CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.22K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA PRA-BAJET PGIRM

Untuk Edaran
27 September 2026
Kuala Lumpur

5 OKTOBER: PGIRM HARAP SUARA PENCARUM DIBAWA KE DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Menjelang pembukaan persidangan Dewan Rakyat pada 5 Oktober ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berharap Ahli Parlimen dapat membahaskan isu dan keresahan pencarum KWSP secara terbuka.

Harapan ini susulan penyerahan Policy Paper KWSP Bersasar oleh PGIRM bersama PPIM kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada 11 September lalu, seperti dilaporkan Sinar Harian pada 15 September.

Policy Paper tersebut membawa suara 5,150 pencarum, dengan 92.7 peratus responden bersetuju supaya kerajaan mengkaji mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal.

Selepas hampir lima tahun membawa isu ini, PGIRM berharap suara pencarum tidak terhenti pada penyerahan kertas dasar dan proses penilaian semata-mata.

PGIRM tidak meminta Ahli Parlimen menyokong pendirian tertentu, sebaliknya berharap isu ini diberi ruang untuk dibahaskan berdasarkan amanah dan mandat rakyat.

โ€œKami sudah bersuara. Policy Paper sudah diserahkan. Kini masanya suara pencarum dinilai dan, jika wajar, dibahaskan di Dewan Rakyat.โ€

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
โค48๐Ÿ‘12๐Ÿ‘10๐Ÿ™2๐Ÿ˜ข1
๐Ÿ“Œ MAKLUM BALAS PGIRM KEPADA PERTANYAAN PENCARUM

PGIRM faham dan menghormati keresahan pencarum yang semakin ramai bertanya:

โ“ Apa sudah jadi dengan Policy Paper yang diserahkan kepada kerajaan?

โ“ Mengapa masih belum ada kata putus?

โ“ Adakah pencarum perlu menunggu lagi bertahun-tahun?

PGIRM tidak menafikan bahawa persoalan ini memang wajar ditanya.

Namun PGIRM juga tidak mahu memberikan janji atau harapan palsu kepada pencarum.

Policy Paper telah diserahkan kepada pihak kerajaan melalui saluran rasmi. Kini keputusan dan tindakan susulan berada di pihak kerajaan.

PGIRM akan terus menunggu jawapan rasmi, bukan sekadar kata-kata manis.

Kita juga perlu bezakan antara โ€œsedang dikajiโ€ dengan โ€œtelah diputuskanโ€.

Selagi tiada keputusan rasmi, PGIRM tidak akan mendakwa bahawa kerajaan telah menerima atau menolak cadangan tersebut.

Kepada pencarum yang mula hilang kepercayaan, PGIRM faham perasaan itu.

Tetapi perjuangan ini bukan dibina atas emosi semata-mata.

Selama hampir 5 tahun, PGIRM membawa suara pencarum melalui memorandum, kajian, himpunan, Policy Paper dan saluran rasmi.

Sekarang bola berada di gelanggang kerajaan.

PGIRM akan terus menekan melalui saluran yang sewajarnya dan akan memaklumkan kepada pencarum sebaik sahaja menerima perkembangan atau jawapan rasmi.

Jangan kita mendahului keputusan kerajaan.

Tetapi jangan juga kita berhenti bertanya.

5,150 pencarum telah bersuara.
Suara itu sudah diserahkan.
Kini rakyat menunggu jawapan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
โค43๐Ÿ‘19๐Ÿ˜ข1๐Ÿ‘Œ1
PERKEMBANGAN TERKINI UNTUK SAHABAT PENCARUM

Untuk makluman semua, usaha kita tetap berjalan di belakang tabir. Saya telah membuat follow-up dengan SUSK kepada YB Menteri Kewangan II, dan berikut adalah maklum balas yang saya terima daripada beliau, seperti dalam gambar yang dilampirkan.

Mohon semua sahabat pencarum terus bersabar, banyakkan berdoa dan jangan berputus asa. Elakkan membuat andaian atau persepsi sebelum mendapat maklumat yang sahih.

Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Azmi semasa LIVE semalam, kerajaan bukan hanya menerima surat daripada PGIRM, tetapi turut menerima surat dan permohonan daripada pihak-pihak lain.

