Respon sy terhadap komen ini supaya tidak mendatangkan kekeliruan..
Akaun 1 BUKAN duit majikan, ia hak mutlak pencarum yang diwajibkan oleh undang-undang di bawah KWSP. Caruman majikan adalah upah tertangguh pekerja, bukan hadiah yang βdilepaskanβ pada umur 55. Kalau bukan duit pencarum, kenapa ia direkod atas nama pencarum dan diwariskan jika pencarum meninggal?
Sekian,terima kasih.

π93π’4β€1
Kenyataan Presiden PGIRM
π KOS SARA HIDUP TINGGI,PENCARUM SEMAKIN TERHIMPIT
Data rasmi DOSM (24 Disember 2025) melalui Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2024 tunjuk kos sara hidup terus meningkat di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Putrajaya.
Saya, Azmi Mohd Tahir β Presiden PGIRM, menegaskan bahawa dapatan ini mengesahkan realiti pencarum, khususnya pencarum berpendapatan rendah dan sederhana. Kos perumahan, makanan, pengangkutan dan utiliti terus meningkat tanpa penyesuaian pendapatan, menyebabkan pencarum hidup terhimpit dan terdedah tekanan kewangan.
Saya berpandangan bahawa dasar kebajikan pencarum tidak boleh dipisahkan daripada realiti kos semasa. Dasar terlalu rigid berisiko mendorong pencarum ke arah hutang dan ketidakstabilan kewangan.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan agar:
1. Mengiktiraf peningkatan kos sara hidup berdasarkan data DOSM (24 Disember 2025) sebagai isu serius.
2. Menilai semula dasar agar lebih responsif kepada realiti pencarum.
3. Membuka ruang dialog berasaskan fakta dan data.
βKos sara hidup tidak menunggu umur 55 tahun. Dasar juga tidak wajar terus menunggu.β
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

π₯32π±22β€9
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.
Ramai yang mesej dan tag saya bertanya isu ini, jadi saya jawab sekali secara terbuka supaya kita bincang berdasarkan fakta, bukan emosi.
Jika benar kita mahu bercakap tentang Perlembagaan dan kuasa Raja-Raja, maka isu pengampunan PMX dan kes Najib tidak boleh terus disamakan tanpa memahami fakta dan proses sebenar.
Jika benar ketika itu negara berada dalam tempoh peralihan selepas PRU14 β AGC lama direhatkan, AG baharu belum dilantik dan kabinet belum dibentuk sepenuhnya β itu tidak bermaksud Perlembagaan terhenti atau kuasa pengampunan menjadi tidak sah. Perlembagaan tidak mengenal konsep βvakum kuasaβ.
Jika benar kuasa pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan bergantung kepada kewujudan kabinet, dan Lembaga Pengampunan pula ialah badan berterusan, bukan badan sementara yang terbubar setiap kali berlaku peralihan kerajaan.
Jika benar pengampunan PMX dibuat secara salah atau luar perlembagaan, mengapa sejak 2018 tiada satu pun keputusan mahkamah yang membatalkannya? Jawapannya mudah: kerana pengampunan itu direkodkan, diwartakan dan diiktiraf sah.
Jika ada yang masih cuba menyamakan kes ini dengan Najib, maka fakta perlu disebut dengan jujur:
π PMX menerima pengampunan penuh, jelas dan muktamad.
π PMX tidak pernah menerima sebarang titah adendum.
Tiada syarat, tiada tahanan rumah, tiada dokumen luar sistem.
Sebaliknya, kes Najib melibatkan pengampunan separa dan dakwaan kewujudan satu dokumen adendum yang tidak direkodkan dalam keputusan rasmi, tidak diwartakan dan kini dipertikaikan di mahkamah. Maka apabila mahkamah menilai isu ini, ia menilai proses dan bukti, bukan mencabar kuasa Raja-Raja Melayu.
Jika ada yang mendakwa mahkamah telah βmengurangkan kuasa Raja-Rajaβ, dakwaan itu mengelirukan. Mahkamah mengiktiraf kuasa prerogatif tersebut, tetapi menegaskan pelaksanaannya mesti dibuktikan dan direkodkan mengikut Perlembagaan.
Kesimpulan saya jelas:
Jika kita hormati Raja-Raja, kita mesti hormati Perlembagaan
Jika kita bercakap soal keadilan, kita mesti bercakap berasaskan fakta
Dan jika kita jujur, kes PMX dan kes Najib tidak sama dan tidak boleh disamakan
Sumber & Rujukan:
β’ Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan
β’ Warta Pengampunan Diraja (2018)
β’ Kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC)
β’ Penghakiman Mahkamah Tinggi berkaitan permohonan Najib
β’ Rekod laporan media arus perdana & Parlimen
π Kemaskini: Disusun berdasarkan maklumat awam dan rekod rasmi setakat terkini.

