❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Mohon bantu berikan respon dengan Poll di atas yer semua. Saya ada 200 rakaman audio motivasi ready untuk di download. Jadi saya perlukan respon dari tuan puan semua.
Klik link di atas untuk masuk Podcast saya.
Assalamu’alaikum semua.

Kepada yang berminat mendengar rakaman audio motivasi saya, bolehlah mula join Telegram Channel Podcast Motivasi saya di link berikut:

https://t.me/dtapodcast

Saya telah sediakan beratus rakaman yang akan saya uploadkan di Spotify setiap hari.

Perlahan-lahan mana-mana Podcast motivasi yang tiada kena mengena dengan Parenting akan di post di sana.

Kita jumpa di sana.

Sekian.

Dr. Tengku Asmadi
ANAK BERTANYA DI MANA ALLAH?
BAGAIMANA IBUBAPA MAHU JAWAB?

Antara nafkah yang wajib ke atas seorang wali bagi anak-anaknya adalah mengajarkan ilmu agama. Sebaik-baik ilmu agama ialah ilmu aqidah.

Pertanyaan "Di mana Allah?" merupakan antara pertanyaan daripada anak kecil yang kadangkala terbit kerana keinginannya untuk mencambahkan pengetahuannya tentang Tuhan sekalian alam.

Maka, selari dengan disiplin dalam menimba ilmu agama, apa-apa perkara yang berkait dengan perihal agama haruslah disandarkan ataupun dirujuk kepada mereka yang arif dalam hal agama seperti Ulama agar hal yang ingin disampaikan itu bertepatan dengan pegangan agama.

Sheikh Zainul ^Abidin atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal Al-Fathoni telah menjelaskan dalam kitabnya Irsyadul ^Ibad jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?".
Kata Tuan Minal:
"Maka jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: Di mana Allah Taala? Maka jawabnya tiada ia pada tempat"

Maka, jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat. Inilah jawapan yang harus diberikan oleh para ibubapa kepada anak-anak mereka.

Usah pula diberi jawapan yang terpesong daripada aqidah umat Islam seperti "Allah di langit" atau "Allah di mana-mana" atau "Allah di dalam Kaabah" atau "Allah di dalam masjid".

Terangkan kepada anak-anak bahawasanya Allah menciptakan bumi, langit, laut, udara dan sekalian tempat. Allah telah ada sebelum segala sesuatu ada. Maka Dia tidak bertempat.

Jika anak masih tidak faham akan jawapan yang diberikan, tegaskan sahaja agar anak itu hafal akan jawapan tersebut dan tenteramkan dirinya dengan mengatakan suatu hari nanti dia akan faham apabila meningkat dewasa kelak.

Adapun jika ibu bapa mampu memberikan contoh untuk mendekatkan kefahaman si anak maka boleh disoalkan kepada anak tersebut soalan "Bilakah pintu makan nasi?". Maka sudah pasti tidak boleh diberi jawapan sama ada "pintu makan pada waktu pagi" atau "waktu petang" atau "waktu malam".

Jelaskan kepada anak sepertimana soalan tentang pintu tidak boleh dijawab dengan pilihan jawapan seperti di atas kerana "makan" bukan sifat bagi pintu, seperti itulah pertanyaan tentang tempat bagi Allah tidak boleh dijawab sama ada "Allah di sini" atau "di sana" atau "di bumi" atau "di atas arasy" atau "di langit" atau di "mana-mana" kerana bertempat itu bukanlah sifat bagi Allah.

Ibu bapa harus tahu bahawasanya pertanyaan daripada anak tidak semestinya dijawab mengikut kerangka soalan yang diajukan kerana anak kecil kebiasaan pertanyaan mereka sebenarnya tidak 'valid'.

Contoh soalan tidak valid: Adakah batu pandai atau bodoh? Soalan sebegini tidak mampu kita jawab dengan "batu pandai" atau "batu bodoh" kerana hakikatnya batu bukanlah makhluk yang berakal atau mempunyai daya intelektual.

Asas aqidah beriman kepada Allah adalah beriman bahawasanya Allah mencipta segala sesuatu, Dia tidak sama dengan ciptaanNya.

