Saya setiap tahun apabila ada Pesta Buku Antarabangsa KL, tidak akan melepaskan peluang membawa anak-anak ke sana. Sebelum ini, saya ke sana sebagai pengunjung biasa dan penulis sahaja. Tetapi kali ini, saya ke saya sebagai pempamer. Satu pengalaman baru buat sahaja di usia nak masuk 58 tahun ini.
.
Perasaan saya kali ini berbeza. Saya sangat teruja sampaikan tak boleh nak lelap mata sangat semalam. Banyak yang saya fikir. Banyak juga duit yang dah dikeluarkan untuk sewa booth, sewa peralatan, beli stok buku, kos operasi dan upah mereka yang membantu saya sepanjang 10 hari nanti. Tapi saya tidak fikirkan sangat soal sama ada untung atau pulang modal. Sebab tahun ini, yang penting bagi saya ialah timba pengalaman.
.
Oleh itu, saya jemput tuan puan yang menjadi sahabat dan followers saya untuk berkunjung ke booth saya, iaitu Booth nombor M12, di Bilik Mawar, Level 2, WTC yang bermula hari ini hingga 12 Jun 2022.
.
Adakah tuan puan akan berkunjung ke Pesta Buku kali ini?

Antara pengunjung booth saya di Pesta Buku Antarabangsa KL 2022 hari ini. Sabtu dan Ahad ni jom datang jumpa saya. Booth No. M12, Dewan Mawar, Level 2, WTC, Kuala Lumpur