CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.22K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Salam dan Selamat Berpuasa 13 Ramadhan buat shbt pencarum beragama Islam dan Selamat Pagi..

Tangkap layar ini bukan rekaan. Ia rekod laporan media ketika isu pengeluaran KWSP pernah didesak atas alasan rakyat terdesak.

Ketika menjadi pembangkang, naratifnya jelas β€” rakyat terhimpit, kerajaan perlu benarkan pengeluaran. Hari ini apabila berada dalam kerajaan, pendekatannya berubah.

Persoalannya mudah:
Adakah tekanan hidup rakyat sudah benar-benar selesai? Atau yang berubah hanya kedudukan politik?

Ramai pencarum yang menghubungi kami bukan mahu berbelanja mewah. Mereka mahu bertahan β€” bayar komitmen asas, kos rawatan, pendidikan anak dan keperluan harian yang semakin meningkat.

Ini bukan soal politik kepartian. Ini soal konsistensi dan keadilan terhadap pencarum.
Rakyat sedang menilai. Dalam demokrasi, rakyat adalah kingmaker sebenar.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀90πŸ‘42🀝1
Jika Ini Tulisan Terakhir Saya Tentang Perjuangan KWSP

Salam dan selamat sejahtera sahabat-sahabat pencarum seluruh Malaysia,

Sudah hampir 5 tahun perjalanan ini kita lalui bersama.

Kita bermula sebagai rakyat biasa yang hanya mahu satu perkara β€”
agar suara pencarum didengar.

Pada waktu itu ramai yang mengatakan perjuangan ini mustahil.
Ramai yang memperlekeh.
Ramai yang tidak percaya suara rakyat mampu sampai ke Parlimen.

Tetapi kerana keberanian dan sokongan tuan-puan semua,
suara itu akhirnya bergema di seluruh negara.

Sepanjang perjalanan ini saya melihat sendiri kisah kehidupan rakyat yang sangat menyentuh hati.

Ada yang kehilangan pekerjaan.
Ada yang bergelut membesarkan anak-anak.
Ada yang terpaksa menjual barang kemas atau menggadaikan harta demi meneruskan kehidupan.

Ketika itu saya sedar satu perkara…

Perjuangan ini bukan sekadar tentang wang simpanan.

Ia tentang maruah hidup rakyat.

Namun hari ini saya perlu jujur kepada semua sahabat pencarum.

Sejak kebelakangan ini keadaan kesihatan saya semakin merosot.
Saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dahulu untuk terus berada di hadapan memperjuangkan isu ini di lapangan secara konsisten.

Perjuangan rakyat memerlukan tenaga yang kuat, kesihatan yang baik dan masa yang panjang. Pada ketika ini saya perlu menerima hakikat bahawa saya tidak lagi mampu memikul tanggungjawab itu seperti dahulu.

Dengan penuh keikhlasan saya membuka ruang kepada mana-mana individu atau kumpulan yang benar-benar ikhlas dan berani untuk meneruskan perjuangan ini demi masa depan pencarum Malaysia.

Walaupun saya mungkin tidak lagi berada di barisan hadapan, percayalah bahawa hati saya tidak pernah meninggalkan perjuangan ini.

Jika sepanjang hampir lima tahun perjalanan ini terdapat kekurangan, kesilapan atau kekhilafan daripada diri saya, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sahabat pencarum.

Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak sanggup melihat suara rakyat terus dipendam tanpa ada yang berani membawanya ke hadapan.

Jika suatu hari nanti perjuangan ini berjaya membawa perubahan kepada pencarum Malaysia, saya akan bersyukur walaupun hanya pernah menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan itu.

Dan saya percaya satu perkara…

Perjuangan rakyat tidak pernah bergantung kepada seorang insan sahaja.

Selagi rakyat masih berani bersuara, selagi itulah perjuangan ini akan terus hidup.

Terima kasih kepada semua yang telah bersama saya sepanjang perjalanan ini.

Daripada hati seorang rakyat biasa yang hanya mahu melihat keadilan untuk pencarum Malaysia.