π±23β€4π4
Salam Jumaat dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.
KOS SARA HIDUP MAKIN MENEKAN β DATA DOSM SAHKAN REALITI PENCARUM
Utk makluman ramai tanya kenapa PGIRM terus bersuara tentang kos sara hidup dan kebajikan pencarum.
Jawapannya jelas dalam data rasmi DOSM.
π PAKW yang dikeluarkan pada 24 Disember 2025 menunjukkan kos minimum untuk hidup bermaruah semakin tinggi, terutama di KL, Selangor, Pulau Pinang & Putrajaya.
π Data inflasi (IHP) DOSM bertarikh 22 Disember 2025 pula menunjukkan kadar inflasi sekitar 1.4%, membuktikan harga barang dan perkhidmatan terus naik dan menghakis kuasa beli rakyat.
Tekanan ini bukan dirasai semua secara sama rata, tetapi paling berat kepada pencarum dalam 4 kategori utama yang PGIRM perjuangkan:
πΉ Surirumah
πΉ Individu kehilangan pekerjaan
πΉ Pekerja sendiri dan sektor informal tanpa caruman KWSP aktif
πΉ Mereka yang terlantar akibat penyakit kritikal
Ini bukan isu gaya hidup.
Ini isu kelangsungan hidup.
Ramai dalam kategori ini pernah mencarum, tetapi hari ini terhimpit oleh kos sara hidup yang meningkat tanpa pendapatan stabil. Pendekatan dasar yang terlalu umum tidak lagi memadai.
PGIRM percaya dasar yang berasaskan data, berperikemanusiaan dan bersasar wajar dipertimbangkan demi melindungi kumpulan pencarum yang benar-benar terkesan.
"Kos sara hidup tidak menunggu umur 55 tahun.
Dasar juga tidak wajar terus menunggu."
Sekian,terima kasih.
π Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) β PAKW & Indeks Harga Pengguna (IHP)

π48β€6π’2π₯1π±1
Claim untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan.
Semoga bermanfaat.
https://vt.tiktok.com/ZSPErDUkq/
Semoga bermanfaat.
https://vt.tiktok.com/ZSPErDUkq/
TikTok
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
π’9
KENYATAAN MEDIA PGIRM
PGIRM Cadang Dividen KWSP Masuk Akaun Fleksibel, Pengeluaran Akaun 1 Masih Diperjuangkan
Tarikh Edaran: 29 Desember 2025
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kesannya terhadap pencarum KWSP, khususnya pencarum berpendapatan rendah dan sederhana yang semakin terhimpit.
PGIRM memaklumkan bahawa pada awal Disember lalu, satu cadangan daripada pencarum agar dividen KWSP 2025 diagihkan terus ke Akaun Fleksibel telah menerima sokongan meluas, dengan hampir 3,500 pencarum menyatakan persetujuan. Cadangan ini dikemukakan sebagai langkah sementara bagi membantu pencarum menghadapi tekanan semasa, sementara menunggu keputusan dasar berkaitan pengeluaran Akaun 1.
PGIRM menegaskan bahawa cadangan tersebut bukan menggantikan tuntutan pengeluaran Akaun 1, dan juga bukan dua tuntutan yang bercanggah. Sebaliknya, ia merupakan satu pendekatan dua peringkat yang berperingkat, rasional dan bertanggungjawab.
KENYATAAN PRESIDEN PGIRM
Menurut Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, cadangan ini perlu dilihat dalam konteks realiti semasa pencarum dan keperluan mendesak hari ini.
βAgihan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah segera dan bersifat sementara. Ia tidak melibatkan pengeluaran simpanan pokok pencarum, tidak mengganggu struktur Akaun 1, dan hanya menggunakan hasil pelaburan untuk memberi ruang bernafas kepada pencarum yang terdesak.β
Beliau menjelaskan bahawa peringkat pertama tuntutan ialah kelegaan sementara melalui agihan dividen ke Akaun Fleksibel, manakala peringkat kedua ialah keputusan dasar yang lebih struktural, iaitu kebenaran pengeluaran terhad Akaun 1 kepada kumpulan pencarum tertentu yang benar-benar memerlukan.
βPengeluaran Akaun 1 adalah keputusan dasar yang besar dan perlu dibuat secara bersasar serta berasaskan data. Namun, pencarum tidak boleh terus diminta menunggu tanpa sebarang bentuk kelegaan sementara.β
Azmi menegaskan bahawa pendekatan dua peringkat ini membuktikan tuntutan pencarum bukan bersifat emosional atau melampau, sebaliknya berasaskan realiti kos sara hidup dan kelangsungan hidup semasa.
βJika kerajaan belum bersedia membuat keputusan muktamad berkaitan Akaun 1, sekurang-kurangnya langkah sementara melalui dividen ke Akaun Fleksibel wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.β
PGIRM berpandangan bahawa pendekatan berperingkat ini lebih seimbang, bertanggungjawab dan selari dengan keperluan sebenar pencarum pada ketika ini.
Pencarum tidak meminta keistimewaan.
Mereka hanya meminta ruang untuk terus bertahan.
β Tamat β

