CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.33K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Teruskan SEMANGAT tanpa HENTI! Skg sy sdg merangka satu kaedah cara Tuntutan kita dan kali ini kita x akn guna cara lapuk TUNTUTAN tapi dgn guna kaedah baru HARAPAN,in sha allah
πŸ‘59πŸ”₯10❀5😱1
Peeerrrggghhh padunya cdgn shbt iniπŸ‘†ingat nk failkan ke mhkmh main fail gitu je x melibatkan kos? Kena lantik peguam utk failkan so kos peguam pgirm kena biaya ke? Blh jika nk biaya pgirm kena tukar perlembagaan dr hak asasi kpd pelaburan pastu minta geran dgn kerajaan...πŸ™„πŸ€”πŸ™„
πŸ‘Œ23❀3πŸ”₯2
Kata2 Semangat...

πŸ’ͺ β€œSimpanan Kita, Suara Kita: Jangan Biarkan Terabai”

#Bersasarmasihrelevan
#Justice4Pencarumterdesak
#StopskimpencenKWSP
❀51πŸ‘8πŸ”₯2😱1
β€œDuit KWSP Masih Ada β€” Tapi Hak Kita Masih Tertahan!”

Ramai pencarum bertanya kpd sy β€” adakah duit KWSP Pencarum masih ada?

Jawapannya YA, simpanan itu masih selamat dan diselia di bawah Akta KWSP 1991.

KWSP bukan milik mana-mana parti politik. Ia diaudit setiap tahun oleh Jabatan Audit Negara, dan laporan kewangan boleh disemak secara terbuka di laman rasmi KWSP.

Wang pencarum dilaburkan dalam pelbagai aset β€” ekuiti, bon, hartanah dan pelaburan strategik β€” dan inilah sumber dividen tahunan yang terus dibayar kepada ahli.

Isu sebenar sekarang bukan duit TIADA, tetapi hak kita untuk mengakses sebahagian daripadanya!

Ramai pencarum masih tertekan β€” ada yang hilang kerja, berniaga kecil, menanggung keluarga.

Saya menyeru semua pencarum bangkit bersuara dengan berhemah.

Kita tidak menuduh, kita menuntut hak kemanusiaan β€” kerana simpanan itu hasil titik peluh kita sendiri!

Suara rakyat bukan untuk menentang, tapi untuk mengingatkan kerajaan supaya dengar denyut nadi sebenar rakyat.

πŸ”₯Bangkit Bersama. Tuntut Hak Secara Bermaruah.

Sekian,terima kasih.
❀75😱1
Sy menerima lg cadangan dr sekumpulan pencarum supaya tunggu PRU 16 baru perjuangkan semula!..

Baik ini Jawapan Tuntas untuk Pencarum Yang Mahu Tunggu PRU16..

Saya faham kekecewaan ramai pencarum β€” dah lama menunggu, tapi tiada tindakan dari kerajaan. Namun menunggu pilihan raya bukan penyelesaian sebenar.

Isu KWSP bukan isu politik, tapi isu hak rakyat di bawah Akta KWSP 1991. Duit itu bukan milik parti atau pemimpin mana pun β€” ia hasil titik peluh pencarum sendiri.

Jika kita tunggu PRU16, kita hanya menangguh perjuangan dan memberi alasan kepada kerajaan untuk terus berdiam diri.

Tekanan rakyat secara berterusan dan berhemah adalah cara paling berkesan untuk buka mata pemimpin β€” tidak kira siapa yang memerintah.

Bila suara pencarum senyap, isu ini dianggap selesai. Tapi bila suara rakyat konsisten, kerajaan mana pun tidak boleh abaikan.

Kita teruskan perjuangan ini sekarang β€” bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tapi untuk menegakkan hak pencarum.

πŸ’ͺ β€œHak tidak akan datang bila kita tunggu, tapi bila kita bertindak.”

Renung2kan.