Azmi Mohd Tahir
❀83😒52πŸ‘28πŸ”₯6πŸ‘Œ2😱1
*Di Thailand telah berlaku panic buying petrol dan diesel selepas konflik Iran–US–Israel memuncak.*

Ini menyebabkan barisan panjang di stesen minyak dan kebimbangan kekurangan bekalan.

Kerajaan Thailand juga:
πŸ“ŒMembekukan harga petrol sementara
πŸ“ŒMengaktifkan pusat kecemasan tenaga
πŸ“ŒMengharamkan eksport petroleum untuk lindungi stok negara.

Namun penting:
Thailand masih mempunyai sekitar 60 hari simpanan minyak strategik, menurut Kementerian Tenaga mereka.
πŸ“Œasianews.network

Ada panik beli minyak dan tekanan bekalan, tetapi belum sampai tahap kehabisan petrol secara nasional.
😱5❀3😒1
Saya Tidak Menjangka Respons Seperti Ini…

Sejak saya memuat naik pengumuman semalam, saya membaca banyak komen daripada sahabat pencarum di seluruh negara.

Sejujurnya saya sangat tersentuh. Ramai yang meminta supaya perjuangan ini tidak berhenti.

Perjuangan hampir 5 tahun ini sebenarnya bukan milik saya seorang. Ia lahir daripada kesusahan dan harapan pencarum Malaysia yang mahu suara mereka didengar.

Jika benar rakyat masih mahu isu ini diteruskan, maka suara pencarum tidak boleh berhenti di sini.

Sekarang saya ingin melihat sendiri sejauh mana kekuatan suara pencarum Malaysia.

Jika anda pencarum KWSP
➑️ Tulis HADIR

Jika anda setuju suara pencarum mesti didengar
➑️ Tulis SETUJU

Jika anda mahu isu ini terus diperjuangkan
➑️ Tulis TERUSKAN

Saya hanya ingin melihat satu perkara…

Berapa ramai pencarum Malaysia yang masih berani bersuara.

Azmi Mohd Tahir
πŸ”₯106πŸ‘48❀10πŸ‘Œ4
Salam shbt msk komen berjemaahπŸ‘‡πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS9dbeX6D52fU-2wxdk/
😱1
β€œRakyat tidak perlukan nasihat berjimat.
Rakyat perlukan penyelesaian.”


Tadi diumumkan 3 β€œberita baik” untuk rakyat.

1️⃣ Harga RON95 kekal.
2️⃣ Rakyat disaran berjimat cermat.
3️⃣ 13hb akan diadakan mesyuarat kabinet.

Rakyat mendengar pengumuman ini dengan penuh harapan.

Namun selepas difikirkan semula, ramai mula tertanya-tanya…

Yang mana satu sebenarnya berita baik untuk rakyat?

Kerana realitinya hari ini:

Harga barang masih tinggi.
Kos sara hidup terus menekan.
Ramai rakyat masih bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Jika sekadar mengekalkan keadaan sedia ada dan menyuruh rakyat berjimat β€” itu bukan berita baik.

Itu hanyalah rakyat diminta terus bertahan dengan tekanan yang sama.

Rakyat hari ini tidak meminta kemewahan.

Rakyat hanya mahu kehidupan yang lebih stabil dan masa depan yang lebih terjamin.

Kerana rakyat tidak perlukan nasihat berjimat.

Rakyat perlukan penyelesaian.

Dan persoalan yang semakin ramai rakyat mula bertanya hari ini…

Adakah ini benar-benar berita baik untuk rakyat?
πŸ”₯49πŸ‘12❀5
Mesyuarat Kabinet Esok: Apa Sebenarnya Yang Akan Membantu Rakyat?

Esok akan berlangsung mesyuarat kabinet yang dijangka membincangkan beberapa perkara berkaitan ekonomi dan pengurusan kewangan negara.

Namun dalam keadaan kos sara hidup yang terus menekan, ramai rakyat mula bertanya satu perkara yang sangat mudah.