π72π’15β€7π₯7
Berapa lama lagi pencarum perlu terus menunggu sedangkan kos sara hidup tidak pernah menunggu?
Jika pengeluaran Akaun 1 masih belum dibenarkan, jangan biarkan pencarum terus terhimpit tanpa sebarang kelegaan.
Agihkan dividen terus ke Akaun Fleksibel sebagai langkah sementara supaya pencarum boleh bernafas sementara menunggu keputusan dasar.
Ini bukan tuntutan melulu.
Ini suara pencarum yang terdesak, dan isu ini tidak boleh terus disenyapkan.
Pencarum bukan minta dimanjakan.
Pencarum cuma minta sedikit kelegaan untuk terus hidup.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π₯74β€26π’5
PENJELASAN & FAQ UNTUK SHBT PENCARUM
Ramai pencarum yang menghantar mesej menyatakan masih kurang jelas tentang kaedah yang dicadangkan dan menanyakan beberapa soalan.
Berikut adalah penjelasan ringkas dan FAQ supaya tidak timbul kekeliruan berulang.
FAQ RINGKAS β ISU DIVIDEN & AKAUN FLEKSIBEL KWSP
1οΈβ£ βApa yang sedang diperjuangkan sekarang?β
β‘οΈ Cadangan supaya dividen KWSP diagihkan ke Akaun Fleksibel sebagai langkah sementara, sementara menunggu keputusan pengeluaran Akaun 1 bersasar.
2οΈβ£ βIni ganti pengeluaran Akaun 1 ke?β
β‘οΈ Tidak. Ini bukan pengganti Akaun 1 bersasar, cuma kelegaan sementara.
3οΈβ£ βJika tak aktif mencarum (contoh suri rumah), dapat apa-apa ke?β
β‘οΈ Jika masih ada baki simpanan, dividen tetap diterima. Jumlah ikut baki sedia ada.
4οΈβ£ βKalau baki sikit, cukup ke?β
β‘οΈ Tidak mencukupi, sebab itu ia hanya langkah interim, bukan penyelesaian muktamad.
5οΈβ£ βKenapa bukan terus benarkan keluar Akaun 1?β
β‘οΈ Kerana ia melibatkan keputusan dasar kerajaan, bukan pentadbiran biasa.
6οΈβ£ βAda harapan lagi ke isu ini?β
β‘οΈ Ada, jika suara pencarum tidak senyap dan terus dibawa dengan berfakta.
7οΈβ£ βKenapa asyik lambat?β
β‘οΈ Perubahan dasar memang ambil masa, tetapi diam tidak akan bawa perubahan.
8οΈβ£ βPGIRM masih berjuang atau sudah berhenti?β
β‘οΈ Masih berjuang. Strategi berubah ikut fasa, bukan bererti perjuangan dihentikan.
9οΈβ£ βKami dah merayu banyak kali, tapi tiada respon. Apa lagi yang boleh kami buat?β
β‘οΈ Saya faham kekecewaan itu. Setiap usaha dicatat dan diperjuangkan. Suara pencarum tidak boleh berhenti dibawa, walaupun prosesnya perlahan. Cadangan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah interim untuk beri sedikit ruang bernafas.
π βRasa macam kerajaan tak hiraukan penderitaan kamiβ
β‘οΈ Perasaan itu manusiawi. Sebab itu perjuangan ini penting: supaya dasar dibuat mengambil kira realiti pencarum, bukan sekadar angka di atas kertas.
1οΈβ£1οΈβ£ βKalau semua diam, apa yang berlaku?β
β‘οΈ Jika semua senyap, isu ini akan tenggelam. Suara pencarum mesti terus dibawa supaya perubahan boleh berlaku.
1οΈβ£2οΈβ£ βBolehkah dividen dan pengeluaran RM50k maksimum dari Akaun 1 digabungkan?β
β‘οΈ Dividen hanyalah langkah interim sementara, manakala pengeluaran RM50k maksimum dari Akaun 1 memerlukan kelulusan dasar kerajaan. Kedua-duanya tidak boleh bercampur, sebab itu ia perlu disusun mengikut fasa dan peraturan sedia ada.
1οΈβ£3οΈβ£ βApa lagi harus kita buat jika rasa semua usaha tak didengar?β
β‘οΈ Saya faham perasaan itu. Walaupun kecewa, usaha mesti diteruskan, kerana diam tidak akan bawa perubahan. Setiap suara pencarum yang dibawa akan memberi tekanan untuk dasar lebih adil.
1οΈβ£4οΈβ£ βRasa macam tiada harapan selagi orang tertentu berkuasaβ
β‘οΈ Kecewa itu manusiawi, tetapi suara pencarum mesti diteruskan. Perjuangan ini tidak bergantung pada satu individu sahaja, dan langkah interim seperti dividen ke Akaun Fleksibel adalah usaha nyata sementara menunggu pengeluaran Akaun 1 bersasar.
π AYAT PENUTUP
Dividen ke Akaun Fleksibel ialah langkah sementara. Perjuangan pengeluaran Akaun 1 bersasar tetap diteruskan.

