β€1
https://vt.tiktok.com/ZSmspSAbu/
KWSP dilaporkan akan mengumumkan kadar dividen bagi 2025 pada Sabtu ini dengan para penganalisis menjangka kadar antara 6.30 hingga 6.50 peratus.
SETUJU ATAU TIDAK, Dividen KWSP dimasukkan ke Akaun Fleksibel?

π124β€7π₯6π’1
Netizen Tanya Mengenai Dividen Akaun 3, Ini Jawapan KWSP | Siakap Keli https://share.google/Sr6mdh3XwJZiYzeeP
Siakap Keli
Netizen Tanya Mengenai Dividen Akaun 3, Ini Jawapan KWSP
Netizen Tanya Mengenai Dividen Akaun 3, Ini Jawapan KWSP Sejak kebelakangan ini, isu kemasukan dividen ke dalam Akaun 3
β€14
Hari Raya Tahun ini 2026
Berbaki 20 hari lagi umat islam Malaysia akn menyambut Hari Raya Aidilfitri,pasti ramai rakyat yg TERKESAN dgn Kos Sara Hidup Tinggi akan menyediakan juadah Hari Raya kali ini dgn makanan2 frozen spt:
1. Rendang Nugget Ramly
2. Kari Ayam Drumet Ramly
3. Bakso Bebola Daging
4. Hotdog Ramly Masak Merah
Pasti meriah menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 dgn juadah ala2 frozen!
Terima kasih atas bantuan STR,Sara,Mykasih kerana dpt meringankan BEBAN rakyat dan boleh digunakan utk membeli barangan frozen bg persiapan hari raya nantiπππ
Sekian, terima kasih.

π’33β€7π1
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
Tarikh : 28 Feb 2026
Kuala Lumpur
βYANG KOSONG AKAUN, KOSONG DIVIDEN β FLEKSIBEL UNTUK SIAPA?β
PGIRM mengambil maklum kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, bahawa dividen dikreditkan berdasarkan baki purata harian setiap akaun, termasuk Akaun Fleksibel (Akaun 3), tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.
Jika akaun tiada baki, maka tiada dividen akan diterima.
PGIRM tidak mempertikaikan formula ini secara teknikal. Tetapi persoalan yang lebih besar dan lebih serius ialah β fleksibel untuk siapa?
Ratusan ribu pencarum, termasuk:
β’ Suri rumah
β’ Ibu tunggal
β’ Individu yang kehilangan pekerjaan
β’ Pekerja rentan dan gig
β’ Pekerja tetap B40/M40 berpendapatan rendah
terpaksa mengosongkan Akaun Fleksibel bukan kerana pilihan, tetapi kerana desakan hidup.
Apabila baki menjadi sifar, mereka bukan sahaja kehilangan simpanan β malah kehilangan dividen.
Jika sistem hanya memberi keuntungan kepada mereka yang mampu mengekalkan baki, maka secara jelas sistem ini memihak kepada yang stabil dan menindas yang terdesak.
PGIRM menegaskan bahawa:
Fleksibiliti tanpa perlindungan dividen adalah tidak seimbang dan berat sebelah.
Golongan yang paling memerlukan tidak sepatutnya menjadi pihak paling rugi.
Kerajaan dan KWSP wajib membuka ruang libat urus rasmi, menilai semula implikasi sosial mekanisme ini, dan mencari penyelesaian yang adil dan inklusif. Isu ini bukan soal formula atau tafsiran undang-undang sahaja β ia soal keadilan sosial, tanggungjawab dasar, dan perlindungan rakyat yang paling terkesan.
Sehubungan itu, PGIRM akan meneruskan usaha untuk sesi libat urus rasmi bagi memastikan isu ini diteliti secara menyeluruh.
Penegasan terakhir:
βJika Akaun Fleksibel kosong, dividen pun hilang. Suri rumah, ibu tunggal, pekerja rentan dan B40/M40 yang terpaksa keluarkan simpanan hidup mereka secara automatik rugi. Fleksibiliti tanpa perlindungan adalah berat sebelah. Kami menuntut libat urus rasmi segera β keadilan untuk ratusan ribu pencarum yang paling terdesak tidak boleh diabaikan.ββ Azmi Mohd Tahir, Presiden PGIRM
Ratusan ribu pencarum sedang memerhati. Suara mereka tidak boleh diketepikan.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
Lampiran Rujukan:
https://vt.tiktok.com/ZSmWe8nnY/

