CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.33K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
🔥🚨 KENYATAAN PALING KOYAK & PALING MARAH DARI SAYA 🚨🔥

Hari ini saya bercakap tanpa tapis, tanpa lembut, tanpa diplomasi.

Saya terima begitu banyak mesej dari pencarum:

❌ “Takkan dapat selagi PMX ada.”
❌ “Tunggu PRU je lah.”
❌ “Kami dah putus harap.”

Saya nak cakap sekeras-kerasnya pandangan ini adalah punca utama kenapa pengeluaran makin jauh dari tangan kita.

Ya, saya ulang:
PUNCA UTAMA BUKAN KERAJAAN.
PUNCA UTAMANYA SIKAP MENUNGGU
.

🔥 1. Menunggu kerajaan jatuh bukan perjuangan itu alasan untuk tidak berjuang.

Jangan tipu diri sendiri.

Kalau seseorang itu benar-benar terdesak…
benar-benar perlu duit untuk hidup…
benar-benar nak selamatkan keluarga…

Dia tidak akan duduk diam sambil tunggu PRU.

Yang buat begitu hanya dua jenis orang:

1. Orang yang dah hilang semangat, atau

2. Orang yang mengharapkan “orang lain” buatkan kerja.

Itu realiti paling pedih.

🔥 2. Tukar kerajaan bukan jaminan sejarah dah ajar kita.

Kerajaan yang dulu tak lulus.
Kerajaan yang selepas itu pun tak lulus.

Kalau kerajaan A tak lulus, kerajaan B tak lulus…

Apa logiknya tunggu kerajaan C?

Ini bukan magik.
Ini dasar KWSP ia bergerak ikut data, tekanan rakyat, dan keputusan MOF/KWSP Board, bukan siapa duduk di Putrajaya.

🔥 3. Kerajaan mana pun akan abaikan isu ini kalau pencarum sendiri diam & pasrah.

Nak marah? Silakan.
Tapi ini realiti pahit:

Tiada kerajaan akan luluskan apa-apa kalau pencarum sendiri dah berhenti bersuara.

Kalau pencarum sendiri berhenti,
kalau pencarum sendiri putus asa,
kalau pencarum sendiri “tunggu PRU”…

maka kerajaan apa pun warnanya akan fikir:

👉 “Isu KWSP dah reda. Rakyat dah tak desak.”

Itu hakikat paling menyakitkan. Dan itu yang sedang berlaku sekarang.

🔥 4. Jangan salahkan kerajaan kalau pencarum sendiri mematikan peluang.

Kalau pencarum tak isi borang tinjauan,tak suarakan desakan,tak hantar data,tak tunjuk tekanan…

Siapa yang bunuh perjuangan? Kerajaan?
Tidak.

PENCARUM SENDIRI.

Perjuangan ini bukan barang siap. Ia bukan akan datang “bila orang itu jatuh”.
Hidup mati perjuangan ini ada pada tangan pencarum.

Sekian,terima kasih.
❤69🔥9😱1
Salam Maghrib dan selamat malam shbt pencarum seluruh Malaysia.

Ramai yg tanya dan sy trigger 2 komen antara byk2 komen👇

“Surat PGIRM ada jawapan tak? Pencarum nk buat apa lagi”

Jawapan terus: TIADA.

Dan itulah masalahnya bukan PGIRM tak buat kerja, tetapi pihak berkuasa TAK RASA TEKANAN daripada pencarum.

Soalan kedua yang lebih penting:
Kalau pencarum sendiri hanya merungut dan putus harap… apa lagi yang kerajaan perlu takut?

Kerajaan tak akan bergerak hanya kerana komen “kami dah putus harap”.
Mereka hanya bergerak bila suara rakyat cukup kuat sampai tak boleh diabaikan lagi.

PGIRM dah buat:
✔ Hantar surat rasmi
✔ Sediakan data
✔ Buat analisis
✔ Dedahkan jurang dasar
✔ Tekan isu secara terbuka
✔ Serah dokumen rasmi kepada PAC, MOF & agensi berkaitan

Tapi kalau pencarum duduk diam dan hanya ulang ayat:
“Tak guna dah… selagi PMX ada, takkan dapat apa-apa…”
dasar memang TAKKAN berubah.

Putus harap bukan strategi.
Suara bersatu itu strategi.
Data besar itu tekanan.
Tindakan kolektif itu kekuatan.