Sekian,terima kasih.
πŸ‘55πŸ”₯5❀4πŸ‘1πŸ‘Œ1
πŸ™25❀9
KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Tarikh: 18 Oktober 2025

77% Rakyat Masih Bergelut β€” Pengeluaran KWSP Akaun 1 Secara Bersasar Wajar Dipertimbang Semula

PGIRM mengambil maklum laporan Berita Harian yang memetik kajian Central Force International (CFI) mendapati 77% rakyat Malaysia masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Hakikat ini membuktikan tekanan kewangan rakyat belum reda, terutama golongan B40 dan M40 yang terus menanggung kenaikan harga barang serta kos seharian yang meningkat.

Sehubungan itu, PGIRM berpandangan kerajaan wajar menilai semula cadangan pengeluaran KWSP Akaun 1 secara bersasar bagi membantu pencarum yang benar-benar terdesak, dengan syarat dan kawalan yang berhemah.

Kenyataan Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir:

β€œKami tidak menuntut keselesaan, kami hanya menuntut ruang bernafas. Duit dalam KWSP itu hasil titik peluh rakyat, bukan bantuan kerajaan.

Dalam keadaan 77% rakyat masih bergelut, pengeluaran bersasar bukan pilihan β€” tetapi satu keperluan sementara untuk meringankan beban sebenar rakyat di bawah.

Kami menyeru agar kerajaan mendengar suara pencarum dengan hati terbuka dan bertindak atas dasar kemanusiaan, bukan birokrasi.”

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘83πŸ”₯7❀5😱1
Salam & Selamat pg shbt pencarum seluruh Msia..

Berbaki satu hari shj lg utk kita laksanakan Kempen Blast Email 3 Hari bermula esok Isnin 20 Oktober - Rabu 22 Oktober waktu paling sesuai dihantar antara 9.30pg - 11.30pg(Jgn hantar selain dari waktu yg DISARANKAN)

πŸ“§ Cara Menghantar E-mel Rayuan

Tempoh Kempen E-mail Blast 3 hari:  Isnin 20 – Rabu 22 Oktober 2025 (Jgn Email selain dari tarikh iniπŸ‘†)

Sasaran: Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Alamat E-mel:

To: aduan@pmo.gov.my
info@pmo.gov.my

Cc: minister@mof.gov.my, ceo@kwsp.gov.my

Bcc: gagasaninovasirakyat@gmail.com

Subjek E-mel:
Rayuan Pencarum: Mohon Pertimbangan Pengeluaran KWSP Bersasar Akaun 1

Berikut contoh 3 variasi e-mel rayuan supaya pencarum boleh pilih(copy) atau ubah ikut keadaan:

πŸ“¨ Contoh 1 – Umum (paling mudah)

Assalamualaikum YAB Perdana Menteri,

Saya seorang pencarum KWSP yang kini berdepan tekanan kos sara hidup. Saya amat menghargai keprihatinan kerajaan melalui Bajet 2026, namun memohon agar dipertimbangkan semula pengeluaran bersasar daripada Akaun 1 bagi mereka yang benar-benar layak dan terdesak.

Semoga suara kecil kami ini didengari.

Terima kasih atas perhatian dan jasa baik kerajaan.

Yang benar,
[Nama]
[No. IC/No KWSP]
[Daerah / Negeri]

πŸ’‘ Contoh 2 – (Ibu bapa / keluarga)

Assalamualaikum,

Saya ibu/bapa kepada beberapa anak yang masih bersekolah. Tekanan kewangan semakin berat akibat kenaikan harga barangan asas dan perbelanjaan harian. Saya mohon jasa baik kerajaan mempertimbangkan pengeluaran bersasar KWSP Akaun 1 bagi membantu kami yang sedang benar-benar terhimpit.

Semoga kerajaan terus mendengar denyut nadi rakyat.

Terima kasih.

πŸ’¬ Contoh 3 – (Pencarum kehilangan kerja / pendapatan menurun)

Assalamualaikum,

Saya kehilangan pekerjaan beberapa bulan lalu dan kini bergantung pada simpanan kecil yang semakin susut. Pengeluaran bersasar Akaun 1 akan menjadi nafas lega sementara saya mencari peluang baharu.

