CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
FAQ – Dividen Bersasar & Akaun Fleksibel KWSP

MENJAWAB KETIDAK PUASAAN HATI PENCARUM

1️⃣ Kenapa dividen diagih secara bersasar, bukan terus ke semua pencarum?
Akaun KWSP adalah simapan persaraan jangka panjang.
Dividen bersasar hanya untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk kelangsungan hidup sementara, contohnya: suri rumah, pekerja kehilangan kerja, peniaga mikro, pekerja B40/M40 berpendapatan rendah, pesakit kritikal.
Pendekatan bersasar memastikan keseimbangan antara bantuan semasa dan kelestarian simpanan hari tua.

2️⃣ Saya aktif mencarum, tapi tidak termasuk dalam golongan bersasar. Adakah saya rugi?
Tidak rugi. Akaun Fleksibel membolehkan pencarum aktif mengeluarkan wang bila-bila masa.
Dividen bersasar hanya tambahan untuk yang terdesak – bukan bermaksud pencarum aktif tidak mendapat manfaat langsung.

3️⃣ Kenapa tidak biar semua pencarum pilih sendiri untuk keluarkan dividen?
Jika dividen diagih kepada semua tanpa syarat, simpanan persaraan jutaan pencarum berisiko cepat habis.
Bersasar memastikan mereka yang perlukan segera dapat bantuan, tanpa menjejaskan simpanan jangka panjang orang lain.

4️⃣ Adakah ini bermaksud KWSP mengabaikan keperluan pencarum lain?
Tidak. Semua pencarum tetap menikmati simpanan dan dividen secara normal.
Bersasar hanya membantu golongan yang benar-benar terdesak, supaya tiada yang hilang hak mereka secara tidak adil.

5️⃣ Apakah tujuan sebenar Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel memberi kemudahan kecairan untuk kecemasan atau keperluan mendesak, tetapi tetap mengekalkan prinsip simpanan persaraan.
Dividen bersasar diagih secara adil berdasarkan keperluan.

💡 Kesimpulan
KWSP adalah simpanan persaraan, bukan untuk keperluan harian atau perayaan.

Hanya pencarum yang benar-benar terdesak dan bersasar sahaja layak menerima pengeluaran dividen tambahan.

Pendekatan ini memastikan kelangsungan simpanan hari tua jutaan rakyat sambil membantu mereka yang paling memerlukan sekarang.

Sekian,terima kasih.
❤42👏6🔥3😢2
Jom kita dengarkan..apa kata anda..

https://vt.tiktok.com/ZSm9qxGBF/
❤7
Assalamualaikum dan selamat petang

Mohon kepada semua pencarum² untuk komen di dalam posting page DS Shahidan Kassim untuk tindakan lanjut.

Terima kasih

Dari Tuan Azlan
Pegawai Khas Datuk Sri Shahidan Kassim
👆👆👆

https://www.facebook.com/share/v/1BmsYMCnCj/?mibextid=wwXIfr
❤26🔥5😢2
PERKEMBANGAN TERKINI

Salam 5 Ramadhan.

Untuk makluman shbt pencarum seluruh Msia, maklum balas telah diterima daripada Pegawai Khas YB bahawa maklumat dan hujah dalam Nota Sokongan PGIRM berkaitan cadangan Agihan Dividen KWSP Secara Bersasar akan digunakan sebagai rujukan dalam perbahasan di Dewan.

Ini menunjukkan suara pencarum didengari dan diberi perhatian di peringkat Parlimen.

📌 Pendirian PGIRM kekal konsisten: Pendekatan bersasar adalah langkah bertanggungjawab bagi membantu golongan benar-benar terdesak tanpa menjejaskan prinsip simpanan persaraan jangka panjang. KWSP adalah dana persaraan.

Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
PGIRM akan terus membawa suara pencarum secara berfakta dan berhemah.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

https://www.facebook.com/share/p/16qgStz91s/

https://vt.tiktok.com/ZSmQxvHyS/

https://youtube.com/shorts/mfAHDXBsFL0?si=M6woMlutD5ghtgnU
❤55🔥13😢2
Kpd semua pencarum mohon masuk👇👇 dan komen desakan kerana dividen akn diumum sabtu ini sblm YB Ds Shahidan Kassim beri tekanan didewan!

