❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Assalamu’alaikum semua.

Ramai yang bertanya cara saya mendidik anak-anak hingga cemerlang dalam bidang agama, akademik, koakademik dan kokurikulum.

Insyaallah, melalui Channel ini akan saya titipkan cara saya yang boleh Tuan puan ikuti.

Bagi yang baru join Channel, jangan malas untuk skrol posting saya terdahulu sebab banyak tips parenting yang telah juga saya kongsikan sebelum ini.

Yang pasti, untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang, ia memerlukan pendekatan yang holistik atau pun menyeluruh.

Ia juga memerlukan keterlibatan kedua-dua ibu dan ayah. Tidak boleh lepas kan hanya pada ibu sahaja, atau ayah sahaja, kecuali ibu atau bapa tunggal.

Ia melibatkan banyak aspek yang mengambil masa bertahun-tahun untuk nampak hasilnya. Kena sabar, kena pantau, kena ada ketegasan dan disiplin, kena tahu cara bercakap, kena jaga bab pemakanan, bab agama, bab emosi, bab belajar dan banyak lagi.

Jadi, teruslah bersama saya dalam Channel Telegram saya ini.

https://t.me/powerparenting


Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education dan Parenting Consultant
Ajaklah orang lain juga ke sini, klik join
Alhamdulillah. Dua hari lepas saya berjumpa dengan bekas pelajar yang pernah menyertai Kursus Motivasi Alihan Pelajar saya pada Tahun 2013.

Hasilnya, beliau kini merupakan Pemain Skuasy Junior Negara, pernah menjadi Pemain Junior No. 1 Dunia dan bakal menyambung pelajarannya ke Harvard University.

Lihat videonya


https://youtu.be/X3IEUNPQVPA
Mohon doakan anak saya semua. Semoga ada doa tuan puan yang makbul. Amin Ya Allah.
Antara SIFAT dan SIKAP.

Ramai ibu bapa keliru dan cuba ubah sifat anak. Sifat adalah sesuatu yang semulajadi. Lahir bersama anak. Ia membuatkan setiap anak itu unik dan memiliki kelebihan yang berbeza.

Misalnya, ibu bapa sering merungut dan berkata bahawa anaknya itu degil dan keras hati. Lalu mereka berusaha untuk hilangkan sifat keras hati anaknya itu. Walhal sifat tidak boleh diubah. Yang patut dibantu ialah bentuk sikap anak agar keras hati atau degil anak itu disalurkan dengan cara yang baik bagi manfaat dirinya.

Sebab sikap keras hati atau degil itu boleh memdorong sikap tidak berputus asa, mahu capai matlamat dan cita-cita. Sifat degil itu perlu apabila mahu dibentuk Mindset Juara.

Mulai hari ini ibu bapa perlu bezakan antara sifat dan sikap. Sifat tidak berubah tetapi sikap boleh diubah.

Fikirkan ..

Sila SHARE dan JOIN Channel Telegram Parenting saya secara PERCUMA.

Klik https://t.me/powerparenting


Sekian.

Dr. Tengku Asmadi
Education and Parenting Consultant.
Jom tonton
👀👀 MANA DATANGNYA SIKAP NI?

Assalam semua followers.

Susulan daripada posting sebelum ini ada ibu bapa yang bertanya bagaimana untuk ubah sikap anak.

Sebelum masuk bab itu, ibu bapa perlu tahu, sikap anak datangnya dari rumah, bukan dari sekolah. Anak terbenttuk sikapnya daripada apa yang dilihat, dengar dan alami sejak usia kecil lagi.

Malah, 50% sikap datangnya daripada tingkah laku, reaksi dan cara ibu bapa itu sendiri. Lagi 50% pula datangnya dari pembacaan, pergaulan,dan pengaruh luar seperti model ikutan, media, budaya dan sebagainya.

Oleh itu untuk ubah sikap anak, IBU BAPA MESTI UBAH SIKAPNYA juga dahulu.

