❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Jom saksikan saya dalam program Bicara Keibubapaan yang dianjurkan oleh Sek. Men. Integrasi Sains Tahfiz MAIWP ini, pada jam 9:00 pagi ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=549127433095654&id=273489456035732&anchor_composer=false
Amalan mudah tapi berapa ramai yang buat? Bina sikap dan peribadi kita, juga anak-anak kita bermula dengan perkara yang kecil-kecil tetapi impaknya besar dalam membentuk sahsiah.
.
1) Nampak sampah atau cebisan sampah, kutip dan tolong buangkan tanpa bertanya siapa yang buang.
.
2) Apabila masuk tandas, jangan keluar selagi ia tidak lebih bersih daripada sebelum kita masuk. Keringkan sinki dengan tisu, jika ada tisu. Pam najis sendiri. Siram bersih-bersih dan keringkan juga jika ada tisu.
,
3) Susun kasut atau selipar elok-elok, biar nampak kemas.
.
4) Angkat pinggan mangkuk ke sinki, basuh terus apabila lepas makan. Lap meja makan tujuga.
.
Cubalah.. Dan nikmati rasa puas melakukannya.
.
Jangan Lupa like, share Dan follow FB saya.
.
www.fb.com/drasmadi
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sesi perkongsian bersama Bonda Prof Muhaya
Kepada ibu bapa yang ada anak-anak yang masih bersekolah, saya sarankan join juga Channel Telegram saya yang khusus di bawah ini. Saya dah letakkan beberapa link untuk mereka di sana.

https://t.me/infomaptraining
🌺🌺 BAGAIMANA NAK RAIKAN KESILAPAN ANAK?

Setelah posting saya sebelum ini bertajuk BILA ANAK BUAT SILAP, maka ada yang bertanya bagaimana caranya untuk RAIKAN KESILAPAN?

Raikan kesilapan bermakna tidak memarahi kesalahan anak jika itu pertama kali dilakukannya. Sebab ramai ibu bapa yang terus memarahi anaknya apabila anak membuat silap. Sedangkan anak itu sendiri dalam proses belajar erti hidup.

Berikut adalah benerapa langkah yang boleh diambil agar anak dapat rasakan bahawa dia diraikan:

✅ Tanya dia apa perasaannya? Apa juga yang dia rasakan sama ada kecewa, marah, sedih, geram, benci dan apa sahaja maka itu adalah haknya. Pastikan dia faham bahawa dia berhak rasa sebegitu asalkan perasaan itu tidak sampai menguasai tindakannya.

✅ Tanya dia adakah dia tahu apa silap dia? Biar dia ceritakan dan kita sebagai ibu bapa dengar dengan teliti. Bantu dia untuk menyedari kesilapannya itu.

✅ Tanya dia adakah dia sedar kesan dari kesilapannya terhadap dirinya dan orang lain? Biar anak faham bahawa dalam hidup ini apa sahaja yang kita lakukan akan ada kesannya sama ada baik atau buruk.

✅ Tanya dia apa perkara paling penting yang dia pelajari dari kesilapan ini? Bantu dia untuk mampu mencari hikmah dan kebaikan.

✅ Tanya dia apa yang patut dia lakukan agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi? Malah jika dia perlu senaraikan maka minta dia senaraikan.

✅ Beritahu dia apa hukuman yang menanti jika ia berulang lagi. Apa akibatnya? Pastikan anak tahu bahawa kita tidak mahu kesilapan yang sama diulangi. Kali pertama memang kita maafkan.

✅ Malah minta dia berjanji (jika perlu) untuk tidak ulangi lagi.

Sila SHARE dan JOIN Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi

Lebih banyak Tip Parenting PERCUMA di Channel Telegram saya.

https://t.me/powerparenting

DTA
👍1
Live stream started
Live stream finished (14 seconds)
ALHAMDULILLAH
.
Ini adalah hiasan dinding di meja belajar salah seorang anak saya. Apa yang saya ajarkan nampaknya dia amalkan. Penuh dengan peringatan untuk diri, kata-kata positif, jadual belajar, senarai semakan dan senarai kena buat (to do list). Mungkin anak tuan puan boleh tiru dan lakukan perkara yang sama.