Kita teruskan usaha, sabar dan istiqamah. Insya-Allah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

#kwspbersasar #PGIRM
โค55๐Ÿ‘7๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ˜ข2๐Ÿ˜ฑ1๐Ÿค1๐Ÿซก1
Maklumat Pencarumยฒ yg berjaya ambik pinjaman KPKT PAKAI DULU BYR BILA KELUAR KWSP umur 53 tahun...
Ini baru satu cawangan...๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿค”๐Ÿค”
๐Ÿ˜ข26โค4
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

KWSP MAHU PENDAPATAN SEPANJANG HAYAT โ€” PENCARUM JUGA PERLUKAN PERLINDUNGAN SEPANJANG PERJALANAN HIDUP

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2026 โ€” PGIRM mengambil maklum kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, mengenai keperluan pembaharuan sistem persaraan bagi memastikan pendapatan persaraan sepanjang hayat serta menyokong ahli bukan hanya pada peringkat persaraan.

PGIRM menyambut baik prinsip tersebut.

Namun, persoalan kami jelas:

Jika pencarum perlu disokong sepanjang hayat, bagaimana pula dengan pencarum yang berdepan kehilangan pekerjaan, kesusahan kewangan atau keadaan luar biasa sebelum mencapai usia persaraan?

Atas prinsip yang sama, PGIRM terus mencadangkan #4BKWSP โ€” BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

Bukan pengeluaran bebas. Bukan untuk semua pencarum.

Sebaliknya, satu mekanisme perlindungan yang hanya boleh diakses oleh pencarum yang benar-benar memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

PGIRM percaya simpanan persaraan wajib dilindungi, tetapi pencarum yang sedang berdepan krisis juga memerlukan ruang perlindungan yang munasabah.

Jangan hanya pastikan pencarum mempunyai pendapatan ketika bersara. Pastikan mereka mampu sampai ke usia persaraan.

PGIRM berharap kenyataan terbaru KWSP ini membuka ruang untuk kerajaan dan KWSP menilai cadangan #4BKWSP secara serius berdasarkan mekanisme yang terkawal.

BERSASAR โ€ข BERSYARAT โ€ข TERHAD โ€ข TERKAWAL

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Rujukan:
Kenyataan Bernama/Astro AWANI, โ€œKWSP gesa pembaharuan dalam sistem pencen untuk pastikan pendapatan persaraan sepanjang hayatโ€, 1 Oktober 2026.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kwsp-gesa-pembaharuan-dalam-sistem-pencen-untuk-pastikan-pendapatan-persaraan-sepanjang-hayat
๐Ÿ‘37๐Ÿ˜ข5โค3
PENJELASAN RASMI PGIRM

MEMAHAMI MAKSUD SEBENAR #4BKWSP

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menjelaskan bahawa #4BKWSP bukanlah empat syarat kelayakan yang berdiri secara berasingan, sebaliknya merupakan kerangka prinsip bagi cadangan KWSP Bersasar.

#4BKWSP membawa empat prinsip utama:

๐Ÿ”น BERSASAR
Akses bukan diberikan kepada semua pencarum secara terbuka, tetapi disasarkan kepada golongan pencarum yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

๐Ÿ”น BERSYARAT
Pencarum perlu memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan sebelum sebarang akses dipertimbangkan.

๐Ÿ”น TERHAD
Akses dan jumlah pengeluaran adalah terhad mengikut ketetapan yang ditentukan, bukan pengeluaran tanpa had.

๐Ÿ”น TERKAWAL
Pelaksanaan tertakluk kepada mekanisme, pemantauan dan kawalan yang ditetapkan bagi memastikan simpanan persaraan terus dilindungi.

Maka, istilah โ€œ2B 2Tโ€ tidak menggantikan #4BKWSP.
โ€œ2B 2Tโ€ hanya boleh dilihat sebagai cara memahami atau menghuraikan sebahagian daripada prinsip tersebut, manakala #4BKWSP merangkumi keseluruhan kerangka cadangan: BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

PGIRM menegaskan bahawa perjuangan KWSP Bersasar bukanlah tuntutan pengeluaran bebas, tetapi cadangan supaya terdapat satu mekanisme yang bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal bagi pencarum yang benar-benar memerlukan, tertakluk kepada dasar dan kriteria yang sewajarnya.

#4BKWSP bukan sekadar logo atau slogan. Ia adalah simbol kepada prinsip dan arah cadangan KWSP Bersasar.