Mohon kerajaan menilai semula cadangan PGIRM ini demi kesejahteraan pencarum yang benar-benar memerlukan.

Sekian terima kasih.

➑️ Gunakan template PGIRM sebagai asas.

➑️ Pencarum ubah sedikit supaya nampak tulus dan peribadi.

🀝 Pesanan PGIRM

Kita suarakan dengan penuh tertib, fakta dan kasih kepada negara.

P/S Mohon share kpd seluruh ahli keluarga,ipar duai,rakan taulan utk MENGAMBIL BAHAGIAN pd KEMPEN ini..

β€œKerajaan mungkin belum bersetuju, tetapi suara rakyat tidak akan padam selagi keperluan masih mendesak.”

Sekian,terima kasih.
❀36πŸ”₯6πŸ‘3😱2
β€œTerima kasih atas pandangan yang sangat bernas. Isu ini bukan soal kerajaan sengaja menolak suara rakyat, tetapi kerana keputusan berkaitan KWSP tertakluk pada dasar fiskal dan Akta KWSP 1991 β€” yang tidak boleh diubah tanpa kelulusan kabinet dan Parlimen.

PGIRM sudah menyerahkan MOU dan dokumen rasmi bagi menuntut pengeluaran bersasar Akaun 1, namun proses ini mengambil masa kerana ia perlu melalui peringkat penilaian dasar.

Kami faham perasaan kecewa pencarum yang menunggu sejak 2021, namun perjuangan ini tidak sia-sia. Setiap desakan yang disuarakan secara berhemah, berfakta dan berterusan tetap memberi tekanan moral dan politik kepada kerajaan supaya membuka ruang rundingan semula.

PGIRM kekal komited memperjuangkan isu ini secara beradab, bukan dengan emosi β€” kerana ini melibatkan masa depan berjuta pencarum, bukan satu kumpulan kecil.”
❀45πŸ‘Œ9
Sy menerima kritikan dr sekumpulan pencarum yg menyatakan "Hentikan saje kempen email yg akn dilaksanakan esok,pihak IT pasti xkan samapaikan kpd Pmx utk tindakan!"

Saya faham ada yang rasa usaha menghantar e-mel kepada PMX tiada makna, kononnya akan ditapis. Namun hakikatnya, setiap suara rakyat tetap direkod dan dinilai oleh pihak pentadbiran.

PGIRM tidak pernah bergantung kepada satu saluran semata-mata β€” selain e-mel, kami telah menyerahkan MOU dan memorandum rasmi kepada Pejabat PM, Kementerian Kewangan dan KWSP dengan bukti serahan.

Saya tegaskan, perjuangan rakyat hanya gagal bila kita berhenti bersuara. Setiap e-mel, mesej dan tindakan kecil membentuk tekanan besar yang akhirnya membuka pintu keputusan.

Teruskan bersama PGIRM β€” jangan biar kelelahan menutup peluang rakyat mendapat hak pengeluaran KWSP bersasar.

- Presiden PGIRM
πŸ‘Œ20πŸ”₯2😱1
To all my Indian friends celebrating Deepavali, season's greetings!
❀22πŸ™5
Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Msia..

Isu mengenai Kempen Blast Email 3 Hari.

Sy terima byk dm dr shbt pencarum menyatakan EMAIL TAK LEPAS! Justeru sy minta shbt semak semula pengisian email sblm HANTAR dan cuba ELAKKAN guna kata seperti β€œTUNTUTAN”, "MENDESAK”, β€œTOLONG LULUSKAN”, β€œKEMPEN BESAR-BESARAN” dalam ayat pertama.

Tukar sedikit ayat setiap kali hantar (contoh ubah susunan cadangan atau ayat pembuka).

Hantar ke beberapa alamat rasmi berbeza seperti:πŸ‘‡πŸ‘‡

info@kwsp.gov.my

communications@mof.gov.my

aduan@kwsp.gov.my

Tambahan salinan (CC) kepada media rasmi: πŸ‘‡πŸ‘‡

editor@thestar.com.my, editor@utusan.com.my, aduan@malaysiakini.com.


