PELUKLAH ANAK WALAU APA PUN KEPUTUSAN SPM DIA
.
Esok, 24 April 2025…
Detik yang dinanti-nantikan.
Keputusan SPM diumumkan.
.
Ada rumah yang bergema dengan tawa dan syukur.
Ada juga rumah yang sunyi… hanya terdengar helaan nafas berat dan esakan perlahan.
.
Saya teringat satu kisah, tentang seorang anak yang pulang ke rumah dengan keputusan SPM di tangan.
Matanya merah, wajahnya tunduk.
Dia tahu, keputusan itu jauh dari harapan ibu ayahnya.
Bukan Semua A, malah ada yang gagal.
.
Dia letakkan slip itu di atas meja, menunggu…
Degupan jantungnya laju, menanti reaksi.
.
Si ayah datang, memandang slip itu.
Si anak bersedia untuk dimarahi, disindir, atau mungkin dihampakan.
.
Tapi apa yang berlaku?
.
Ayahnya hanya membuka tangan, memeluk erat anak itu.
Tanpa sepatah pun kata tentang angka di kertas itu.
Hanya bisikan,
“Tak apa nak… Ayah tetap bangga dengan kamu. Ini bukan noktah hidup kamu.”
.
Anak itu menangis sepuasnya dalam pelukan ayahnya.
Bukan kerana kecewa lagi, tapi kerana rasa diterima… rasa disayangi walau apa pun terjadi.
.
DUHAI IBU, DUHAI AYAH
Apa pun keputusan anak esok, peluklah dia.
Dia sudah cukup takut, cukup kecewa dengan dirinya sendiri.
Jangan ditambah lukanya dengan kata-kata tajam kita.
.
Ingatlah…
SPM bukan penentu segalanya.
Anak yang gagal hari ini, mungkin esok menjadi insan paling tabah dan berjaya dengan cara tersendiri.
Anak yang tak dapat Semua A, mungkin dialah yang akan Ambil berat tentang kita di hari tua.
.
Dunia ini bukan hanya milik doktor, jurutera atau peguam.
Dunia ini juga bergerak kerana adanya tukang jahit, tukang masak, pekerja buruh, dan insan-insan hebat di sebalik pekerjaan yang sering dipandang sebelah mata.
.
SPM hanyalah sebuah permulaan, bukan penamat.
Perjalanan anak kita masih panjang.
Masih banyak pintu rezeki yang Allah sediakan – di kolej, di TVET, dalam dunia kemahiran, malah dalam rezeki yang tak disangka-sangka.
.
Jadi esok…
Apa pun slip yang anak bawa pulang, sambutlah dia dengan pelukan.
Kerana pelukan itu mungkin jadi kekuatannya untuk bangkit semula.
.
Peluklah anak… walau apa sekalipun result SPM dia. ❤️
.
#PelukAnak
#SPM2025
#KasihTanpaSyarat
#PerjalananMasihPanjang

❤8👍1
KENAPA ANAK ASYIK NAK MENANG WALAUPUN SALAH?
.
Pernah tak bila anak buat silap, tapi tetap berkeras nak menang?
“Bukan saya yang salah!”
“Adik yang mula dulu!”
“Saya tak buat pun!” (walaupun jelas-jelas kantoi…)
.
Ibu ayah makin marah sebab rasa anak tak nak mengaku salah.
Sebenarnya… kenapa anak bersikap macam tu?
.
1. Anak belum matang untuk hadap rasa ‘kalah’
.
Bagi anak kecil, mengaku salah = rasa malu & takut dimarahi.
Jadi, dia cuba lindungi diri dengan menafikan, beri alasan atau salahkan orang lain.
.
✔ Tugas kita? Bantu anak belajar bahawa buat silap itu normal, yang penting ialah perbaiki.
.
2. Takut hukuman atau dimarahi
.
Kalau sebelum ni anak selalu dimarahi teruk bila buat salah, dia akan develop sikap “defensive”.
.
Dia lebih fokus nak selamatkan diri, bukan belajar dari kesilapan.
.
.
3. Anak tiru apa yang dia lihat
.
Kalau anak biasa tengok orang dewasa pun tak pernah nak mengaku salah, dia pun akan ikut cara sama.
.
Apa ibu bapa boleh buat?
.
1. Ubah reaksi bila anak buat salah
.
Daripada terus marah, cuba cakap:
✔ “Tak apa buat silap, tapi kita kena bertanggungjawab dan betulkan.”
.
2. Ajarkan cara minta maaf dengan betul
➡ “Saya minta maaf sebab…”
➡ “Lepas ni saya akan cuba…”
.
3. Jadi contoh
Kalau kita salah, berani tunjukkan pada anak:
✔ “Maafkan ayah, ayah silap tadi.”
.
.
Pernah tak ada pengalam ini?
Anak anda jenis susah nak mengaku salah?
.
Komen “Ya, saya pernah lalui!”
.
Sekian.
.
Dr. Tengku Asmadi
Star Master
RLC Club Member

