❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Sila semak Gaya Parenting anda masing-masing 👆👆👆

Ada 11 soalan yang mesti dipilih jawapannya sama ada a, b, c atau d.
Ini Gaya Parenting saya 👆👆👆Saya dominan sebagai Bapa Autoritatif dan sedikit Permisif dan Autoritarian.
FB Live Bersama dengan Dr. Hj. Tengku Asmadi yang akan menerangkan kenapa anak-anak perlukan Aplikasi OSEM dan Cara menggunakan Aplikasi ini.
.
Juga Tip Bagaimana Anak-anak boleh memenangi Hadiah dalam OSEM.
.
Tarikh : 8 April 2020
Masa : 9.30 malam
.
Untuk tengok, sila LIKE Page https://www.facebook.com/dta4osem
.
Anak-anak sila ambil peluang bertanya di ruangan komen nanti
.
.
Boleh tanda dalam Kalendar masing-masing 👆👆👆✅
Boleh tanya tentang Parenting Gaya NLP 👆👆👆
COVID19 banyak mengajar kita erti hidup yang selama ini kita remehkan.
.
Apabila masuk 4 minggu berkurung di rumah, maka ada 2 golongan manusia. Golongan pertama yang mencari hikmah, kebaikan dan bersyukur. Golongan kedua yang rasa gelisah, tertekan dan marah.
.
Bagi saya secara peribadi saya rasa bersyukur. Sebab selama ini saya sibuk bergerak ke sana sini memberikan ceramah hingga tiada masa untuk berada di rumah lama bersama anak-anak dan isteri.
.
Kali ini Allah berikan saya peluang. maka peluang yang datang seumur hidup itu saya manfaatkan sepenuhnya.
.
Berikut saya kongsikan apa yang dilakukan dalam masa Cuti Covid19 ini agar bermanfaat untuk semua.
.
1) Saya syukur dengan berada di rumah ini saya mampu solat berjemaah bersama keluarga. Azan setiap kali masuk waktu dan mengimamkan mereka.
.
2) Saya syukur dengan berada di rumah dan tidak perlukan fikir tentang kerja ini saya dapat luangkan lebih masa membaca al-Quran dan meneliti terjemahan ayat-ayatnya.
.
3) Saya sykur dengan berada di rumah lama sebegini saya dapat selongkar laci dan stor dan buang dokumen-dokumen lama serta barang-barang yang sebenarnya tidak diperlukan lagi.
.
4) Saya syukur dengan lama berada di rumah ini dapatlah saya lihat perkembangan belajar anak-anak dan membantu mereka memahami apa yang mereka kurang faham.
.
5) Saya syukur dengan lama duduk di rumah ini, barulah nampak betapa sibuknya peranan seorang isteri dan ibu sebagai Pengurus Rumah Tangga. Nak mengemas, masak, basuh baju, lipat baju, jaga anak, meyusu anak dan sebagainya.
.
6) Saya syukur dengan lama berada di rumah dapatlah saya membaca buku-buku yang selama ini saya beli tetapi tak sempat dibaca.
.
7) Saya syukur, barulah anak-anak memahami erti makan sekadar apa yang ada dan tidak perlu bermewah-mewah. Cukup dengan satu mata lauk sahaja.
.
8) Saya syukur kini anak-anak semua ada di depan mata, jika tidak nak berbincang dan bercakap tidak semuanya ada.
.
9) Saya syukur kini saya punya banyak masa untuk menulis dan menyiapkan penulisan yang tertangguh selama ini.
.
10) Apabila terhantuk sebegini, maka saya syukur cuti panjang membolehkan saya berfikir dan merancang untuk bangkit selepas COVI19 ini. Malah ujian Allah ini membuka beberapa peluang baru kepada saya yang tidak pernah saya terfikir selama ini.
.
11) Saya syukur cuti panjang sebegini saya mampu tingkatkan ilmu dalam bidang baru dengan mempelajarinya secara Online.
.
12) Saya syukur kini satu keluarga memahami dan menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan diri pada tahap yang tinggi agar jauh daripada sebarang jangkitan.
.
13) Saya syukur, cuti panjang sebegini membuatkan kita lebih banyak mengamalkan hidup bersederhana. Iaitu cara hidup yang sememangnya dianjurkan oleh Islam.
.
14) Saya syukur, Raya tahun ini, pertama kali sebagai bapa saya tak habis duit untuk beli baju raya dan membuat persediaan Raya. :-) Jadi pakai sahajalah baju-baju lama yang masih elok lagi.
.
.
Alhamdulillah ..
.
Dr. Tengku Asmadi
PKP Hari Ke 26
.
#StayAtHome

Follow dan Join Channel Parenting https://t.me/powerparenting
Assalamu’alaikum semua

Di musim COVID19 dan PKP ini kita perlu bijak menangani dan mengurus emosi. Perlu tahu cara untuk positifkan diri. Positifkan anak-anak dan mereka yang ada di sekeliling kita.