β€111π₯8π€5π’3
π«‘3β€1π’1
Kenyataan Media PGIRM
Untuk Edaran
Tarikh : 02 Mac 2026
βJangan Gambarkan Pencarum Seolah-Olah Tidak Fahamβ β Azmi Persoal Naratif Isu KWSP
Kuala Lumpur,
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir menegaskan bahawa naratif yang menggambarkan pencarum perlu βkekal tenang dan fahami mekanismeβ dalam isu pengeluaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak mencerminkan realiti sebenar rakyat.
Merujuk laporan analisis oleh Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/769861/suara-sinar/analisis-sinar/kekal-tenang-fahami-mekanisme-kwsp, beliau berkata pendekatan sebegitu seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat tidak memahami sistem, sedangkan kenyataan sebenar jauh lebih kompleks.
βYang saya ingin tegaskan ialah rakyat bukan tidak faham mekanisme. Mereka tahu simpanan itu untuk hari tua dan risiko yang terlibat. Tetapi mereka sedang berhadapan tekanan hidup nyata β sewa rumah, ansuran bank, kos pendidikan anak dan kos kesihatan,β katanya.
Beliau mendedahkan bahawa majoriti mesej diterima daripada pencarum berusia 31 hingga 55 tahun menunjukkan keperluan pengeluaran dividen adalah untuk kelangsungan hidup sementara β bukan untuk perbelanjaan perayaan seperti yang sering digambarkan.
βJujurnya, mesej yang saya terima bukan cerita beli baju raya. Mereka cerita soal bayar sewa, elak rumah dilelong, tanggung kos rawatan ibu bapa. Raya nombor dua, survival harian nombor satu,β tambahnya.
Azmi turut merujuk kepada statistik rasmi yang menunjukkan sekitar 74 peratus pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM100,000, jumlah yang tidak mencukupi untuk menghadapi tempoh persaraan dengan selesa.
Beliau menegaskan bahawa kumpulan umur 31 hingga 55 tahun berada pada fasa komitmen kewangan tertinggi, dan tekanan ini tidak dipaparkan oleh kadar pengangguran rasmi sekitar 3 peratus.
βKita bercakap tentang rakyat yang bekerja, membayar cukai, menyara keluarga. Bila kos hidup meningkat tetapi pendapatan tidak seiring, tekanan itu nyata,β katanya.
Beliau menekankan bahawa PGIRM tidak mencadangkan pengeluaran tanpa kawalan atau mengabaikan kepentingan persaraan jangka panjang, tetapi mencadangkan pendekatan bersasar dan sementara bagi mereka yang benar-benar terkesan.
βApa yang rakyat mahu ialah keseimbangan. Bukan sistem yang kaku. Dan bukan juga persepsi bahawa suara mereka tidak didengari,β jelasnya.
Azmi menegaskan bahawa dalam landskap ekonomi dan politik semasa, rakyat bukan lagi pemerhati pasif tetapi penentu hala tuju dasar negara.
βGolongan 31 hingga 55 tahun ini adalah kumpulan produktif, pembayar cukai dan pengundi aktif.
Mereka adalah kingmaker sebenar.
Jika suara mereka dirasakan tidak didengari, implikasinya bukan sahaja ekonomi, tetapi juga kepercayaan terhadap institusi dan dasar negara,β katanya menutup kenyataan.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Sinar Harian
Kekal tenang, fahami mekanisme KWSP
CADANGAN supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disalurkan sepenuhnya ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) dilihat memberi harapan kepada pencarum...
π57β€4
Salam dan Selamat Berpuasa 13 Ramadhan buat shbt pencarum beragama Islam dan Selamat Pagi..
Tangkap layar ini bukan rekaan. Ia rekod laporan media ketika isu pengeluaran KWSP pernah didesak atas alasan rakyat terdesak.
Ketika menjadi pembangkang, naratifnya jelas β rakyat terhimpit, kerajaan perlu benarkan pengeluaran. Hari ini apabila berada dalam kerajaan, pendekatannya berubah.
Persoalannya mudah:
Adakah tekanan hidup rakyat sudah benar-benar selesai? Atau yang berubah hanya kedudukan politik?
Ramai pencarum yang menghubungi kami bukan mahu berbelanja mewah. Mereka mahu bertahan β bayar komitmen asas, kos rawatan, pendidikan anak dan keperluan harian yang semakin meningkat.
Ini bukan soal politik kepartian. Ini soal konsistensi dan keadilan terhadap pencarum.
Rakyat sedang menilai. Dalam demokrasi, rakyat adalah kingmaker sebenar.