Apakah keputusan sebenar yang akan membantu rakyat?

Adakah mesyuarat itu akan membincangkan:

– langkah fiskal kerajaan
– cadangan penjimatan termasuk kerja dari rumah (WFH) untuk penjawat awam
– kenaikan harga barang yang semakin membebankan rakyat

Atau sekadar perbincangan biasa seperti sebelum ini?

Rakyat hari ini tidak lagi menunggu pengumuman yang indah didengar.

Rakyat sedang menunggu keputusan yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Persoalannya sekarang:

Apakah yang akan diputuskan dalam kabinet esok β€” dan adakah ia benar-benar membantu rakyat?

Jika anda rakyat Malaysia, pada pandangan anda isu apa yang sepatutnya menjadi keutamaan kabinet sekarang?
πŸ‘32❀6πŸ”₯4😒2
Aduuuuhhh ayat click bait,ramai terkena tp ramai juga yg mohon sbb nk rayaπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ‘‡πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSuD9PVvc/
❀11
β€œKWSP BUKAN BANTUAN KERAJAAN β€” IA SIMPANAN PENCARUM SENDIRI.”

Ramai pencarum bertanya mengenai surat YB Dato’ Seri Shahidan Kassim kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan fleksibiliti pengeluaran KWSP.

Secara prinsipnya, usaha bawa suara rakyat wajar dihargai. Namun sebahagian pencarum kurang setuju apabila kesusahan rakyat dibandingkan dengan bonus penjawat awam atau pekerja swasta.

KWSP adalah wang simpanan pencarum sendiri.
Bukan bantuan kerajaan, bukan hadiah sesiapa. Ia hasil titik peluh rakyat untuk masa depan.

Fleksibiliti pengeluaran bukan untuk habiskan simpanan, tetapi kerana realiti hidup yang mencabar: kehilangan pekerjaan, pendapatan merosot, dan komitmen hutang tinggi.

Suara pencarum jelas: Dengar mereka, beri pertimbangan adil dan bersasar tanpa menjejaskan simpanan persaraan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀70πŸ‘27😒5πŸ‘1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Tarikh: 13 Mac 2026
Kuala Lumpur

KWSP: Hak Pencarum, Bukan Bantuan Kerajaan

PGIRM mengambil maklum sepucuk surat daripada YB Dato’ Seri Shahidan Kassim kepada Perdana Menteri Malaysia yang membincangkan cadangan memberi fleksibiliti pengeluaran KWSP, termasuk kemungkinan memasukkan dividen ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) atau pengeluaran khas secara β€˜one-off’ bagi membantu pencarum yang terkesan.

Secara prinsipnya, PGIRM menghargai sebarang usaha mana-mana Ahli Parlimen yang membawa suara kesusahan rakyat kepada perhatian kerajaan.

Namun, sebahagian kandungan surat tersebut menimbulkan perbincangan dalam kalangan pencarum, khususnya apabila isu kesusahan kewangan rakyat dibandingkan dengan bonus atau insentif penjawat awam serta sebahagian pekerja sektor swasta.

PGIRM menegaskan bahawa:

1. KWSP adalah wang simpanan pencarum sendiri.
Ia bukan bantuan kerajaan dan bukan hadiah mana-mana pihak. Wang ini adalah hasil titik peluh rakyat yang disimpan untuk masa depan mereka.

2. Fleksibiliti pengeluaran perlu bersasar.
Pengeluaran tidak bertujuan menghabiskan simpanan, tetapi sebagai respons kepada tekanan kewangan nyata: kehilangan pekerjaan, pendapatan tidak menentu, dan komitmen hutang isi rumah.

3. Dengar suara pencarum.
Rakyat tidak mahu perbandingan antara kumpulan pekerjaan. Yang mereka mahukan ialah pendekatan yang adil, telus dan bersasar, tanpa menjejaskan masa depan simpanan persaraan.