Cepat, esok 1 Mei 2025 tutup Yuran Early Bird!
Klik https://dtashop.onpay.my/order/form/mapmei2025earlybird

❤1
Jangan HANYA TEGUR Anak Bila Dia Buat Salah.
.
Pernah tak kita sedar…
Kita hanya panggil nama anak bila nak marah.
Kita hanya tegur bila dia buat silap.
Kita hanya bercakap bila ada kesalahan.
.
Sedangkan hati anak sangat dahagakan pujian, sentuhan dan teguran yang positif.
.
⸻
.
Apa kesannya bila kita hanya tegur bila anak salah?
.
1. Anak rasa dirinya sentiasa tak cukup baik.
Dia mula fikir, “Aku ni memang selalu salah.”
2. Anak hilang semangat untuk mencuba.
Kalau buat betul pun tak pernah dipuji, buat apa usaha?
3. Anak akan meniru gaya teguran yang sama.
Mereka belajar untuk jadi cepat marah, menyindir, atau keras — sebab itu yang mereka selalu dengar.
.
.
⸻
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Tegur juga bila anak buat betul.
➡ “Bagusnya abang dah mandi tanpa disuruh hari ni!”
➡ “Mama bangga adik tolong angkat pinggan.”
.
✔ Panggil nama anak dengan nada kasih.
Tak semestinya bila nak marah saja.
.
✔ Ucap terima kasih untuk perkara kecil.
➡ “Terima kasih sebab kemas mainan, ibu suka tengok rumah kemas.”
.
.
Ingat… anak lebih mudah berubah bila dia rasa dihargai, bukan bila dia rasa dipersalahkan.
#powerparenting
#ParentingCoach

👍3❤2
ANAK ANDA TAK PANDAI NAK LUAHKAN PERASAAN?
.
Anak Tak Pandai Luah Perasaan Bukan Bererti Dia Tak Rasa Apa-Apa.
.
“Anak saya ni pendiam sangat.”
“Tak pernah cerita apa-apa.”
“Atau… dia memang tak kisah apa yang berlaku?”
.
Hakikatnya, bila anak tak pandai meluahkan, bukan bermaksud dia tak rasa.
Kadang dia rasa terlalu banyak — cuma tak tahu macam mana nak cakap.
.
.
Anak yang diam itu…
.
• Mungkin sedang simpan kecewa.
• Mungkin tak tahu cara nak mula bercakap.
• Mungkin dah pernah cuba cerita, tapi tak dilayan.
Dan lama-kelamaan… dia belajar untuk diam terus.
.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Tanya soalan terbuka yang lembut
- “Hari ni ada apa-apa buat abang rasa gembira… atau sedih?”
.
✔ Dengar tanpa menyampuk atau menghakimi
- Jangan cepat betulkan. Cukup kata: “Oh… mama faham.”
.
✔ Luahkan perasaan kita juga
- “Tadi mama rasa sedih sikit sebab kerja banyak. Tapi bila tengok adik peluk mama, terus tenang.”
.
Bila anak lihat emosi itu boleh diluah — dia pun akan ikut.
.
Emosi anak bukan benda remeh. Ia cermin hatinya. Bila anak belajar luah, dia belajar untuk sembuh, membesar, dan membina hubungan.
.
💬 Pernah tak anda rasa anak susah nak luahkan perasaan? Komen “YA, SAYA PERNAH”
.
#PowerParenting
#AnakPendiam
#LuahPerasaan
#EmosiAnak
#TipsIbuBapa