Ibu bapa yang bercakap bohong akan lahirkan anak-anak yang berbohong. Ibu bapa yang sambil lewa buat kerja, lepas tangan, suka bertangguh maka akan ada anaknya yang turut warisi sikap itu. Ibu bapa yang tidak pegang janji akan lahirkan anak yang juga begitu.

Pendek kata, mulakan dengan diri kita dahulu.

Anak-anak belajar dengan apa yang dia lihat berbanding apa yang kita cakap. Kalau kita suruh dia solat awal waktu, sedangkan kita Asar jam 6.30 petang maka mereka lebih ikut apa yang dia nampak.

Fikirkan ..

Dalam posting akan datang banyak lagi yang akan saya kupas bab sikap ini.

Sila SHARE dan ajak yang lain join Group Parenting Percuma ini bersama saya. Banyak manfaatnya.

Klik dan join https://t.me/powerparenting

Sekian ..

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant
Alhamdulillah, malam ni semak email, dapat email daripada ibu yang anaknya berjaya mendapat 6A dalam UPSR 2019, dan Mumtaz dalam PSRA .. asbab join Bengkel Parenting dan mengikuti Tip-tip Motivasi saya nelalui email selama ini. Insya-Allah tip-tip Parenting yang saya kongsikan mampu membantu ibu bapa membimbing anak cemerlang. Oleh itu manfaatkan setiap tip parenting dalam Channel Telegram ini.

Sila share https://t.me/powerparenting
Tahniah kepada Nurul Ezzaty Abdullah, Pelajar di Pensylvania University, US, yang telah mendapat Anugerah Biasiswa Rhodes paling berprestij di dunia dan bakal menlanjutkan pengajian ke Oxford University.

Baca di sini ..


https://www.viral.bbn.my/2019/12/03/pelajar-malaysia-tempa-nama-sebagai-penerima-biasiswa-rhodes-paling-berprestij-di-dunia/
Jangan lupa buka TV3 pagi ni, Malaysia Hari Ini 👆👆👆
Subhanallah. Alhamdulillah. Saya kongsikan cerita seorang bapa tentang anaknya yang ikuti program motivasi saya dahulu.

👇👇👇


As'salamualaikum wbt,
Saya nak share sedikit sekadar perkongsian. Saya ada seorang anak lelaki yg sulung, masuk sekolah menengah kebangsaan Sungai Ara Pulau Pinang, saya bertugas di tempat baru di Pulau Pinang.

Sebut je sekolah menengah Sungai Ara P Pinang rasanya ramai yg tahu ketika itu tahun 2000 displin pelajar ketika itu amat merosot, anak masuk tingkatan satu tahun 2002 masa tu masih ok baru masuk menengah katakan, pertengahan tingkatan 3, guru telah memanggil saya kesekolah tersebut untuk memberi maklumat kepada saya berkenaan pelajaran anak saya merosot teruk dan tingkah laku anak saya ketika itu amat mendukacitakan.

Maklumat dari guru anak saya malas belajar selalu ponteng kelas, hisap rokok dlm kelas, arahan guru tidak pernah di tunaikan, pelajaran merosot, tapi anak saya ni stu je tidak pernah menggangu pelajar2 lain belajar, dia buat hal sendiri.... Sebagai syarat saja pergi sekolah mkin utk menjaga hati Ibu dan ayah, segala home work pun yg di beri oleh guru tidak pernah di buat, balik rumah larut malam mengikut rakan-rakan sebaya, boleh di kategori anak saya ni kelas terakhir dan pelajar yg tercorot jauh di bawah sekali.

Keputusan PMR gagal keputusan yg paling teruk. Masa cuti sekolah lepas PMR bimbang pelajaran yg merosot bila anak saya masuk ke tingkatan empat nanti. Saya bincang dgn isteri buat keputusan untuk menghantar anak saya masuk ke MAP Training.

Ketika itu MAP Training di bangunan kedai bersebelahan balai polis Medan Gopeng. Pada masa cuti sekolah itulah kami kami ambil kesempatan dari Pulau Pinang terus hantar anak ke Dr. Tengku Asmadi.