β€90π42π€1
Jika Ini Tulisan Terakhir Saya Tentang Perjuangan KWSP
Salam dan selamat sejahtera sahabat-sahabat pencarum seluruh Malaysia,
Sudah hampir 5 tahun perjalanan ini kita lalui bersama.
Kita bermula sebagai rakyat biasa yang hanya mahu satu perkara β
agar suara pencarum didengar.
Pada waktu itu ramai yang mengatakan perjuangan ini mustahil.
Ramai yang memperlekeh.
Ramai yang tidak percaya suara rakyat mampu sampai ke Parlimen.
Tetapi kerana keberanian dan sokongan tuan-puan semua,
suara itu akhirnya bergema di seluruh negara.
Sepanjang perjalanan ini saya melihat sendiri kisah kehidupan rakyat yang sangat menyentuh hati.
Ada yang kehilangan pekerjaan.
Ada yang bergelut membesarkan anak-anak.
Ada yang terpaksa menjual barang kemas atau menggadaikan harta demi meneruskan kehidupan.
Ketika itu saya sedar satu perkaraβ¦
Perjuangan ini bukan sekadar tentang wang simpanan.
Ia tentang maruah hidup rakyat.
Namun hari ini saya perlu jujur kepada semua sahabat pencarum.
Sejak kebelakangan ini keadaan kesihatan saya semakin merosot.
Saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dahulu untuk terus berada di hadapan memperjuangkan isu ini di lapangan secara konsisten.
Perjuangan rakyat memerlukan tenaga yang kuat, kesihatan yang baik dan masa yang panjang. Pada ketika ini saya perlu menerima hakikat bahawa saya tidak lagi mampu memikul tanggungjawab itu seperti dahulu.
Dengan penuh keikhlasan saya membuka ruang kepada mana-mana individu atau kumpulan yang benar-benar ikhlas dan berani untuk meneruskan perjuangan ini demi masa depan pencarum Malaysia.
Walaupun saya mungkin tidak lagi berada di barisan hadapan, percayalah bahawa hati saya tidak pernah meninggalkan perjuangan ini.
Jika sepanjang hampir lima tahun perjalanan ini terdapat kekurangan, kesilapan atau kekhilafan daripada diri saya, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sahabat pencarum.
Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak sanggup melihat suara rakyat terus dipendam tanpa ada yang berani membawanya ke hadapan.
Jika suatu hari nanti perjuangan ini berjaya membawa perubahan kepada pencarum Malaysia, saya akan bersyukur walaupun hanya pernah menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan itu.
Dan saya percaya satu perkaraβ¦
Perjuangan rakyat tidak pernah bergantung kepada seorang insan sahaja.
Selagi rakyat masih berani bersuara, selagi itulah perjuangan ini akan terus hidup.
Terima kasih kepada semua yang telah bersama saya sepanjang perjalanan ini.
Daripada hati seorang rakyat biasa yang hanya mahu melihat keadilan untuk pencarum Malaysia.

β€83π’52π28π₯6π2π±1
*Di Thailand telah berlaku panic buying petrol dan diesel selepas konflik IranβUSβIsrael memuncak.*
Ini menyebabkan barisan panjang di stesen minyak dan kebimbangan kekurangan bekalan.
Kerajaan Thailand juga:
πMembekukan harga petrol sementara
πMengaktifkan pusat kecemasan tenaga
πMengharamkan eksport petroleum untuk lindungi stok negara.
Namun penting:
Thailand masih mempunyai sekitar 60 hari simpanan minyak strategik, menurut Kementerian Tenaga mereka.
πasianews.network
Ada panik beli minyak dan tekanan bekalan, tetapi belum sampai tahap kehabisan petrol secara nasional.

