This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
β€47π±4π₯1
Berikut adalah linkΒ² rasmi media sosial PGIRM.
1. Channel Rasmi Telegram
https://t.me/PGIRM
2. Group Telegram Bersama Pencarum
https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1
3. FB - PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA OFFICIAL
https://www.facebook.com/share/197YGC4QLj/
4. Tiktok - PGIRM OFFICIAL
https://www.tiktok.com/@pgirm.org?_r=1&_t=ZS-97qy4oFBFQr

π10π’1
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA pinned Β«Berikut adalah linkΒ² rasmi media sosial PGIRM. 1. Channel Rasmi Telegram https://t.me/PGIRM 2. Group Telegram Bersama Pencarum https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1 3. FB - PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA OFFICIAL https://www.facebook.com/share/197YGC4QLj/β¦Β»
π’3
π’7
Perkembangan Terkini
Mohon masuk ramai2 komenππ
https://www.facebook.com/share/p/18qwj88Vbk/?mibextid=wwXIfr

π’7β€4
π’4β€1
Joooomm ramai2 email pd Ceo Perkeso Dr Azman ttg tuntutan leeat dan proses lambat
https://vt.tiktok.com/ZSXRRHGBU/
https://vt.tiktok.com/ZSXRRHGBU/
π’6
π’3
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
Ahad 12hb July 2026
PRN JOHOR: RAKYAT SUDAH MULA MENGHUKUM, KERAJAAN JANGAN TERUS MENAFIKAN REALITI
Kuala Lumpur,12 July 2026
PGIRM melihat keputusan PRN Johor sebagai satu isyarat politik yang tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sekadar keputusan pilihan raya, tetapi mesej daripada rakyat yang semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan menangani masalah kehidupan mereka.
Selama ini kerajaan sering menguar-uarkan pelbagai angka pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan indikator positif. Namun bagi rakyat biasa, ukuran sebenar bukanlah statistik, sebaliknya sama ada mereka mampu membeli barang dapur, membayar ansuran rumah, menanggung kos pendidikan anak-anak dan meneruskan kehidupan tanpa dibelenggu tekanan kewangan.
Inilah hakikat yang sedang dirasai oleh jutaan rakyat.
Kos sara hidup terus menghimpit. Harga barangan keperluan masih membebankan. Pendapatan sebahagian besar rakyat pula tidak berkembang seiring dengan peningkatan kos kehidupan. Apabila keadaan ini berlarutan, rasa kecewa akan diterjemahkan melalui peti undi.
PGIRM juga berpandangan bahawa kegagalan kerajaan memberi penyelesaian yang benar-benar menyentuh kumpulan rakyat yang sedang terdesak, termasuk sebahagian pencarum KWSP, turut menyumbang kepada rasa tidak puas hati yang semakin membesar. Rakyat tidak meminta layanan istimewa. Mereka hanya mahu suara mereka didengar dan kesusahan mereka difahami.
Keputusan yang menimpa Parti Bersama sehingga gagal memenangi walau satu kerusi juga menunjukkan bahawa rakyat hari ini menilai rekod seseorang pemimpin ketika berada dalam kerajaan. Bagi sebahagian pengundi, mereka mahukan pemimpin yang hadir mendengar rintihan rakyat, bukan sekadar tampil apabila pilihan raya menjelang.
Kerajaan juga perlu berhenti menyalahkan persepsi semata-mata. Jika terlalu ramai rakyat meluahkan perkara yang sama, maka yang perlu dinilai ialah punca kepada rasa tidak puas hati tersebut. Menolak kritikan tanpa muhasabah hanya akan menjauhkan lagi kerajaan daripada realiti kehidupan rakyat.
PGIRM ingin mengingatkan bahawa kepercayaan rakyat bukan boleh dipertahankan melalui slogan atau kempen komunikasi semata-mata. Ia hanya boleh dipertahankan melalui dasar yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
PRN Johor seharusnya menjadi amaran awal. Jika suara rakyat terus diketepikan, jika keluhan mengenai kos sara hidup terus dipandang ringan, jika golongan yang benar-benar terdesak terus dibiarkan tanpa penyelesaian yang meyakinkan, maka tidak mustahil isyarat yang sama akan berulang dalam pilihan raya akan datang.
Kerajaan masih mempunyai ruang untuk memperbaiki keadaan. Namun ruang itu tidak akan kekal selama-lamanya.
Rakyat mungkin boleh bersabar, tetapi kesabaran rakyat juga ada batasnya.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

β€70π₯19π’1
π±6π1
β€6
π’6β€2
Pertanyaan luar kotak..
"Jika kita SAKIT jumpa siapa?"
Sekian,terima kasih.
"Jika kita SAKIT jumpa siapa?"
Sekian,terima kasih.
π’16β€2
π’6
π’4
π’6