P/S MOHON RAJIN MEMBACA

#4BKWSP
#KWSPBersasar
#PGIRM
#DemiMasaDepanPencarum
โค29๐Ÿ‘10๐Ÿซก2๐Ÿ˜ข1
Sekadar ingin bertanya,ada pencarum terdesak nk turun sama sok tuntut minta PMX beri jawapan ttg policy paper? Tanya je xde paksaan tiada kerahan,atas effort pencarum sendiri atas kapasiti pencarum๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSbPdrf2V/
๐Ÿ”ฅ BANTUAN BERSASAR BOLEH, KENAPA KWSP BERSASAR MASIH DIAM?๐Ÿ”ฅ

PGIRM TUNTUT JAWAPAN KHUSUS TERHADAP POLICY PAPER KWSP BERSASAR

PGIRM mempersoalkan mengapa cadangan bantuan pendapatan secara bersasar terus dibincangkan bagi membantu rakyat yang memerlukan, namun Policy Paper KWSP Bersasar yang telah diserahkan masih belum menerima jawapan khusus mengenai mekanisme yang dicadangkan.

Pada 11 September 2026, PGIRM telah menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar kepada pihak berkaitan. Policy Paper tersebut kemudiannya diterima dan dikemukakan kepada Menteri Kewangan II serta Pengerusi KWSP untuk perhatian dan penilaian lanjut.

Namun sehingga kini, persoalan utama PGIRM masih belum terjawab:

APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN TERHADAP MEKANISME KWSP BERSASAR YANG DICADANGKAN?

PGIRM ingin tegaskan sekali lagi:

INI BUKAN TUNTUTAN PENGELUARAN BEBAS.

Cadangan PGIRM berasaskan empat prinsip:

๐Ÿ”ฅ BERSASAR
๐Ÿ”ฅ BERSYARAT
๐Ÿ”ฅ TERHAD
๐Ÿ”ฅ TERKAWAL


Hanya pencarum yang memenuhi syarat dan benar-benar berdepan keadaan kesusahan yang ditetapkan dipertimbangkan.

Pada masa yang sama, cadangan bantuan pendapatan bersasar kepada golongan yang memerlukan terus diketengahkan dalam ruang awam, termasuk cadangan bantuan kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas seperti dilaporkan Berita Harian.

Justeru PGIRM bertanya:

Jika pendekatan bersasar boleh dibincangkan untuk bantuan pendapatan rakyat, mengapa mekanisme KWSP secara bersasar masih belum diberikan jawapan khusus?

PGIRM menuntut penjelasan:

1๏ธโƒฃ Apakah status penilaian Policy Paper KWSP Bersasar?

2๏ธโƒฃ Adakah mekanisme yang dicadangkan sedang dinilai secara khusus?

3๏ธโƒฃ Jika sedang dinilai, apakah proses seterusnya?

4๏ธโƒฃ Jika tidak dipertimbangkan, apakah alasan dan asas dasar keputusan tersebut?

Pencarum sudah terlalu lama menunggu.

PGIRM tidak meminta janji.

PGIRM meminta JAWAPAN.

Jika terdapat kelemahan, kemukakan hujah.

Jika terdapat risiko, bentangkan mekanisme kawalan.

Jika perlu diperbaiki, buka ruang libat urus.

Tetapi jangan biarkan cadangan yang telah diserahkan terus tergantung tanpa jawapan khusus.

PGIRM sudah mengetuk pintu.

Kini kami menunggu pembuat dasar menjawab.

BANTUAN BERSASAR BOLEH DIKAJI.

MAKA KWSP BERSASAR JUGA WAJAR DINILAI SECARA SERIUS.

#4BKWSP
#PencarumTuntutKemerdekaanHidup

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

RUJUKAN MEDIA:
Berita Harian โ€” โ€œWarga emas 70 tahun ke atas wajar diberi bantuan pendapatan bersasarโ€
https://share.google/WH1xqkh8D5dHMUa89
๐Ÿ‘25๐Ÿ˜ข3โค2
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)


Untuk Edaran
4 Oktober 2026

๐Ÿ”ฅ RM1.3 TRILION HUTANG, BILION RINGGIT UNTUK PEMBANGUNAN DAN BANTUAN โ€” BILA KERAJAAN MAHU JAWAB PENCARUM?๐Ÿ”ฅ

PGIRM desak status Policy Paper KWSP dijawab secara rasmi

KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER 2026 โ€” PGIRM mendesak Kerajaan Persekutuan memberikan jawapan rasmi terhadap Policy Paper KWSP yang telah dikemukakan, khususnya cadangan mekanisme pengeluaran BERSASAR โ€ข BERSYARAT โ€ข TERHAD โ€ข TERKAWAL kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

PGIRM tidak membuat tuntutan berdasarkan sentimen. Angka yang dirujuk adalah berdasarkan sumber rasmi Kementerian Kewangan.