❤2👍1
APABILA ANAK TIDAK HORMAT KITA
.
Bila Anak Tak Hormat Cakap Kita — Salah Anak, Atau Salah Kita?
.
Kadang-kadang kita rasa,
“Kenapa anak aku langsung tak hormat cakap aku?”
“Cakap sepatah, dia jawab sepuluh.”
“Suruh buat kerja, dia buat muka.”
.
Tapi sebelum kita terus menghukum anak…
Mari kita berhenti sekejap dan tanya diri sendiri:
Adakah cara kita bercakap dengan anak juga penuh hormat?
.
Kenapa anak tak hormat kita?
.
1. Sebab kita selalu bercakap dengan nada marah dan sinis.
- Anak belajar gaya komunikasi itu dan pulangkan balik pada kita.
.
2. Sebab kita tak konsisten antara kata dan tindakan.
- Kita suruh anak jangan main telefon, tapi kita sendiri asyik scroll sambil bercakap.
.
3. Sebab kita tak pernah benar-benar ‘mendengar’ anak.
- Bila anak bercakap, kita terus potong. Lama-lama anak belajar untuk tak dengar kita pula.
.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
1) Jadi contoh dalam bercakap dengan penuh adab dan tenang. Anak bukan tak hormat, dia cuma meniru gaya kita.
.
2) Dengar betul-betul bila anak bercakap, walau benda kecil. Hormat itu dua hala. Bila anak rasa didengar, dia akan lebih mudah mendengar.
.
3) Jangan cepat melabel: “Kurang ajar”, “Tak hormat”. Tukar kepada, “Mungkin dia sedang keliru, penat, atau terluka.”
.
.
Ingat…
.
Hormatilah anak seperti mana kita mahu dihormati.
Kerana anak yang dihormati, akan belajar menghormati.
.
.
#PowerParenting
#HormatAnak
#AnakTakDengarCakap

👍4❤2
JANGAN BIARKAN ANAK MAKAN HATI
.
Jangan Biarkan Anak Terlalu Lama Menyimpan Dalam Hati.
.
Kadang anak nampak diam, tapi rupanya dalam hati dia masih simpan perasaan kecewa, kecil hati, sedih, geram; dan yang paling menyedihkan perasaan itu disimpan terhadap kita, ibu bapanya sendiri.
.
Apa yang anak mungkin sedang simpan?
.
• Waktu kita tengking dia depan orang lain.
• Janji yang kita tak tepati.
• Masa kita sibuk sangat dengan kerja, tapi dia nak bercerita.
• Waktu kita bandingkan dia dengan adik atau orang lain.
.
Dia tak tahu macam mana nak luahkan.
Jadi dia simpan. Diam, jauh hati.
.
Apabila emosi itu tak dilepaskan…
.
✅ Anak jadi semakin menjauh.
✅ Tak nak kongsi perasaan.
✅ Rasa tidak difahami.
.
Hubungan yang dulunya rapat, makin jauh tanpa kita sedar.
.
✅ Apa ibu bapa boleh buat?
.
✔ Ajak anak bercakap dari hati ke hati.
- “Mama minta maaf kalau mama pernah buat abang terasa…”
- “Adik ada apa-apa yang terbuku dalam hati?”
.
✔ Beri ruang untuk anak jujur tanpa takut dimarahi.
- Bila anak berani luahkan, jangan terus serang. Dengar dulu.
.
✔ Jangan tunggu anak yang mulakan. Kita yang mula dahulu.
.
Kerana anak yang diajar meluah dengan selamat, akan membesar jadi orang dewasa yang sihat jiwanya.

❤9
Jom asah minda dan potensi anak anda dengan kursus NLP For Students ini.
Hasilnya:
- Anak kenal potensi dirinya.
- Anak bijak kawal emosinya
- Anak tahu bagaimana membentengi dirinya daripada kawan-kawan toksid.
- Anak faham Gaya Belajarnya yang unik.
- Anak mudah bangkit dari cabaran, ujian dan kegagalan.
https://dtashop.onpay.my/order/form/nlp4studentjun2025

SEBELUM TEGUR ANAK, CUBA FAHAMI MEREKA DAHULU
.
Apabila anak buat silap ..
Kita tegur → dia marah.
Kita nasihat → dia lawan.
Kita cuba betulkan → dia menjauh.
.
Kenapa ya? Adakah dia tak boleh ditegur? Tak mahu terima nasihat?
.
Sebenarnya, anak bukan tak boleh ditegur, dia cuma nak difahami dulu.
.
Bagi anak…
.
- Teguran = “Aku salah lagi.”
- Nasihat = “Kenapa semua aku?”
- Marah = “Tak ada siapa faham aku.”
.
Jadi dia mula menolak, menjauh, memberontak.
.
Apa ibu bapa boleh buat?
.
1) Mulakan dengan empati, bukan terus betulkan.
“Mama tahu abang rasa sedih tadi…”
“Adik rasa tak adil bila… betul tak?”
.
2) Tanya dulu, sebelum menasihati.
“Ceritakan kat mama, apa yang sebenarnya berlaku?”
.
3) Tegur perlahan, puji usaha.
“Mama tahu adik dah cuba… jom sama-sama cari cara lebih baik lepas ni.”
.
.
#ParentingSantai
#TeguranBerhikmah
#AnakPerluDifahami