π72π₯8β€5π±1
Cukup-cukuplah putar belit dasar dan naratif.
Dividen bukan duit kerajaan, dan Akaun Fleksibel bukan alasan untuk menutup tuntutan Akaun 1.
Cadangan dividen ke Akaun Fleksibel ialah langkah sementara untuk bantu pencarum terdesak, BUKAN lesen untuk berkata βkamu dah pernah dapatβ.
PGIRM berdiri bersama pencarum,
bukan menuding jari kepada pencarum.
Akaun 1 tetap milik pencarum
dan wajib dibuka secara bersasar.
Yang sembang biarlah sembang.
Kami desak, tekan dan lawan demi hak pencarum.

β€83π₯8π5
Saya ingin jelaskan supaya tiada yang sengaja atau tidak sengaja putar belit.
Laporan The Edge Malaysia yang tular ini BUKAN pengumuman rasmi dividen KWSP 2025. Ia adalah analisis kewangan, berdasarkan prestasi pelaburan semasa β bukan keputusan KWSP.
Angka yang disebut hanyalah jangkaan pasaran, bukan janji, bukan pengesahan, dan bukan tarikh muktamad. Pencarum jangan terperangkap dengan naratif separuh masak. Pegang fakta, rujuk sumber sahih.
Pengumuman rasmi hanya daripada KWSP, biasanya selepas audit dan kelulusan, pada suku pertama tahun berikutnya.
π Rujukan laporan The Edge (baca dan nilai sendiri):
π https://theedgemalaysia.com/node/782518
Kita perjuangkan hak pencarum berdasarkan fakta,
bukan emosi dan spekulasi.