PGIRM menekankan bahawa pencarum tidak meminta sedekah. Mereka hanya menuntut hak terhadap wang simpanan sendiri, yang merupakan hasil kerja keras bertahun-tahun.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀73πŸ”₯9🀝3😒1
Pesanan ikhlas saya kepada rakyat Malaysia.

Jangan buat pinjaman semata-mata untuk beraya.

Setiap tahun perkara ini berulang β€” demi pakaian baru, telefon baru atau perbelanjaan raya, ada yang sanggup menambah hutang.

Sedangkan realitinya, ekonomi dunia sedang tidak menentu. Krisis geopolitik semakin tegang dan harga minyak boleh melonjak bila-bila masa.

Jangan kerana beberapa hari kegembiraan, kita menanggung beban hutang berbulan atau bertahun.

Berayalah dengan sederhana.

Anak-anak tidak perlukan kemewahan untuk bergembira.

Yang mereka perlukan hanyalah keluarga yang tenang tanpa tekanan hutang selepas raya.

Sekian,terima kasih.
❀46πŸ‘34πŸ”₯2😒1
Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai suara pencarum KWSP.
Isu ini bukan soal politik.

Ini soal kehidupan rakyat yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi.

PGIRM akan terus menyuarakan kebimbangan pencarum agar dasar yang dibuat benar-benar mengambil kira realiti rakyat.

https://www.mediatelus.com//detail/14645
❀37πŸ‘17😒1
SUARA PENCARUM SUDAH SAMPAI KE MEDIA.

Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai kebimbangan dan suara pencarum KWSP.

Ini membuktikan satu perkara β€” isu yang dibangkitkan bukan sekadar suara kecil di media sosial, tetapi realiti yang sedang dirasai oleh ramai rakyat ketika ini.

Ramai pencarum sedang bergelut dengan kos sara hidup, tekanan hutang dan ketidaktentuan ekonomi.

Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, setiap keputusan dasar yang melibatkan simpanan rakyat perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat.

PGIRM akan terus menyuarakan pandangan dan kebimbangan pencarum agar suara mereka tidak dipinggirkan.

Ini bukan soal politik.

Ini soal kehidupan rakyat.
❀46πŸ‘21😒2
Mohon shbt pencarum semua masuk dan komen berjemaahπŸ‘‡πŸ‘‡

https://www.facebook.com/share/p/17HADfMCpe/?mibextid=wwXIfr
❀15😒1
Assalamuakaikum semua pencarum, jom kita sama-sama komen di post ni untuk tunjukkan sokongan! πŸ’ͺ✍️

https://www.facebook.com/share/p/1aMmfectiq/

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan hak pencarum sepenuhnya dan bukannya bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak.

#SabahNews

Layari: https://sabahnews.com.my/kwsp-hak-pencarum-bukan-bantuan-kerajaan-pgirm/
πŸ‘25❀1😒1🀝1
Sahabat-sahabat pencarum, mari kita berganding bahu dan beri komen di post ini! Setiap komen anda amat bermakna. πŸ™Œ

https://vt.tiktok.com
/ZSuPpg6mY/

*KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan - PGIRM*
πŸ‘28❀1😒1
πŸ“’ REALITI RAKYAT – KOS HIDUP SEMAKIN BERAT

Kerajaan perlu tahu: angka rasmi inflasi 1.6% pada Januari 2026 tidak mencerminkan apa yang rakyat rasa. Tekanan sebenar datang dari kenaikan kos hidup yang nyata setiap hari.

πŸ’‘ Fakta penting:
Harga makanan sejak 2020 naik hampir 18%, gaji hanya naik Β±8%.
Makanan popular rakyat seperti roti canai, nasi lemak, ayam naik 70–110% dalam 10–13 tahun.
Makan di restoran/warung naik lebih cepat, sekitar 3% setahun.

πŸ“Œ Apa maksudnya?
Rakyat terpaksa belanja lebih setiap hari.

Kuasa beli semakin terhakis.
Statistik rasmi tidak menggambarkan tekanan sebenar rakyat.