- Allah cipta langit sebagai tempat bagi malaikat. Maka Allah bukan di langit
- Allah cipta bumi sebagai tempat bagi manusia, haiwan dan tumbuhan. Maka Allah bukan di bumi
- Allah cipta udara di mana-mana. Maka Allah bukan di mana-mana.
- Allah mencipta arasy tetapi Dia bukan duduk di atasnya. Yang tepat ialah Allah menguasai arasy, bukan duduk di atas arasy.

Allah telah ada tanpa permulaan sebelum segala sesuatu ada.

Sayyiduna Ali ibn Abi Talib telah mengatakan:
"Sesungguhnya Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaanNya, bukan mengambilnya sebagai tempat bagi Zatnya"

Pengetahuan Allah meliputi sesuatu. Allah Maha mengetahui segala perkara di alam ini tetapi tidak boleh kita mengatakan Allah di mana-mana.

Maka, jawapan yang tuntas bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat.

Waspadalah daripada fahaman yang mengatakan Allah di langit atau di atas arasy. Fahaman ini bercanggah dengan pegangan sekalian umat Islam. Mengatakan Allah bertempat dan berjisim bukan aqidah Rasulullah.
Assalamu’alaikum semua,

Ikuti Rakaman Podcast Motivasi MUTIARA MINDA saya setiap hari, Isnin hingga Jumaat, di salah satu channel di bawah ini. Anda pilih mana-mana channel untuk anda dengar. Jangan lupa Subscribe atau Follow agar tidak terlepas Podcast terbaru.

1) SPOTIFY

https://open.spotify.com/show/0bPsa88v63V6j1VXjwHWIf?si=XrZLYYBWTgqhnMuNZdbQEA

Subcribe dan Follow

2) APPLE PODCAST

https://podcasts.apple.com/my/podcast/dr-tengku-asmadis-podcast/id1510253841

3) Terus Ke Web Podcast saya

https://tengkuasmadi.buzzsprout.com

Selamat Mendengar.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Founder MAP
Petang ni saya akan ada ada Live Talk di Google Meet anjuran PRS Sek. Men. Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
.
Semua pelajar dijemput untuk kutip ilmu, klik sahaja link berikut ubtuk join http://stream.meet.google.com/stream/1740ff80-80de-47c9-aa99-e0c7b4f2592
.
SEBAB SAYA TAHU ANAK-ANAK IKUT APA YANG KITA LAKUKAN. SAYA MAHU MEREKA MENCONTOHINYA

Anak saya Tengku Imran Daniel cakap pada saya, dia bangga sebab pagi semalam saya pasang speaker dan mikrofon, saya letakkan kerusi untuk khatib, saya sediakan kayu untuk dijadikan tongkat, saya bertakbir dahulu sementara menunggu semua ahli keluarga iaitu isteri, anak-anak dan bibik siap untuk solat Sunat Raya berjemaah.
.
Lalu saya tanya dia semula, apa yang dia pelajari dari semua itu tentang ayahnya ini? Dia tak dapat nak berikan jawapan yang tepat.
.
Saya beritahu dia, orang cemerlang dalam melakukan sesuatu perkara:
.
1) Akan lakukan dengan cara yang terbaik, itu ajaran Islam.
2) Walau pun Solat Raya hanya Sunat, tapi tetap kutip setiap pahala yang Allah sediakan dengan sebanyak mungkin
3) Bersungguh-sungguh apabila lakukan sesuatu, usah main-main dan usah lakukan separuh masak atau separuh jadi.
.
Saya beritahu dia lagi, daddy bangun pukul 4 pagi sediakan teks khutbah daddy. Mummy Tun Nurul Huda saksi. Padahal nak berkhutbah depan anak isteri sahaja.
.
Hinggakan Mummy cakap, daddy bagi khutbah dah macam orang gian nak bagi motivasi 😂
.
Tapi sebenarnya itulah sikap saya dalam melaksanakan sesuatu perkara.
.
.
SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE ANAK SAYA TENGKU SARAH AISYAH, F1 Di Kolej Tunku Kurshiah.

Saya galakkan dia agar buat sharing tentang motivasi dan belajar dengan anak-anak pelajar yang lain.

Untuk terus mendapat update daripada dia, suruh anak-anak follow dia di youtube.


https://youtu.be/g-XDrXLAcu0