Betul juga apa yg Dr Tengku Asmadi berkata, selepas motivasi peralihan pelajar, akan nampak perubahan anak-anak, ada lepas balik satu hari dh berubah, ada seminggu, sebulan, enam bulan, setahun dn seterusnya.

Kami suami isteri sentiasa berdoa mudah2han balik dari Map Training moga ada perubahan. Anak kami menunjukan perubahan selepas sebulan balik dari Map Training dan ketika itu baru masuk Tingkatan empat.

Tingkah laku yg berbeza jarang keluar bilik pintu bilik sentiasa tertutup, saya pesan pada isteri saya jangan masuk bilik anak dan kita bagi tempoh, agak lama juga isteri saya x kemas bilik anak, tergerak hati satu ketika saya balik dari kerja tengahari kami ambil keputusan untuk masuk ke bilik anak, anak tiada kesekolah ketika itu, lepas masuk bilik terkejut kami berdua, suasana bilik dah berbeza tidak seperti sebelum ini sudah dikemas sendiri dan tidak bersepah seperti dulu, segala gambar Dr. Tengku Asmadi ditampal di dinding, segala nota dari Dr. Tengku Asmadi banyak di tampal ke dinding dan mengadap apabila baring dia akan nampak segala nota itu....ketika itu saya berkata pada isteri saya, Allah SWT telah membuka jalan perubahan anak kita segala usaha telah dimakbulkan..... ketika itu juga isteri saya memeluk saya menangis dan berkata Alhamdulilah syukur pada Allah, Allah telah menunjuk jalan kepada kita untuk ke Map Training.

Pada pertengahan tingkatan empat guru kelas anak saya memanggil saya datang ke sekolah, di dalam kepala dh macam2 terbayang tanda tanya buat hal lagi ke anak saya ni.

Sekolah anak saya ni dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 sekolah yg sama. Setiba di sekolah saya pun berjumpa dgn guru kelas anak saya, belum sempat saya duduk guru hulurkan tangan kepada saya ucapan taniah...... 'Tahniah Encik', saya bertanyakan ada apa cikgu? Guru anak saya berkata, anak encik kami tengok perubahan tingkah laku yg amat ketara dan luar biasa.... En ada hantar kemana mana mutivasi?, saya kata ada di Map Training Dr Tengku Asmadi di Ipoh.....
Sejak dari itu anak saya cemerlang dan pelajar contoh yg terbaik di semua kelas tersebut, dari tercorot kebawah telah maju ke atas dlm pelajaran dan menjadi pelajar contoh di sekolah.

Sila SHARE dan JOIN https://t.me/powerparenting
Masuk tingkatan lima pelajar contoh terbaik, kemudian masuk uitm arau menjadi dekan pelajar terbaik sehingga habis belajar di arau perlis. Kemudian sambug belajar uitm sah alam menjadi dekan hingga tamat pengajian, yg menariknya belum selesai 1 sem terakhir telah ditawarkan kerja di putrajaya (audit negara) 1 sem terpaksa dihabiskan juga (kerja sambil belajar). Selepas dua tahun berkerja sambung belajar PTD di shah alam, selesai PTD tawaran di jabatan hasil dan percukaian, dan jawatan terbaru sebagai ketua cawangan sumber manusia putrajaya.

Terima kasih kepada Dr Tengku Asmadi dan krew ketika itu, dan mungkin staf MAP masih ada lagi ketika itu bersama Dr. Hingga sekarang, kalau masih tersimpan data anak saya ketika itu 2004 boleh cari nama anak saya, Mohd Khairi bin Ya'akob.

Terima kasih Dr segala ilmu yg dicurahkan mudah2han mendapat keberkatan dari Allah SWT, saya berdoa mudah2han dipermudahkan segala urusan Dr sekeluarga di dunia mahupun akhirat.... Aamiin yaroubalaalamin.

Minggu lepas saya masukan anak saya yg bongsu ke MAP ipoh. (Sifea Zulaika).