Bagaimana nak positif kalau tidak tahu caranya?

Sahabat saya Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof, Founder NLP Malaysia dan telah mentauliah hampir 1,000 orang Pengamal NLP kini berkongsi rahsia.

Setelah saya beli dan baca eBooknya. Saya tengok video dan dengar audionya, maka saya dapati ia ilmu dan perkongsian yang sangat bagus untuk kita semua.

Cubalah sendiri.

Pada Harga RM29, memang saya boleh kata Harga Sedekah!

Rugi tak rebut sebab kalau nak belajar ilmu NLP ni memang cecah ribu raban la.

bit.ly/nakpositif
bit.ly/nakpositif
bit.ly/nakpositif

Sekadar perkongsian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Pengamal NLP sejak Tahun 1995
Founder MAP.
Anak saya Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Kolej Tunku Kurshiah. Pengetuanya telah edarkan jadual belajar di rumah dan tip belajar di rumah kepada semua pelajarnya. Saya dapati ia amat bermanfaat. Ibu bapa lain boleh semak jadual ini dan sesuaikan dengan subjek anak masimg-masing. Sangat bermanfaat.
CARI APA YANG BAIK, TEGUR APA YANG SALAH, BERIKAN ALTERNATIF BARU.

Dalam ilmu NLP ada satu Andaian yang dijadikan pegangan iaitu ‘Setiap orang melakukan sesuatu itu untuk kebaikan dirinya’.

Jadi, apabila anak lalkukan sesuatu, MESKI PUN SALAH, namun ada sebab tertentu dia lakukan sebegitu. Ada sesuatu kebaikan, faedah, atau kepuasan yang diperolehinya.

Tugas kita sebagai ibu bapa ialah cuba memahami fikiran anak dan menyelami perasaannya bagi mencari jawapannya. Kena letakkan diri kita di tempat anak itu, barulah mudah mencari jawapan.

Misalnya, anak kecil saya ketika usianya 3 tahun telah koyakkan lampin yang dipakainya satu malam hingga berciciran keluar air kencingnya yang tertakung dalam lampin itu. Habis basah tilam di katil.

Memanglah kita akan marah. Tapi sebwlum nak marah fikirkan semula kenapa dia lakukan? Apa dalam fikirannya? Rupanya, dia lakukan bagi memenuhi perasaan ingin tahunya yang tinggi iaitu ‘Kenapa dia kencing satu malam tapi tak basah? Apa lampin tu dah buat?’

Jadi bagi mencari jawapan dan memenuhi rasa ingin tahunya maka dikoyakkanlah lampinnya itu.

Jadi disebalik tindakan salahnya itu tersirat sesuatu yang positif. Iaitu PERASAAN INGIN TAHU dan usahanya mencari jawapan.

Oleh itu, HARGAI apa yang baik itu dan tegur apa yang salahnya.

Ibu bapa yang bijak akan berkata, “Adik, mak tahu kenapa adik koyakkan lampin itu. Sebab adik nak tahu kan kemana perginya kencing adik kan? Bagus, mak suka adik ada perasaan ingin tahu begitu. Tapi tidakan adik tu yang salah. Sebab air kencing adalah najis. Lain kali, jika nak koyak, koyakkan dalam bilik air.”

Lihat, ada penghargaan, ada penjelasan dan ada alternatif penyelesaian bagi isu tersebut.

Cubalah..

Jangan lupa SHARE dan JOIN Channel Telegram Parenting saya https://t.me/powerparenting
Adakah anda berjaya mendengar Podcast rakaman motivasi saya iaitu MUTIARA MINDA?
Anonymous Poll
61%
Ya
39%
Tidak
Klik LINK bukan IMEJ yer. LINK tu 👆👆👆