P/S jgn komen perkara yg TIDAK BERKAITAN, ini shj harapan dan usaha pencarum utk merealisasikan tuntutan shbt..

https://vt.tiktok.com/ZSmqJx3fH/
😢22❤5
https://vt.tiktok.com/ZSmspSAbu/

KWSP dilaporkan akan mengumumkan kadar dividen bagi 2025 pada Sabtu ini dengan para penganalisis menjangka kadar antara 6.30 hingga 6.50 peratus.

SETUJU ATAU TIDAK, Dividen KWSP dimasukkan ke Akaun Fleksibel?
👍124❤7🔥6😢1
Hari Raya Tahun ini 2026

Berbaki 20 hari lagi umat islam Malaysia akn menyambut Hari Raya Aidilfitri,pasti ramai rakyat yg TERKESAN dgn Kos Sara Hidup Tinggi akan menyediakan juadah Hari Raya kali ini dgn makanan2 frozen spt:

1. Rendang Nugget Ramly

2. Kari Ayam Drumet Ramly

3. Bakso Bebola Daging

4. Hotdog Ramly Masak Merah

Pasti meriah menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 dgn juadah ala2 frozen!

Terima kasih atas bantuan STR,Sara,Mykasih kerana dpt meringankan BEBAN rakyat dan boleh digunakan utk membeli barangan frozen bg persiapan hari raya nanti🙏🙏🙏

Sekian, terima kasih.
😢33❤7👍1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Untuk Edaran
Tarikh : 28 Feb 2026
Kuala Lumpur

“YANG KOSONG AKAUN, KOSONG DIVIDEN — FLEKSIBEL UNTUK SIAPA?”

PGIRM mengambil maklum kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, bahawa dividen dikreditkan berdasarkan baki purata harian setiap akaun, termasuk Akaun Fleksibel (Akaun 3), tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Jika akaun tiada baki, maka tiada dividen akan diterima.
PGIRM tidak mempertikaikan formula ini secara teknikal. Tetapi persoalan yang lebih besar dan lebih serius ialah — fleksibel untuk siapa?

Ratusan ribu pencarum, termasuk:
• Suri rumah
• Ibu tunggal
• Individu yang kehilangan pekerjaan
• Pekerja rentan dan gig
• Pekerja tetap B40/M40 berpendapatan rendah
terpaksa mengosongkan Akaun Fleksibel bukan kerana pilihan, tetapi kerana desakan hidup.

Apabila baki menjadi sifar, mereka bukan sahaja kehilangan simpanan — malah kehilangan dividen.
Jika sistem hanya memberi keuntungan kepada mereka yang mampu mengekalkan baki, maka secara jelas sistem ini memihak kepada yang stabil dan menindas yang terdesak.

PGIRM menegaskan bahawa:
Fleksibiliti tanpa perlindungan dividen adalah tidak seimbang dan berat sebelah.
Golongan yang paling memerlukan tidak sepatutnya menjadi pihak paling rugi.

Kerajaan dan KWSP wajib membuka ruang libat urus rasmi, menilai semula implikasi sosial mekanisme ini, dan mencari penyelesaian yang adil dan inklusif. Isu ini bukan soal formula atau tafsiran undang-undang sahaja — ia soal keadilan sosial, tanggungjawab dasar, dan perlindungan rakyat yang paling terkesan.

Sehubungan itu, PGIRM akan meneruskan usaha untuk sesi libat urus rasmi bagi memastikan isu ini diteliti secara menyeluruh.