Sebab itu PGIRM ulang:
👉 Isi Tinjauan PGIRM.
👉 Tunjukkan angka sebenar tekanan rakyat.
👉 Biar MOF dan KWSP nampak gelombang, bukan keluhan.

Kalau kita sendiri tak gerak, jangan harap orang lain gerakkan nasib kita.

Hari ini pencarum kena pilih:
Mahukan perubahan, atau hanya mahu merungut?
Sebab dua benda ini tak bawa hasil yang sama.
❤37🔥10😢3
Perkembangan Terkini (16 November 2025)

Untuk makluman shbt pencarum setakat malam ini, 3,188 pencarum telah menjawab Borang Tinjaun Khas PGIRM.

Tapi kita masih jauh dari sasaran 100,000 pencarum.

Kami perlukan kerjasama semua pencarum untuk terus kongsikan link borang kepada rakan, keluarga, dan kenalan.

Semakin ramai yang isi, semakin kuat suara pencarum, dan semakin sukar kerajaan atau pihak berwajib mengabaikan tuntutan ini.

Ingat:
Jika pencarum sendiri berdiam, hak pencarum akan terus terabai.
Isi dan kongsikan sekarang suara anda adalah tekanan sebenar untuk perubahan! 👏🤝
👏33👌5❤3😱1🤝1
Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Saya nk cakap terus-terang jika siapa rasa pedih, itu tanda dia memang makan cili.

Masa Akaun Fleksibel diumum, 4.3 juta pencarum berbaris macam tentera tak tanya, tak tunggu, tak fikir. Semua laju kalah F1.

Tapi bila bab perjuangkan hak sendiri,isi Borang Tinjauan pun slow dan x bermaya:

“Ermm… malas.”
“Tak urgent.”
“Tengok nanti…”
“Takpe, biar Azmi buat semua.”

Tapi peliknya,
soalan yang sama muncul beratus-ratus kali:

“Tuan Azmi, kerajaan bila nak bagi pengeluaran?”
“Tuan Azmi, MOF tak jawab ke?”

Nak tahu jawapan brutal?

Kerajaan tak jawab sebab pencarum sendiri tak bagi alasan kuat untuk kerajaan jawab.
Kerajaan diam sebab pencarum lagi diam.
Kerajaan tak peduli sebab pencarum tak bersatu untuk dipedulikan.

Dan bila kita ajak bangkit, ada ayat paling ‘power’:

“Kami dah putus harap.”

Putus harap?
Baik. Boleh.
KITA TENGOK REALITI:

➡️ Putus harap tak bagi duit masuk.
➡️ Putus harap tak buat bil kurang.
➡️ Putus harap tak buat kerajaan tiba-tiba lulus pengeluaran.
➡️ Putus harap cuma bagi satu benda: TERUS TENGGELAM.

Yang paling lucu tapi menyakitkan:

Saya pesara. Saya tak ambil satu sen KWSP.
Saya yang tak dapat apa-apa, berjuang siang malam. Yang ada duit dalam KWSP? Ramai tunggu keajaiban jatuh dari langit.

Ada juga pencarum jenis:
“Nanti orang lain isi tinjauan, aku follow.”
“Nanti orang lain tekan kerajaan, aku like.”

Jika semua fikir begitu…
siapa yang tuan-tuan harap sebenarnya nak selamatkan pencarum?
Saya? Sorang? Dengan tangan kosong?

Jika betul nak perubahan:
👉 Isi Borang Tinjauan.
👉 Kongsikan.
👉 Jadi tekanan, bukan penonton.

Jika tidak,
tolong jangan tanya saya lagi:

“Kenapa kerajaan senyap?”

Sebab jawapan BRUTAL dia:
Kerajaan akan terus senyap selagi pencarum sendiri memilih untuk senyap.

Sekian.

Kalau terasa, itu tanda tepat kena urat.
Kalau marah, itu tanda mesej sudah sampai.
Jika bangkit barulah ada harapan.

Saya lampirkan link borang tinjauan utk tindakan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform
👌38👍22❤5🔥4😢1
“FIKIR LUAR KOTAK, BUKAN DALAM GUA”

“Jujur saya tanya…
Apa yang sebenarnya menyelesaikan hidup pencarum?

1️⃣ Tukar orang di kerusi?
Atau
2️⃣ Tukar ‘keputusan’ yang menyekat pengeluaran simpanan sendiri?

Sebab jika asyik sibuk tentang siapa duduk kerusi,tapi isu perut, bil, dan hutang pencarum tak selesai,itu namanya fikir dalam KOTAK KASUT bukan LUAR KOTAK.

