❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
856 photos
91 videos
9 files
482 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
❤️❤️ ILMU PARENTING ITU PENTING

Re-Post

Ilmu Parenting ni ramai yang ambil mudah. Akhirnya kita besarkan anak-anak ikut naluri dan tabiat kita sendiri. Kalau betul caranya, alhamdulillah. Kalau silap? Habislah.

Kita tidak boleh undurkan masa untuk memperbaiki kesilapan kita dalam mendidik. Cara kira mendidik membentuk cara fikir (mindset), sistem nilai (values), sikap, akhlak dan tingkahlaku anak.

Sebab itulah perlu ambil tahu ilmu parenting ini. Tambahan pula anak yang berbeza memerlukan pendekatan Parenting yang juga berbeza. Menggunakan satu pendekatan untuk semua anak umpama membeli satu saiz kasut untuk dipakai oleh semua kaki.

Fikirkan ..

Untuk ilmu parenting PERCUMA, ikuti Channel Telegram Power Parenting saya. Klik dan join https://t.me/powerparenting

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant
Alhamdulillah syukran. MasyaAllah, tabarokallah.

Tahniah kepada anak Ke-6 saya Tengku Sarah Aisyah yang mendapat Mumtaz untuk semua subjek PSRA 2019, dan dalam masa yang sama menjadi Pelajar Terbaik PSRA bagi Sekolah Agama Al-Muttaqin.
Alhamdulillah. MasyaAllah, tabarokallah. Tahniah kepada anak ke-6 saya Tengku Sarah Aisyah yang mendapat 6A dalam UPSR 2019 yang diumumkan Hari ini !
Assalamu’alaikum semua.

Ramai yang bertanya cara saya mendidik anak-anak hingga cemerlang dalam bidang agama, akademik, koakademik dan kokurikulum.

Insyaallah, melalui Channel ini akan saya titipkan cara saya yang boleh Tuan puan ikuti.

Bagi yang baru join Channel, jangan malas untuk skrol posting saya terdahulu sebab banyak tips parenting yang telah juga saya kongsikan sebelum ini.

Yang pasti, untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang, ia memerlukan pendekatan yang holistik atau pun menyeluruh.

Ia juga memerlukan keterlibatan kedua-dua ibu dan ayah. Tidak boleh lepas kan hanya pada ibu sahaja, atau ayah sahaja, kecuali ibu atau bapa tunggal.

Ia melibatkan banyak aspek yang mengambil masa bertahun-tahun untuk nampak hasilnya. Kena sabar, kena pantau, kena ada ketegasan dan disiplin, kena tahu cara bercakap, kena jaga bab pemakanan, bab agama, bab emosi, bab belajar dan banyak lagi.

Jadi, teruslah bersama saya dalam Channel Telegram saya ini.

https://t.me/powerparenting


Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education dan Parenting Consultant
Ajaklah orang lain juga ke sini, klik join
Alhamdulillah. Dua hari lepas saya berjumpa dengan bekas pelajar yang pernah menyertai Kursus Motivasi Alihan Pelajar saya pada Tahun 2013.

Hasilnya, beliau kini merupakan Pemain Skuasy Junior Negara, pernah menjadi Pemain Junior No. 1 Dunia dan bakal menyambung pelajarannya ke Harvard University.

Lihat videonya


https://youtu.be/X3IEUNPQVPA
Mohon doakan anak saya semua. Semoga ada doa tuan puan yang makbul. Amin Ya Allah.
Antara SIFAT dan SIKAP.

Ramai ibu bapa keliru dan cuba ubah sifat anak. Sifat adalah sesuatu yang semulajadi. Lahir bersama anak. Ia membuatkan setiap anak itu unik dan memiliki kelebihan yang berbeza.

Misalnya, ibu bapa sering merungut dan berkata bahawa anaknya itu degil dan keras hati. Lalu mereka berusaha untuk hilangkan sifat keras hati anaknya itu. Walhal sifat tidak boleh diubah. Yang patut dibantu ialah bentuk sikap anak agar keras hati atau degil anak itu disalurkan dengan cara yang baik bagi manfaat dirinya.

Sebab sikap keras hati atau degil itu boleh memdorong sikap tidak berputus asa, mahu capai matlamat dan cita-cita. Sifat degil itu perlu apabila mahu dibentuk Mindset Juara.

Mulai hari ini ibu bapa perlu bezakan antara sifat dan sikap. Sifat tidak berubah tetapi sikap boleh diubah.

Fikirkan ..

Sila SHARE dan JOIN Channel Telegram Parenting saya secara PERCUMA.

Klik https://t.me/powerparenting


Sekian.

Dr. Tengku Asmadi
Education and Parenting Consultant.
Jom tonton
👀👀 MANA DATANGNYA SIKAP NI?

Assalam semua followers.

Susulan daripada posting sebelum ini ada ibu bapa yang bertanya bagaimana untuk ubah sikap anak.

Sebelum masuk bab itu, ibu bapa perlu tahu, sikap anak datangnya dari rumah, bukan dari sekolah. Anak terbenttuk sikapnya daripada apa yang dilihat, dengar dan alami sejak usia kecil lagi.

Malah, 50% sikap datangnya daripada tingkah laku, reaksi dan cara ibu bapa itu sendiri. Lagi 50% pula datangnya dari pembacaan, pergaulan,dan pengaruh luar seperti model ikutan, media, budaya dan sebagainya.

Oleh itu untuk ubah sikap anak, IBU BAPA MESTI UBAH SIKAPNYA juga dahulu.

Ibu bapa yang bercakap bohong akan lahirkan anak-anak yang berbohong. Ibu bapa yang sambil lewa buat kerja, lepas tangan, suka bertangguh maka akan ada anaknya yang turut warisi sikap itu. Ibu bapa yang tidak pegang janji akan lahirkan anak yang juga begitu.

Pendek kata, mulakan dengan diri kita dahulu.

Anak-anak belajar dengan apa yang dia lihat berbanding apa yang kita cakap. Kalau kita suruh dia solat awal waktu, sedangkan kita Asar jam 6.30 petang maka mereka lebih ikut apa yang dia nampak.

Fikirkan ..

Dalam posting akan datang banyak lagi yang akan saya kupas bab sikap ini.

Sila SHARE dan ajak yang lain join Group Parenting Percuma ini bersama saya. Banyak manfaatnya.

Klik dan join https://t.me/powerparenting

Sekian ..

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant
Alhamdulillah, malam ni semak email, dapat email daripada ibu yang anaknya berjaya mendapat 6A dalam UPSR 2019, dan Mumtaz dalam PSRA .. asbab join Bengkel Parenting dan mengikuti Tip-tip Motivasi saya nelalui email selama ini. Insya-Allah tip-tip Parenting yang saya kongsikan mampu membantu ibu bapa membimbing anak cemerlang. Oleh itu manfaatkan setiap tip parenting dalam Channel Telegram ini.

Sila share https://t.me/powerparenting
Tahniah kepada Nurul Ezzaty Abdullah, Pelajar di Pensylvania University, US, yang telah mendapat Anugerah Biasiswa Rhodes paling berprestij di dunia dan bakal menlanjutkan pengajian ke Oxford University.

Baca di sini ..


https://www.viral.bbn.my/2019/12/03/pelajar-malaysia-tempa-nama-sebagai-penerima-biasiswa-rhodes-paling-berprestij-di-dunia/