β€58π₯7π’1
FAQ RASMI PGIRM β ISU KWSP, DIVIDEN & HALA TUJU 2026
1. Betul ke PGIRM dah buat semua sejak 2021 tapi gagal?
YA.
Sejak 2021 hingga 2025, PGIRM telah:
Serah memorandum ke PMO, Parlimen & KWSP (pusat dan negeri)
Hantar surat rasmi dan e-mel berulang kali
Menggerakkan solidariti pencarum
Hakikatnya:
β‘οΈ Tiada maklum balas rasmi
β‘οΈ Tuntutan Akaun 1 tidak diluluskan
β‘οΈ Diganti dengan pinjaman (FSA2) dan Akaun Fleksibel terhad
Ini bukan kegagalan PGIRM, tetapi keputusan dasar kerajaan.
2. Kenapa kerajaan berkeras tak benarkan pengeluaran Akaun 1?
Kerajaan berpandangan:
Ramai pencarum berbaki rendah (<RM10,000)
Akaun 1 dianggap simpanan hari tua
Namun PGIRM tidak setuju dasar pukul rata kerana:
Kos sara hidup menekan pencarum hari ini
Ramai pencarum sudah tidak aktif mencarum
Bantuan bersasar lebih adil daripada larangan total
3. Kalau begitu, kenapa kerajaan beri Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel ialah jalan tengah kerajaan, tetapi:
Hanya beri manfaat kepada pencarum aktif
Perlu ada baki dalam Akaun 2
Tidak bantu pencarum lama, tidak aktif, atau baki rendah
Sebab itu PGIRM tegaskan:
Akaun Fleksibel BUKAN penyelesaian menyeluruh.
4. PGIRM ni ada kuasa ke? Boleh paksa kerajaan?
TIDAK.
PGIRM bukan kerajaan, bukan pembuat dasar.
Peranan PGIRM ialah:
Tekan kerajaan melalui fakta & suara pencarum
Dedah realiti sebenar kesan dasar
Menjadi wakil suara rakyat bila wakil rakyat membisu
Keputusan akhir tetap di tangan kerajaan.
5. Kenapa wakil rakyat tak bawa isu pencarum bersungguh-sungguh?
Fakta di Dewan Rakyat:
Hanya sekitar 4 Ahli Parlimen bersuara
Blok kerajaan memilih diam
Blok pembangkang pula berpecah & tidak konsisten
Inilah sebabnya:
Suara pencarum tidak menjadi keutamaan politik.
6. Jadi apa sebenarnya pelan PGIRM untuk 2026?
PGIRM tidak ulang cara lama.
Pelan 2026:
1οΈβ£ Tekanan dasar berfakta (data kos sara hidup)
2οΈβ£ Fokus pencarum terpinggir:
Tidak aktif
Baki rendah
Hilang pekerjaan
3οΈβ£ Desakan dividen sebagai bantuan sementara
4οΈβ£ Akaun 1 bersasar & berperingkat, bukan buka total
5οΈβ£ Tekanan awam & kesedaran rakyat, bukan harap surat semata-mata
7. PGIRM janjikan Akaun 1 akan dibuka 2026?
TIDAK.
PGIRM tidak pernah menjanjikan apa-apa kelulusan.
Yang PGIRM janjikan hanyalah:
Perjuangan berterusan, bukan janji palsu.
8. Dividen KWSP tu untuk apa sebenarnya?
Dividen ialah:
Hak pencarum hasil pelaburan simpanan
Bukan βhadiah kerajaanβ
Bukan duit kerajaan
PGIRM cadangkan:
β‘οΈ Dividen boleh dimanfaatkan sebagai bantuan sementara,
tanpa menjejaskan prinsip simpanan jangka panjang.
9. Ada yang kata PGIRM cuma kejar nama & populariti. Betul ke?Jika kejar nama:
Tidak perlu tunggu 5 tahun tanpa hasil mudah
Tidak perlu hadap cemuhan & fitnah
Tidak perlu berdepan pencarum kecewa setiap hari
PGIRM kekal kerana tanggungjawab, bukan glamour.
10. Kalau pencarum tak setuju dengan PGIRM, apa pilihan mereka?
Itu hak pencarum.
Namun realitinya:
Tanpa tekanan kolektif, suara individu mudah tenggelam
Kerajaan lebih selesa rakyat berpecah
PGIRM wujud supaya:
Suara pencarum tidak senyap sepenuhnya.
11. Kenapa PGIRM masih teruskan walau sering βdisidaiβ?
Kerana jika semua berhenti:
β‘οΈ Isu pencarum akan dikuburkan senyap-senyap
β‘οΈ Dasar dibuat tanpa bantahan
PGIRM percaya:
Diam mungkin selesa, tetapi tidak menyelesaikan apa-apa.
12. Kesimpulan ringkas untuk pencarum
PGIRM tidak menjual harapan palsu Kerajaan belum memihak kepada pencarum terdesak
Perjuangan ini panjang & tidak popular. Tetapi lebih baik bersuara daripada berdiam