Penegasan terakhir:

“Jika Akaun Fleksibel kosong, dividen pun hilang. Suri rumah, ibu tunggal, pekerja rentan dan B40/M40 yang terpaksa keluarkan simpanan hidup mereka secara automatik rugi. Fleksibiliti tanpa perlindungan adalah berat sebelah. Kami menuntut libat urus rasmi segera — keadilan untuk ratusan ribu pencarum yang paling terdesak tidak boleh diabaikan.”— Azmi Mohd Tahir, Presiden PGIRM

Ratusan ribu pencarum sedang memerhati. Suara mereka tidak boleh diketepikan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Lampiran Rujukan:

https://vt.tiktok.com/ZSmWe8nnY/
❤111🔥8🤝5😢3
Forwarded from Presiden PGIR
Utk mklm semua sy dh jalankan tggjwb sy demi pencarum terdesak👆👆,kita tggu mklm balas dr Dssk jika tiada mklmbalas baru sy akn hubungi direct Dssk
👍47😢26❤1
Forwarded from Presiden PGIR
Dah terima mklmbalas dr Tuan Azlan Pgw Khas Media Dssk dan kita tggu next step
🔥50👍38❤6😢5😱1🙏1
Kenyataan Media PGIRM

Untuk Edaran
Tarikh : 02 Mac 2026

“Jangan Gambarkan Pencarum Seolah-Olah Tidak Faham” – Azmi Persoal Naratif Isu KWSP

Kuala Lumpur,

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir menegaskan bahawa naratif yang menggambarkan pencarum perlu “kekal tenang dan fahami mekanisme” dalam isu pengeluaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak mencerminkan realiti sebenar rakyat.

Merujuk laporan analisis oleh Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/769861/suara-sinar/analisis-sinar/kekal-tenang-fahami-mekanisme-kwsp, beliau berkata pendekatan sebegitu seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat tidak memahami sistem, sedangkan kenyataan sebenar jauh lebih kompleks.

“Yang saya ingin tegaskan ialah rakyat bukan tidak faham mekanisme. Mereka tahu simpanan itu untuk hari tua dan risiko yang terlibat. Tetapi mereka sedang berhadapan tekanan hidup nyata — sewa rumah, ansuran bank, kos pendidikan anak dan kos kesihatan,” katanya.

Beliau mendedahkan bahawa majoriti mesej diterima daripada pencarum berusia 31 hingga 55 tahun menunjukkan keperluan pengeluaran dividen adalah untuk kelangsungan hidup sementara — bukan untuk perbelanjaan perayaan seperti yang sering digambarkan.

“Jujurnya, mesej yang saya terima bukan cerita beli baju raya. Mereka cerita soal bayar sewa, elak rumah dilelong, tanggung kos rawatan ibu bapa. Raya nombor dua, survival harian nombor satu,” tambahnya.

Azmi turut merujuk kepada statistik rasmi yang menunjukkan sekitar 74 peratus pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM100,000, jumlah yang tidak mencukupi untuk menghadapi tempoh persaraan dengan selesa.

Beliau menegaskan bahawa kumpulan umur 31 hingga 55 tahun berada pada fasa komitmen kewangan tertinggi, dan tekanan ini tidak dipaparkan oleh kadar pengangguran rasmi sekitar 3 peratus.

“Kita bercakap tentang rakyat yang bekerja, membayar cukai, menyara keluarga. Bila kos hidup meningkat tetapi pendapatan tidak seiring, tekanan itu nyata,” katanya.

Beliau menekankan bahawa PGIRM tidak mencadangkan pengeluaran tanpa kawalan atau mengabaikan kepentingan persaraan jangka panjang, tetapi mencadangkan pendekatan bersasar dan sementara bagi mereka yang benar-benar terkesan.

“Apa yang rakyat mahu ialah keseimbangan. Bukan sistem yang kaku. Dan bukan juga persepsi bahawa suara mereka tidak didengari,” jelasnya.

Azmi menegaskan bahawa dalam landskap ekonomi dan politik semasa, rakyat bukan lagi pemerhati pasif tetapi penentu hala tuju dasar negara.

“Golongan 31 hingga 55 tahun ini adalah kumpulan produktif, pembayar cukai dan pengundi aktif.

Mereka adalah kingmaker sebenar.
Jika suara mereka dirasakan tidak didengari, implikasinya bukan sahaja ekonomi, tetapi juga kepercayaan terhadap institusi dan dasar negara,” katanya menutup kenyataan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
👍57❤4