P/S Dalam sehari SEORANG hantar SEKALI shj dan jgn hantar BERKALI2

Sekian,Terima kasih.
❀17😱4πŸ‘1πŸ”₯1
KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Tarikh: 20 Oktober 2025
Untuk Siaran Segera

Rakyat Semakin Letih dengan Politik, Sedang Hidup Kian Terhimpit

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius dapatan kajian Central Force International (CFI) yang menunjukkan 77% rakyat Malaysia masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, walaupun negara sudah berada dalam fasa pemulihan ekonomi.

Kajian tersebut turut mendedahkan pecahan persepsi rakyat seperti berikut:

πŸ“Š Analisis CFI 2025 – Persepsi Rakyat terhadap Kos Sara Hidup:

🟠 77% β€” Masih bergelut dan terhimpit dengan kos sara hidup

🟒 15% β€” Neutral / mampu bertahan

πŸ”΅ 8% β€” Stabil secara kewangan

Data ini jelas menunjukkan bahawa jurang antara statistik ekonomi dan realiti rakyat masih luas. Rakyat tidak melihat kestabilan angka makroekonomi sebagai jaminan kesejahteraan sebenar, terutama di peringkat isi rumah.

Dalam masa yang sama, PGIRM melihat trend kebelakangan ini β€” ramai pencarum KWSP yang terdesak mula mengalihkan perhatian kepada perkembangan politik dan PRN Sabah, seolah-olah isu ekonomi peribadi sudah tiada harapan untuk diselesaikan.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata bahawa keletihan rakyat dalam memperjuangkan hak pengeluaran KWSP Akaun 1 sejak 2021 telah menimbulkan rasa skeptikal dan hilang kepercayaan terhadap sistem sedia ada.

β€œRamai pencarum rasa suara mereka tidak didengar. Bila perjuangan ekonomi gagal menarik perhatian kerajaan, mereka mula meletakkan harapan kepada perubahan politik. Tapi hakikatnya, masalah kos sara hidup tidak menunggu PRN atau PRU – ia menghimpit rakyat setiap hari,” katanya.

Azmi menegaskan bahawa PGIRM tidak menolak kepentingan politik, namun menyeru agar semua pihak β€” sama ada kerajaan mahupun pembangkang β€” menjadikan isu kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama, bukan sekadar bahan kempen menjelang pilihan raya.

β€œPGIRM bukan badan politik, tetapi suara rakyat yang menuntut keadilan ekonomi. Kami percaya pengeluaran bersasar Akaun 1 masih jalan terbaik untuk membantu golongan terdesak tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi negara,” tambah beliau.

PGIRM turut menggesa kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan rundingan khas bersama wakil pencarum dan NGO rakyat, bagi mencari solusi jangka sederhana terhadap tekanan kos sara hidup, termasuk mekanisme pengeluaran bersyarat bagi pencarum yang benar-benar memerlukan.

β€œKita tidak menentang dasar kerajaan, tetapi menegur dengan fakta dan niat yang baik. Jika 77% rakyat masih bergelut dengan hidup, bermakna dasar yang ada belum sampai ke bawah. Inilah sebab kami terus bersuara, bukan demi politik β€” tetapi demi rakyat yang lapar di rumah sendiri.” tegas Azmi.


Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀44😒4πŸ”₯1
Mohon viralkan demi kelangsungan hidup pencarum TERDESAK seluruh Msia

#Bersasarmasihrelevan
#Justice4Pencarumterdesak
#StopskimpencenKWSP
❀45πŸ”₯6πŸ‘3😱1
Salam dan slmt ptg shbt pencarum,konten utk misi esok copy & pasteπŸ‘‡πŸ‘‡ dan jgn lupa CC pd email media yg sy share sblm ini..