π±5β€3π’1
Saya Tidak Menjangka Respons Seperti Iniβ¦
Sejak saya memuat naik pengumuman semalam, saya membaca banyak komen daripada sahabat pencarum di seluruh negara.
Sejujurnya saya sangat tersentuh. Ramai yang meminta supaya perjuangan ini tidak berhenti.
Perjuangan hampir 5 tahun ini sebenarnya bukan milik saya seorang. Ia lahir daripada kesusahan dan harapan pencarum Malaysia yang mahu suara mereka didengar.
Jika benar rakyat masih mahu isu ini diteruskan, maka suara pencarum tidak boleh berhenti di sini.
Sekarang saya ingin melihat sendiri sejauh mana kekuatan suara pencarum Malaysia.
Jika anda pencarum KWSP
β‘οΈ Tulis HADIR
Jika anda setuju suara pencarum mesti didengar
β‘οΈ Tulis SETUJU
Jika anda mahu isu ini terus diperjuangkan
β‘οΈ Tulis TERUSKAN
Saya hanya ingin melihat satu perkaraβ¦
Berapa ramai pencarum Malaysia yang masih berani bersuara.

π₯106π48β€10π4
π±1
βRakyat tidak perlukan nasihat berjimat.
Rakyat perlukan penyelesaian.β
Tadi diumumkan 3 βberita baikβ untuk rakyat.
1οΈβ£ Harga RON95 kekal.
2οΈβ£ Rakyat disaran berjimat cermat.
3οΈβ£ 13hb akan diadakan mesyuarat kabinet.
Rakyat mendengar pengumuman ini dengan penuh harapan.
Namun selepas difikirkan semula, ramai mula tertanya-tanyaβ¦
Yang mana satu sebenarnya berita baik untuk rakyat?
Kerana realitinya hari ini:
Harga barang masih tinggi.
Kos sara hidup terus menekan.
Ramai rakyat masih bergelut untuk meneruskan kehidupan.
Jika sekadar mengekalkan keadaan sedia ada dan menyuruh rakyat berjimat β itu bukan berita baik.
Itu hanyalah rakyat diminta terus bertahan dengan tekanan yang sama.
Rakyat hari ini tidak meminta kemewahan.
Rakyat hanya mahu kehidupan yang lebih stabil dan masa depan yang lebih terjamin.
Kerana rakyat tidak perlukan nasihat berjimat.
Rakyat perlukan penyelesaian.
Dan persoalan yang semakin ramai rakyat mula bertanya hari iniβ¦
Adakah ini benar-benar berita baik untuk rakyat?

π₯49π12β€5
Mesyuarat Kabinet Esok: Apa Sebenarnya Yang Akan Membantu Rakyat?
Esok akan berlangsung mesyuarat kabinet yang dijangka membincangkan beberapa perkara berkaitan ekonomi dan pengurusan kewangan negara.
Namun dalam keadaan kos sara hidup yang terus menekan, ramai rakyat mula bertanya satu perkara yang sangat mudah.
Apakah keputusan sebenar yang akan membantu rakyat?
Adakah mesyuarat itu akan membincangkan:
β langkah fiskal kerajaan
β cadangan penjimatan termasuk kerja dari rumah (WFH) untuk penjawat awam
β kenaikan harga barang yang semakin membebankan rakyat
Atau sekadar perbincangan biasa seperti sebelum ini?
Rakyat hari ini tidak lagi menunggu pengumuman yang indah didengar.
Rakyat sedang menunggu keputusan yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Persoalannya sekarang:
Apakah yang akan diputuskan dalam kabinet esok β dan adakah ia benar-benar membantu rakyat?
Jika anda rakyat Malaysia, pada pandangan anda isu apa yang sepatutnya menjadi keutamaan kabinet sekarang?