Menurut MOF, kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.304 trilion pada akhir Jun 2025, manakala Belanjawan Persekutuan 2026 memperuntukkan RM421.2 bilion, termasuk RM83 bilion untuk pembangunan. Kerajaan juga memperuntukkan RM15 bilion bagi STR dan SARA untuk membantu rakyat secara bersasar.

PGIRM mengakui kerajaan perlu mengurus hutang, defisit dan kewangan negara secara berhemah.

Namun persoalan PGIRM tetap sama:

Jika kerajaan boleh melaksanakan bantuan bersasar berdasarkan keperluan rakyat, mengapa cadangan mekanisme KWSP yang juga bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal tidak boleh sekurang-kurangnya dinilai secara rasmi?

PGIRM BUKAN menuntut pengeluaran KWSP secara bebas.

PGIRM menuntut kerajaan menjawab:

๐Ÿ”ด Apakah status Policy Paper KWSP yang telah diserahkan?

๐Ÿ”ด Adakah ia telah dinilai secara rasmi oleh MOF dan KWSP?

๐Ÿ”ด Jika ditolak, apakah alasan dasar atau teknikalnya?

๐Ÿ”ด Jika belum boleh dilaksanakan, apakah alternatif bersasar untuk pencarum yang benar-benar menghadapi kesusahan?

PGIRM tidak meminta kerajaan menerima cadangan kami secara membuta tuli.

Jika tidak boleh โ€” nyatakan sebab.
Jika perlu diperbaiki โ€” nyatakan mekanisme.
Jika boleh dikaji โ€” buka ruang penilaian.


Pencarum sudah bersuara. Data telah dikemukakan. Policy Paper telah diserahkan.

Kini persoalannya mudah: BILA KERAJAAN MAHU MENJAWAB?

PGIRM akan terus membawa suara pencarum melalui saluran yang sah, berhemah dan berasaskan fakta.

DATA BUKAN EMOSI.
CADANGAN BUKAN PENGELUARAN BEBAS.
TUNTUTAN BUKAN ANCAMAN
.

BERSASAR โ€ข BERSYARAT โ€ข TERHAD โ€ข TERKAWAL

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

RUJUKAN RASMI:
โ€ข Kementerian Kewangan Malaysia โ€” Fiscal Outlook 2026 (Lampiran PDF)
โ€ข Kementerian Kewangan Malaysia โ€” Pre-Budget Statement 2026" (https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-release/pre-budget-statement2026)

PGIRM menegaskan: angka dan fakta yang digunakan adalah bersumberkan dokumen rasmi kerajaan โ€” bukan sentimen.
๐Ÿ‘32โค5
๐Ÿ“Š POLL PENCAยญRUM

SETUJU ATAU TIDAK SETUJU?


Bekas CEO KWSP, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, yang kini merupakan Pengerusi Axiata Group Berhad, mencadangkan supaya caruman majikan KWSP distruktur secara progresif.

๐Ÿ”น Pekerja berpendapatan bawah RM5,000
โžก๏ธ Caruman majikan dicadangkan sekitar 15%โ€“16%


๐Ÿ”น Pekerja berpendapatan lebih RM10,000
โžก๏ธ Caruman majikan dicadangkan sekitar 4%


Menurut beliau, pendekatan ini boleh membantu pekerja berpendapatan rendah membina simpanan persaraan dengan lebih cepat, dengan peningkatan caruman golongan berpendapatan rendah diimbangi pengurangan caruman bagi golongan berpendapatan tinggi. Angka tersebut adalah contoh cadangan/hypothetical, bukan kadar yang telah diputuskan kerajaan.

PERSOALANNYA:

ADAKAH PENCAยญRUM SETUJU DENGAN CADANGAN INI?

โœ… SETUJU
โŒ TIDAK SETUJU

Sila undi berdasarkan pandangan dan kefahaman masing-masing.

๐Ÿ“Œ RUJUKAN MEDIA:

๐Ÿ“ฐ Harian Metro โ€” 30 September 2026
โ€œBekas CEO KWSP cadang caruman majikan lebih tinggi untuk pekerja gaji rendahโ€ https://share.google/BPn5SFlXOOTkDcgzC

#4BKWSP
#Bersasar
#Bersyarat
#Terkawal
#Terhad
โค18๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ข3
Tiada sorang pun dr pencarum yg masuk komen #4BKWSP ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿคฎ

https://vt.tiktok.com/ZS9D5429NTb4D-AgOlc/
โค12
Ada yg sudi berkomen atau kita terus mencari rezeki utk kelangsungan hidup harian?๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZS9DutRCPRDmC-vx7jQ/
๐Ÿ‘7๐Ÿ˜ข1
๐Ÿ“ข MAKLUM BALAS PGIRM DARI ADUAN PENCARUM

PGIRM mengambil maklum beberapa aduan pencarum bahawa komen menggunakan #4BKWSP tidak kelihatan atau tidak muncul dalam siaran langsung persidangan Dewan Rakyat di beberapa platform media.