π87π₯31β€11π2π’1
π₯ PGIRM: Dividen KWSP Masuk Akaun Fleksibel β Peringkat Pertama, Pengeluaran Akaun 1 Masih Dituntut π₯
Pencarum KWSP semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. PGIRM tidak boleh berdiam diri.
Kami maklumkan bahawa cadangan daripada pencarum agar dividen KWSP 2025 diagihkan terus ke Akaun Fleksibel mendapat sokongan hampir 7,000 pencarum setakat ini. Ini langkah sementara bagi mereka yang benar-benar memerlukan, sementara menunggu keputusan dasar pengeluaran Akaun 1.
PGIRM tekankan:
β Cadangan ini tidak menggantikan tuntutan pengeluaran Akaun 1.
β Ia adalah pendekatan dua peringkat yang rasional, bersasar dan bertanggungjawab.
β Langkah ini memberi ruang bernafas kepada pencarum terdesak, tanpa mengganggu simpanan pokok mereka.
Tegas Presiden PGIRM:
βPengeluaran Akaun 1 adalah keputusan dasar besar, perlu bersasar dan berasaskan data. Tapi pencarum tidak boleh terus diminta menunggu tanpa sebarang bentuk kelegaan sementara. Agihan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah segera, berperingkat, dan bertanggungjawab.β
PGIRM telah menghantar cadangan ini melalui eβmail rasmi kepada MOF & KWSP dan kini menunggu maklum balas mereka.
Pencarum tidak minta keistimewaan, cuma ruang untuk bertahan.
PGIRM akan terus berdiri teguh, menuntut hak pencarum dengan prinsip.

π₯80π26π9π±1
FAQ KHAS PGIRM
βBERHENTI MENUNTUT & TUNGGU TUKAR KERAJAAN?β
1. Kenapa ada yang cadang berhenti menuntut dulu?
Kerana ramai pencarum terlalu lama kecewa.
Mereka rasa desakan tidak berhasil dan memilih untuk βrehatβ sambil menunggu perubahan politik.
π Perasaan itu difahami.
π Tetapi kecewa bukan strategi dasar.
2. Kalau kita diam sekarang, apa kesannya?
Isu pencarum akan senyap dari radar kerajaan.
Tiada tekanan, tiada rekod, tiada keutamaan.
Apabila isu senyap:
β‘οΈ Dasar dibuat tanpa mengambil kira pencarum terdesak
β‘οΈ Kerajaan boleh berkata βisu ini sudah redaβ
3. Bukankah kerajaan baru nanti boleh buka semula isu ini?
Kerajaan baru tidak bermula dari kekosongan politik,
mereka bergantung pada rekod, data dan tekanan sedia ada.
Jika hari ini tiada rekod tuntutan:
β‘οΈ Isu pencarum tidak akan diwarisi
β‘οΈ Perjuangan perlu bermula semula dari sifar
4. Adakah PGIRM bergantung kepada kerajaan tertentu?
TIDAK.
PGIRM kekal sebagai penuntut, bukan alat politik.
Peranan PGIRM ialah:
βοΈ Simpan rekod tuntutan
βοΈ Kekalkan isu hidup
βοΈ Pastikan suara pencarum tidak dipadam oleh masa
5. Jadi, adakah PGIRM menolak idea tukar kerajaan?
Tidak.
Itu hak rakyat dan pencarum.
Namun PGIRM percaya:
π Menunggu tanpa menuntut = membiarkan isu mati
π Menuntut tanpa janji = menjaga nyawa isu
6. Kenapa perlu teruskan tuntutan walau tak yakin lulus?
Kerana perjuangan bukan hanya tentang menang hari ini.
Ia tentang tidak membenarkan isu ini dikuburkan senyap-senyap.
Sejarah membuktikan:
β‘οΈ Banyak dasar berubah bukan kerana simpati
β‘οΈ Tetapi kerana tekanan yang konsisten dan direkodkan
7. PGIRM janji tuntutan ini akan berjaya?
TIDAK.
PGIRM tidak menjual harapan palsu.
Yang PGIRM janjikan hanyalah:
β‘οΈ Suara pencarum tidak akan dipadam
β‘οΈ Rekod tuntutan akan terus wujud
β‘οΈ Isu ini tidak ditutup dengan alasan βtiada bantahanβ
8. Kesimpulan ringkas untuk pencarum
βοΈ Diam itu pilihan, tapi bukan penyelesaian
βοΈ Menunggu kerajaan tanpa tuntutan ialah risiko
βοΈ Bersara suara hari ini memudahkan isu dilupakan esok
PGIRM memilih untuk tidak diam.