π32β€6π₯4π’2
Aduuuuhhh ayat click bait,ramai terkena tp ramai juga yg mohon sbb nk rayaπͺπͺπͺππ
https://vt.tiktok.com/ZSuD9PVvc/
https://vt.tiktok.com/ZSuD9PVvc/
β€11
βKWSP BUKAN BANTUAN KERAJAAN β IA SIMPANAN PENCARUM SENDIRI.β
Ramai pencarum bertanya mengenai surat YB Datoβ Seri Shahidan Kassim kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan fleksibiliti pengeluaran KWSP.
Secara prinsipnya, usaha bawa suara rakyat wajar dihargai. Namun sebahagian pencarum kurang setuju apabila kesusahan rakyat dibandingkan dengan bonus penjawat awam atau pekerja swasta.
KWSP adalah wang simpanan pencarum sendiri.
Bukan bantuan kerajaan, bukan hadiah sesiapa. Ia hasil titik peluh rakyat untuk masa depan.
Fleksibiliti pengeluaran bukan untuk habiskan simpanan, tetapi kerana realiti hidup yang mencabar: kehilangan pekerjaan, pendapatan merosot, dan komitmen hutang tinggi.
Suara pencarum jelas: Dengar mereka, beri pertimbangan adil dan bersasar tanpa menjejaskan simpanan persaraan.

β€70π27π’5π1
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Tarikh: 13 Mac 2026
Kuala Lumpur
KWSP: Hak Pencarum, Bukan Bantuan Kerajaan
PGIRM mengambil maklum sepucuk surat daripada YB Datoβ Seri Shahidan Kassim kepada Perdana Menteri Malaysia yang membincangkan cadangan memberi fleksibiliti pengeluaran KWSP, termasuk kemungkinan memasukkan dividen ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) atau pengeluaran khas secara βone-offβ bagi membantu pencarum yang terkesan.
Secara prinsipnya, PGIRM menghargai sebarang usaha mana-mana Ahli Parlimen yang membawa suara kesusahan rakyat kepada perhatian kerajaan.
Namun, sebahagian kandungan surat tersebut menimbulkan perbincangan dalam kalangan pencarum, khususnya apabila isu kesusahan kewangan rakyat dibandingkan dengan bonus atau insentif penjawat awam serta sebahagian pekerja sektor swasta.
PGIRM menegaskan bahawa:
1. KWSP adalah wang simpanan pencarum sendiri.
Ia bukan bantuan kerajaan dan bukan hadiah mana-mana pihak. Wang ini adalah hasil titik peluh rakyat yang disimpan untuk masa depan mereka.
2. Fleksibiliti pengeluaran perlu bersasar.
Pengeluaran tidak bertujuan menghabiskan simpanan, tetapi sebagai respons kepada tekanan kewangan nyata: kehilangan pekerjaan, pendapatan tidak menentu, dan komitmen hutang isi rumah.
3. Dengar suara pencarum.
Rakyat tidak mahu perbandingan antara kumpulan pekerjaan. Yang mereka mahukan ialah pendekatan yang adil, telus dan bersasar, tanpa menjejaskan masa depan simpanan persaraan.
PGIRM menekankan bahawa pencarum tidak meminta sedekah. Mereka hanya menuntut hak terhadap wang simpanan sendiri, yang merupakan hasil kerja keras bertahun-tahun.

β€73π₯9π€3π’1
Pesanan ikhlas saya kepada rakyat Malaysia.
Jangan buat pinjaman semata-mata untuk beraya.
Setiap tahun perkara ini berulang β demi pakaian baru, telefon baru atau perbelanjaan raya, ada yang sanggup menambah hutang.
Sedangkan realitinya, ekonomi dunia sedang tidak menentu. Krisis geopolitik semakin tegang dan harga minyak boleh melonjak bila-bila masa.
Jangan kerana beberapa hari kegembiraan, kita menanggung beban hutang berbulan atau bertahun.
Berayalah dengan sederhana.
Anak-anak tidak perlukan kemewahan untuk bergembira.
Yang mereka perlukan hanyalah keluarga yang tenang tanpa tekanan hutang selepas raya.
Sekian,terima kasih.

β€46π34π₯2π’1