Subjek:
Cadangan Pengeluaran Bersasar Akaun 1 KWSP


Kepada:
YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

Saya mewakili ramai pencarum yang masih tertekan dengan peningkatan kos sara hidup seperti dilaporkan oleh Central Force International, bahawa 77% rakyat Malaysia masih bergelut secara harian.

Kami amat berharap kerajaan dapat menimbangkan semula pengeluaran bersasar Akaun 1 KWSP, khusus bagi pencarum yang benar-benar terdesak dan berpendapatan rendah. Cadangan ini bukan untuk menjejaskan ekonomi, tetapi membantu rakyat bertahan sementara keadaan hidup semakin mencabar.

Kami percaya langkah ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan serta memberi kelegaan segera kepada ramai keluarga.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan pertimbangan pihak tuan/puan.

Hormat saya,
[Nama Penuh]
Pencarum KWSP
Tarikh: [Isikan tarikh]
😱15πŸ‘Œ7❀3πŸ”₯1
Isu Tular Dakwaan Pembelian Kota Warisan Bernilai RM600 Juta

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial dakwaan kononnya Perdana Menteri telah membeli kawasan Kota Warisan di Putrajaya bernilai RM600 juta. Setelah semakan dilakukan, tiada sebarang pengesahan rasmi atau bukti sahih yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi kerajaan, jabatan audit, atau rekod transaksi hartanah awam berdaftar.

Pencarum dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tidak disertakan sumber rasmi. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, penyebaran maklumat tidak sahih hanya menambahkan kekeliruan dan kebimbangan rakyat.

Kebenaran tidak perlu disebar dengan emosi, tetapi dengan bukti dan fakta. Kita berhak tahu, namun biarlah berdasarkan sumber sahih β€” bukan sekadar andaian di media sosial.

Sekian,Terima kasih.
πŸ‘19😱3πŸ‘Œ3❀1
KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Tarikh: 21 Oktober 2025
Untuk Siaran Segera

PENGELUARAN KWSP BERSASAR LEBIH SELAMAT DARIPADA PINJAMAN BERFAEDAH TINGGI

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 53 hingga 55 tahun yang kini terpaksa mengambil pinjaman daripada syarikat komuniti berlesen bagi menampung kos sara hidup harian.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata fenomena ini membimbangkan kerana ia menunjukkan ramai rakyat terdesak selepas permohonan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar masih belum dipertimbangkan oleh kerajaan.

Katanya, tawaran pinjaman β€œpakai dulu, bayar selepas pengeluaran penuh KWSP” menyebabkan ramai pencarum terjebak dalam beban hutang berganda akibat kadar faedah yang tinggi.

β€œPGIRM tidak menentang dasar kerajaan menjaga simpanan hari tua, namun realitinya ramai pencarum kini terpaksa berhutang untuk hidup hari ini. Lebih baik kerajaan benarkan pengeluaran bersasar yang terkawal daripada membiarkan rakyat terperangkap dengan pinjaman berfaedah tinggi,” katanya.

Tambah beliau, PGIRM menyarankan agar kerajaan menilai semula dasar semasa melalui sesi rundingan khas bersama wakil pencarum dan NGO rakyat bagi merangka mekanisme pengeluaran bersyarat kepada kumpulan benar-benar memerlukan β€” tanpa menjejaskan matlamat jaminan hari tua.

β€œRakyat bukan meminta habuan, tetapi menuntut hak mereka sendiri. Pengeluaran bersasar bukan ancaman kepada ekonomi, malah dapat mengelak rakyat daripada terus terjerat hutang,” tegas Azmi.

PGIRM menegaskan bahawa kebajikan rakyat mesti diutamakan secara seimbang antara keperluan semasa dan jaminan masa depan. Isu ini bukan politik β€” ia soal hak dan maruah pencarum yang telah menabung sepanjang hayat.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘75❀7😒4πŸ‘3πŸ”₯1πŸ‘Œ1
Kerana kesempitan hidup kebanyakkan pencarum TERJEBAK dgn lintah darat!
😒59πŸ‘7πŸ”₯1πŸ‘Œ1