PGIRM tidak mahu membuat sebarang tuduhan tanpa pengesahan, namun perkara ini turut diambil kira dalam keputusan untuk MENGHENTIKAN serta merta penggunaan rasmi #4BKWSP bagi persidangan Dewan Rakyat.

Seperti yang telah dimaklumkan, perjuangan KWSP secara bersasar TIDAK dihentikan.

PGIRM akan kembali memberi tumpuan kepada policy paper, kajian dan saluran rasmi untuk membawa tuntutan pencarum kepada pihak kerajaan.

Kita ubah pendekatan, bukan ubah prinsip.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ BERSASAR โ€ข BERSYARAT โ€ข TERHAD โ€ข TERKAWAL

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
โค31๐Ÿ‘12๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ˜ข3๐Ÿ‘1
๐Ÿ“ข KENYATAAN TEGAS PGIRM

DATA KWSP SENDIRI SUDAH MENUNJUKKAN: PENCARUM TIDAK BERADA DALAM KEADAAN YANG SAMA

PGIRM mengambil maklum data rasmi KWSP setakat 31 Disember 2025 yang menunjukkan purata simpanan ahli bawah 55 tahun ialah RM70,916.
Namun, apabila melihat median, angkanya hanya RM17,899.
Lebih penting, data KWSP turut menunjukkan hanya sebahagian pencarum berada pada tahap simpanan yang disasarkan untuk persaraan.

Jadi, persoalannya mudah:
Jika kedudukan kewangan pencarum jelas tidak sama, mengapa pendekatan dasar terhadap simpanan mereka perlu dilihat seolah-olah semua pencarum berada dalam keadaan yang sama?
PGIRM tidak menuntut pengeluaran KWSP secara bebas.

PGIRM juga tidak mahu simpanan hari tua rakyat dikorbankan tanpa kawalan.
Yang kami tuntut ialah satu mekanisme yang:
๐ŸŸข BERSASAR
๐ŸŸข BERSYARAT
๐ŸŸข TERHAD
๐ŸŸข TERKAWAL

Khusus kepada pencarum yang benar-benar berdepan tekanan hidup, kehilangan pendapatan, kecemasan atau keperluan tertentu yang munasabah.

PURATA BOLEH NAMPAK TINGGI.
TETAPI MEDIAN MEMBERITAHU CERITA YANG BERBEZA.

Sebab itu PGIRM menegaskan:
Jangan gunakan angka purata semata-mata untuk menggambarkan kemampuan semua pencarum.

Data rasmi KWSP sendiri menunjukkan terdapat jurang besar dalam kedudukan simpanan pencarum.
Maka dasar juga perlu mempunyai fleksibiliti yang bertanggungjawab.

๐Ÿ”ฅ PGIRM TIDAK MINTA PINTU KWSP DIBUKA SELUAS-LUASNYA.
PGIRM MENUNTUT PINTU DIBUKA SECARA TERKAWAL KEPADA YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN
.๐Ÿ”ฅ

Itulah maksud KWSP BERSASAR.
Bukan populisme.
Bukan pengeluaran bebas.

Bukan menghabiskan wang persaraan.
Tetapi satu pilihan dasar yang bersyarat, terhad dan terkawal berasaskan keadaan sebenar pencarum.
PGIRM sudah mengemukakan cadangan.
Data sudah ada.
Mekanisme sudah dicadangkan.
Kini kami mahu satu perkara daripada kerajaan:

TELITI. NILAI. DAN JAWAB.

Kerana apabila data rasmi sendiri menunjukkan pencarum tidak berada dalam keadaan yang sama, dasar juga tidak seharusnya terlalu kaku sehingga mereka yang benar-benar terdesak langsung tiada ruang.
PGIRM akan terus memperjuangkan suara pencarum secara berprinsip, berfakta dan bertanggungjawab.

BERSASAR โ€ข BERSYARAT โ€ข TERHAD โ€ข TERKAWAL

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Lampiran Rujukan

https://www.kwsp.gov.my/ms/w/berita/kwsp-isytihar-dividen-6-15-untuk-simpanan-konvensional-dan-6-15-untuk-simpanan-shariah?utm
๐Ÿ‘30โค1๐Ÿ˜ข1