⚠️ Kesimpulan:
Kerajaan perlu ambil tindakan segera & bersasar:
πŸ‘‰ Penstabilan harga barangan asas
πŸ‘‰ Bantuan kos sara hidup yang lebih efektif
πŸ‘‰ Strategi jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban


Rakyat perlu didengar. Fakta perlu diambil serius. Ini bukan sekadar angka statistik – ini realiti kehidupan rakyat Malaysia.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘62❀7😒1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Tarikh 15 Mac 2026
Kuala Lumpur

Tekanan Kos Hidup Rakyat Tidak Boleh Diabaikan – Kerajaan Wajar Pertimbangkan Pengeluaran KWSP Bersasar

PGIRM menegaskan bahawa keadaan geopolitik dunia kini semakin tidak menentu. Ketegangan di Timur Tengah, termasuk risiko gangguan laluan strategik seperti Selat Hormuz, memberi kesan langsung kepada harga minyak global. Kesan rantaian daripada kenaikan harga minyak akan sampai terus kepada rakyat melalui kos pengangkutan, harga makanan, dan inflasi yang meningkat.

Realitinya, rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan kos hidup yang nyata. Ramai masih menanggung hutang, kehilangan pekerjaan stabil, atau menghadapi pendapatan yang tidak menentu. Angka statistik semata-mata tidak menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi rakyat setiap hari.

Dalam konteks ini, PGIRM menekankan bahawa cadangan pengeluaran KWSP bersasar dan berperingkat bukanlah satu bentuk kemudahan populis, sebaliknya satu langkah pragmatik untuk membantu pencarum yang benar-benar terdesak.

Langkah ini dapat meringankan tekanan hidup rakyat yang berada dalam keadaan kritikal, tanpa menjejaskan kestabilan sistem simpanan jangka panjang.

PGIRM juga ingin menegaskan bahawa langkah ini mampu mengelakkan rakyat daripada terjerumus ke dalam hutang berisiko tinggi atau pinjaman tidak terkawal semata-mata untuk memenuhi keperluan harian.

Kerajaan perlu menunjukkan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kos hidup yang meningkat, dasar fleksibel dan responsif bukan pilihan, tetapi keperluan. Menilai semula pengeluaran KWSP bersasar adalah langkah wajar, bertanggungjawab, dan perlu dipertimbangkan segera demi rakyat yang benar-benar terkesan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀50πŸ‘27πŸ”₯2😒1
KUALA LUMPUR 15 Mac β€” Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu ketika ini berpotensi memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata ketegangan di Timur Tengah termasuk risiko gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz boleh menjejaskan harga minyak global. Kenaikan harga minyak berkemungkinan memberi kesan rantaian kepada rakyat melalui peningkatan kos pengangkutan, harga makanan serta kadar inflasi.

Menurutnya, realitinya rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos hidup yang semakin ketara, dengan ramai masih menanggung beban hutang, kehilangan pekerjaan stabil atau berhadapan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Beliau berkata angka statistik semata-mata tidak menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi rakyat dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, Azmi berkata cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dan berperingkat bukanlah langkah populis, sebaliknya satu pendekatan pragmatik bagi membantu pencarum yang benar-benar terdesak.

Menurutnya, langkah tersebut berpotensi meringankan tekanan hidup rakyat yang berada dalam keadaan kritikal tanpa menjejaskan kestabilan sistem simpanan jangka panjang.

Beliau turut menegaskan pendekatan itu juga mampu mengelakkan rakyat daripada terjerumus ke dalam hutang berisiko tinggi atau pinjaman tidak terkawal semata-mata untuk memenuhi keperluan harian.

β€œKerajaan perlu menunjukkan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup, dasar yang fleksibel dan responsif bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.

β€œPenilaian semula terhadap pengeluaran KWSP bersasar merupakan langkah wajar, bertanggungjawab dan perlu dipertimbangkan segera demi membantu rakyat yang benar-benar terkesan,” katanya.

https://www.mediatelus.com//detail/14653
❀67πŸ”₯16😒3