terus ke semua pencarum?
Akaun KWSP adalah simapan persaraan jangka panjang.
Dividen bersasar hanya untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk kelangsungan hidup sementara, contohnya: suri rumah, pekerja kehilangan kerja, peniaga mikro, pekerja B40/M40 berpendapatan rendah, pesakit kritikal.
Pendekatan bersasar memastikan keseimbangan antara bantuan semasa dan kelestarian simpanan hari tua.

2️⃣ Saya aktif mencarum, tapi tidak termasuk dalam golongan bersasar. Adakah saya rugi?
Tidak rugi. Akaun Fleksibel membolehkan pencarum aktif mengeluarkan wang bila-bila masa.
Dividen bersasar hanya tambahan untuk yang terdesak – bukan bermaksud pencarum aktif tidak mendapat manfaat langsung.

3️⃣ Kenapa tidak biar semua pencarum pilih sendiri untuk keluarkan dividen?
Jika dividen diagih kepada semua tanpa syarat, simpanan persaraan jutaan pencarum berisiko cepat habis.
Bersasar memastikan mereka yang perlukan segera dapat bantuan, tanpa menjejaskan simpanan jangka panjang orang lain.

4️⃣ Adakah ini bermaksud KWSP mengabaikan keperluan pencarum lain?
Tidak. Semua pencarum tetap menikmati simpanan dan dividen secara normal.
Bersasar hanya membantu golongan yang benar-benar terdesak, supaya tiada yang hilang hak mereka secara tidak adil.

5️⃣ Apakah tujuan sebenar Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel memberi kemudahan kecairan untuk kecemasan atau keperluan mendesak, tetapi tetap mengekalkan prinsip simpanan persaraan.
Dividen bersasar diagih secara adil berdasarkan keperluan.

πŸ’‘ Kesimpulan
KWSP adalah simpanan persaraan, bukan untuk keperluan harian atau perayaan.

Hanya pencarum yang benar-benar terdesak dan bersasar sahaja layak menerima pengeluaran dividen tambahan.

Pendekatan ini memastikan kelangsungan simpanan hari tua jutaan rakyat sambil membantu mereka yang paling memerlukan sekarang.

Sekian,terima kasih.
❀42πŸ‘6πŸ”₯3😒2
Jom kita dengarkan..apa kata anda..

https://vt.tiktok.com/ZSm9qxGBF/
❀7
Assalamualaikum dan selamat petang

Mohon kepada semua pencarumΒ² untuk komen di dalam posting page DS Shahidan Kassim untuk tindakan lanjut.

Terima kasih

Dari Tuan Azlan
Pegawai Khas Datuk Sri Shahidan Kassim
πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

https://www.facebook.com/share/v/1BmsYMCnCj/?mibextid=wwXIfr
❀26πŸ”₯5😒2
PERKEMBANGAN TERKINI

Salam 5 Ramadhan.

Untuk makluman shbt pencarum seluruh Msia, maklum balas telah diterima daripada Pegawai Khas YB bahawa maklumat dan hujah dalam Nota Sokongan PGIRM berkaitan cadangan Agihan Dividen KWSP Secara Bersasar akan digunakan sebagai rujukan dalam perbahasan di Dewan.

Ini menunjukkan suara pencarum didengari dan diberi perhatian di peringkat Parlimen.

πŸ“Œ Pendirian PGIRM kekal konsisten: Pendekatan bersasar adalah langkah bertanggungjawab bagi membantu golongan benar-benar terdesak tanpa menjejaskan prinsip simpanan persaraan jangka panjang. KWSP adalah dana persaraan.

Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
PGIRM akan terus membawa suara pencarum secara berfakta dan berhemah.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

https://www.facebook.com/share/p/16qgStz91s/

https://vt.tiktok.com/ZSmQxvHyS/

https://youtube.com/shorts/mfAHDXBsFL0?si=M6woMlutD5ghtgnU
❀55πŸ”₯13😒2
Kpd semua pencarum mohon masukπŸ‘‡πŸ‘‡ dan komen desakan kerana dividen akn diumum sabtu ini sblm YB Ds Shahidan Kassim beri tekanan didewan!

P/S jgn komen perkara yg TIDAK BERKAITAN, ini shj harapan dan usaha pencarum utk merealisasikan tuntutan shbt..

https://vt.tiktok.com/ZSmqJx3fH/
😒22❀5