β€60π₯12π4π1
Memandangkan ada yang mendesak supaya tuntutan ini dihentikan kerana kononnya βtakkan ke manaβ,
saya tertanya-tanyaβ¦
jika semua berhenti bersuara, siapa yang sebenarnya untung?
Diam mungkin selesa.
Tapi sejarah tak pernah berubah kerana orang yang diam.

π₯73π25π5
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut.
Sila tekan link di bawah. Terima kasih
πππππ
https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1

Telegram
AKP - Akaun Khusus Pencarum
Raihana MK invites you to join this group on Telegram.
π35β€8π’5π±3π1
Reformasi yang diumumkan PMX memang besar di atas kertas.
Jika pencarum terus dihimpit kos sara hidup dan simpanan makin susut, reformasi ini tidak bermakna.
Reformasi ini tidak memberi jawapan bagaimana pencarum hendak hidup hari ini.
Kos sara hidup naik tanpa henti.
Gaji tidak bergerak.
Simpanan makin menyusut.
Bantuan tunai hanya menampal masalah sementara.
Jualan murah cuma mengurangkan beban sesaat. Selepas itu, pencarum kembali berhadapan realiti yang sama.
Bagaimana dengan pencarum KWSP yang sudah lama tidak mencarum?
Bagaimana dengan Akaun 1 yang semakin menyusut tetapi tidak boleh diakses?
Mereka bukan angka.
Mereka manusia yang sedang bergelut untuk hidup.
KWSP Akaun 1 bukan isu politik.
Ini isu kelangsungan hidup pencarum.
Jika reformasi hanya cantik di atas kertas, tetapi senyap bila menyentuh simpanan dan periuk nasi rakyat,
maka reformasi itu belum lengkap.
Kerajaan perlu sedar: pencarum memerlukan tindakan yang jelas, berperingkat, dan bersasar, bukan janji kosong atau bantuan sementara yang hilang sekelip mata.

π88π₯10β€5π±1
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA pinned Β«Assalamualaikum dan salam sejahtera PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut. Sila tekan link di bawah. Terima kasih πππππβ¦Β»
KENYATAAN MEDIA
PERUTUSAN PMX 2026: REFORMASI DIPUJI, NAMUN ISU SIMPANAN RAKYAT MASIH TIDAK DISENTUH
Kuala Lumpur | 6 Januari 2026
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YAB Perdana Menteri yang menggariskan beberapa komitmen reformasi institusi termasuk pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, Akta Kebebasan Maklumat serta had tempoh jawatan Perdana Menteri.
PGIRM mengakui langkah-langkah ini penting dari sudut tadbir urus dan demokrasi. Namun begitu, perutusan ini masih gagal menyentuh secara jelas isu paling dekat dengan denyut nadi rakyat hari ini β tekanan kos sara hidup dan kemerosotan simpanan kewangan rakyat, khususnya simpanan persaraan dalam KWSP Akaun 1.
Bantuan seperti STR, SARA dan Jualan Rahmah memang memberi kelegaan sementara, tetapi realitinya ia tidak menyelesaikan masalah sebenar yang sedang dihadapi rakyat, iaitu gaji yang tidak sepadan dengan kos hidup, hutang isi rumah yang meningkat, serta ribuan pencarum yang tidak lagi aktif mencarum dan kini terperangkap tanpa simpanan boleh diakses.
PGIRM ingin menegaskan bahawa isu KWSP Akaun 1 bukan isu sensasi atau politik, tetapi isu kelangsungan hidup golongan pencarum terpinggir yang semakin terhimpit. Malangnya, tiada sebarang penjelasan, pelan pemulihan atau hala tuju jelas berkaitan simpanan persaraan rakyat disentuh dalam perutusan ini.
Reformasi institusi dan bantuan tunai tidak seharusnya dilihat sebagai pengganti kepada keperluan mendesak untuk memperkukuh daya tahan kewangan rakyat. Kerajaan perlu berani tampil dengan pendekatan yang lebih realistik, bersasar dan berperingkat bagi menangani isu simpanan rakyat, tanpa menjejaskan prinsip tadbir urus KWSP.
PGIRM akan terus konsisten menyuarakan perkara ini secara berfakta dan berprinsip, demi memastikan suara pencarum dan rakyat yang terpinggir tidak terus diketepikan dalam wacana dasar negara.
β TAMAT β

π61π₯8π5β€4π±1π’1