Fikir betul-betul, shbt pencarum:

Yang anda perlukan ialah ruang bernafas,bukan drama politik yang tak bayar bil sesen pun.”
❤28🔥5👌1🤝1
🔥“Api Rakyat Tak Pernah Padam - Hanya Kabinet & KWSP Yang Buat-Buat Tak Rasa Panas”🔥

Ramai pencarum tanya:

“Kenapa kerajaan & KWSP keras kepala sangat? Kenapa hak sendiri pun kena minta macam peminta sedekah?”

Jawapannya jelas:

Kerajaan & KWSP mungkin percaya rakyat tak cukup bijak urus duit sendiri.
Lucu, kan?
Duit tu hasil kerja rakyat, tapi mereka rasa lebih tahu daripada pemiliknya.

Kerajaan kata mereka “ambil maklum”. Maklum itu entah jatuh ke mana sebab suara berjuta pencarum pun masih dianggap angin sepoi-sepoi.

KWSP pula berlagak sebagai penjaga masa depan. Anehnya, masa depan pencarum tak akan wujud kalau hari ini pun mereka sudah tak mampu bertahan.

Kerajaan sibuk ulang ayat manis tentang “keprihatinan”, tapi keprihatinan itu hanya muncul dalam sidang media,tidak pernah muncul dalam keputusan yang memberi ruang bernafas kepada pencarum.

KWSP pula selalu beri nasihat:
“Ini untuk simpanan hari tua… jangan keluarkan…” Tapi bila pencarum tua, terseksa, atau dalam tekanan kos sara hidup…KWSP langsung tiada jawapan atau solusi segera.

Bila pencarum minta hak sendiri, kerajaan & KWSP tiba-tiba jadi “hero palsu” yang kononnya melindungi rakyat daripada diri mereka sendiri. Padahal, pencarum hanya mahukan hak mereka yang sah.

Jika Kerajaan & KWSP terus bersikap keras kepala, lupa realiti pencarum, dan menyorok kelemahan dasar di sebalik alasan “kami sedang kaji”, maka kerajaan perlu sedar:
Pencarum sabar, tetapi bukan bodoh.
Pencarum menghormati, tetapi bukan takut.
Dan suara berjuta-juta pencarum itu tidak akan hilang begitu sahaja.
👏65🔥19❤5👌1
Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Utk makluman sy membaca setiap komen pencarum dan sy memahami, antara komen yg sy trigger:

"Ramai cadang turun berkumpul depan KWSP".

Dengar sini betul-betul.

Jika pencarum turun tanpa perancangan,yang tanggung risiko bukan kerajaan…tapi pencarum sendiri.

PGIRM takkan benarkan pencarum yang sudah cukup terbeban ditambah pula dengan risiko ditahan, disiasat atau disenaraihitam semata-mata kerana kerajaan masih diam.

Marah itu wajar.
Tapi langkah yang membinasakan diri sendiri itu bukan perjuangan.

PGIRM sekarang sedang menunggu tarikh pertemuan penting bersama PAC ini saluran rasmi yang kerajaan tak boleh abaikan.

Bila masanya tepat dan langkah itu benar-benar perlu, PGIRM sendiri akan umumkan tindakan seterusnya.

Buat masa ini, jangan bakar diri sendiri.

Perjuangan sebenar bukan turun beramai-ramai tanpa halatuju. Perjuangan sebenar ialah tindakan yang memberi tekanan terus kepada kerajaan sampai mereka tak boleh lari lagi.

Sekian,terima kasih.
❤62🔥6👌4👏2
KENYATAAN RASMI PGIRM – Spekulasi Skim Pencen 2026

Tarikh: 18 November 2025

PGIRM ingin memaklumkan kepada semua pencarum bahawa maklumat yang tersebar di media sosial berhubung “skim pencen baru bermula 2026” adalah spekulasi dan tidak disokong oleh sumber rasmi kerajaan.

Fakta sebenar:
1️⃣ Kerajaan hanya mengumumkan pelarasan pencen Fasa 2 bagi pesara perkhidmatan awam, bermula Januari 2026.
2️⃣ Pelarasan ini bukan skim pencen baru untuk semua pencarum KWSP.
3️⃣ Semua kenyataan rasmi mengenai pencen boleh dirujuk melalui JPA / PSD / KPPA / MOF.
4️⃣ PGIRM menasihatkan pencarum supaya mengambil maklumat daripada sumber sahih sahaja, dan tidak termakan desas-desus atau spekulasi.

