❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Ikuti bual bicara saya dalam Wanita Hari Ini di TV3 jam 12 tengah hari ini #drtengkuasmadi #wanitahariini
Bagi yang mahu menonton 👆👆👆
CEPAT DEWASAKAN CARA BERFIKIR DAN WATAK ANAK

Dalam Kursus Motivasi Alihan Pelajar di UPM Serdang semalam, saya pesan pada para pelajar supaya cepat dewasakan diri. Cepat matang.

Sebab apabila kita cepat dewasakan diri maka kita akan dapat banyak peluang untuk dilantik menjadi pemimpin di sekolah.

Apabila kita cepat dewasakan diri, keputusan peperiksaan juga akan jauh lebih baik. Pelajar juga akan cepat menyesuaikan diri di persekitaran baru seperti sekolah berasrama.

Apabila cepat dewasakan diri juga, pelajar akan lebih berani, berdikari dan matang dalam membuat pertimbangan baik dan buruk. Pelajar tidak akan terjerumus dalam aktiviti yang boleh merosakkan dia dan memusnahkan masa depannya.

Baca artikel di bawah ini bagaimana seorang pelajar 15 tahun tetapi berfikiran bagaikan seorang dewasa 24 tahun, berkolobrasi dengan team yang membuat Ph.D di Jerman.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/12/529931/baru-15-tahun-dah-buat-phd
FB LIVE bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi pada 1 Januari 2020, jam 11 pagi. Saya akan memberikan motivasi kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah. Pastikan anak-anak dan ibu bapa bersedia untuk bersama saya. Mohon sebarkn untuk manfaat ramai.

Pastikan tengok LIVE di Facebook saya www.fb.com/drasmadi

#motivasialihanpelajar #drtengkuasmadi
#backtoschool
Bagus untuk fikirkan pemakanan dan diet untuk kita dan anak-anak 👆👆👆
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamu’alaikum semua,

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk saya iaitu Pemakanan Minda JuzQ30 bolehlah join group Telegram khusus untuk itu.

Klik https://t.me/joinchat/AGL_alMGKSe8GSox3CkLKA

Terima kasih.
Assalam, kepada yang terlepas FB LIVE saya berkaitan Tip Pelajar Cemerlang 2020, bolehlah klik link di bawah:


https://www.facebook.com/drasmadi/videos/2388976558030901/
Alhamdulillah. Manfaat diperolehi oleh ibu ini setelah follow tip parenting yang saya kongsikan. Mohon kongsikan Channel Telegram ini dengan mereka yang anda ambil berat, minta mereka klik https://t.me/powerparenting
🥇🥇🥇 LETAKKAN JANGKAAN YANG TINGGI PADA ANAK

Anak-anak membesar mengikut jangkaan ibu bapanya. Apabila mereka matang, mereka pula akan dewasa mengikut jangkaan dirinya sendiri.

Namun, hampir 20 tahun pertama dalam hidupnya, dia membesar mengikut jangkaan dan acuan ibu bapanya.

Oleh sebab itu usah ambil mudah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Letakkan JANGKAAN yang tinggi pada anak. Yakinlah yang anak mampu untuk berjaya dan cemerlang.

Satu hari saya ke kedai buku membeli buku-buku sekolah anak-anak. Penuh satu bakul.

Di kaunter bayaran saya disapa okeh seorang ibu, ditangannya ada dua buah buku soalan-soalan. Saya sekadar membalas sapaannya lalu berkata, ‘Dua buah buku jer puan?’ Dia lalu menjawab, ‘anak saya kalau dibeli banyak buku pun tak guna Doktor. Dia bukan jawab. Yang ni pun nanti dia buat hanya beberapa mukasurat depan sahaja.’

Saya sekadar senyum. Tapi dalam hati saya berkata, sebagai ibu kita patut letak jangkaan yang tinggi. Jangkaan bahawa anak kita mampu habiskan buku-buku itu. Cari cara untuk dia habiskan. Usahakan. Bukan pasrah.

Jadi, letaklah jangkaan yang tinggi asal sahaja logik, masuk akal dan realistik untuk dicapai.

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Education & Parenting Consultant

Ikuti banyak lagi Tip Parenting Percuma di Channel Telegram saya, klik https://t.me/powerparenting
Alhamdulillah, followers Channel Parenting bersama Dr. Tengku Asmadi dah nak masuk 8k. Saya sasarkan 10k.

Terus berkongsi agar lebih ramai yang dapat manfaat.

Klik dan Join https://t.me/powerparenting
⚡️⚡️ LAST CALL UNTUK MASUKKAN ANAK-ANAK KE KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR YANG DITERAJUI OLEH DR. TENGKU ASMADI DI KAJANG PADA 25-26 JANUARI 2020
.
Nak anak-anak Cemerlang Peperiksaan? Pastikan mereka BERMULA AWAL!! Ini adalah Kursus Pertama membuka tirai Tahun 2020 ini.
.
Dengan 25 tahun pengalaman kami membentuk lebih daripada 300,000 pelajar, insya-Allah anak anda mampu berubah dan cemerlang.
..
Pelbagai soalan yang menjadi kerisauan ibu bapa:
.
😥Anak saya belajar tetapi kenapa tak cemerlang?
😥Anak saya malas, kerja sekolah tak buat, ulangkaji langsung tak nak.
😥Anak saya gila gajet dan telefon.
😥Anak saya cepat lupa.
😥Cuti sekolah asyik buang masa dan lepak sahaja.
😥Anak saya salah pilih kawan.
.
Insya-Allah dalam Kursus MAP 2 hari ini anak-anak akan tahu:
.
✅Matlamat hidup dan hala tuju
✅Pembentukan sikap dan perubahan 'mindset'
✅Meningkat benteng diri melalui Teknik Pelaziman Minda.
✅Strategi Pembelajaran Aktif yang menekankan kepada pembelajaran output, teknik mengingat, strategi belajar berkesan, cara mengambil nota dan prinsip memori.
✅Tanggapan diri dan Perangkap Minda.
✅Adab dan disiplin diri.
✅Pengisian rohani dan pemantapan tauhid.
✅Berani dan yakin diri.
✅Cara bercakap dan berucap di depan orang ramai.
.
.
=======================
LOKASI KURSUS DAN TARIKH
=======================
.
Untuk pelajar berusia 10 hingga 17 tahun
.
✳️25 - 26 JANUARI 2020, KAJANG, TTDI GROVE
✳️29 FEB - 1 MAC 2020, DEWAN WISMA DR. TENGKU ASMADI, IPOH, PERAK
✳️ 25 - 26 JULAI 2020, DEWAN MPC, BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU
.
.
8.00 pagi hingga 6 petang
.
=================================
🔥🔥 LIMITED SEATS!! Pelaburannya RM320 untuk kursus 2 hari, makan minum disediakan, Sijil Penyertaan diberikan, Modul dan Bahan Kursus disertakan.
=================================
.
.
★★★ SIAPA TENAGA PENGAJARNYA? ★★★
.
Untuk Seminar 2 hari ini Tenaga Pengajarnya ialah:
.
✅Dr. Hj. Tengku Asmadi (25 tahun pengalaman dan Pengasas Program)
✅Cikgu Rashid (berpengalaman 12 tahun bersama MAP)
✅Cikgu Hanis (berpengalaman 15 tahun bersama MAP).
.
.
UNTUK DAFTAR ONLINE
.
Sila klik web rasmi http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
.
ATAU SILA WHATSAPP:
.
www.wasap.my/60134334622/NakDaftarMAP
.
.