❤7
ANAK BUKAN ROBOT
.
Anak bukan robot, tapi mereka ikut ‘program’ yang kita set!
.
Kita marah anak tak dengar kata, tapi hari-hari kita jerit bila nak suruh. Cuba ubah skrip harian, tanya dengan lembut, beri pilihan, dan peluk bila mereka patuh.
.
TIP HARI INI:
Nak anak dengar kata? Turun ke paras mata mereka, panggil nama, dan sentuh bahu bila bercakap.
.
Sentuhan + mata + nada lembut = magik!
.
#powerparenting
#TipIbuBapa
#JomJadiContoh

👍3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
BUAT JULUNG KALINYA TOK ABAH DAN BONDA PROF MUHAYA BERGANDING DI SUCCESS ACADEMY INI
.
Jom kita hadiri Program Success Academy bersama saya dan Dato' Dr. Mohd.Fadzilah Kamsah (Tok Abah) dan Datuk Prof Dr. Muhaya (Bonda).
.
Tarikh : 28 Jun 2025, Sabtu
Masa : 1 pm - 7 pm
Lokasi : IOI Mall Convention Center, Putrajaya
.
Boleh Guna Pembayaran ini utk Book Tiket
.
RM 30.00
Boleh Transfer kepada Maybank ini
5140-1179-2797
TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD
.
Dan isi Maklumat di sini
.
https://forms.gle/BtJQQ4dpoMYWp8zU6
.
TQ Semua.
Jika ada bantuan yg diperlukan boleh PM dan tanya saya.

🔥1
Ini link untuk di isi bagi mereka yang nak hadir ke Tayangan Khas Filem Islamik ‘Keajaiban Air Mata Wanita’ bersama Datuk Prof Dr. Muhaya. Dengan kerjasama TAMRIN.
Tarikh: 20 Jun 2025
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: TGV Cheras Selatan, AEON Mall, Selangor
Tiket RM10 sahaja
https://forms.gle/K85UU2pDeNQvX7QV6

PRE-ORDER PRODUK NUTRISI MINDA JUZQ30
.
Alhamdulillah, kliang sudah pun masukkan tempahan JuzQ30 dalam queue untuk dihasilkan. Dijangka siap dalam masa 2-3 minggu.
Oleh itu, untuk 300 kotak pertama saya buka kepada mereka yang nak buat Pre-Order.
Harga Pre-Order jauh lebih rendah dari harga biasa.
Nak buat Pre-Order? Klik link ini sekarang.
https://dtashop.onpay.my/order/form/juzq30preorder
Terima kasih.

Assalamu'alaikum semua,
Program Motivasi Alihan Pelajar kembali lagi atas permintaan ibu bapa.
Daftar Awal ke Kursus Motivasi Alihan Pelajar dan Rebut Yuran 'Early Bird' RM299
Untuk anak-anak ikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar, Cuti Sekolah akan datang. 50 Peserta Pertama yang berdaftar layak mendapat Yuran 'Early Bird' ini. Jika tidak, Harga Normal RM350 seorang.
Kursus terbuka kepada anak-anak yang berusia 9 hingga 17 tahun
Sehingga hujung tahun 2025 ini ada dua tarikh kursus untuk di pilih:
14 - 15 September 2025 (Ahad dan Isnin), Cuti Sekolah, di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
27 - 28 Disember 2025 (Sabtu dan Ahad), Cuti Sekolah, di Dewan MPC Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Selepas kursus nanti insyaAllah anak anda akan:
- Berubah Cara fikir dan mindset lebih positif.
- Kurang Sikap malas menjadi Lebih Rajin.
- Berpegang pada prinsip 'Be A Better Muslim'.
- Tahu Strategi Belajar Aktif (Output Learning)
- Tahu cara menggunakan ChatGPT sebagai Alat Bantu Belajar
- Terbina Keyakinan dan Keberanian Diri
- Ada hala tuju hidup dan matlamat yang jelas.
Nak daftar, isi Borang Online, klik link di bawah:
https://dtashop.onpay.my/order/form/earlybirdmapsep2025
Sebarang pertanyaan sila Whatsapp kami:
https://www.wasap.my/60125104622/NakDaftarMAP
Terima kasih.
Dr. Hj. Tengku Asmadi
Founder MAP

❤2