PENGAJUAN PGIRM:

PGIRM menegaskan bahawa hak pencarum KWSP terus dipantau secara rasmi, dan sebarang perubahan dasar akan disampaikan melalui saluran rasmi PGIRM kepada semua pencarum.

Quote Presiden PGIRM:

“Kami faham kebimbangan pencarum. Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi. PGIRM akan terus pastikan hak anda diperjuangkan dan maklumat rasmi disampaikan tepat pada masanya.”
— Azmi Mohd Tahir, Presiden PGIRM

📌 Pencarum dinasihatkan untuk terus mengikuti kenyataan PGIRM bagi maklumat terkini.

Rujukan:

https://vt.tiktok.com/ZSfdQyBpQ/
❤27👌16🔥1
🔥 KENYATAAN PGIRM – TENTANG “EMAIL PENCEN KWSP” YANG DINYATAKAN.

PGIRM ingin menjelaskan kepada semua pencarum bahawa kami telah menerima komen dan pertanyaan berhubung email yang mendakwa KWSP akan memberikan “pencen KWSP” bermula tahun depan.

Berikut penjelasan rasmi dari PGIRM berdasarkan fakta sahih:

1. Tiada Dasar KWSP Sahih untuk “Pencen KWSP” Seperti yang Dinyatakan

Sehingga hari ini, KWSP tidak mengumumkan skim pencen yang memberi pencen tetap bulanan kepada pencarum biasa seperti skim pencen kerajaan.

Yang sah ialah “pelarasan pencen” untuk pesara perkhidmatan awam (SSPA Fasa 2), tetapi ini berbeza dengan “skim pencen KWSP untuk semua pencarum”.

2. Email Ucapan Ulang Tahun Boleh Disalah Tafsir

Ada kemungkinan email yang diterima pencarum adalah ucapan automatik ulang tahun (contoh: “Happy Birthday”) dari KWSP, dan bukan jaminan “pencen KWSP akan dibayar”.

Tanpa bukti dokumen rasmi (surat keputusan lembaga KWSP, mesyuarat Lembaga, atau pengumuman dasar KWSP), kita tidak boleh anggap email itu sebagai “pencen KWSP sah”.

3. Risiko Harapan Palsu

Jika pencarum percaya dakwaan ini tanpa bukti kukuh, ramai mungkin menjangkakan wang pencen bulanan KWSP yang sebenarnya tidak dijamin menurut dasar KWSP sedia ada.

Harapan palsu ini boleh menimbulkan kekecewaan besar dan menjejaskan masa depan kewangan pencarum.

4. Tindakan PGIRM

PGIRM akan menghantar pertanyaan rasmi kepada KWSP untuk minta penjelasan berkaitan email seperti ini sama ada ia benar dihantar KWSP, dan apakah maksud “akan terima wang berpencen” dalam konteks KWSP.

PGIRM akan melaporkan kembali hasil penjelasan tersebut kepada pencarum melalui kenyataan rasmi dan media sosial.

PGIRM menasihatkan pencarum agar tidak membuat keputusan kewangan penting berdasarkan spekulasi atau desas-desus.

5. Nasihat Kepada Pencarum

Semak semula kandungan email: screenshot, tarikh, kandungan “pencen” yang dikatakan.

Jika boleh, kongsi email tersebut kepada PGIRM agar kami boleh sahkan bersama KWSP.

Berwaspada: ambil maklumat daripada sumber rasmi KWSP / Laman Web Rasmi KWSP, bukan hanya dari video TikTok atau mesej viral.

Kesimpulan:
PGIRM komited untuk memperjuangkan hak pencarum secara berasaskan fakta, bukan desas-desus. Kami faham kebimbangan pencarum tetapi istikharah yang salah maklumat boleh merosakkan harapan dan perjuangan kita bersama.

Kami akan pantau, kami akan desak, dan kami akan minta penjelasan daripada KWSP.
Tunggu kenyataan PGIRM seterusnya dan tolong kongsikan kenyataan ini kepada rakan pencarum agar tidak lebih ramai tertipu dengan khabar angin.

Terima kasih atas kepercayaan anda.
— Azmi Mohd Tahir, Presiden PGIRM
❤22😱6🔥1👌1
PERKEMBANGAN TERKINI: SUSULAN PERMOHONAN PERJUMPAAN PGIRM – PAC

Untuk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia,

PGIRM telah menerima maklum balas rasmi pagi tadi daripada Pejabat Pengerusi PAC berhubung permohonan sesi perjumpaan bagi membincangkan isu Akaun 1, tekanan ekonomi pencarum, serta data terkini yang sedang kami kumpul daripada pencarum.

Pihak PAC memaklumkan bahawa YB Pengerusi kini berada dalam jadual tugasan rasmi yang padat termasuk komitmen luar negara. Pejabat beliau akan mengaturkan tarikh pertemuan rasmi bersama PGIRM sebaik YB kembali bertugas.

PGIRM menghargai respon ini dan melihatnya sebagai perkembangan yang positif. Kami akan terus membuat susulan sehingga tarikh perbincangan disahkan.

Dalam masa yang sama, kami amat memerlukan kerjasama para pencarum untuk mengisi Borang Tinjauan PGIRM.

Tinjauan ini penting kerana:

Ia menjadi dokumen sokongan rasmi PGIRM dalam pertemuan dengan PAC nanti,

Ia memaparkan suara sebenar pencarum,

Dan ia membantu PGIRM membawa data yang tepat dan tidak boleh dinafikan kepada pihak kerajaan.

Setakat hari ini, ribuan pencarum telah mengambil bahagian mengisi Borang Tinjaun Khas PGIRM dan kami mensasarkan lebih ramai lagi supaya suara pencarum benar-benar kuat di meja rundingan.

PGIRM ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Kami akan terus maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
👍68❤9🔥6👏4😢1
Jangan Biarkan Suara Anda Terpinggir — Sertai PGIRM Sekarang!

Ramai tanya:
“Apa faedah jadi ahli PGIRM?”
Jawapannya mudah:

1️⃣ Suara Anda Dikira
Isu KWSP terlalu besar untuk diperjuangkan secara individu.
Bila jadi ahli berbayar, suara anda dikumpulkan bersama ratusan lagi lebih kuat, lebih didengar.

2️⃣ PGIRM Ada Rekod Perjuangan 2021–2025
Setiap tuntutan dibuat secara rasmi:
✔ Surat kepada MOF & KWSP
✔ Sesi libat urus
✔ Tekanan media nasional
✔ Fakta & data rasmi

3️⃣ Ahli Dapat Akses Maklumat Tepat & Terkini
— Polisi KWSP
— Akaun 1, 2 & 3
— Dasar kerajaan
— Solidariti pencarum
Ahli mendapat info eksklusif yang tidak boleh didapati di media sosial.

4️⃣ Ahli Menentukan Arah Perjuangan. Semua langkah besar PGIRM berpandukan suara ahli. “Jadi ahli PGIRM bukan untuk hype tapi untuk pastikan suara pencarum tidak diabaikan.”

5️⃣ Kekuatan PGIRM Diukur Dengan Bilangan Ahli Berbayar, Semakin ramai ahli, semakin besar kuasa menekan kerajaan. Ini bukan percuma kerana suara sebenar bernilai.

📌 Sertai sebagai ahli berbayar PGIRM.
Jangan tunggu suara anda terpinggir.

➡ Klik untuk daftar & bayar yuran keahlian

http://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSekRoTFnp1MxiHywlLGYaCWZwtS_5uGpWKx2bL8dTelx3Dtfw/viewform?usp=sf_link

2) Pembayaran boleh dibuat secara melalui transfer online atau bank in kepada akaun Pertubuhan ⬇️⬇️⬇️

Maybank
568603051142
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

Yuran Pendaftaran RM5 - wajib
Yuran Tahunan RM 10 - wajib
Yuran Ahli Seumur Hidup
RM 200 - pilihan

Sekiranya pembayaran yuran adalah secara bank in, Pemohon wajib membuat bayaran terlebih dahulu dan ambil gambar resit tersebut. Manakala sekiranya transfer melalui e-banking, Pemohon wajib screenshot dahulu transaksi tersebut. Kemudian barulah mengisi form secara online dan sertakan sekali resit bayaran ke dalam folder yang disediakan.

3) Selepas pembayaran dan pengesahan pembayaran diberikan, kelulusan dan maklumbalas daripada pihak PGIRM adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

Akhir sekali, Terima kasih kami ucapkan diatas sokongan Tuan/Puan dalam menyokong PGIRM dalam usaha merealisasikan Tuntutan dan Perancangan Pertubuhan.

Sekian, Salam Hormat.
❤48👍14🔥1😢1🙏1🤝1